21 March 2012

Susah kalau dapat pemimpin yang 'cepat tangan'

Didalam kumpulan mereka yang berkuasa sendiri ada perbezaan layanan terhadap tindakan jenayah dan salah laku yang mereka lakukan. Kita ambillah tindakan keatas Sharizat Jalil ‘at face value’. Beliau telah diambil tindakan walaupun pada luarannya itu dianggap seperti ‘voluntary resignation’. Berbagai-bagai pihak meminta tindakan yang sewajarnya dilakukan terhadap Shahrizat dan semua ahli keluarga beliau.

Benar suami beliau telah menguruskan syarikat tajaan rakyat itu sekendak hati beliau. Salleh telah membelanjakan wang pinjaman murah dari kerajaan yang diluluskan oleh TS Muhyiddin dahulu untuk membeli harta mewah dan hanya sedikit yang dibelanjakan untuk perniagaan lembunya. Itulah jadinya jika memberikan dukongan kepada kroni-kroni yang tidak berkemampuan untuk menguruskan perniagaan yang mereka tidak ada pengalaman. Mereka hanya menggunakan kemahiran dan pengalaman menyalah gunakan harta benda rakyat sahaja.

Semua yang bekuasa seolah-olah mendapat subsidi-subsidi besar kerana dekat atau berada didalam kuasa. Tetapi yang termalang dikalangan yang mengambi subsidi perniagaan ialah keluarga Shahrizat kerana tidak berjaya menyorokkan apa yang keluarga itu lakukan. Maka tindakan sedang diambil terhadap keluarga itu. Rakyat jelas mahukan keluarga itu memulangkan kembali wang yang begitu besar yang telah dibazirkan oleh keluarga beliau.

Nasib mereka yang melakukan jenayah dan skandal seperti ini bergantung kepada pangkat dan jawatan mereka. Lagi tinggi jawatan mereka lagi tinggi tahap ‘immuniti’ yang mereka perolehi. Sekarang ini rakyat merata-rata bercakap tentang salah laku Perdana Menteri membiayai majlis pertunangan anak beliau dengan menggunakan wang kerajaan.

Kita semua tidak faham lagi kenapa perkara seperti ini berlaku, sedangkan mereka tahu itu adalah majlis peribadi dan tidak sepatutnya ia dibiayai oleh wang rakyat. Takkanlah majlis pertunangan anak pun hendak menggunakan wang rakyat. Subsidi yang diperolehi oleh rakyat biasa pun sudah banyak yang ditarik balik, kenapa pula seorang Perdana Menteri mempunyai muka yang begitu tebal sehinggakan sanggup menggunakan wang rakyat untuk membiayai majlis pertunangan anaknya yang memakan perbelanjaan hampir setengah juta ringgit itu.

Kalau hendak ‘glamour’ pun gunakanlah wang sendiri atau dari sumber-sumber lain selain dari perbendaharaan kerajaan. Tindakan ini sangat mengaibkan kerana rakyat diumpan dengan wang ehsannya sebanyak rm500 sahaja sedangkan beliau sendiri yang tidak layak untuk mendapatkan wang ehsan itu mengambilnya secara begini. Tindakan ini seolah-olah daging batang pinangnya untuk Perdana Menteri dan pembesar-pembesar negara sedangkan lemak dan kulitnya diberikan untuk membeli hati dan jiwa rakyat yang miskin.

Ini adalah kenduri pertunangan anak. Janganlah itu pun rakyat yang kena bayar. Saya selalu berkata yang sikap ini sudah menjadi budaya pimpinan kita. Sifat 'cepat tangan' ini memang sudah menjadi sebati dan amat payah untuk dibuang. Cara yang terbaik untuk mengelak dari kejadian seperti ini berlaku ialah dengan menolak parti yang dipimpin oleh pemimpin seperti ini.

Mereka tidak akan memperbaiki diri mereka kerana sikap ‘cepat tangan’ itu sudah menjadi darah daging didalam diri pemimpin-pemimpin kerajaan yang tidak mempunyai ‘accountability’ terhadap kesalahan yang mereka lakukan sendiri.

Tidak boleh nampak wang rakyat yang banyak terus sahaja meleleh air liur untuk membelanjakannya untuk kegunaan peribadi. Apa transformasi yang boleh dilakukan oleh pemimpin seperti ini sedangkan diri sendiri tidak mampu untuk ditransformasikan.

Jika pemimpin terlalu ‘cepat tangan’, ia amat merunsingkan rakyat yang mahukan pimpinan yang mempunyai 'intergriti' untuk menjaga harta benda mereka.

11 comments:

Umno Titiwangsa said...

Najib ini betul-betul memberi kami masalah. Nak berenti tak mau dia. Kalu berenti boleh Muhyiddin ambil alih.

azhar, pontian kechil said...

AA,
I am in the opinion that PM Najib should not seek for re-election. He should refrain himself from contesting in the coming GE. If he does just that there is at least a small chance that BN can retain fractional majority in Parliament. Or else you know what....

Anonymous said...

Kita semua kena ajar pemimpin UMNO yang menggunakan jawatan dan kuasa untuk peribadi .Semua teguran dan undang2 tak jalan kerana mereka2 ni pandai bersilat maklumlah kuasa ditangan mereka.Tumbangkan semua mereka2 ni adalah jawapan kepada semua penyelewengan dan bolih dibuat melalui PR 13 .Mereka2 ni bergantung atas orang buta dan rabun ,orang bangang,orang tua akan tumbang mungkin sebelum PR 13 jika kita tekan kuat kerana mereka tinggal jasad saja dan rohnya sungguh rapuh sekali.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Syabas dan terima kasih! Teruskan lagi agar akhirnya para bangkai bernyawa sebegitu berjaya dikambuskan! Sebab itulah, saya percaya, saudara mengulas bukan omong kosong, tetapi penuh dengan fakta sejarah serta pengalaman.

Ya, benar. Soal "cepat tangan" dan "emunity" ... Tentu kalian masih ingat bagaimana kekebalan raja-raja dengan mudahnya tertanggal gara-gara perbuatan ala-gangster salah seorang kerabat diraja. Memang tidak dinafikan, pada mulanya, saya turut bersetuju dengan pengurangan kekebalan ke atas raja-raja itu, kerana saya kenal keluarga diraja yang dimaksudkan ekoran penglibatan pancaragam sekolah saya dalam persembahan-persembahan di Johor itu yang turut melibatkan istana dan MB yang kini Timbalan Perdana Menteri. Namun, akhirnya, saaya tersedar bahawa saya turut tertipu, di mana setelah itu, sedikit demi sedikit para penguasa UBN ini, khasnya UMNO, mulai bertindak seolah-olah merekalah kini yang "emune" daripada kuatkuasa undang-undang.

Nah, tentang pemotongan subsidi ... Seperti yang pernah saya nyatakan juga, bayangkan, Elaun Pekerja Cacat (EPC) yang hanya sekadar RM300 itu pun kononnya perlu dikaji semula ... Kononnya terdapat pihak yang menyalahgunakannya untuk tujuan bermewah-mewah dan kedapatan pemalsuan fakta. Kalau benar sekalipun, seperti yang saudara sebutkan tadi, kenapa para pembesar negara boleh guna pula wang perbendaharaan untuk belanja mewah keluarga dan peribadi? Tidakkah Najib dan para sekutunya yang bodoh bangang ni terfikir bagaimana pula nasib mereka jika mereka ditakdirkan kurang upaya? Itu belum cerita fasal lain seperti kualiti buku teks dan buku rujukan untuk sekolah-sekolah, sikap sambil lewa dan lepas tangan kementerian terbabit membebankan kerja percetakan dokmen serasmi itu kepada NGO, peluang pekerjaan yang masih jauh ke belakang untuk kami,... Entahlah ...

Oleh itu, selayaknya UBN pencen sahaja sekarang kalau masih nak berahsia tentang tarikh pilihanraya daripada membuang masa bergaduh dalam sidang parlimen yang mulia itu, seterusnya berikanlah peluang orang lain pula untuk memandu negara ini. Rasanya, elok sekali saya mengajukan soalan ini kepada mereka: "Adakah kalian (UBN) in lebih buta daripada saya? Tidakkah kalian melihat, mendengar lagi menyaksikan rakan-rakan sejawat kalian di negara-negara barat yang kalian berqiblatkan dengannya corak politik itu, turut bersilih ganti? Adakah dengan berkuasanya kalian di Putrajaya itu, seolah-olah kalian memiliki bumi Malaysia ciptaan Allah Yang Maha Segalanya ini, hatta tidak sanggup mengaji dan belajar lagi?"

Menutup bicara, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada saudara yang telah menyiarkan segala ulasan saya selama ini; ampun maaf dipohon andainya kedapatan unsur emosi pada mana-mana ulasan. Maklum aja, saya juga insan biasa yang tak sunyi daripada salah dan dosa. Akhirnya, marilah kita bersama berjihad walau hanya di alam "cyber"; semoga kita turut beroleh berkat, redha, rahmat dan maghfirah-Nya, insha Allah.

Terima kasih.

Ryzal72 said...

Sdr, Aspan yang maha hebat!
U tak mau ulas ke soal krisis kepimpinan politik yang berlaku dalam kancah parti DAP Penang. Cammon lea Aspan be gentlemen. Ulas lea dengan kritis n proaktif sebagaimana u mengulas mengenai parti-parti lain...takkan parti sendiri takut nak ulas kot. Saya lihat gaya u membuat ulasan hanya lebih melihat kepada kain orang lain tetapi tidak kepada kain yang dipakai sendiri. Berhentikanlah menjadikan kain orang lain sebagai alat mempopularkan diri. Ia keji sekali.

Anonymous said...

Saudara AA,

UMNO/BN practises "heads you lose, tails I win". The rakyat will always be "the fall guy".

Salam.

Malay Gentile said...

Salam Tuan,

Sejak kebelakangan ini satu demi satu penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pemimpin2 UMNO terbongkar. Yang peliknya rata2 kebanyakan mereka ini adalah dari kalangan orang2 yang berbuih2 mulut serta bersumpah mengangkat tangan dengan slogan "Hidup Melayu & Hidup Islam" disetiap kali persidangan UMNO diadakan.

Hahahahah.... jikalau kita mempunyai umur panjang kita akan menyaksikan satu demi satu orang2 besar UMNO jatuh kerana dimakan SUMPAH yg pernah mereka lafaskan.

matpenang said...

Pak Aspan,

Joli duit orang, sapa pun seronok !!

Rakyat biasa said...

Buat sementara ini kita ambil 'face value' dan seperti yang dijawab oleh PMO segala perbelanjaan majlis tersebut dibayar secara peribadi oleh PM sendiri.

Bercakap tentang majlis pertunangan dan perkahwinan kebelakangan ini di dalam sembang-sembang kecil antara "kita-kita orang kebanyakan" isu yang timbul termasuklah kewajaran budaya bersanding, kewajaran jarak pertunangan dan tarikh perkahwinan dikurangkan, caterer mana yang bagus, kewajaran menghidup kembali budaya majlis perkahwinan di rumah atau di dewan orang ramai paling berhampiran, perlukah bergadai golok untuk majlis perkahwinan (lebih malang selepas beberapa bulan berkunjung pulak ke mahkamah syariah), dll....

Apa yang saya ingin timbulkan (assuming bayaran adalah dari poket PM sendiri) PM kita bukan berbelanja puluhan ribu tetapi ratusan ribu, dan bukannya utk majlis perkahwinan - hanya utk majlis pertunangan (dan diadakan di Shangri-la dimana pakcik, makcik, awak dan saya rakyat jelata sudah tentu tak dapat jemputan...)

PERLUkah pembaziran ini..? dan untuk apa? syok sendiri? saya amat bangga? rakyat tak perlu datang sebab ini majlis peribadi?

Whatever the reason is sebagai seorang public figure setiap tindak tanduk akan diperhatikan (kalau mahukan privacy jangan jadi pemimpin..) dan dalam keresahan parti memerintah takut kalah di PRU13 pada hemat saya lebih baik gunakan peluang atau majlis seperti ini utk mendekati hati rakyat, buatlah di dewan orang ramai, makan nasi kawah, semua rakyat dijemput - nasi habis tak apa, sirap tumpah tak apa, bising2 dan panas2 tak apa (semua ini part of the fun at a kenduri) -- rakyat biasa boleh merasakan PM ini adalah PM rakyat, bukannya PM utk orang yg memandu S class dan bercuti hujung tahun di Venice sahaja.

Dengan mengadakan upacara di hotel mewah jurang sedia ada di antara pemimpin dan rakyat jelata akan terus wujud malah akan lebih besar lagi. Nampak sangat pemimpin kita sekarang ini terlalu 'out of touch' dan tidak ada 'pulse of the people'. Kalau nak mendekati hati rakyat (dan disamping harap2 dapat undi mereka) buatlah sesuatu yang lebih down to earth, kemudian gunakan segala media machinery utk 'spin' kan majlis itu kepada majlis utk rakyat.

Apa yg jelas pemimpin dan pembesar kita masih jauh lagi di awang-awangan despite kejutan 2008.

Anonymous said...

You think no 2 is clean?

Anonymous said...

no 2 with all the flip-flop decisions in education,
not talking about other baggage yet