29 March 2012

Pemimpin-pemimpin menganggap ahli-ahli UMNO ibarat garam sahaja

Akhir-akhir ini saya telah dihubungi oleh ramai diantara rakan-rakan saya untuk berjumpa minum petang dan makan malam. Mereka ini adalah diantara ahli-ahli UMNO yang memberikan saya semangat dan sokongan moral untuk saya kembali bergiat, kali ini dalam DAP. Sesungguhnya saya mempunyai ramai rakan-rakan didalam UMNO yang akhir-akhir ini selalu berhubung dan berbincang tentang politik setakat ‘level’ kita yang rendah-rendah ini.

Kesemua diantara mereka terus menerus meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap UMNO yang kian merosot imejnya dikalangan rakyat. Kata mereka kali ini UMNO akan berhadapan tentangan hebat dari pembangkang dan juga sibuk menyelesaikan masalah dalaman yang mereka sedang hadapi terutamanya semasa PRU nanti. Semuanya hendak menjadi calon dan semuanya merasakan mereka adalah calon ‘winnable’ untuk UMNO dan BN.

“Bro, kami ni gunanya hanya semasa pilihanraya sahaja. Lepas tu kita tidak ada guna dah. Mereka akan sapu semua yang ada dan peranan kita hanyalah untuk melihat dan memberikan sokongan bila mereka menghadapi masalah sahaja.” Kata salah seorang yang bercakap dengan saya itu. “Lepas ini kita tidak ada lagi peranan” katanya lagi.

Saya memberikan respon terhadap kata-kata ini. Saya menyatakan kepada mereka itulah yang saya marah dengan UMNO. Pemimpin UMNO memandang rendah kepada rakyat dan ahli-ahlinya sendiri. Pemimpin-pemimpin besar UMNO hanya menganggap ahli-ahli UMNO dibawah ini seperti garam untuk masakan hidangan enak-enak mereka sahaja. Mereka tahu garam itu amat penting dalam sesuatu masakan untuk mengenakan masakan yang mereka akan baham itu.

Kita tahu garam itu penting tetapi pentingnya garam itu ada hadnya. Selalunya garam ini hanya digunakan dengan jumlah yang kecil. Ia hanya digunakan sedikit sahaja untuk masakan itu. Garam hanya digunakan setakat sesedap rasa sahaja. Mereka tidak akan menggunakan garam lebih dari setakat sesedap rasa, kerana jika garam digunakan berlebihan masakan itu akan menjadi masin dan tidak enak rasanya lagi.

Pemimpin-pemimpin UMNO hanya menggunakan ahli-ahlinya hanya untuk pilihanraya dan mereka akan dibiarkan melata selepas itu. Mereka tidak akan diperlukan lagi apabila mereka sudah memberikan jasa dan bakti dalam sesuatu pilihanraya itu. Ahli-ahli dibawah ini hanyalah garam kepada UMNO. Ahli-ahli hanya dipergunakan untuk menyedapkan apa yang mereka makan. Apabila sudah digunakan garam ini, bekas garam itu akan diletakkan ditempat yang tidak sebaik ikan dan sayuran yang diletakkan didalam peti sejuk yang nyaman.

Jadi ahli-ahli UMNO sekarang sudah mulai sedar yang mereka hanyalah ‘standard’ garam sahaja kepada partinya. Garam merupakan satu ‘ingredient’ yang paling murah sekali didalam sesuatu masakan itu.

Setakat itu sahajalah nilai ahli-ahli UMNO kepada pemimpin-pemimpinnya. Tetapi garam-garam inilah yang selama ini menjadi penyedap kepada pemimpin yang makan sedap-sedap itu. Kalau tidak ada garam-garam ini didalam UMNO, nanti mereka tidak akan merasakan makan yang sedap lagi.

Membasuh sayur-sayur yang ada 'chemical' juga selalunya menggunakan air garam untuk mempastikan sayur-sayur itu suci dari kandungan 'chemical' yang digunakan oleh penanam sayur itu. Apabila sayur-sayur sudah bersih dari kotoran itu, air garam akan dibuang sahaja dan mengalir ke longkang-longkang bersama-sama dengan air kumbahan yang lain-lain itu.

Itu sahajalah gunanya ahli-ahli UMNO dan itu pun anggapan dan penilaian pemimpin-pemimpin besar terhadap mereka. Patutlah Dr Mahathir menganggap UMNO ini di penuhi oleh orang-orang yang tidak berkelayakan (tidak professional). Kalau mereka (ahli-ahli UMNO) itu professional masakan mereka hanya dianggap sebagai garam sahaja?

16 comments:

bjorn said...

Tuan,
Jgn lah kata dia orang tu garam. Kesian saya tengok dia orang.....
tapi betul juga ya?...Garam...garam.

Heeee..heeee

Anonymous said...

Setakat sesedap rasa sahaja..betul!

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan dan pelayar blog;

Salah satu cara untuk menjatuhkan pemimpin umno dan bn sekarang adalah melalui kertas undi. Saya sarankan garam2 umno yang tidakpuas hati memberiundikepada pembangkang, dengan cara ini apabila pemimpin yang ada kalah, sudah pasti mereka akan melarikan diri meninggalkan pwtc, dengan itu garam2 yang ada bolehlah bermuafakat untuk memilih ketua2 baru.Macam paksa rela gitu.

Lihat saja bekas2 wakil yang tidak dipilih, jarang2 yang maseh berkokok.Yang kokok kuat kerana takut anak didik kalah, takut tak cukup tanah nak lari.

Bukan lama 5 tahun aje, "cuba try test" sekali. Tapi jika molek, bagi 5 tahun lagi, agar sistem pemerintahan, kehakiman dan ekonomi dapat diubah. Selama ini umno perentah pun hanya sekepeng aje melayu yang senang, itupun anak beranak dan kuncu2 pemimpin, yang garam2 ni dapatlah bau2 asap. Jangan mudah berpuas hati dengan pemberian seribu dua tu, makan angin ke Medan dan Bandung sekalisekala,tak menjadi kudis buta pun pada yang ada kuasa.
Biar sesalan selama ni ada penghujungnya.....
Berubahlah,,,,Myi

Anonymous said...

Tuan
Garam yg banyak ada gunannya untuk menyihatkan kaki,agar tubuh badan sipengguna garam sihat sejahtera.Muga empunya tubuh menggunakan dirinya yg kembali cergas (hasil dari 'mempergunakan' garam tadi)ke arah yg betul,ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Adalah dangkal menuduh semua 'pengguna garam'(ADUN?)adalah sama sahaja sifatnya sebagai opotunis.Sekiranya kita adalah mereka,adakah kita mampu berbakti dan memuaskan hati semua 'garam2 'dan memenuhi menisfitasi apa yg kita janjikan atau apa yg kita ingin kotakan sebelum memegang pangkat dan darjat tersebut.Sayugia diingatkan masih ada yg berbakti dengan tangan kirinya tidak tahu apa yg tangan kanan lakukan.Dan mereka ini tahu ganjarannya bukanlah di dunia fana ini.Muga aku termasuk dalam golongan ini.Adakah anda mencetus minda sebegitu rupa.Fikir 2 minit sebelum tido
stomedt
ipoh

Anonymous said...

Pemimpin2 UMNO dah kurang guna garam, mereka sekarang lebih suka pilih kicap cap "lipas gudang" bagi menggantikan garam.

Semasa perayaan di Batu Cave yang lepas..pemimpin tertinggi BN dah buat janji untuk "order" berjuta2 RM kicap cap "lipas gudang" bagi menyedapkan lagi masakan menggantikan garam kasar sedia ada.

Pimpinan UMNO BN barangkali yakin dengan melabur jutaan RM untuk kicap "lipas gudang", garam lama tak perlu diendahkan sangat lagi.

Nasib laa kau garam oiii. Lebih baik kembali ke laut atau ke bukit, disana kau tak mungkin dipermainkan lagi kerana rakan2 kau di sana lebih memahami.

Jenguklah ke mana kedai dan pasaraya...tempat kau garam hanya di rak2 bawah yang berselerak berbanding kicap "lipas gudang" yang tersusun rapi di rak atas. Hinanya kau dibuat tuan kau itu !

Anonymous said...

Ahli2 umno semua mcm lembu, dah tahu pemimpin munafik masih dok sokong mcm tak ada akal.

apanama pun boleh said...

Ubat yg paling mujarab utk UMNO adalah menghilangkan kuasa mereka cam Khir Toyol......senyap sunyi tak kelihatan lagi.............

MAHApenipu said...

Kalau garam,ok lagi.Ahli2 bawahan dibuat mcm hampas kelapa,lepas perah ambil santan masuk tong sampah.

Pada tahun 2007 pernah menziarahi sepupu disebuah kg di Selangor.Berhampiran ada sebuah rmh yg amat dhaif.Penghuni rmh itu,sepasang suami isteri yg bekerja sendiri mempunyai ramai anak2 yg hanya bersekolah sampai darjah 3 atau 4 kerana miskin.Bendera kecil Dacing dan Keris berkibar diatas dinding tingkap kayu kerana suami isteri adalah ahli biasa UMNO.Kesian juga melihat keadaan mereka kerana kawasannya diwakili ADUN UMNO yg kayaraya.Dahlah tak buat kerja utk rakyat setempat,ahlinya sendiri pun ADUN UMNO ni tak ambil tahu.Memang ngamlah artikel AA dengan kisah keluarga ahli UMNO biasa ni

Diharapkan ahli2 UMNO yg biasa membuka minda mereka seluas-luasnya dan berfikir sedalam-dalamnya.

Janganlah asyik melaungkan,"Hidup Melayu,Hidup UMNO",tapi masih lagi menjadi masyarakat kelas bawahan,tinggal di rumah2 setinggan,flat2 murah/no class,anak2 yg sekolah separuh masak mengakibatkan mereka menjadi Mat2 Rempit,Bohsia2 Penagih2 Dadah dan Penjenayah2.

Selamat Berfikir

Anonymous said...

Anak2 melayu paling ramai yg nak kerja dengan kerajaan tetapi semua jawatan dibekukan atas dasar yg tidak tahu sebabnya. Kerajaan pula tambah usia pencen ke60 tahun. Makin tertutup anak2 yang masuk berkhidmat dengan kerajaan melayu ini. Hutang ptptn kena bayar, emak dah bising suruh kawin, ingin nak beli kereta macam orang lain beli motor pun tak mampu dan banyak lagi masalah saya nak cerita tapi tak larat. Pak aspan tolong bising2kan sikit isu ini sebab nak jadi perompak tak berani takut masuk penjara. Kelulusan yang ada tak dapat digunakan banyak kali isi borang Suruhan jaya perkhidmatan awam(spa) tak de apa pun respon.

Quiet Despair said...

Takpelah menjadi secubit garam. Menyedapkan makanan. It makes all the difference to tastes of dishes. A gourmet meal or a feast for kings will not do without salt.UMNO ibarat beraneka lauk-pauk dan cuma garam boleh memperkukuhkan rasanya. Bak kata oghe Kelate; Tawo hebei, toksai make.

Anonymous said...

Mahathir minta UMNO membuka pintunya pada golongan profesional & intelektual jika UMNO mahu menang dan kembali mendapat sokongan rakyat.Mahathir mengetahui bahawa yang tinggal dalam UMNO sekarang adalah ahli ahli yang 'Bangang', Yesman, Kaki Rasuah ; dan walaupun ada pelajaran tetapi bodik tak tentu pasal.
UMNO memang memerlukan orang orang seperti ini, yang walaupun pemimpin pemimpin atasan mereka terlibat dengan rasuah seperti NFC, Kapal Selam, Majlis pertunangan anak dan sebagainya,mereka tetap menyokong membabi buta. Maka beruntunglah UMNO mendapat ahli ahli seperti QD, Kluangman,Tunku, Maneh Pinang,The Unspinners,Rocky's Bru, Outsyed the Box, Big Dog, Moktar Petah, MIM, Oped, Mesin Taip Burok, Husin Lempoyang, Belantan, Lenggong Valley, Another Brick in the Wall, Papu Kari dan banyak lagi yang di kategorikan oleh Mahathir sebagai Bangang.

Anti Pembelit said...

Sekiranya ahli2 dan penyokong2 UMNO masih menyayangi UMNO,mereka perlu merehatkan mereka diPRU13 utk berubat dan kembali kuat dan sihat semula.Ini adalah kerana,sekiranya BN menang tipis PRU13,nescaya BN akan kalah diPRU14.Kekalahan diPRU14 akan menyebabkan BN tak akan boleh bangun dan kembali lagi kerana terlalu uzur dan tua.

Anonymous said...

Saya sependapat dengan Anti Pembelit. Malah keadaan negara juga berterusan tidak terurus dengan baik jika BN memenangi dengan cara tidak telus. Tetapi masih ada lagi pihak haprak yang belum celik bersekongkol untuk melihat negara tidak mengecapi ertikata urus tadbir yang baik.

Tinta Hitam said...

Ppenyokong penyokong UMNO tidak pernah menganggap diri merekka sebagai garam.Mereka menganggap diri mereka berkorban demi bangsa dan negara dgn menjaga dan menyokong kekorupan pemimpin pemimpin mereka.

Anonymous said...

Orang UMNO patut teliti semua keluhan orang melayu yang rata2 mahukan melayu bersatu tetapi olih sebab mereka tu semuanya kurang pendidikan dan ego dan bernafsu besar dimana dunia nilah segala2nya tak bolih baca apakah hasrat sebenarnya rungutan.UMNO kalau sayangkan melayu berundinglah dengan PAS dan buat MOU siapa jadi PM dan siapa jadi TPM dan lain2 jawatan .Kalau UMNO angkuh UMNO bukan saja tak timbul lagi tetapi setiap pemimpin umno sekarang dan yang lama akan disiasat segala hartanya olih kerajaan baru nanti sama seperti LHDN menyiasat mereka yang melarikan cukai .Sebagai orang melayu dan UMNO saya tak kesah siapa jadi PM sama ada dari Pas mahupun dari UMNO.Wahai pemimpin UMNO your days are numbered harap sedar semua kerajaan didunia ni tak bolih kekal selama2nya .Janganlah besarkan aib sasaorang kerana orang melayu dan islam dah tak bolih terima lagi tahap pendedahan aib yang melampau2.Comments please...

Anonymous said...

Salam...kita bangsa Melayu, perlu benar2 memikirkan nasib bangsa kita dimasa depan. Pemimpin2 UMNO ini benar2 telah merosakan umat ini. Pemimpin2 UMNO ini bukan kasihkan BANGSA melayu sbgaimana yang dilaung2kan, yang pemimpin UMNO kasihkan adalah JAWATAN & HABUAN. Tiada istilah 'PERJUANGAN BANGSA' dalam perjuangan UMNO sebenarnya, hakikatnya yang ada cuma untuk PERJUANGAN WANG & PROJEK. ISU BANGSA ini sekadar permainan politik untuk meraih undi. Pemimpin2 UMNO cuma menggunakan kita bangsa melayu semata-mata untuk mengekalkan kuasa, tidak lebih tidak kurang dari itu. Selepas pilihanraya, pemimpin UMNO ini akan sibuk dengan WANG & PROJEK, dan kembali lagi kepada kita dengan ISU BANGSA ini apabila hampir pilihanraya 5 tahun akan datang. Begitulah ulang tayang 'lakonan' ini setiap kali pilihanraya. 'Kebaikan' yang ditonjolkan oleh pemimpin UMNO sewaktu hampir & masa pilihanraya bukan real/sebenar. Ianya 'lakonan' & makeup semata-mata, bukan dari hati yg tulus demi kasihkan bangsanya. Mari kita sama2 mengajak umat Melayu kembali kepada fitrah bangsa Melayu. Bangsa Melayu ini fitrahnya ISLAM. Dan itulah kekuatan bangsa kita. Kembali kita kepada perjuangan Baginda Nabi S.A.W, nascaya bangsa Melayu selamat dunia & Akhirat. Kemulian bangsa kita ini kerana Allah memuliakan kita dengan Islam. Islam mengajar kita 'kecerdikan'2 pemikiran & 'pembebasan' dari bertuhankan hawa nafsu. Bertolong bantulah kita dalam perkara2 kebaikan dan jangan janganlah kita bertolong bantu dalam perkara2 keburukan. Kita bantu pemimpin UMNO yang "melupakan" fitrah mereka ini dengan cara 'menghilangkan' kuasa dari tangan mereka...moga2 mereka insaf dan kembali. TIDAK ADA cara lain bagi membebaskan diri dari 'penjajahan pemikiran' UMNO ini melainkan kita kembali kepada fitrah kita, ISLAM yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. melalui melazimi menghadiri majlis2 ilmu agama, mendekati ulama,memperbanyakan majlis zikir & selawat dan berdoa, moga2 Allah mengangkat 'bala' ini dari umat Melayu. Semoga kita semua di beri taufiq dan hidayah oleh Allah. waallahua'lam.