06 March 2012

UMNO menjadi lemah kerana dedalu-dedalu di dalamnya

Di tempat-tempat di mana orang ramai duduk berborak, isu politik memang menjadi perkara yang wajib disebut, lebih-lebih lagi waktu kita menunggu pilihanraya yang hampir tiba ini. Bila pilihanraya, siapa yang akan menang dan kalah dan apakah isu yang mungkin menjadi bahan kempen oleh kedua-dua belah pihak yang menawarkan diri dan parti mereka nanti.

Tetapi isu orang Melayulah yang menjadi isu terbesar yang orang ramai selalu menyebutnya akhir-akhir ini. Isu memohon maaf Najib kepada orang ramai itu telah membawa isu baru pula. Ramai yang berpendapat apa yang dilakukan oleh Najib itu merupakan perkara yang merugikan UMNO daripada sudut politiknya. Adalah sukar untuk membuat tafsiran permohonan maaf secara terbuka Najib itu.

Walaubagaimanapun, yang jelas sudah ramai pula yang beranggapan bahawa Najib tidak lagi ‘viable’ sebagai pemimpin nombor satu negara dan sudah ada di kalangan orang UMNO sendiri berpendapat bahawa Najib sudah sampai ke penghujungnya, termasuklah 2 orang pimpinan bahagian UMNO yang bertemu dengan saya itu. “I think Najib should throw his towel now,” kata salah seorang daripada pimpinan UMNO itu.

Tetapi jika Najib hendak berhenti, siapa yang akan mengambil alih? Adakah Muhyiddin menjadi pilihan untuk menggantikan Najib? Salah seorang yang berjumpa saya itu bingkas menjawab, “Kalau Muhyiddin, tak payahlah. That will a bigger disaster,” kata seorang lagi.

Saya bertanya samada mereka berdua ini akan berusaha untuk menjadi calon seperti yang ramai-ramai itu. Mereka kata mereka tidak lagi berminat kerana sudah hilang semangat menghadapi keadaan serius di dalam BN sekarang. Malahan mereka berkata bahawa niat mereka untuk berjumpa saya itu ialah untuk memulakan perbincangan untuk menyertai DAP kerana parti itu telah berjaya menunjukkan kemampuan untuk mentadbir secara baik seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Pulau Pinang seperti juga kerajaan negeri Selangor, telah terbukti ada perbezaan dengan pengalaman di bawah pemerintahan BN dahulu. Lagi pula kata mereka, selagi mereka berada di dalam UMNO selagi itulah mereka mendengar dan melihat isu buruk yang keterlaluan buruknya moralnya. “Saya tidak tahan melihat kita semua sentiasa dibayar untuk menyokong mereka. Saya yakin UMNO sudah sampai garis penamat hayatnya. Buktinya jelas. Apabila pemimpin-pemimpinnya ke hulu ke hilir membayar dan membeli undi di sana sini itulah petanda parti itu akan habis riwayatnya!” kata salah seorang lagi.

Pandangan pemimpin UMNO itu benar. Di mana-mana tamadun besar dalam sejarah dunia ini pemerintahnya akan berakhir apabila budaya membeli, mengungut dan membohongi orang di bawah perintahnya. Pada zaman Roman Empire yang begitu kuat dan stabil, Empire itu tersungkur selepas parkara-perkara yang disebut tadi berlaku kerana mempertahankan kuasa.

Bagi sesiapa yang berfikir dengan teliti dan tekun, ciri-ciri ini sudah berlaku dan berlarutan. Ianya bermula sejak pentadbiran post Hussein Onn dan sekarang sudah menjadi budaya yang sudah tidak dapat dileraikan lagi. Kalau ini berlarutan lagi maka yang kita tunggu hanyalah satu, iaitu kehancuran budaya dan akhlak kehidupan generasi kita yang akan datang.

Persoalannya sekarang bolehkah ianya dileraikan? Tahukah pentadbiran sekarang cara dan mampu untuk meleraikan budaya ini sedangkan mereka adalah pengamal tegar kepada budaya ini? Bolehkah BN memperbetulkan keadaan dengan memohon maaf dan berjanji untuk memberhentikan budaya ini? Tidak ada siapa yang mempunyai daya pemikiran boleh mempercayai janji-janji manis ini kerana rasuah itu sudah menjadi ‘addiction’ kepada pemimpin-pemimpin BN khususnya UMNO.

Kita tahu cara dan kaedah yang paling betul untuk penyelesaian terhadap budaya korup, salahguna kuasa, kemurungan sistem kehakiman dan ‘judiciary’ negara dan berbagai-bagai lagi kemungkaran yang tidak dapat dikawal lagi ini. Caranya ialah untuk Najib dan seluruh kepimpinan dalam UMNO itu meletakkan jawatan dan menjauhi kuasa yang mereka pernah menyalahlakukan itu.

Tetapi mahukah mereka berbuat demikian?. Tentu mereka tahu kuasa itu adalah ‘ultimate’ peribadi mereka dan bukannya untuk parti. UMNO yang dikatakan parti yang baik itu telah dicemari dengan barisan pimpinan yang rasuah dan tidak berintregriti.

UMNO itu ibarat pohon yang kuat tetapi oleh kerana terlalu banyak dedalu yang tumbuh pada pohon itu, maka akhirnya pohon yang kuat juga akan akhirnya mati jika dedalu yang tumbuh mekar pada pohon itu tidak dibuang.

Bagi diri saya sendiri, saya telah duduk kekal di dalam UMNO sebegitu lama kerana mengharapkan dedalu ini dicantas dan dibuang agar pohon itu (UMNO) dapat kembali hidup subur. Tetapi hari demi hari, tahun demi tahun saya nampak dedalu itu bertambah membesar, maka saya mengambil keputusan untuk menyertai parti yag tidak ada dedalu ini tumbuh. Kata-kata saya kepada UMNO di tempat dan negeri saya bertahun-tahun dahulu, ternyata menjadi kenyataan. UMNO sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Dedalu-dedalu ini tumbuh dengan pesatnya sehinggakan pohon itu hampir mati dan tidak berbuah lagi. Bagi saya pohon yang disalut oleh tumbuhan dedalu tadi akan pasti mati, dan ianya tidak payah ditebang untuk membunuh pohon yang suatu ketika dahulu pohon yang kuat dan kukuh.

Dedalu-dedalu yang tumbuh pada pohon rendang ini masih kekal, malahan bertambah membesar lagi. Saya hendak juga melihat bukti kalau ada pohon yang dihinggapi tumbuhan dedalu ini boleh hidup sampai bila-bila.

Bagi saya mana-mana pokok yang dihinggapi dedalu ini akan mati secara ‘natural’ akhirnya. Kepada penyokong-penyokong UMNO sama-samalah kita lihat apa yang akan terjadi kepada pohon (UMNO) yang kian hari kian kurus kerana segala baja-baja pokok itu sudah disedut oleh dedalu yang hidup dan melekat kepada pokok yang suatu ketika dahulu merupakan pohon rendang tempat rakyat semua kaum khususnya orang Melayu berteduh.

Orang melayu yang tekun berfikir merasa amat sedih kerana tempat mereka berteduh telah diambil alih oleh dedalu yang hidup pada pohon (UMNO) sejak dua tiga dekad dahulu. Sekarang kita lihat UMNO sedang berhempas pulas untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor selepas pilihanraya nanti. Rakyat Selangor mesti berfikir dengan tenang dan tekun, yang cuba hendak mengambil alih ini adalah dedalu yang hendak hidup pada pohon rendang bernama Selangor itu.

Apa yang saya perkatakan ini tentunya akan mendapat tentangan daripada penyokong pohon yang disaluti dedalu ini. Saya tidak kisah itu semua. Katalah apa-apa pun terhadap diri saya sekehendak hati. Yang penting bagi saya akhirnya nanti saya akan membuktikan kebenaran apa yang saya katakan ini. Semasa itu nanti menangis air mata darah pun tidak akan dapat menyelamatkan bangsa dan negara lagi.

Jika saya sudah tiada di dunia ini dan apa yang saya katakan ini akan menjadi kenyataan, hadiahkan saya bacaan surah Al-Fatihah sekali seorang. Itu pun kalau ikhlas.

N:B: Dedalu itu adalah sejenis tumbuhan yang tidak tumbuh di tanah. Dedalu ini tumbuh di pangkal dahan pokok-pokok yang rendang dan sentiasa duduk di atas sambil menumpang hidup pada pohon yang rendang itu. Pohon rendang itu selalunya akan mati kerana dedalu yang menumpang hidup itu. Dalam bahasa saintifiknya dedalu ini adalah ‘parasite’.

32 comments:

mahaza said...

dedalu di UMNO, parasit di PAS, firaun kecil di PKR.... nampaknya pilihan tuan adalah tepat

annoying anonymous said...

Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru dilantik Ilham Marzuki memberitahu Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) bahawa aset pendidikan negeri yayasan itu bernilai setengah bilion ringgit hilang semasa pentadbiran BN.

“Kajian kami menunjukkan bahawa dari 1991 hingga 2008, berlaku ketirisan sebanyak RM500 juta daripada Yayasan Selangor,” kata Ilham kepada jawatankuasa itu yang bersidang pada pendengaran awam hari ini.

“Jika tidak, aset kita (sekarang) akan menjadi RM800 juta.”

Buat masa ini, katanya, yayasan itu memiliki aset tetap bernilai RM300 juta manakala RM50 juta lagi dalam deposit tunai.

Ilham diarahkan hadir oleh kerajaan negeri dan Selcat untuk membantu Yayasan Selangor mengaudit akaunnya bagi tempoh antara 1991 dan 2008. Tindakan itu untuk mengesan punca wang yayasan itu terus berkurangan .., ini satu lagi bukti keberkesanan dan kecekepan BN memerintah, kami nak tahu adala lagi tak 'bukti-bukti' kecekapan dan keberkesanan pentadbiran UMNOBN ni negeri-negeri lain ., kengkadang saya rasa pelik, dalam dok gila babinya si Noh Omar nak mendedahkan kepincangan kerajaan Selangor sekarang tetiba timbul pula isu kehilangan 1/2 billion wang yayasan selangor dizaman BN dulu..., Noh Omar salah buka fail ke ? jangan-jangan Noh omar tak reti baca tajuk kulit fail tak ? handal betul UMNO rembat duit kan ? dalam begitu pun "kalau lambak satu kontena duit pun tak kan UMNO dapat rampas Selangor balik" fuuuh memang handal la umno ni kan Noh ?

Anonymous said...

Saudara AA,

Didn't we once hear from a lawyer saying, 'Corrupt, corrupt, corrupt!'

pokok labu said...

Dedalu itu bermacam-macam jenis yang tumbuh dipokok pokok.
Dedalu dalam Umno pun bermacam macam jenis.
Di antara nama-nama jenis dedalu itu ialah Mahathir, Daim, Najib, Shahrizat, Hishamudin, dulu Rafidah, Khir Toyo, Rais Yatim, Noh Omar, Muhyiddin Yassin, Mohamad Hasan, Adnan Yaakop, Musa Aman, Zahid Hamidi, Isa Samad, dan banyak lagi dedalu yang telah mati.
Mampos kita dibuatnya.\Yang tak dapat menumpang dengan Umno ramai yang menumpang kat dedaludedalu ini.
Umeno Umeno!

Anonymous said...

saudara AA, satu penulisan yang amat mudah difahami. Tetapi sayang melayu2 malaysia banyak yang layu dan bebal dek gula2 gula2 umno. Tapi kita harus berusaha agar yang bebal dan layu akan pulih. Pastikan semangat....ABU....terus berkembang.HIDUP TUAN ASPAN....

Pok Li said...

Yang tak setuju atau menentang pendapat Sdr AA sebenarnya bukanlan penyokong pokok, tetapi dedalu2.

Quiet Despair said...

Hahaha. Syoklah baca posting Tuan Aspan kali ini. Tuan adalah penglipur lara terbaik.
Tulisan tuan macam hikayat, macam Malay folk lore. Macam siaran bangsawan ke udara and fairy tale all roll into one.
Ada lucunya campur sedih.
But first I must thank you for explaining what is dedalu. When I saw the headline, I was thinking what on earth is dedalu. So it means parasite.
Parasite is everywhere. In the office, in our midst and even in some households.
Dah tentu dedalu ada dalam semua parti termasuk UMNO dan Keadilan. Chief among them is Ketua Umum. Dia tu chief ulat bulu which is worse than dedalu.
Lucunya ialah bila saudara cakap Najib must throw in the towel. Untuk apa, Tuan Aspan, when he is riding high. Like Daim said he is the favored brand now.
Janganlah mati dulu Tuan Aspan. Abab, (Pahang word for wow) macam cerita P. Ramlee pulak. 50 is too young to die.
Tuan perlu hidup 50 tahun lagi untuk melihat apa yang Tuan cakap menjadi kenyataan. Barulah rapat mata jika meninggal nanti.
Sekurang-kurangnya macam umur Tun M. Kalau mati pejam mata dengan rapat sekali kerana programnya memajukan negara telah berhasil.
Saya menunggu dua teman saudara masuk DAP. Baguslah meramaikan Melayu dan Islam untuk menyakinkan DAP itu parti multi-racial dan multi-religious.
Kehadiran you, Bro Sak dan Hatta Utusan tak cukup. Zairil Johari tak masuk bukulah kerana dia anak Christine.
BTW apa khabar my fave bow-tie man Uncle Kadir Sheikh Fadzil. Beliau yang bawa cerita terpaksa bayar hingga RM2,000 untuk mengundinya.
He took a swipe and now he's quiet. Orang UMNO tengah cari dia kerana dia masih ahli UMNO.
Tuan Aspan ada menerima khabar apa-apa ke tentang dia nak masuk parti pembangkang?
Maybe he's the one throwing money around since the whole world knows he's uber wealthy.

AbuHaneef said...

alhamdulillah..saya telahpun menghadiahkan alfatihah untuk tuan diatas tulisan yang saya dapat rasakan keikhlasannya dan insyaAllah akan terbukti kebenarannya

loveMyKris said...

saudara aspan, saya rasa amat sedih membaca article ini. siapa yang jadi kepala umno post-hussien onn? siapa yang tanam dan baja dedalu yang sedang melekap kat pohon umno? bukan melayu siam, bukan melayu bugis, bukan melayu turkish but melayu mamak..the most poisonous of the lot.

MAHApenipu said...

Bukan hanya dedalu2 shj yg mengerumuni pohon UMNO,malahan dibawahnya,berkeliaran pula lintah2 darat yg menyedut hasil pohon2 RAKYAT.Tetapi pohon UMNO akan tersembam juga akhirnya,lalu
menghempap lintah2 darat utk mati bersama.

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

BN EXPIRY DATE : GE13.

Anonymous said...

tuan aspan, dedalu yang sebenar adalah dedalu seperti 32:00

ujang_ns said...

Sdr AA
Dedalu akan mati kalau kita tebang popok itu.

Anonymous said...

quote from Quiet Despair:
"Najib must throw in the towel. Untuk apa, Tuan Aspan, when he is riding high. Like Daim said he is the favored brand now."

Nonsense. Daim & Mahathir boleh cakap apa depa nak cakap. For rakyat marhaein...masuk telinga kanan keluar telinga kiri...nothing matters, as long as ABU. can't wait to pijak dedalu-dedalu ni supaya bukan mati tapi mampus cepat! lagi cepat mampus, lagi bagus untuk negara ku tercinta!

proton exec said...

Quiet Despair,
Mahathir says Najib's administration is good and it's not surprising for him to say so.
Actually QD,he is the biggest dedalu in UMNO. Proton now is owned by him through Syed Mokhtar, his crony. He was the one who manipulated the purchase 42% of proton share from Khazanah with RM1.4 billion. It was a cheap sale considering proton in total worth more than Rm14 billion.

Soon there will be asset stripping in DRB (syed mokhtar). Wonder how some people like you think that he is a great leader. But than, I don't blame you as you are typical UMNO mentality. Lagi kena tipu lagi kamu sokong.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya faham perasaan tuan terhadap UMNO cuma sukar menafsir isi hati tuan. Adakah luahan ini kerana benci atau dendam yg amat sangat atau kesedihan atas bencana menimpa parti yg tuan pernah/masih sanjung Kali ini saya rasa semacam tuan agak emosional. Mungkin kasih tuan walaupun sudah berpatah arang pada UMNO lebih terikat rapat dibandingkan dengan saya yang masih berada dalam UMNO. Jalan terbaik rasanya adalah lupakan parti lama tuan ini dan concentrate pada parti baru tuan. Ceritakan pada kami tentang bagaimana serta perancangan detail parti baru tuan boleh mengubah nasib bangsa kami.

Anonymous said...

Quiet Despair,

Anwar for all his human flaws has paid his dues which unfortunately also extend to his innocent loved ones - and not many of us is half the man that he is, especially you. So what's with your hatred for Anwar? Like he has sodomized your parents and fornicated with your siblings (except you obviously, for that explains your quiet despair).

Tun Mutahir has over 22-year reign, sodomized the Rakyats and spawned two billionaires sons, a PM in-waiting and a bunch of proxy/cronies. With or without Tun Mutahir, the dynamics of the economy at the time would have propelled Malaysia into what we are today. In fact without Tun Mutahir, it would be even better, without the RM1 trillion leakages and the compromised judiciary.

How can you accept the economic manipulation whereby the foreign capitalists enjoy long term tax credits, cheap power & suppressed labor market and can afford to sell their finished products overseas cheaper than in the local market. Tell me who gains out of this FDI's? Certainly not the locals for the cheap labor are generally foreigners working in the respective factories that repatriate their income overseas. FDI's are merely a smoke screen to extract the country's liquid gas which is subsidized (to the tune of RM20 billion each year) to proxy/crony companies (since the mid 90's till now) who in turn sells it at ransom to TNB to accord these capitalist cheap bulk rates at the expense of the individual consumers like me and yes, YOU too.

And that explains why the starting salary of a fresh graduate now is the same as my salary of RM1,800/= some twenty five years ago. If the same policy is propagated, it would not take long for our sons & daughters to seek employment as maids, restaurant helpers, petrol pump attendants & toilet cleaners in shopping complexes overseas.

~ Loud Despair

Anonymous said...

Quiet Despair,

Anwar for all his human flaws has paid his dues which unfortunately also extend to his innocent loved ones - and not many of us is half the man that he is, especially you. So what's with your hatred for Anwar? Like he has sodomized your parents and fornicated with your siblings (except you obviously, for that explains your quiet despair).

Tun Mutahir has over 22-year reign, sodomized the Rakyats and spawned two billionaires sons, a PM in-waiting and a bunch of proxy/cronies. With or without Tun Mutahir, the dynamics of the economy at the time would have propelled Malaysia into what we are today. In fact without Tun Mutahir, it would be even better, without the RM1 trillion leakages and the compromised judiciary.

How can you accept the economic manipulation whereby the foreign capitalists enjoy long term tax credits, cheap power & suppressed labor market and can afford to sell their finished products overseas cheaper than in the local market. Tell me who gains out of this FDI's? Certainly not the locals for the cheap labor are generally foreigners working in the respective factories that repatriate their income overseas. FDI's are merely a smoke screen to extract the country's liquid gas which is subsidized (to the tune of RM20 billion each year) to proxy/crony companies (since the mid 90's till now) who in turn sells it at ransom to TNB to accord these capitalist cheap bulk rates at the expense of the individual consumers like me and yes, YOU too.

And that explains why the starting salary of a fresh graduate now is the same as my salary of RM1,800/= some twenty five years ago. If the same policy is propagated, it would not take long for our sons & daughters to seek employment as maids, restaurant helpers, petrol pump attendants & toilet cleaners in shopping complexes overseas.

~ Loud Despair

beny said...

And Quiet Despair has even sodomized his own mind and thinking

chiko mat said...

QD, mentaliti you ni macam penyelia kemas atau moderator BTNlah

beny said...

QD telahy dikeluarkan dari kampong hingga ke luar negara. Tetapi QD tidak dapat mengeluarkan kampong dari dirinya.
Kesian kan?

Anonymous said...

"How can you accept the economic manipulation whereby the foreign capitalists enjoy long term tax credits, cheap power & suppressed labor market and can afford to sell their finished products overseas cheaper than in the local market. Tell me who gains out of this FDI's? Certainly not the locals for the cheap labor are generally foreigners working in the respective factories that repatriate their income overseas. FDI's are merely a smoke screen to extract the country's liquid gas which is subsidized (to the tune of RM20 billion each year) to proxy/crony IPP companies to generate power (since the mid 90's till now) and who in turn sells it at ransom to TNB to allow these capitalist access to cheap bulk power rates at the expense of the individual consumers like me and yes, YOU too." ~ Loud Despair.

In others words, Dr. M aka UMNO [Baru] to his benefits, has prostituted the country & its resources.

~ Louder Despair

Anonymous said...

haha..

Ada sekor parasit yg kena serang atas bawah,depan belakang,dan dia rasa tersangat bangganya.

Hari2 4-5 kali dia check response sambil senyum sorang2

Dia tau kata2nya tak masuk akal dan melawan arus perubahan masyarakat.

Tetapi cybertroopers UMNO ni mcm tukang cuci tandas upahan-sape bayar dia cuci la,tak kira tandas siapa.

Sian ko.

Surrogate

Kampong man said...

Beny buddy,
Kampong man too has been brought out from Kampong just like his good buddy QD overseas but we both are prepared to change for anything better for all Malaysians really.That is probably why we both continue contributing in Aspan and Sak blogs letting those in the forum hear our views though different sometime.
We both want our two buddies Aspan and Sak to succeed and to Melayukan DAP and prove to us all all that DAP is indeed a multiracial party.Of course QD and me are both for the continuity of the current govt until such time that PR deserve to be one to manage this beautiful land.As for now PR is not ready as yet in my view.

As for brother Aspan i fully understand his decision to be with DAP.I want him to be the top man in N9 if PR secure a win there.I sense his sincerity to change the parasites in UMNO .At the same time i am too hopeful that political transformation in UMNO work or they will be voted out by the Rakyat.

Kampong man is proud of his achievement because his success is without an iota of help from UMNO/BN or PR.Branded as pompous humilty by Sak ! I think those who join politics as shortcut to achieving richness and are not prepared to work and contribute for the rakyat should be voted out regardless.They ought to be really serious on this.Salam.

Anti Pembelit said...

Dan ibu dedalu UMNO,Sherry Mamak Betina,menambah lagi koleksi hartanahnya,iaitu 8 buah rmh kedai diBangsar dan sebuah apartment di Kazakhtan.Petronas pula membayar 5 bulan bonus kpd pekerja2nya utk pancing undi mereka manakala rakyat
Kelantan dinafikan hak royalti minyak mereka.

Kampong man said...

Anti Pembelit,
Anda terlalu bersikap negatif dengan apa jua pemberian rezeki pada sesiapa pun saya lihat.Bersihkan hati anda melihat pada benda yamg baik bro.Tidak semu semua pemberian begini bertujuan memancing undi dan berunsur politik.Apabila PKNS memberi bayaran 7( tujuh ) bulan bonus tiada siapa pun yang komplain .Ingat kedua organisasi ini bukanlah organisasi poltik.Kita harus bershukur dengan apa yang mereka terima atas usha gigih mereka.Sekadar teguran , maaf dan salam.

@O&G man

Anonymous said...

Benar kata kg man.Mentaliti masyarakat bandar masih memandang rendah kepada masyarakat kampong.Zaman 50han dan 60han sudah berlalu. Nilai kampong harus dipelihara tetapi pemikiran mereka yang telah berpelajaran tidak harus begitu.Kerajaan harus memberi banyak lagi sumbangan aktiviti ekonomi di luar bandar kerana mereka didalam bandar nampak angkuh dan tidak ramai mengundi kerajaan.

Anonymous said...

Sayapun tak sokong QD menyokong bulat-bulat Ameno. Tapi saya suka kejujuran dia. Dia berbudi bahasa dan tak pernah memaki hamun dan mencarut walaupun dikutuk.
Biorlah dia terus menulis menyokong Ameno. Kita hentam je dia.
Saya pernah membaca blog QD beberapa tahun lalu. Budak ni macam KJ tak pernah dibesarkan di sini.
Dia sekerat saja Melayu dari sebelah bapanya. Jadi dia nak cubalah jadi Melayu dari kita Melayu tulin.
Dia baru saja menetap di sini dan nak sangat jadi orang Pahang melalui bapaknya. Itulah sebabnya dia banyak tulis loghat Pahang.
Tapi saya suka tulisan dia. Ada kebenarannya juga walaupun nampak sangat dia anti-UMNO kaw-kaw.
Woi QD, lama tak nampak komen awak di blok Sakmongkol. Kena delete ke? Kawan saya yang pro-UMNO adalah menulis di blognya tapi didelete.


QD fan

Alam Flora said...

Untuk QD dan Kampong Man....lu ni satu kepala dan 2 nama. Masuk bakul angkat sendiri, puji sendiri dan bodoh pun sendiri-sendiri. Lepas tu suruh orang lain guna bahasa indah dan beri fakta untuk jawab tuduhan bahalul kamu tu? Nik Aziz dan Anwar Ibrahim pun berbahasa sangat indah, tidak menipu rakyat dan tidak menindas rakyat....tapi kenapa kamu masih tidak menyokong mereka? Kamu masih menyokong golongan penyamun dan penindas ini (UMNO). Sebabnya mudah aje, di hati dan kepala kamu penuh dengan sampah sarap yang amat sukar untuk dicuci oleh makhluk manusia kecuali malaikalmaut atau Munkar dan Nangkir aje.

Anonymous said...

Kah..kah..kah..Alam Flora dah bengang sebab kontrak buang sampah tidak diteruskan Pakatan Rakyat.Jangan layan mamat gila ni.he..he..

Anti Pembelit said...

Kampong man,salam bro,

Petronas nak beri bonus 1 tahun pun no problem tapi mereka ni tiada perasaan ke terhadap rakyat Kelantan yg miskin dinafikan hak mereka.Kalau Petronas bukan organisasi politik,without fear or favour,Petronas wajib mematuhi perjanjian dgn ker.neg.Kelantan dan Petronas sepatutnya berada dibawah Parlimen bukannya PM.

Pemberian rm100 disekolah,saya sendiri pergi ambil dan seorg pegawai dari mana entah mengatakan
pemberian adalah dari kerajaan BN,siap bergambar sekali utk tujuan propaganda.BR1M,kena ambil voucher kat adun BN bertemakan logo2 DACING dan kena cuci otak dgn sabun cap BN,baru dpt duit.Ramai yg menyumpah dari yg gembira.

Saudara fikirlah sendiri.

Anak Selangor Ori.

Anonymous said...

Wahai kampung man kamu adalah salah saorang dari pendirian orang afrika dan orang arab yang mengatakan hanya orang putih saja berkemampuan yang lain tak bolih pakai.Inilah yang umno jaja siang malam yang dia saja bolih perentah .Berjaya lah propaganda penjajah sungguh dah merdeka 54 tahun masih lagi berfikiran sebelum merdeka.Kan umno dah berpecah tapi sebelum tu dah melalui ethnic cleansing cantas mencantas dan cah keting yang tinggal sekarang ialah yang tua,bermasaalah,tak laku,nak bolot apa yang ada?Kerajaan mempunyaai kakitangan yang cukup dan bila tukar kerajaan mereka ini terus berkhidman kecuali yang rasuah jadi saya tak nampak ngapa selain pada umno tak berkemampuan. British PM David Cameron dari parti campuran kerana coalition goverment tak ada masaalah kerana pentadbir kerana orang sama ,jadi paham tak ,kerajaan belanja untuk belajar tapi ramai legi petfikiran penjajah .tk,salam