Di mana-mana kita pergi kita kedengaran orang ramai bertanya di antara satu dengan lain. Pertanyaan wajib apabila mereka bertemu ialah, bila pilihanraya akan di adakan. Saya pun selalu juga ditanya soalan itu dan saya memberikan jawapan yang standard: bila BN akan kehilangan kuasa. Maksud saya bila-bila pun boleh tetapi keputusannya ialah UMNO dan BN akan hilang kuasa. Itulah dia tarikh pilihanraya umum.
Saya yakin yang UMNO itu akan akhirnya menghadapi realiti yang masa untuk parti ini berehat sudah semakin hampir tiba. Seperti orang yang bermain gasing; sudah tiba UMNO untuk mengambil giliran untuk memusing dan orang lain pula yang memangkah mereka. UMNO sudah memangkah begitu lama, kali ini biarlah orang lain pula untuk memangkah.
Apa yang UMNO patut membuat perkiraan, di antara 56 kerusi yang mereka menangi di Semenanjung ini berapa yang mereka masih mampu untuk mengekalkannya dan di antara 13 kerusi di Sabah berapa pula jumlah kerusi yang UMNO boleh kekalkan berada dalam tangan mereka. Bagi kerusi-kerusi MCA dan Gerakan serta MIC rakyat sudah membuat keputusan lebih awal sebelum pilihanraya sebenarnya di adakan. Patah-patahkan jari, kiralah sendiri.
Sabah dan Sarawak merupakan tempat pertarungan hebat politik selepas ini. Cerita Sabah dan Sarawak menjadi ‘fixed deposit’ BN sudah berlalu dibawa angin yang lalu. Rakyat di kedua-dua buah negeri ini nampaknya dengan deras sedang melakukan perubahan selepas menjalani ‘soul searching’ sejak beberapa ketika dahulu.
Di seluruh negara samada di Semenanjung mahu pun di Sabah dan Sarawak angin untuk membawa perubahan itu sudah mula bertiup kencang dan tidak mudah untuk mengalihkan arah tiupan angin itu. Pendeknya perubahan itu akan tetap berlaku kerana angin itu semakin hari semakin kencang tiupannya.Apabila saya memikirkan nasib UMNO dan sekutu-sekutunya, saya teringat pula kepada pertarungan tinju di antara Muhammad Ali dan George Foremen lebih dari dua dekad dahulu.
Dalam pertarungan itu George Foreman telah jatuh kalau tidak silap saya dalam pusingan yang ke-lima. Apabila Foreman kalah dan jatuh secara knock out itu, media telah membuat interview dengan Foreman. Pemberita sukan telah bertanya kepada Foreman kenapa beliau tidak bingkas bangun setelah dijatuhkan oleh Muhammad Ali, Foreman menjawab, “Saya tidak boleh bangun lagi kerana saya tidak pernah jatuh rebah”
Adakah UMNO akan menghadapi nasib seperti George Foreman? Saya tidak tahu jawapannya. Kita tengok sahaja apabila sampai waktunya. Saya bukan seorang wali atau aulia untuk memberikan jawapannya. Jika saya tahu pun jawapannya biarlah jawapan itu berada di dalam benak saya sendiri.
Tetapi saya pernah menulis dan membuat anologi yang ahli-ahli UMNO itu ibarat ayam daging peliharaan. Ayam daging jika dilepaskan di luar kandang mereka tidak boleh mencari makan sendiri dan akhirnya menjadi kurus dan mati. Ayam daging ini tidak ada kerja lain selain dari mematuk makanan siang dan malam yang diberikan oleh tuannya. Apabila sudah sampai 40 hari ayam ini menjadi gemuk dan akan di bawa dengan lori untuk disembelih dan dagingnya akan dijual di pasar-pasar di seluruh negara untuk dimasak kari dan kurma serta rendang tetapi dagingnya lembik dan cepat hancur.
Tetapi ahli-ahli PAS dan pembangkang yang lain, mereka itu ibarat ayam kampung, mampu mengutip dan mencari makan sendiri. Itulah sebabnya dagingnya mahal….sekarang ayam kampung harganya RM13 sekilo…..itu pun harga sebelum di sembelih dan di bersihkan. Ayam kampong ini tinggi nilainya.
Tunggu dan lihat sahaja samada UMNO akan menjadi seperti peninju George Foreman dan menjadi seperti ayam daging tadi.
16 comments:
Najib sebenarnya tengah pening kepala untuk menetapkan tarikh PRU yang akan datang.
Setiap hari ada sahaja isu-isu baru yang timbul dan menghimpitnya. Namun, beliau tidak kelihatan berbuat sesuatu untuk mengatasinya selain dari terus menerus menyatakan setiap pelan transformasi negara yang dilancarkannya berada pada landasan yang baik. Pada hal tidak ada sesuatu yang 'tangible' yang dapat dirasa dan dilihat rakyat.
Taburan wang di sana-sini tidak dapat menyelesaikan masaalah jangka panjang rakyat marhaen.
Orang N9
Bilang kali saya baca tulisan Tuan Aspan, saya sentiasa berfikir kita ni duduk dalam alam yang sama ke?
Are we sucking the same oxygen?
Or you are in a rarefied atmosphere than I do?
But it's ok. Itu apa orang Melayu kata ke depan yang kita sama-sama akan lihat, jika Allah masih memanjangkan umur kita.
Tapi heran juga calculation saudara.
Yang saya tahu golongan atasan dan elit serta golongan bawah for UMNO/BN.
Only some (springkling few) in the middle class or upper middle class who think the Arab spring has come to Malaysia.
These people categorised themselves as thinking persons or perasaan they are the open-eyed ones.
Your analogy of George Foreman and UMNO is very interesting.
During George Foreman's recent death, obituaries by leading media in the world,placed him in a higher pedestal than Muhammad Ali.
Some think he was under-valued.
The same goes to UMNO. If it lost, the obituary will be written that we lose sight of its greatness.
We do not know how to appreciate it until it's gone
Tb Aspan,
Pertarungan dan Foreman telah berlaku 36 tahun yg lalu iaitu 1974 di Zaire yg dikenali sebagai pertarungan teragung dengan gelaran yg saya lupa. Apa pun UMNO akan mengalami proses penuaan, w/pun telah memakai pelbagai jenis kosmetik agar dpt mengekalkan keremajaannya.Ia tetap akan mengalami pusingan hidup seperti makhluk lain
UMNO memang terkenal dengan teknik membuat kerja2 kotor sebelum maupun selepas pilihanraya. Sebagai bukti selepas PRU yg lepas, Perak telah berjaya mereka rampas kembali manakala Selangor hampir2 mereka kuasai.
Mereka “Terlalu Agong” dan tidak boleh kalah... tidak dapat menerima erti kekalahan dan tidak tau nak kalah.
Saya punya keyakinan sekiranya UMNO tumbang didalam PRU14, mereka akan membuat sesuatu yang diluar jangkaan kita semua lebih2 lagi mereka mendapat sokongan padu daripada Intitusi2 yang berpengaruh seperti PDRM, ATM, Raja2 & Majlis Agama.
Menurut calender Mayan (kaum purba yg terdapat di Amereka Selatan sebelum kemunculan Firaun) tahun 2012 adalah taun bermulanya kejatuhan system pemerintahan Feudal, Autocratic , Capitalism dan munculnya “Negara Kebajikan” iaitu China. Ini disokong dalam Hadith Nabi bahawa akan muncul kuasa baru yang akan terbit dari arah timur sebelum akhir zaman.
Puak2 penyembah duit UMNO dan puak2 seangkatan dengannya seperti Illuminati/ Masonic disaat itu akan menjadi panic, gabra, kelam kabut, kacau bilau dan akhirnya menjurus kepada kepercayaan kedatangan Dajjal (anti-Christ) sebagai seorang "Penyelamat". Dajjal akan memilih Malaysia sebagai distinasi yang ke 2 selepas negara Yahudi untuk bertemu dengan pengikut2 setia UMNO.
Hehehehe…. Ramalan kuno dari analisa saya.
Salam Saudara Aspan,
Semoga telahan, doa dan harapan saudara dan rakyat seluruhnya dimakhbulkan Allah. Amin!
Sdra Aspan,
Sonang sdra sebut UMNO/BN akan tumbang di dalam PRU 13 nanti. Ini boleh berlaku jika pilihanraya kito fair and clean tapi saya raso la, when the stakes are high, UMNO/BN akan mengguno apa cara sekali pun untuk memastikan ia menang. La ni pun SPR sedang bertungkus lumus membuat kerja2 yang membolehkan UMNO/BN kekalkan kuasa.OK la dakwat kekal digunakan susah sikit nak menipu tapi ada banyak cara lain yang SPR sedang giat lakukan. Menambahkan jumlah pengundi khususnya memberi taraf warga negara kepada pendatang2 asing dan mendaftar mereka sebagai pengundi sedang giat dilakukan. Menukar tempat mengundi pengundi2 Cina di kawasan2 di mana pengundi2 Cina menjadi penentu dan memasukkan pengundi2 melayu di kawasan2 tersebut sebagai pengganti,juga sedang giat dilakukan di banyak kawasan khususnya untuk kawasan2 yang 50:50, 60:40. Menambah bilangan pengundi pos juga sedang giat dilakukan khususnya di kawasan2 panas yang dimenangi oleh PR. Contohnya di Lembah Pantai. Yang pasti berlaku ialah di hari mengundi kelak, ramai pengundi akan terpinga2 apabila mendapati nama mereka tidak tersenarai atau telah dipindah tanpa pengetahuan mereka!! SEnarai yang SPR sediakan sekarang jauh berlainan dengan senarai semasa hari mengundi.SElepas pilihanraya kelak, buat la bantahan after bantahan, petisyen after petisyen, bila nasi dah jadi bubur, what can we do???Melopas lagi. Di tipu bulat2!!!
For the record.
ALi floored Foreman at round 8, against all odds.
Big George is still around. Smokin Joe passes on recently.
NBC rumble in the jungle.
http://www.youtube.com/watch?v=5nGhNq8uHpg
Thanks
mhkatab
For the record.
ALi floored Foreman at round 8, against all odds.
Big George is still around. Smokin Joe passes on recently.
NBC rumble in the jungle.
http://www.youtube.com/watch?v=5nGhNq8uHpg
Thanks
mhkatab
Anon 22.20/Tuan Aspan
Sorry, big, big mistake. What I meant was Joe Frazier or Smokin' Joe.
George Foreman is still alive and kicking.
Kesian najib ya,buat kena,tak buat pun kena,kalau GE13,Umno masih mencapai tahap 2008,najib fail,akan dicantas Mahyudeen,kalu capai rendah drpd 2008,memang putus kepala,last2 dia buat deek aje,sapu sebanyak-banyaknya sebelum meninggalkan pentas,Mahyudeen pun melatah-latah,nak ludah takleh,nak telan pahit,last2 Harakiri laa jwbnya,Mahathir akan gelapkan diri(bukan susah sangat)cuba camouflage n harapkan David Copperfield ada,boleh menghilangkan dirinya,tengok2 yg hilang wig Tun Siti pulak dah,apa psl pulak katanya,aku kan Mantan PM yg terbaik utk M'sia,alamak Mamak tu nak gromal lagi,piii daah hanggg!
Salam Tn. Aspan dan semua,
1. Pemerintah adil adalah pemerintah yang meletakkan sesuatu keputusan menurut nilaian yang berpaksi kepada kebenaran. Ini anjuran agama yang melibatkan Allah, Manusia dan Alam semesta.
2. Manakala pemerintah zalim pula adalah pemerintah yang banyak melakukan, manipulasi, penipuan, pembohongan, rompakan, fitnah dll dengan berpaksi kepada kebatilan. Ini larangan agama yang juga melibatkan Allah, Manusia dan Alam semesta.
3. Dalam kajian saya, kebatilan yang dilakukan Ketua dan Pengikut UMNO yang menjadi penyebab utama kejatuhan mereka dengan ditarik-balek kuasa yang dipinjamkan kepada mereka adalah :-
Apabila berleluasanya a) fitnah dan penaniayaan ke atas manusia,
b) Menyelewengkan kekayaan negara, c) mempersenda dan memperlekehkan hukum dan ketetapan Allah dan musibah ini paling cepat mengundang kemurkaan Allah yang Maha Berkuasa. Ketiga-tiga entiti ini juga merupakan penyebab sejarah kejatuhan ketamadunan Empayar2 yang besar di dunia untuk diambil iktibar.
4) Allah melambatkan penghukuman selagi Pemimpin dan Pengikut UMNO hanya merampas harta walaupun seisi dunia ini untuk kekayaan mereka kerana di sisi Allah harta seisi dunia tidak bermakna.
5) Penyebab utama mengundang kemurkaan Allah, adalah kerana Pemimpin dan Pengikut UMNO menganiaya manusia, mempersandiwarakan Agama dan memperlekehkan hukum2 Allah semata-mata.
Contoh penganiayaan :-
- Jabatan Agama atas arahan pemerintah telah menghalang Penceramah Agama untuk memberi nasihat tetapi menutup mata dengan pesta arak, judi, kelab2 berlesen dll.
Contoh fitnah :-
- Menuduh manusia yang tidak menyebelahi pemerintah dengan pelbagai fitnah, tohmahan sehingga disumbat kesel penjara.
Contoh melawan hukum Allah :-
- Mempermainkan hukum hudud yakni kemuncak yang mengundang kemurkaan Allah. Inilah gelombang kejatuhan dan kehinaan buat Pemimpin, Pengikut, UMNO, BN dan mereka-mereka yang mengiyakan kesalahan menghina ketetapan Allah tersebut. Ketahuilah dengan sungguh bahawa Allah bersifat AL-MALIK-Raja/AL-HAKIM-Penghukum.
Kita lihat bagaimana Sultan Brunei sendiri tidak berani menyanggahkan hukum Allah tersebut. Akan tetapi, malang sungguh buat Pemimpin dan Pengikut UMNO/BN kerana mengeluarkan ucapan sebagai PENYAKSIAN bahawa mereka mengiyakan kemungkaran mereka dengan CARA MENENTANG KETETAPAN ALLAH TERSEBUT.
Nau-zubillahu-minzalik.
Sesungguhnya kini, nasi sudah menjadi bubur buat UMNO/BN menanti hukuman sebagaimana mahkamah telah menetapkan seseorang yang akan dihukum gantung menanti waktu matinya. Cukup mudah buat Allah sehinggakan saban hari Allah meletakkan tindakan mereka2 ini menjadi salah dimata hamba2nya yang lain dan meletakkan kebenaran kepada golongan yang menentang mereka ini menjadi rasional dimata hamba2nya yang lain. Sehinggalah pernukaran Pemerintah berlaku. Harus diingat bahawa Allah pasti menurunkan dugaan kepada yang pihak yang akan mengambil kuasa dan pasti Allah akan menurunkan bala bencana kepada pihak yang akan diturunkan dari tampuk kuasa.
Contoh jelas bagaimana Allah mengatur bumi Malaysia ini sehinggakan tidak pernah terfikir dibenak Rakyat Malaysia dan tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia bahawa YDP Agong dan Timbalannya telah datang dari negeri yang menentangkan UMNO/BN. Demikianlah kekuasaan yang maha Esa sungguhpun iktibar sebegini sering dialpakan manusia.
Ingatlah :-
"Sehitam-hitam dan segelap-gelapnya malam pasti akan hilang apabila menyinsingnya fajar"
Wassalm.
"Ilham Pemikir"
hahaha, i like the way the writer described Umno is as ayam daging. It is true and ayam daging will be sembelih to serve Rakyat.
Pak Aspan,
Kan ketua gerombolan keturunan lanun Bugis yang pernah menghunus keris untuk bermandi darah diStadium Kampung Baru sudah bersumpah untuk mempertahan Putra Jaya sahingga ....Perwakilan UMNO sudah berbaiah di PWTC.Senangkah mereka kan menyerah kalahsesudah menghabiskan berbilion agar tidak ditumpas dalam Peti Undi.Kalau KLmenjadi padang jarak/tekukor harta rompakan kaum kerabat dan sudah cukup terkumpul diUK, Argentina, Australia- jetperibadi tersedia berlepas bila-bila masa.
Kita wajib Berwaspada.
Waspada jika Najib dan Timbalannya telah mengisytiharkan PRU 13 adalah ibu segala PRU. Gendang perang telah dipalu. Setiap ucapan mereka ini penuh pengertian dan pengisian, bukannya ucapan kosong.
Putrajaya mesti dipertahankan - bukan juga ucapan kosong. Mereka telah merencanakan "grand design" untuk terus kekal berkuasa melalui cara "at all cost UMNO/BN must win" dan "the end justifies the mean".
Apabila mereka menang melalui cara ini mereka akan mendabik dada dan seraya berkata "lihatlah program GTP dan ETP kerajaannya telah mendapat sokongan rakyat". Ini adalah tag line yang disediakan setelah dapat mengekalkan majoriti 2/3. Namun penipuan PRU secara halus telah pun berlaku dan menyalaklah kita (pembangkang) sesayup mana pun maka jadilah seperti anjing menyalak bukit. Kita harus bersedia dengan segala tipu daya musuh sesungguhnya mereka ini tidak pernah berhenti memikir sejenakpun untuk terus kekal berkuasa kecuali kita telah bersedia dari memasuki perangkap mereka seperti kata Ahmad Lufti Othman. Saya seiya sekata seperti yang diperkatakan oleh Anonymous 26 Dec 11:1900.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Hebat! Ayam daging atau ayam kampung? tergelak saya membaca perbandingan sekreatif ini. Apa nak buat, kan? Dah nasib UMNO BN ni; prinsipnya tak lain, selain menagih simpati dengan berjudi (pelbagai insentif menjelang PRU) dan memeras, merompak, hatta membunuh bila dah selesa dalam istana. Ya tak? Yang lebih mendukacitakan, segala yang disebutkan tadi (rompak, peras, bunuh ...) terhadap psikologi juga begitu semberono mereka lakukan!
Lihatlah beberapa senario ini: Ajaran suci Islam ditapis selaras hawa nafsu PM sejak pertengahan 80-an, dengan menggam ceramah dan khutbah yang menegur kemungkaran sekalipun oleh para Ustadz berwibawa yang bertauliah yang berkhidmat dengan media massa dan masjid-masjid kerajaan; pembangkang sentiasa dikategorikan sebagai "PESALAH" dan mesti dijauhi rakyat; suntikan semangat "patriotism" melampau seperti yang terungkap dalam lagu "Setia"; penghinaan dan cacian semberono ke atas hukum Allah, di sampng penjenamaan haram gagasan "Islam Hadhari" yang punya had dan hari itu ... Entahlah, rasanya nak senaraikan pun dah berkoyan berdozen ... Namun, penghujung dari semua senario ini, yang teramat mendukacitakan lagi tragis: kedapatan pemimpin mereka yang punya kesedaran agama dan kemanusiaan, terus sujud membisu. Mana tak? Nak makan minum free, tinggal dalam istana mewah lagi berhias, punya "prebet" jaga kiri kanan ... Bukankah segala-galanya itu menyebabkan mereka jadi ayam daging?
Namun begitu, masih kedapatan di kalangan mereka, pemimpin-pemimpin yang tinggi keinsafannya cuba berjuang seperti ayam kampung. Dalam hal ini, elok benar kiranya kita menghargai para pejuang seperti mereka. Semoga mereka meneruskan perjuangan dengan penuh tabah walaupun terpaksa berperang secara curi menentang kezaliman jemaah mereka kini yang bakal menyaksikan berakhirnya riwayat hidup mereka setelah selesa sekian lama. Ingatlah, walaupun kita mewah secara mudah dengan sumber yang haram, namun, bila dicantas dan direntap secara mengejut, baru mau insaf dan bertaubat, terlewat sudah ...
Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata buruk padahnya;
Terlajak masa tak mampu diundur,
Rugi dan sesal selama-lamanya.
Menutup bicara, sekalung penghargaan saya ucapkan; jangan lupa tapis yang kurang wajar dan teruskan amar ma'ruf, nahi mungkar.
Terima kasih.
salam pak AA..
UBN akan menggunakan sepenuhnya agensi2 dibawah kekuasaannya (utk masa ini) bagi membolehkan mereka mempertahankan putrajaya spt kata najeb."at all cost"..
cuma najeb jangan lupa...perancangan Allah maha hebat menandingi perancangan manusia kerdil...selaen undian kepada ABU, doa adalah jalan terbaek bagi membolakbalikkan hati penyokong tegar umno..
we r not "perasan" dat we r d open-eyed...but look around n c urself..c n think outside d box...
Allah sahaja maha mengetahui segalanya..
Post a Comment