05 March 2012

Lupakan masalah masa lampau : Muhyiddin

Muhyiddin tidak bersetuju untuk bercakap tentang kesilapan dan kesalahan BN yang lampau. Katanya apa yang perlu dilakukan sekarang ialah untuk memandang kehadapan dan lupakan masalah lampau. Beliau memberikan komen ini sebagai reaksi kepada permohonan maaf Najib yang dibuatnya di Alor Setar dua hari yang lepas. Tindakan Najib berpatah sikap itu mendapat banyak reaksi ramai dan menjadi bahan perbualan disetiap tempat kita pergi. Di setengah tempat ianya menjadi bahan jenaka rakyat.

Seperti Najib, kata-kata Muhyiddn itu mempunyai satu ciri yang sama; iaitu mengakui yang BN telah banyak melakukan kesalahan dan kesilapan yang datang dari masalah kelemahan kepimpinan BN selama masa mereka membuat salah dan silap itu. Muhyiddin tidak mahu mengingati cerita lama yang telah membuatkan BN hampir tersungkur dihadapan mata rakyat.

Maksud kata-kata Muhyidin itu, ialah untuk rakyat lupakan segala kesalahan BN dan UMNO selama ini dan dalam waktu kita menanti kedatangan PRU ini, Muhyiddin meminta rakyat memberikan sokongan kepada UMNO dalam PRU nanti. Pendeknya BN boleh membuat kesalahan dan maafkan mereka. Apabila pilihanraya sampai kita berikan sokongan kepada mereka lagi. Itu sebenarnya maksud Muhyiddin.

Lagi satu maksud Muhyiddin jangan undi PR walaupun belum pernah memerintah, apatah lagi untuk membuat silap dan salah seperti yang dilakukan oleh BN. Dengan kata-kata lain hanya BN boleh melakukan segala kesalahan terhadap rakyat dan hanya BN sahaja yang boleh dimaafkan dan terus diberikan kuasa memerintah sampai hari kiamat. Jika PR hendak melakukan sesuatu yang baik UMNO akan kata yang PR belum tentu lagi baik dan bertanya kepada kita yang ‘entah-entah lebih teruk dari UMNO’.

Tetapi mereka hendak mempertahankan parti yang sudah tentu melakukan segala gejala buruk untuk negara dengan memberikan alasan yang PR belum tentu memberikan pentadbiran yang lebih baik. Pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokongnya mahukan rakyat memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka telah melakukan kesalahan besar dengan alasan yang PR belum tentu baiknya. Alasan yang menghina perasaan rakyat yang berfikir ini membuatkan UMNO telah menunjukan sikap yang ‘arrogant’ dan memporbodohkan rakyat yang mempunyai pemikiran.

Najib dan Muhyiddin meminta kita sentiasa memaafkan mereka walaupun melakukan perkara-perkara yang buruk. BN mahukan kita menjadi seperti Tuhan yang sentiasa memaafkan umatnya yang membuat kesalahan dan mereka (UMNO) sentiasa mahu melakunkan watak syaitan kerana mendapat laba yang besar. Setelah melakunkan watak syaitan, mereka memohon ampun dan maaf terus-terusan. Najib dan Muhyiddin mahukan kita menjadi ‘net giver’ seperti Tuhan. Siapa yang memahami madsud saya boleh lah sambung kata-kata saya tadi itu.

Tetapi hakikatnya dibawah ini telah ramai rakyat yang sedar dan mahu mengikut apa yang diperintah Tuhan dan apa yang terkandung didalam Quran, kitab suci agama kita. Itu sebabnya telah ada trend yang jelas mereka tidak mahu lagi mengikut jejak Qarun tetapi mahu mengikut Quran.

Sesiapa yang sedar dan menerima kenyataan, yang membuat kesalahan besar akan tetap mendapat pembalasan. Tetapi itu juga adalah hak Tuhan yang Maha Esa. Bukan kita yang menentukan dosa pahala sesiapa. Hanya ada setengah pihak yang telah menjatuhkan hukum yang saya ini adalah munafik dan kafir kerana menyertai DAP.

Saya jawab juga sikit-sikit mereka ini. Saya kata, “kita jumpa sahaja di yaumil mahsya” kerana kita tidak tahu siapa sebenarnya yang kafir. Hanya Tuhan sahaja yang menentukan siapa yang beriman dan siapa yang kafir.

Tetapi masih ada yang mahu mangambilalih kerja Tuhan walaupun tanggungjawabnya sebagai ummah tidak diselesaikannya, apa yang kita hendak buat. Tengok sajalah...Kalau tidak tahan melihatnya kita hanya beristighfar sajalah sementara menunggu pilihanraya nanti untuk melakukan pembetulan.

31 comments:

Anonymous said...

Saudara AA,

Obviously you need to learn from the past mistakes in order to move forward to the future so that the past mistakes are not repeated. What a joke, coming out from the mouth of this guy!

Anonymous said...

salam sdr Aspan!
Alangkah manisnya jika Allah berikan saya sifat pemaaf di atas apa yg kerajaan buat. 6 tahun suami saya dlm tahanan ISA. Aduh.. lukanya teramat dalam.
Kalau roboh kota Melaka,
Papan lapis saya gantikan,
Jika benar bagai dikata,
Segala manifesto dulu sila tunaikan.

Tk dari mak wa.

Anonymous said...

Sdr Aspan, bukankah UMNO penuh dengan Mahaguru-Mahagaru yang pandai mengeluarkan fatwa-fatwa pujangga. Yang terakhir Mahagurufiraun yang berfatwa mengatakan hudud, janggut, gillete, tudung, tutup aurat, takde dalam Quran. Dia juga kata kalau bukan Muhamad diturunkan sebagai pesuruh Allah, akan ada orang yang lain ditugaskan. Jadi apa masalah sdr ? Ikut je, pasti diberkati Mahagurukutti, yang bawa mazhab baru UMNO. Mana bisa Najib ingkar dan derhaka Pak !

baidin said...

Tepat kata-kata tuan. Saya setuju kalau BN di maafkan tetapi duduk di luar. Kalau berikan kuasa lagi nanti dia buat lagi kesalahan itu.
Duduk kat luar. Sampai masa untuk beratip pula. Perut pun dah kenyang kan?

jays said...

AA, the pertinent point that drives from the apology is BN admits for all the financial fiasco and economic disorder are all because of the coalition.

Now it is up to the people whether to forgive them. As for me, I will never forgive them. It's now for ABU.

Anonymous said...

najib ni kuat betul kelentong. Kalau dia belasah PR lagi itu menunjukan yg dia tidak jujur kerana sekarang beliau sudah mengaku, yang masalah negara dilakukan oleh BN. Ia bermakna bukan oleh pembangkang.
Kita tengok lepas ni apa yg dia nak kata.

baidin said...

AA, Muhyiddin lagi kuat kelentong.

john white said...

bro aspan,
sedangkan nabi ampunkan umat, inikan pula manusia.apa salahnya sekiranya kita semua memaafkan pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan bn dulu. saudara dan semua yang beragama islam bukanlah manusia yang dikategorikan sebagai maksum!
sekiranya ada di kalangan penduduk negara ini yang pernah ditahan di bawah isa, terima sahajalah kerana negara ini ada undang-undang. ini bukan 'laws of the jungle'!

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Terima kasih tak terhingga kerana masih memberi ruang untuk saya berkongsi idea. Bagi saya, jelas sekali, kenyataan berbeza orientasi ini jelas menamplkan, maaf, kalau saya istilahkan, kebogelan dan ketelanjangan akhlak para pemimpin ala-Fir'aun dan Namrud ini. Tak usah nak cakap fasal prinsip spiritual dan akhlak murni, prinsip parti itu sendiri aja, dah habis tertanggal tanpa seurat benang pun, kan?

Oleh itu, kepada mereka yang sibuk komen sehingga sampai hati mengkafirkan saudara kerana menyokong DAP, saya bimbang, mereka yang bersikap sedemikianlah yang paling tidak, berdosa besar dan wajib minta maaf daripada saudara. Malah, kenyataan sedemikianlah, seperti yang pernah saya nyatakan, menjadikan masyarakat Cina dan India, khasnya non-Muslim, menganggap memeluk Islam bererti "masuk Melayu" ... Nah, takkanlah dah merdeka 54 tahun pun, masih berfikir jumud sedemikian?

Dengan ini, saya secara peribadi tetap menyokong keanggotaan saudara dalam DAP yang lebih berteraskan kebenaran dan akhlak, bukan macam UMNO yang "cakap tak serupa bikin". Justeru, sedarilah, duhai saudara-saudara seagama para ali tegar UMNO, kalian serta para pemimpin 'asabiyah yang kalian bernaung pada mereka sekali-kali tak akan mampu memadamkan cahaya Allah dengan lidah jelik lagi bertoksik kalian; malah Allah akan tetap menyempurnakan cahaya-Nya itu walaupun dibenci golongan kafir dan munafiq! Juga, lebih baik mata kalian dibutakan daripada kalian berterusan buta hati, kerana sebuta-buta OKU penglihatan, masih mampu menyumbang kepada kemajuan dunia walau terpaksa meraba-raba di mana-mana.

Menutup bicara, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada kalan atas perkongsian ini. Yang baik itu, hanya datang dan milik-Nya belaka; kitalah yang perlu saling memperbaiki antara satu sama lain. Teruskan sahaja pilihan saudara serta karya-karya bernas ini; kelak akan terserlah jua kebenaran bila sampai tempohnya.

Terima kasih.

wonder why said...

Saudara AA,

Senang sahaja Muhyiddin berkata lupakan masa lampau.Dosa2 yang telah dilakukan terhadap orang Melayu khasnya dan Rakyat jelita AMnya selama 54 tahun,tidak muda dilupakan.Mereka ini semua pengkhinat negara dan perlu di HUKUM setimpalnya.Kalaulah mereka tidak takut kepada Allah, undang2 negara perlu menjalankan kewajibpan mereka.Bukan senang nak lupakan titek peluh dan darah rakyat yang merana kerana kerakusan mereka.

Anonymous said...

Woi, senang2 je minta dimaafkan, duit yg trillion2 lesap tu apa hal??????????

Pok Li said...

Saya setuju dengan Muhyidin untuk tidak bercakap tentang kesilapan lepas dan perlu memandang kedepan. Terutamanya kalau meminta maaf itu bukan terbit dari hati yang ikhlas. Tetapi Muhyidin perlu lebih terbuka dengan menyatakan kesanggupan untuk melihat kedua2 pemimpin utama BN dan PR berdebat bagaimana untuk membawa Malaysia kehadapan apabila diberi mandat untuk memerintah selepas PRU13 agar rakyat dapat membuat pilihan yang tepat.

Anonymous said...

Dah buat salah bertimbun-timbun senang-senang nak minta maaf....bila dah menang buat lagi kesalahan bertimbun-timbun...sorry la your time BN dah over....

Anonymous said...

kita kena tengok prestasi barulah bolih putuskan.Nak masuk syurga pun Allah tengok yang lepas jadi kalau bolih cakaptu biarlah beralas sikit.Saya nampak pemimpin umno dah latah dan nyanyuk sebab itulah elok cuti untuk 5 untuk berubat. Apa tamak sangat orang lain tak layak ke? umno pun dah ketandusan pemimpan kerana cantas mencantas. Kalau tanding takkan menang kerana orang dah tak nak lagi umno jadi hantu pun tak apa bandingkan diperentah olih penyamun.

Quiet Despair said...

Perbuatan Najib memohon maaf patut disanjungi. Ini menunjukkan dia berjiwa besar dan sedar manusia sentiasa buat silap.
Kita nak dengar pulak Anwar meminta maaf atas segala kesilapannya terutama sekali semasa menjadi DPM dan Menteri Kewangan.
Sorrylah kan, tak akan belakulah. Beliau orang angkuh dan sombong.Imam Mahadi mana boleh salah kan.
Muhyiddin terpaksa menjawab demikian untuk menangkis pembangkang yang mempersendakan seolah-olah Najib tak ikhlas.
Tidakkah sebagai orang Muslim, kita perlu menerima maaf seseorang.

akusayangmalaysia said...

salam sdr aspan,

sudah2la bang din, bagi orang lain plak perintah malaysia.maila berapa generasipun tapi kalo dah namanya UMNO/BN, lagunya macam tu jugak.

On The Line said...

Quiet Despair,

Tahap IQ kamu memang tak boleh melepasi garisan cerdik sebab tu kamu nampak yg luar sahaja.

MAHApenipu said...

Kalau Jib dan Moo betul2 berjiwa besar senaraikan dulu kesalahan2 dan penyelewengan2 yg BN lakukan tempoh pemerintahan BN,terutama yg melibatkan harta dan duit rakyat.Selepas itu baru rakyat boleh menentukan sama ada boleh
dimaafkan atau tidak.

Apabila seseorang membuat sesuatu kesalahan undang2 dan ditangkap polis,selalunya dia akan berkata,"Maaf Tuk,minta ampun Tuk,lain kali tak buat lagi".Adakah polis akan melepaskannya?Dia akan digari dan dibawa kebalai masuk lokap.Silap2 hari bulan kena penampar lagi.

Begitu juga dimahkamah.Minta maaf,minta ampun,minta cium tangan,minta cium kaki pada hakim,tetap kena hukum juga.Kerana,negara ini ada undang2.

Sekiranya dengan meminta maaf boleh menghapuskan kesalahan2 rasuah dan peyelewengan dana rakyat,lebih baik dibuang dlm longkang seksyen2 yg berkaitan dengannya.

Ini bukan 'law of the jungle' bak kata John White @ 17:36:00

Anti Pembelit said...

Ntah..ntah...Jib Tembam dan Din Sembab dah tahu nak kalah kot.Minta maaf..minta..ampun..
lepas tu....caaaaaaaaaaaabut.

Vincent seTan dan Anankonda dah dapat rasa angin perubahan.

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

Can I just say sorry after robbing a bank?

meluat kat umno dulu, kini dan selamanya said...

... supaya semua rakyat nampak yang baik dan elok cuma pihak diorang saje, segala isu dinegeri yang ditadbir pembangkang mesti diperbesarkan, mesti diputar belitkan agar nampak di mata rakyat pihak lain semua cakap tak serupa bikin, pihak lain tak pandai nak merembat duit rakyat, pihak lain tak reti nak belanja besar di italy, di australia, di England, dan pihak lain tak tahu nak beli kasut dan beg tangan yang mahal-mahal, rakyat (wajib) menghalalkan segala penipuan/penyelewengan umno selama 54 tahun., kita nak tunggu S.S Tan Sri Dr. Harussani Zakaria mengeluarkan Fatwa betapa besarnya dosa rakyat yang tidak menghalalkan apa yang telah dilakukan dan yang dihalalkan oleh umno.., diorang ingat rakyat ni bodoh dan bangang macam penjilat-penjilat umno., kami rakyat nak tahu apa lagi penyelewengan yang telah umno lakukan selama ini yang dilindungi dari pengetahuan rakyat., dan kami rakyat mahu sesiapa yang melakukan kesalahan hendaklah dihukum, sebab kami rakyat bila menunggang motosikal tanpa cukai jalan dan tanpa memakai topi keledar tak pernah pun pihak polis memaafkan, laju je diorang mengeluarkan surat saman, macam nilah, kami rakyat ingin tegaskan disini KAMI SIKIT PUN TAK PERCAYA KAT UMNO DAN BN LAGI, KAMI MAHU KORANG TIDAK LAGI MENJADI PIHAK YANG MEMERINTAH, DAN KAMI MAHU SESIAPA YANG MELAKUKAN PENYELEWENGAN, SALAH GUNA KUASA, PEMBAZIRAN, PENCABULAN HAK ASASI MANUSIA, PENCABULAN UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MESTI (DIULANGI MESTI) DIHUKUM SEWAJARNYA, DAN KAMI RAKYAT AMAT RAGU BILA NAJIB DAN UMNO MENGAKUI KESALAHAN MEREKA SELAMA INI, SEBAB INI MUNGKIN SATU LAGI WAYANG KORANG UNTUK MENIPU LAGI DALAM PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG, KAMI DAH TAK TERIMA PENIPUAN KORANG., SELAMA NI KORANG BERKOKOK MENDABIK DADA KONONNYA KORANG ADALAH PEMBELA RAKYAT, TETAPI JELAS SEKALI KORANG ADALAH PENINDAS YANG LEBIH BACUL DARI SEGALA JENIS PENJAJAH DAN PENJARAH., disini kami juga ingin mengingatkan rakyat yang lain " Jangan percaya kan umno walau sebesar zarah pun, diorang dan menipu selama lebih 54 tahun dan sekarang diorang sedang merancang penipuan yang lebih besar lagi "

Anonymous said...

The problem is they keep repeating the same mistake..and never learn..! What is such stupid comments ever came across....

Anonymous said...

Meluat dan rakan rakan semua,
Adalah hak tuan untuk berkata apa apa dan berbuat apa jua andaian tetapi rakyat juga akhirnya membuat pilihan dan kita semua harus menghormatinya.Yang penting kita harus jangan terlalu emotional dan taksub.Kalau benar UMNO tidak deliver mereka akan di hukumi.Saya belum nampak ada tanda tanda besar yang tsunami akan berlaku saperti 2008.

PM Singapura ada memohon maaf pada rakyatnya bulan may 2011 semasa kempen pilihanraya Singapura.Satu satu yang amat mulia sedangkan hampir semua kerusi parlimen kepunyaan PAP.

The apology is a show of Najib humility.Ini juga satu petunjuk yang pilihan raya terlalulah dekat.Harap bulan june ini.

QD, i dont really wish to make many comments like before and i dont see that many of your comment in Sak blog of late.You may suffer the same faith as me.What a shame.I think we should allow this freeflow of opinions across the board and let people like us articulate intelligently.However,lets all of us here
the differing opinions.Salam

@Burma/France

Anonymous said...

Setuju dgn komen permohonan maaf najib, tetapi kesilapan yang berlaku tidak melayakkan pimpinan sekarang dikekalkan agar kesilapan2 tersebut tidak berulang dan menjadi umpan untuk tujuan pru yg akan datang....

Anonymous said...

Memang kami maafkan...tapi pulang la dulu duit rakyat yang BN kebas dulu. Setakat mintak maap pakai ayaq liuq, buang masa....xdo sapo yang nak percayo eh...Itu 'make up" UMNPCO yahudi suruh najib mintak maap, sebab nak bg nampak insap kononnya...nak raih undi...simpati....tu la mintak nasihat dari Yahudi lagi...siaapa suruh...bayaq duit juta2 kat yahudi untuk tipu Melayu.....tapi silapnyo Yahudi UMNPCO ni mana belajaq agama...mano boleh mintak maap macam tu je...hang kebas duit orang kena la pulangkan balik...baru ler real mintak maap...setakat ayaq liuq je..buang mase. ISA mmg undang2 rimba...org suruh ikut undang islam, hang pi buat ikut undang2 Yahudi. Tu ler belajaq agama lagi kat TDM...sentiasa bawak ajaran sesat dia tu.

Anonymous said...

Keh2 berjiwa besar?..berjiwa besar penipu ada le....upah yahudi jadi penasihat & bayar juta2 kt yahudi supaya tipu melayu tu berjiwa besar? Najib nak tipu QD boleh ler....sb QD pembaca utusan sex & TV 3 suku....kalau org ngaji agama xyah tipu ler....Nak minta maap ok, tapi najib kena pulangkan dulu duit bertrillion2 yang disonglap UMONO/BN selama 54 tahun memerintah....kalau tak...ni tobat penipu...lakonan arahan Yahudi UMPCO...semata2 utk meraih undi & menipu melayu...kesian Melayu asyik keno tipu...Tipu plak tu oleh bangso sendiri...siap mintak bantuan Yahudi lagi...bayar plak tu...hebattt...

Anonymous said...

Najib dan Munyiddin sama je munafik.Aku dan rakyat 1Msia takkan halalkan walaupun 1sen duit yang ko songlap.

Moga2 Allah membalas azab yang setimpal kepada parasit2 perosak UMNO.

Satu lagi mintak Mamakkutty dipanjangkan umur supaya merasa masuk penjara.

Surrogate

Anonymous said...

Jika setiap kesalahan manusia dapat diampuni dengan kata-kata maaf rasanya tuhan tidak perlu menciptakan neraka!!!!

Anonymous said...

Suurogate,
Siapalah engkau yang tidak memaafkan orang.Macam orang frust sahaja.Kami sekelurga tetap dengan UMNO walau apa pun fitnah awak.Faham !

Anonymous said...

anon 10:28

Aku pembayar cukai dan bukan pemfitnah.Cuma pembayar cukai yang faham sakit hatinya bila duit penat lelah disalah guna tuk kayakan kerabat UMNO/BN.

Ketuanan Melayu takkan faham!

Surrogate

Anonymous said...

Surrogate,
Aku ketuanan melayu sama macam kau bayar cukai juga.Kau boleh kerja di Brunei, some Arab countries and many other countries tanpa bayar income tax and enjoy your good money maa..
If you work in tbe UK your tax exposure will be more.Your argument about you lot paying taxes as though others are not contributing is a trite.Taxes come from many sourcres not just personal income tax alone.The govt Petronas oil taxes is probably the biggest single contributor ok ! The more your income the bigger the contribution.Try Singapore if you prefer the pogeon hole living.Singapore is a FINE country you know !