03 December 2011

UMNO - Yang boleh memerintah hanyalah AKU, yang boleh menjamin kehidupan kamu adalah AKU...semuanya AKU!

Dalam kita menanti pilihanraya umum ke13 ini masing-masing terlalu sibuk untuk mengambil tempat sebagai calon terutamanya dalam UMNO. Masing-masing yang berminat untuk di pilih menjadi calon bercakap yang mereka adalah ‘winnable candidate’ dan pasti menang jika pucuk pimpinan sedar tentang kehadziran mereka dalam politik tempatan.

Dalam pada itu pimpinan tertinggi menggunakan segala tenaga dan fikiran untuk membelasah pihak yang tidak mahu mengikut telunjuk mereka. Siapa sahaja yang tidak sebulu dengan UMNO atau pun BN, bermacam-macam nama di gunakan mereka untuk melabelkan seseorang yang tidak bersama mereka.

Yang paling kuat sekali ialah TS Muhyiddin Yassin yang memanggil orang itu pembelot dan pengkhianat, seolah-olah mereka itu bukannya pengkhianat kepada bangsa dan negara mereka.

Elok kita kupas sedikit tentang isu pembelot ini. Siapakah pembelot itu dalam konteks politik dan kenegaraan? Apa kah yang di lakukan oleh seseorang itu untuk boleh di labelkan sebagai pembelot? Definasi pembelot ini sangat luas jika dipandang dari sudut makronya.

Tetapi biar kita berbahas dalam konteks politik pilihanraya yang hampir tiba ini. Pembelot dan pengkhianat negara boleh ditafsirkan sebagai sesiapa yang melakukan kejahatan kepada negara. Apa pula perkara-perkara yang dianggap jahat yang dilakukan kepada negara? Perkara-perkaranya banyak.

Rasuah merupakan pembelotan terbesar kepada negara. Perasuah itu adalah pengkhianat, apatah lagi kalau dilakukan oleh mereka yang telah diberikan tanggungjawab untuk menjaga harta benda rakyat melalui pilihanraya. Perbuatan rasuah itu adalah satu dosa besar kepada negara. Dalam kejadian rasuah ianya melibatkan wang rakyat dan sesiapa yang menerima wang rasuah itu, ia adalah satu kegiatan mencuri. Mencuri wang rakyat adalah pengkhianat negara.

Se sebuah negara yang baik, negara itu mesti berjuang untuk bersatu padu dan mempunyai tahap ‘national unity’ yang tinggi. Jika pemimpin-pemimpin terutamanya yang sedang memerintah bercakap dan bertindak dengan tujuan untuk memecah belahkan rakyat bagi mengambil kesempatan untuk mendapat undi dan sokongan dalam kekeliruan itu, pemimpin-pemimpin seperti ini adalah pengkhianat negara.

Berkata-kata untuk memecah belahkan perhubungan baik di antara rakyat berbilang kaum itu merupakan pengkhianatan yang tidak terperi tahapnya kerana jika berlaku perpecahan itu yang bertanggungjawab adalah individu pemimpin atau parti yang melakukannya.

Mereka yang melaga-lagakan rakyat yang berlainan agama dan kepercayaan itu juga merupakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara. Kegiatan ini sedang giat dilakukan oleh pihak tertentu untuk menaikkan suhu perpecahan di antara rakyat yang berlainan agama bagi kepentingan politik untuk mempertahankan kuasa. DAP yang hampir kesemua ahlinya beragama Buddha, di tuduh mengkristiankan orang Melayu Islam. Semuanya ini adalah pengkhianatan kepada negara kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan di antara rakyat yang berbilang agama dan kepercayaan.

Apa sahaja yang boleh mencetuskan keburukan kepada negara itu adalah pengkhianat negara. Tetapi yang lebih besar dosanya ialah apabila seseorang atau pemimpin mengaku dan berkata-kata dengan sombong yang segala-galanya yang ada dalam negara ini termasuk pembangunan dan rezki yang diterima rakyat itu adalah oleh kerana UMNO.

Tidak ada UMNO, negara langsung tidak ada apa-apa dan rakyat seolah-olah akan mati kebuluran. Kalau tidak ada UMNO, Melayu akan telanjang tanpa pakaian. Kalau tidak ada UMNO, tidak ada lebuhraya tetapi tidak di keluarkan pula betapa setengah yang berkuasa telah memeras rakyat melalui perjanjian concessionaire yang di rahsiakan dari rakyat dan di letakkan dalam akta rahsia resmi.

Katanya jika tidak ada UMNO, rakyat kita tidak akan dapat pelajaran dan berbagai-bagai lagi dan semuanya ini adalah pengakuan yang mengambi alih kerja Tuhan Maha Esa.

Ramai sudah jemu dengan ungkapan takbur yang itu UMNO buat, ini UMNO buat, semuanya UMNO buat dan boleh menjamin kehidupan kamu di dunia dan akhirat. Tetapi tidak pula mereka memberitahu berapa billion pemimpin kita kebas dalam pembelian peralatan senjata perang. Tidak juga mereka memberi tahu rakyat dalam projek MRT itu berapa billion individu-individu itu dapat dan keluarga mana yang kebas.

Tidak juga mereka memberitahu peneroka Felda berapa ratus juta beberapa orang besar di dalam Felda itu akan mendapat keuntungan peribadi dan banyak lagi isu-isu yang lain yang sangat menyakitkan kepada siapa yang tahu sikit-sikit tentang apa yang berlaku di sebalik tabir.

Yang di sebut hanyalah AKU….AKU dan akulah yang boleh menjamin hidup kamu semua. Bila bercakap hanya AKU, yang pandai..AKU, yang boleh memerintah…semuanya AKU.

Ketakburan pemimpin-pemimpin kita sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dipertahankan lagi.. I reckon all of them should go! AND they must go.

23 comments:

Quiet Despair said...

Bersemangat betul ucapan penggulungan DS Najib, ya Tuan Aspan.
Sudah tentu Tuan mengamatinya dengan penuh jiwa.
Siap guna perkataan "pedaah" (tipulah dalam loghat negeri saya Pahang).
And TS Dinpun tak kalah dengan ayat Qurannya. Tak tau pulak yang dia boleh mengalahkan ustaz Hadi.
Apapun, selamat berperang UMNO dan mesti menang tau.

Anonymous said...

Sdr Aspan,

Adakah UMNO menghidup & menyubur amalan dan kepercayaan khurafat seperti yg disebut oleh Almarhum Ust Fadhil Noor? Adakah UMNO ini bayangan dajal seperti yng diisyaratkan oleh Rasulullah? Maaf bukan menuduh, tetapi kelaku begitu adalah persis dajal

Anonymous said...

From AKU to ABU, may Allah make it easy for us to build a much much much better civilization in Malaysia.

Anonymous said...

Saudara AA.

Apa sahaja perkataan yang dipakai oleh kepimpinan Tertinggi UMNO dalam kontek politik sekarang dan dahulu, "pembelot, pengkhianat, durhaka, pencangak", dan apa sahaja yang mengambarkan sifat negatif, sebenarnya mengambarkan diri orang, "Melayu UMNO" yang sudah sesat itu.

Kalau kata-kata negatif dan buruk itu ditujukan kepada Parti Pembangkang, banyak yang tidak tepat dan betul, dan kapada rakyat Malaysia amnya dan yang cerdik akal pula, sudah tentu tidak akan membantu calon winable UMNO untuk menang dalam PRU 13.

Kepada mereka "Melayu UMNO dan BN" selamat tinggal Putrajaya.

Anonymous said...

aku nak muntah dengar najib berucap

tulangkering said...

Kepada Quiet Despair

Memang betul seperti kata tuan betapa bersemangatnya ucapan penggulungan oleh Datuk Seri Najib. Kelihatan hampir terkeluar semua urat urat di lehernya. Yang sebenarnya kalau seorang PM itu mempunyai idea yang banyak, dia tidak perlu menjerit dan meraung raung seperti itu.

Ingatkah lagi mantan PM Madey sepanjang 22 tahun menggulung perhimpunan agung UMNO? Beliau tidak berucap meraung raung seperti yang dilakukan Najib tadi. Dia cuma berucap seperti membebel dan tidak meraung raung tetapi telah diberi standing ovation dan tepukan yang begitu hebat jauh meninggalkan Najib.

Ucapan meraung raung Najib yang sebegini hanyalah memberi impak kepada penyokong tegar UMNO sahaja dan tidak kepada orang diluar UMNO terutama orang diatas pagar. Mereka (diluar UMNO) ini mendengar ucapan ini dengan penuh sinis dan meloyakan.

abu_asymal said...

kalau tidak menang bukan umNo namanya!

Anonymous said...

Pak AA, dalam ucapan penggulungan tadi, saya memang tunggu-tunggu mana agenda melayunya. Bila presiden sebut agenda Melayu, ianya nampak macam agenda recycle ataupun old tape recorder yang diulang dan diulang berkali-kali. Katanya objektif persidangan telah tercapai... mungkin Pak AA boleh jelaskan bagaimana nak ukur pencapaiannya. KPI pun katanya melebihi jangkaan. Apa KPI nya ye? Oh ye, satu lagi..boleh tak agaknya (kalau ada lagi persidangan UMNO lah) tak payahlah bersyair sakan, bergurindam, berlagu, berlawak bodoh - buang masa dan memalukan kerana isinya..hampeh

Zaidi said...

Pak Aspan

Ucapan penggulungan sangatlah keras
Menjerit kuat isinya hilang
Kuman di seberang tampaklah jelas
Gajah depan mata tidakkah dipandang?

Tuah menikan Jebat yang rela
Kasihnya sahabat tidak berpada
Buatlah amal harapkan pahala
Banyak berjasa takabbur tiada

Anonymous said...

Pak span, Mengingati kembali beberapa tahun dulu pengalaman saya sebagai pemerhati dalam PAU yang duduk di belakang sebarisan makcik makcik Wanita UMNO. Dia orang ni bukan kisah apa yang berlaku di depan..waktu orang berucap, depa pun berucap, lebih panjang pulak tu. Bila orang tepuk tangan, tiba-tiba depa renti bercakap dan tepuk tangan macam nak rak..takut orang tak nampak depa tepuk tangan, depa tepuk tangan sambil angkat tangan tinggi-tinggi. Bila dengan yang berucap meraung kat depan, depa pun renti bercakap dan terus tepuk tangan lagi. Gamaknya baru belajar pok amai amai. Jadi kalau dengar riuh rendah tepuk tangan tu, percayalah bahawa yang bertepuk tu ramainya baru belajar pok amai-amai

Quiet Despair said...

tulangkering

Ada benarnya apa yang you cakap tu. Yang saya tak sukanya bila dia cakap ala Anuwar Ibrahim. Brrr, Grrr, Krrr gitu.
Tak perlu lah ikut cakap orang pedaah itu kan.
Dulu dia tak cakap macam itu.
But when he speaks English, he sounds right.
Nantilah when I meet him or Aunt Rosie, I will tell them. Hahaha.

Quiet Despair said...

Yang saya tak puas hati ialah delegates asyik cakap tentang calon GE.
Tak ada debat bermutu tentang game-change yang Najib sebut. Also how to assimilate the youths into UMNO etc.
I tweeted Najib on reminding UMNO minions on the game-change and not game over.

Anonymous said...

Bro Aspan,kalau ada masa cubalah jenguk jenguk rumah urut dan klub karoke malam ni, para perwakilan umno yang terpekik terlolong didewan merdeka PWTC siang tadi (kononya AKU buat ini AKU buat itu untuk orang Melayu)sedang "merelekskan bodi dan fikiran" sabelum balik ketempat masing msing pagi esok. Inilah orang umno "pembela nasib" orang melayu konon.

Anonymous said...

Kan dah disebutkan Melayu itu satu bangsa yang mendahulukan emosinya dari otaknya. Jadi janganlah marah-marah tahap emosi. Selagi anda Melayu kemarahan anda itu walau pada sesiapa pun anda tujukan memang menonjolkan kelemahan yang sama, terlalu emosi.Jadi tak payahlah nak sebut muntahlah, meroyan, melaung, pok amai-amai dan macam-macam. Cuba anda pulang kerumah bersama ayah ibu dikampung atau anak isteri dirumah, itulah budayanya! Itu belum lagi termasauk tabiat melatah!
Saya tahu kelemahan bamgsa sendiri, memang sedih! Tapi mana-mana MELAYU yang ada peluang dalam politik, tak kira apa parti, perangainya sama. Jadi jangan cepat beremosi. Marah nyamuk jangan bakar kelambu. Kerana yang sudah ada mind -set, sudah tak berupaya melihat lebih jauh. Kesian orang Melayu, ludah bangsa sendiri, konon akan diselamatkan oleh bangsa lain!

budin said...

AA,

Macam mana ucapan Presiden UMNO semasa pengulungan semalm?

Saya semasa itu tak dapat tengok kerana saya sedang menonton Disney cartoon dengan cucu saya.

Terlupa nak tengok ucapan Najib kerana say rasa lebih seronok tengak Disney cahnnel lagi.

Ceritalah sikit AA.

zikri said...

AA,

UMNO akan tumbang...percayalah!

flyer168 said...

The General Assembly has seen some subtle Anarchy against the UMNOputra Leaders...

As shown by the repeated reminders....

What a Sham !

Main - Malaysia - Nazri warns of 2008 repeat if Umno infighting continues @ Thu Dec 01 2011 - http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/nazri-warns-of-2008-repeat-if-umno-infighting-continues/

"Umno supreme council member Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz said members have not learned from the mistakes of 2008 where he said incessant “infighting and backstabbing” pushed the party and the ruling Barisan Nasional (BN) to lose its two-thirds federal majority and four states.

He accused members of being unwilling to sacrifice themselves for party and national good, claiming “they have no qualms at all to ensure that a candidate loses if it is not them (if they are not chosen)”.

“You know, it is a perennial problem whenever we approach the election, there is always going to be problems about candidates.

“In the election, if the opposition wins the seat, it is not them winning but Barisan Nasional losing. Meaning, there is no unity among us...

there is sabotage and the party machinery cannot run properly and then we lose,” he told The Malaysian Insider.

“So Umno members need to be reminded again and again and again and again because they have no qualms at all to ensure that a candidate loses if it is not them,” he said."

Afterall they are doing as per what their Ketuanan UMNOputra Leaders have been doing & teaching them, mah!

Bagus lah Nazri, they will do exactly as per your words...

"Hara-kiri" sendiri...

Tak payah risaukan pasal DSAI, PKR, DAP atau PAS lah

In Bolehland, we hang the petty thieves and appoint the great ones to public office.

As Winston Churchill once said...

Politics is not a game. It is an earnest business.

You be the judge.

Shalom.

nick said...

Pak,

It certainly is disgusting to listen to those who are true traitors and hypocrite accusing other citizen of Malaysia as "Pengkhianat, Pembelot dan Bangsat" just because those accused, are no longer fond of and worship UMNO (with added insult to UMNO, have now turn to the opposition such as DAP and PAS for salvation and hope). And for sure, it's a sign of desperation. UMNO's dying desperation. Desperate for support, desperate for trust and more importantly desperate for the continuation of their hold onto power and life.

UMNO's type of slanderous and libelous politic does very well in the mid 80s and 90s when the majority of Malays are those who are still shackled with the "I believe in mythical and legendary fairytale" feudalistic mentality (where the upper classes or bangsawan are believed to be the owner of this country and masters to the rakyat). BUT sadly for UMNO, it's no longer the case. As we came into the new millennium, those who were once the majority became the minority and to the horror of UMNO, those who abhor and despise feudal master/slave relationship (in other words, UMNO type of politics/slavery) are increasing and increasing exponentially. The X and Y generation that we have now (the new majority of Malaysian citizen) does not believe in "cerita dongeng bangsawan, pari-pari, putera kayangan and kuasa sakti gologan bangsawan". In other words, they don't see those who are elected democratically as leaders are owners of this country. They see them truly as what they are- the servant of the people and the nation and thus answerable to the people who put them in power.

And this is what ails UMNO. Being stuck in a time warp where they are still the masters of the land, immune from criticism and removal from power by the people is unthinkable, UMNO cannot change and adapt. It struggles and lashes at the changes in the mindsets of the Malays and worse of all, being comfortable and not to mention getting illegally rich stealing the wealth they are entrusted to manage, UMNO desperately try to enslave and stunt the mental growth of the Malay people. BUT to no avail. And from that failure truly come the desperation and fear.

It suddenly dawned upon the UMNO leaders that they might someday lose power. And losing power might spell lost of freedom too since they realize that all their wrongdoing, stealing, pirating and abuses will be revealed and brought to justice. The people who were once masters of the people could end up in jail, disgraced and worse, the wealth illegally gained would be confiscated (and their family will be left poor and despised by the people). BUT being stuck in a time warp, UMNO can't do anything to save itself. And that's the greatest danger of being stuck in a time wrap. Even though UMNO realizes the problem and the danger to it's survival, it cannot do anything to change it. A time warp negates anything that is done by those who are trapped in it and the inevitable is clear- only death awaits UMNO.

And right now we are seeing just that! The final death throes of UMNO (being a corrupt entity, it's death throes is truly disgusting and despicable). I for one, will be glad and relieved with it's demise. It's time for change and the prospect of Malaysia without UMNO is certainly much, much brighter! Can't wait to cremate UMNO until it becomes ABU in the next GE!

Nick.

Anonymous said...

Mengundi dan menyukong BN/UMNO di PRU 13 adalah saperti memberikan perompak dan pembunuh senapang bersama peluru serta pedang dan tombak untuk membunuh dan membinasakan mangsa yang di rompak.

Dpd itu, kalau tak faham dan maseh lagi mahu menyukong BN/UMNO, memang tepat lah pemikiran manusia saperti itu mahu membunuh diri dengan sengaja. Harap sibarkan kepada semua rakyaat yang tak mahu membunuh diri supaya jangan menyukong BN/UMNO pada PRU13 nanti.

Anonymous said...

Anonymous @08:20:00
Sy stuju benar dgn kamu..

ABU.

Anonymous said...

I love this article.

Anonymous said...

Anom 8.20. Salah tu! Mengundi UMNO diPRU13 adalah seperti mengundi adik, abang atau kakak dari keluarga sendiri yang tamak nak makan lebih. Dia beri kita sikit-sikit sahaja. Tetapi daripada nak undi orang luar yang bukan ahli keluarga kita, dan belum tentu akan campakkan sikit pun yang dia dapat pada kita, maka lebih baiklah kita undi ahli keluarga sendiri!

Anonymous said...

anon 00:19:00..

zaman sekarang..org luar kadangkala lebih dipercayai dari saudara kandung sendiri..

undi adik beradik pon makan seorang..walaupun mak ayah suruh kongsi..tapi tamak haloba menguasai diri dek kerana kepercayaan yg diberi..


-anonimis-