23 December 2011

Setiap yang hidup akan mati. UMNO bagaimana?

Setiap makhluk bermula dan berakhir. Setiap yang hidup akan berakhir. Ramai manusia yang cuba lari dari menghadapi kematian tetapi mati itu adalah wajib. Baik manusia, atau pun pertubuhan dan yang lain-lain yang dihidupkan akan mati. Oleh itu kita kadangkala terlupa yang kita sendiri akan menghadapi mati.

Kalau kita mendengar di mana-mana terlalu ramai yang mempunyai pandangan yang UMNO juga akan mati kerana tanda-tandanya semakin jelas dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan. Begitulah seterusnya. Hanya waktu sahaja yang menentukan masanya.

Kadangkala seseorang atau pertubuhan itu akan menghadapi penyakit yang serius dahulu sebelum mati. Setengahnya mati mengejut kerana serangan angin ahmar dan jantung. Bagi pertubuhan ada yang mati mengejut. UMNO (asal) dulu menghadapi mati mengejut. Tetapi ada penggantinya yang di hidupkan secara mengejut dan meminjam nama yang telah mati itu. Pendeknya yang hidup semuanya akan menghadapi mati dan itu adalah hakiki.

Dua tiga hari yang lepas saya bertemu dengan seorang yang tidak saya kenali sebelumnya. Kami bertemu kerana beliau menelefon saya untuk berjumpa dan berbincang tentang perkara yang telah saya tulis. Nampaknya beliau adalah seorang yang selalu mengikuti apa yang saya telah tulis dalam blog kecil saya ini.

Beliau telah menjemput saya di kedai mamak yang berhampiran dengan kediaman saya dan membawa saya minum di Holiday Villa, Subang Jaya. Semasa di dalam kereta beliau saya ternampak banyak baju-T UMNO. Saya bertanya kenapa banyak sangat baju T UMNO ini. Beliau menjawab yang baju itu memang sudah lama berada di dalam keretanya, tetapi beliau merasa tidak sedap untuk membahagi-bahagikan kepada ahli-ahli di cawangan beliau dan orang ramai.

Apabila saya tanya kenapa tidak sedap hati, beliau memberitahu saya yang beliau telah di sindir oleh sanak saudara beliau dan ahli-ahli UMNO cawangan beliau sendiri yang menunjukkan rasa tidak gemar dengan UMNO dan tidak mahu memakainya.

“Cerita UMNO akan mati ini mungkin menjadi kenyataan kerana orang ramai tidak langsung berminat untuk mengenakan dan memakai baju-T yang mempunyai logo UMNO itu. Saya telah masuk kampus untuk membahagi-bahagikan baju-baju T itu tetapi mahasiswa-mahasiswa menolaknya. Jadi apa lagi boss, saya pun malu nak menurunkan dari kereta saya ini” kata beliau yang berada dalam lingkungan umur lima puluhan itu.

Semasa minum beliau bertanya kepada saya apa yang beliau patut lakukan kerana beliau sudah nampak UMNO sudah tidak boleh bertahan lagi. UMNO katanya sudah tidak dihormati lagi oleh jiran tetangga beliau. Beliau terus bertanya, “Abang ahli UMNO lagikah?” Saya menjawab, “masih agaknya”

Beliau bertanya, “Abang nak kekal dalam UMNO ke” Saya jawab, “mungkin tidak” Bila beliau bertanya apa sebabnya saya jawab, “Baca tulisan saya, saudara akan tahu sebabnya”.

Jelas insan yang berhadapan dengan saya itu adalah seorang yang baik dan serius dalam pemikiran beliau. Sepanjang perbualan saya itu beliau bertanya samada beliau patut meninggalkan UMNO atau pun tidak. DAN sampai habis saya tidak memberikan nasihat samada patut keluar atau tetap di dalam UMNO. Hanya saya jawab, “terpulang, ini negara demokrasi. Mana-mana parti pun boleh kita sertai dan bergiat. Hanya, kalau hendak bergiat, pastikan kita mempunyai fikiran yang siuman dan tidak bercakap sorang sorang dan serius dalam perjuangan.

“Saya bukan apa bang, saya bertanya kerana saya terlalu rimas melihat keadaan yang tidak menentu sekarang ini. The leaders are all out to enrich themselves. We members have not much problems but the problems are with the leaders. They are milking us dry. I think every leader is doing it and they are protecting each other. We are ruled by mafias and looters. Felda listing and the purchase of the second generation petrol vessels by MINDEF to me are the latest series financial scandals. It’s in billion and billion. There have been too many before and many more to come.” Beliau bersungut. “Semuanya ni kena dihentikan dan yang patut melakukannya ialah orang ramai” sambungnya lagi.

Insan ini nampak terlalu serius dan saya hanya menyatakan yang saya juga nampak perkara seperti ini sudah lama berlaku dalam UMNO. Rasuah sudah menjadi ‘addiction’ kepada pimpinan di peringkat apa sekali pun. Melakukan semua ini tidak dapat di berhentikan oleh mereka ini kerana ia sudah masuk ke dalam saluran dan saraf mereka.

“Bang, saya nak ikut abanglah sebab abang serius nampaknya.jika membaca pemikiran you dalam tulisan melalui blog you” katanya kepada saya. Saya menjawab, “You boleh ikut kalau you nak, tetapi I have nothing to offer you. Kalau nak ikut saya ikut sajalah. Nanti jangan bersungut susahlah, tak larat kena belasah dek penyokong perasuah ini dan sebagainya. Tetapi kali ini tentangan terhadap BN is very formidable and BN is very defensive of late. I think BN is falling apart already and it’s not impossible for Pakatan to put BN leaders at the opposition bench soon. You can see that written everywhere on the wall”

Saya menulis pertemuan ini kerana ini bukan pertemuan yang pertama tetapi banyak kali dengan banyak pihak, sehingga saya sudah ‘conclusive’ dalam pandangan saya yang keadaan ini sudah hampir sangat waktunya untuk berlaku.

Tetamu saya ini akhirnya berkata, “Tak apa bang, apa-apa yang hidup itu pasti mati. Kalau ia terjadi kepada UMNO, it just another happening” Itulah kata-kata terakhir beliau semasa minum petang itu.

Bila seorang ahli UMNO menerima hakikat bahawa kematian UMNO itu adalah perkara yang biasa sebagai makhluk maka tidak lagi payah-payah kita berfikir. Kita terima sahaja jika ia benar berlaku.

Saya berkeyakinan apa yang diperkatakan oleh tetamu saya itu benar. Katanya “kalau nak pakai baju UMNO pun ramai yang malu, bagaimana UMNO nak survive?”

Saya berseluruh, "Mungkin Hasan Ali boleh pakai baju tu"

20 comments:

Anonymous said...

kita talkinkan umno kali ini

mr edz said...

pertama kali baca blog abang.. menarik..

Tok Kie said...

Kita talqinkan.... Bagi pemimpin UMNO nie insaf dan bertobat ...

Anggerik Kota said...

Salam,

Saya percaya pada hukum perubahan, maknanya dalam dunia ini tidak ada yang kekal. Dengan itu, UMNO akan tetap mati satu hari nanti.

Malangnya hayat UMNO masih panjang, kerana sehingga ini tidak parti lain yang cukup kuat dan berwibawa, yang mampu mengambil alih tempat UMNO dan meruntuhkan UMNO.

Gabungan 3 parti pembangkang -- PAS, PKR dan DAP masih bermasalah, dan pemimpin utamanya (Anwar) juga bermasalah atau menghadapi masalah yang ditimpakan ke atasnya.

Sayaa tidak pasti apakah rakyat akan menolak UMNO kerana pemimpinnya rasuah, menyalahgunakan kuasa dan sebagainya. Sebahagian besar rakyat saya kira sudah lali dengan hal itu dan menganggapnya sebagai perkara biasa saja.

Jadi saya lihat hari kematian UMNO mungkin masih jauh dan masih sukar diramalkan.

Budak Kelabu said...

Salam tuan,

Saya juga melalui pengalaman yang sama dengan tuan. Jika dulu apabila berborak hal-hal politik dengan rakan-rakan umno jangan sesekali cuba cerita hal rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan pemimpin umno. Mereka akan tibai kita balik dengan hujah-hujah benang basah. Tapi kali ini lain, amat lain..

Kali ini kita tak perlu buka cerita, malah mereka pula menghentam pemimpin mereka sendiri. Mereka telah mula merasakan mereka telah di tipu dan dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin mereka untuk membolot semua projek kerajaan yang ada. Mereka juga amat malu dengan perjalanan kes Anwar yang tak abih-abih bentak seorang kawan.

'Aku rasa ade yang tak kena dengan pimpinan umno'. Aku rasa macam dibodohkan je. Kita dok susah-susah nak sara keluarga, pemimpin sedang berebut-rebut membaham projek lumayan kat atas sana. Bukan ribu, bukan juta, tapi ratusan juta dan billion.

Katanya lagi 'kali ini jika pemimpin umno nak suruh aku kerja PRU13 ni jika takde masuk ribu-ribu boleh jalan mereka, biar mereka mampus'.

Drp; zuki ahmad

Anonymous said...

Sdr Aspan,,

Saudara layakkk menjadi calon dlm mana2 parti dalam PRU 13 asalkan bukan parti component BN sudah ,insyaallah Saudara pasti Akan menang Dan membawa aspirasi Negara yg bebas Dari cengkaman penyamun sekarang.

Anonymous said...

Sdr Aspan,,

Saudara layakkk menjadi calon dlm mana2 parti dalam PRU 13 asalkan bukan parti component BN sudah ,insyaallah Saudara pasti Akan menang Dan membawa aspirasi Negara yg bebas Dari cengkaman penyamun sekarang.

Anonymous said...

Salam Arpan.

Kawan saya kontrektor dobi di PLKN. Tak sanggup meneruskan perniagaanya kerana staf PLKN berpangkat majer kau 30% setiap invois yang dikemukakan. Kalau kat PLKN keadaan begitu, bagimana kedudukan rasuah terutama sekali di Mindef. Fikir2kan.

Anonymous said...

Saya rasa Hasan Ali being a 'smart person' has his own agenda, probably a good one, a good intentions that is.. Let's wait and see.. Kalau he needs to be 'dirty' first being doing the cleansing, I wish him luck as we know UMNO Baru is beyond help at this point of time..
Wallahuallam.

ABU.

hhow said...

hi bro aspan,

how are you?

you still owe me a teh tarik on the outcome of the late Teoh Beng Hock's case. hope you remember.

i am not a good writer like you but i had the following which i believed you and a lot of your followers will agree to;

1) our country need to change the existing goverment through the election process but BN will come out with all tricks to try to stay in power.

2) come next election, if BN play dirty , will the people rise up against this corrupted to the core regime to return the power and mgmt of the country to those elected by the people.

3) i really see no hope in this country if BN continue to rule in the future. we will be like Greece but the people through epf will suffer as EPF IS THE LARGEST HOLDERS OF GOVERNMENT DEBT PAPERS. look at our currency now. i do not dare to think what will happen in the future that the existing government is pilling up the debts year after year.

4) our current government is not only good in playing the and divide the races but also good at splitting the family unit.
Parents who can afford to send their children overseas did it because there see no future for them in this country under BN.


5) we are exporting talents and importing drug trafficker. why this happen? corruption at all level from immigration, police, eduction ministry etc.

6) when Najib claimed that the next election is a battle, you can already sense their bad intention. An election is just a process to select the best people to run the country for the benefit of the rakyat.

7) how can the country get rid of this greedy old man(mahathir) who still want to have anything and everything in this country?
to me, he is the biggest obstacle to the progress of this country.

8) our country that is bless with so much resources and talented people should be 10 times better than singapore if the government is run properly.

9) and finally, i had a dream. if BN lose in the coming election, all their corrupted leaders that can caught and found guilty should be put in a special jail. everyday the bank will send them tonnes of money to let them count and separate it according to the denomination to be put into atm manually since they love money so much.

10) Finally, as you are senior to me, do you really think our country have a hope in the future?

Anonymous said...

Very scary indeed, BN/UMNO will no doubt after GE13 will be in the opposition bench and that is the reality, we all will see later, Just ABU, ABU, ABU all the way to Putra Jaya, ABU.

Saya nak simpan T-Shirt UMNO, because after GE13, they will be history dan tinggal kenangan semua. So jangan tak simpan T Shirt UMNO, tapi jangan pakai, mungkin Hassan Ali minat nak dapat satu, boleh beri ngan dia. hehe.

Kakzakie Purvit said...

Tapik berspring kakak baca ini. Salute sungguh. Baju free pun student pun tak nak tu yg kakak nak gelak...

Anonymous said...

@anon 23 December 2011 12:06:00

seorg yg berpangkat mejar...means dia adalah tentera...kalo begini perangai tentera..macam mana nak diharap mempertahankan negara...apetah lagi YDPA negara?

sebahagian penjawat awam yg beruniform sering mengaplikasi rasuah...kerana bagi mereka jika pemimpin negara/atasan mereka di mindef boleh paw berjuta malah berbiliion..apa salah mereka hanya makan ribu2 or puluh ribu...seolah2 rasuah adalah dihalalkan dan sebahagian skop penjawat awam.....

saya mendoakan umno duduk di kerusi pembangkang next election..dan sekiranya mana2 parti ABU yang memerintah..jgn menyalahgunakan kepercayaan rakyat yg diberi..


-anonimis-

Anonymous said...

There's still hope in the country, only not with the current Gov. As long as people still read these blogs, and decide for themselves of the future they want, We still have hope. We must all find our own platform to convince the rakyat, that we still hv hope and don't give up in fighting for injustice. Tn. Aspan has found his platform via his own blog, what about each and everyone of us? Are we going to sit there n do nothing while the nation goes bankrupt or should we all convince someone to help the nation? Tn. Aspan is an honorable man, he has done his part, we should really start doing ours.

Anonymous said...

PR boleh ganti BN.. negeri yg diperintah oleh PR telah mendapat laporan positif dari Audit Negara. Ya la.. nak cari sempurna memang tak ada, tetapi kalau nak kata tak ada yg boleh ganti BN, saya tak percaya. Walaupun PR ada kelemahan, tetapi mereka telah menunjukkan sikap dan komitmen mereka untuk memerintah. Saya tak akan menyesal kerana terundi PR, tetapi akan menyesal seribu sesalan kerana terundi BN. BN sudah teruk sangat sukar untuk diperbaikan, melainkan mereka dijatuhkan, barulah tersedar. Berilah peluang kepada Malaysia dengan undi kita kepada PR nanti.. insyAllah. Kita berdoa..

Anonymous said...

Setiap yang hidup akan mati. UMNO juga akan mati tapi takut PKR dengan PAS yang akan mati dulu. Begitu juga dengan MCA, MIC dan Gerakan.

Bila kiamat semua pun akan mati. Hanya Allah swt sahaja yang akan kekal hidup selamanya.

Kalau nak cepat mati, bunuh diri.

Anonymous said...

Saudara Aspan, terima kasih untuk artikel ini di atas.

"Line" terakhir mengenai Hasan Ali itu sungguh lucu.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung, khasnya ikwan Muslimin sekalian.

Terima kasih sekali lagi. Sememangnya benar dan tepat; setiap yang bernyawa pasti akan mati. Banyak ayat Al-Quran dan hadith Nabi SAW menceritakan hal ini; tidak terkeculi juga, entiti seperti "gerakan", "pertubuhan/persatuan", "parti politik" dan sebagainya. Malah, sekali lagi, fakta sejarah daulah Islamiyah turut mencatat pasang surutnya setiap khulafa' (kepimpinan). Cuma, kejatuan Khulafa Al-Rashidin, bukan disebabkan para pemimpinnya yang didukung para sahabat agung, penghuni syurga itu, "corrupt"; tetapi, disebabkan berleluasanya fitnah yang sengaja dicetus musuh-musuh Islam sekeliling yang didalangi Abdullah bin Saba'.

Cuma, permasalahan yang timbul di sini ialah sejauh mana masyarakat Melayu sendiri, khasnya penyokong tegar UMNO, sanggup menerima dan menelan ubat hakikat nan pahit ini? Malah, seperti yang pernah saya sebutkan dalam antara ulasan saya, Singapura sendiri, di samping Indonesia (1998) dan Filipina (1986) begitu berani merungkai segala kemungkaran dan ketidakwajaran para pemerintah diktator seperti itu. Nah, tepat sekali seperti yang saudara katakan: "Nak ikut, bolehlah; tapi, jangan bersungut bila susah ...". Bayangkan, dalam tempoh lima dekad bin setengah kurun bertakhta, golongan muallaf masih teraba-raba dalam igauan ngeri, siapakah saudara-saudara seagamaku? Bukankah ini antara petanda nazaknya perjuangan berasaskan nasionalisme semata-mata, lebih-lebih lagi, dipengaruhi kronisme dan pelbagai bentuk kemungkaran, dan "practicality" agama pula sekadar bermusim atau ikut hawa nafsu?

Justeru, sayugia bagi tetamu saudara ini, pada hemat saya, untuk muhasabah dan bukan main ikut orang aja, bagi menjamin manfaatnya berkekalan kepada keturunannya akan datang. Kesimpulannya, saya bersetuju benar, hayat UMNO/BN, insha Allah, akan berakhir tak lama lagi; namun begitu, tidaklah boleh diserahkan kepada taqdir-Nya semata-mata. Kitalah, antara yang boleh jadi agen pembunuhnya nanti, K? Akhir kata, yang baik itu, daripada-Nya jua; Dialah Yang Maha Mengetahui. Sekalung penghargaan sekali lagi diajukan, dan tapislah mana-mana yang kurang wajar.

Terima kasih dan bertemu lagi.

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

1 trillion lesap!!! Kalau BN mati sekali ni tanam 100 kaki dalam supaya tak boleh hidup kembali.Dan berdoa agar slogan era BN yang terakhir ialah:DDP1M=Dacing Di Penjara 1 M'sia.

Anonymous said...

Saya masih semasa kecil di kampong dahulu. Ada seorang tua yang umur lebih 50tahun. Terlantar sakit berbulan-bulan. Badan kurus tapi kuat makan. Selepas dipanggil bomoh rupa-rupa nya ada hantu raya dalam badan. Padan lah kuat makan. Akhir nya dengan izin Allah hantu raya dapat di keluarkan dan orang tua itu mati akhir nya. Umno ini pun agak macam orang tadi kut . . . .