24 August 2012

Apakah hajat TDM yang belum kesampaian itu?

Dr Mahathir meminta supaya rakyat jangan percaya kepada janji-janji pembangkang khususnya terhadap Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang. Pandangan itu adalah pandangan beliau dan beliau berhak untuk memberikan pandangan terhadap sesiapa seperti juga saya mempunyai pandangan yang sama terhadap beliau (Dr Mahathir). Ini negara demokrasi dan sesiapa pun boleh dipercayai atau sebaliknya oleh sesiapa juga.

Dr Mahathir sememangnya tidak mahu langsung sesiapa untuk mempercayai Anwar, seteru politik terbesar beliau. Mahathir mahukan semua orang bersama-sama memusuhi musuh beliau. Tidak mungkin Dr Mahathir mempunyai pandangan yang baik terhadap Anwar. Kalau Dr Mahathir bercakap perkara baik tentang Anwar itu merupakan tanda-tanda yang jelas yang dunia ini akan kiamat tidak lama lagi.

Tetapi banyak pihak lain yang tidak percaya terhadap Dr Mahathir. Mereka tidak percaya terhadap Dr Mahathir pun bukannya tidak bersebab. Malahan salah satu daripada sebab kenapa UMNO secara deras ditinggalkan oleh orang Melayu adalah kerana Dr Mahathir. Orang Melayu tidak meninggalkan UMNO tanpa sebab. Tidak munasabah UMNO yang begitu lama berkuasa dengan tiba-tiba ditinggalkan rakyat begitu sahaja. ‘There must be a cause for a cause’.. kata seorang sahabat saya.

Hanya ramai pemimpin UMNO tidak mahu tahu kenapa mereka ditinggalkan oleh orang ramai termasuk ahli-ahlinya sendiri. Mereka (UMNO) masih percaya yang mereka itu masih dikagumi rakyat dan tidak hairan mereka seperti orang tuli tidak mendengar rintihan rakyat ramai. Sebaliknya mereka (UMNO) menyalahkan orang lain pula kerana parti itu sekarang mempunyai sokongan yang rapuh dari rakyat.

Keyakinan terhadap Pakatan Rakyat, itu merupakan manifestasi rakyat untuk melihat perubahan dan tidak ada sesiapa yang boleh mempengaruhi sesiapa untuk tidak menyakini pimpinan di sebelah Pakatan Rakyat itu. Pakatan Rakyat belum mendapat mandat lagi untuk mentadbir Putrajaya tetapi jika mereka (PR) mendapat mandat rakyat barulah kita tahu samada janji-janji yang termaktub di dalam manifesto mereka (PR) akan terlaksana atau tidak.

Tetapi ada bukti-bukti awal yang kita lihat yang PR mempunyai kredibiliti yang tinggi sebagai pemegang amanah jika kita jadikan kerajaan-kerajaan yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sebagai ukurannya. Maka untuk mencari dan membina keyakinan terhadap Pakatan Rakyat jika mendapat kuasa untuk mentadbir Putrajaya tidaklah sesusah dahulu.

Oleh itu tidak ada hak sesiapa untuk menyeru supaya tidak mempercayai Pakatan Rakyat selagi belum diberikan kuasa mentadbir Putrajaya itu. Belum ada bukti lagi yang PR tidak mampu untuk menunaikan janji-janjinya kerana belum diberikan peluang untuk mentadbir Putrajaya.

Di sebaliknya BNlah yang telah menunjukkan bukti yang janji-janji mereka masih banyak belum tertunai sehingga hari ini walaupun telah memerintah negara sejak merdeka. BN telah gagal sama sekali untuk membina sebuah negara yang mana rakyatnya bersatu padu malahan UMNO menggunakan tektik memecah-belahkan rakyat dengan memainkan sentimen agama dan bangsa sebagai senjata untuk terus berkuasa. UMNO hanya boleh berkuasa jika rakyat berpecah-belah.

UMNO khususnya masih belum berjaya untuk meningkatkan penyertaan orang Melayu dalam bidang industri sekurang-kurangnya 30% dari kekayaan negara seperti yang terkandung di dalam DEB dan dasar ini pun sudah tamat sejak 22 tahun yang lalu. Keistimewaan untuk bumiputra dikuasai oleh segelintiran kroni-kroni pimpinan UMNO dan orang Melayu biasa tidak mendapat faedah dari DEB itu.

Apa yang sepatutnya dirasai oleh Bumiputra yang ramai itu semuanya dibolot oleh segelintiran yang rapat dengan mereka yang berkuasa. Rakyat telah lama bersabar dan telah pun memberikan banyak peluang untuk UMNO memperbaiki keadaan di atas nama kesinambungan kuasa dan berbagai-bagai lagi alasan. Tetapi UMNO mengambil kesabaran rakyat itu sebagai kelemahan dan boleh diperkotak-katikkan mengikut kehendak nafsu dan syahwat mereka sahaja.

‘Maintenance’ untuk mengekalkan UMNO dan kepimpinannya amat tinggi. Apabila parti itu kehilangan banyak sokongan maka pimpinannya terpaksa melakukan tindakan-tindakan yang sangat mahal harganya dan semua kos penyelenggaraan UMNO itu ditanggung oleh rakyat jelata. Program ‘walkabout’ Najib di seluruh negara melibatkan perbelanjaan beratus juta ringgit dan semua perbelanjaan itu adalah tanggungan rakyat belaka.

Tidak usah kita ulangi apakah dia yang saya katakan sebagai kos penyelenggaraan yang tinggi itu kerana isu itu disebut dan ditulis acap kali oleh banyak pihak. Tetapi UMNO banyak isu lain yang kita tidak memberikan tumpuan dan isu-isu itu memang selayaknya menjadi sebab untuk rakyat menolak parti itu dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Kita tidak boleh terpengaruh dengan ajakan Dr Mahathir untuk tidak menyokong Pakatan Rakyat itu kerana Mahathir berkata-kata seperti itu hanyalah untuk menyelamatkan diri beliau sendiri. Mahathir mahukan kita bermusuh dengan semua musuh beliau. Apa yang ditakuti oleh Dr Mahathir jika Pakatan memerintah, ialah beliau (Mahathir) tidak boleh hidup dalam sebuah negara dan kerajaan yang bersistem. Beliau telah memerintah selama 22 tahun dengan sistem beliau sendiri dan tidak memberikan kepada sistem-sistem yang lazim kita lihat dalam mana-mana negara demokrasi tulen.

Jika kita pulihkan sistem yang betul dan lazim bagi sebuah negara demokrasi, maka Dr Mahathir akan dipintas oleh sistem itu dan sistem itu tidak akan membolehkan Dr Mahathir hidup dengan senang hati. Jika benar Dr Mahathir sebagai seorang yang telus dalam pentadbirannya beliau tidak perlu takut dengan sistem pentadbiran yang baik.

Dalam keadaan sekarang, Dr Mahathir tidak boleh berdiam diri dan beliau sudah tidak mampu untuk bertahan sebagai seorang negarawan seperti yang diperbesarkan oleh penyokong-penyokong tegar beliau. Beliau terpaksa terus berpolitik dan kita tidak nampak bagaimana beliau boleh berhenti berpolitik. Beliau tidak ada lagi masa untuk hidup sebagai seorang negarawan. Malahan inilah yang Dr Mahathir tidak akan mampu mencapainya tahap sebagai seorang negarawan sepanjang hayat beliau.

Setakat ini beliau (Mahathir) masih lagi seperti seorang pegawai penerangan untuk UMNO yang sudah luntur sokongan hari demi hari ini. Kita tidak pernah terlintas dalam pemikiran kita yang pada suatu hari kita akan terjumpa seorang pemimpin yang memerintah negara begitu lama akhirnya tidak dapat berhenti daripada bermain politik peribadi sepanjang hayatnya seperti Dr Mahathir ini.

Walaupun beliau sudah bersara dari jawatan PM beliau masih lagi berpolitik, seolah-olah ada agenda dan hajat beliau yang masih belum tercapai. Hanya beliau sahaja yang tahu, walaupun orang ramai boleh mengagak sebab-sebab beliau jadi begitu.

33 comments:

Amuraria said...

mamak mudah lupa,melayu ingat selamanya !ABU jangan lupa !

Anonymous said...

TDM jelas melawan arus sebagai ikhtiar terakhirnya sebelum semua usaha yang dibuatnya punah.Rakyat tahu TDM mempunyai matlamat perbadi dan material tinggi melangit tapi apakan daya gelombang perubahan terlalu kuat untuk ditahan olinya bersama najib dan mahyudin.Inilah akibat perjuangan tak ikhlas dengan ada udang besar sebalik batu.Sahabat saya yang dulu orang kanan Mca kini berkata yang mereka dah tak mahu Mca lagi sementara sahabat melayu yang dalam dulu dan sekarang tersenyum saja melihat ombak yang melanggar Umno sambil berkata "rasakanlah dulu angkuh sangat".Orang melayu dan cina semua nak rasa perubahan seperti yang berlaku diseluruh dunia .Jadi bagi TDM kalau sayangkan Umno elok berhenti bercakap kerana lagi banyak bercakap lagi ramai orang marah dan menyampah kat Umno.Kalau dah menyampah jawapannya tumbang .Yang tinggal nyokong Umno adalah yang petang2 dan pagi ngundi berjemput dan balik dihantar .Kalau Bn tak main faul dan curi ayam ramai dah tahu Umno akan berkecai dan tak akan timbul.Wallah Hu Alam.

Anonymous said...

Salam AA, apabila TDM bersuara memang ramai yg akan resah & gelisah, dan serentak dgn itu ramai yg akan mengutuk & menghina beliau, DSAI juga menerima nasib yg sama, cuma bezanya secara statistik siapa yg lebih banyak menerima kutukan & hinaan kita tidak tahu secara pasti. Masing-masing ada pengaruh & masing-masing cuba mempengaruhi orang lain untuk bersama mereka. Masing-masing memiliki rekod. Adakah rekod DSAI lebih cemerlang? atau rekod TDM yg sangat cemerlang. Apa pun rekod yg dibentangkan masing-masing akan tetap dikutuk & dihina. Tetapi, dengan kutukan & hinaan yg kita semua lemparkan kepada mereka berdua satu perkara yg sangat- sangat penting harus diingat, iaitu Allah s.w.t. Adakah Allah s.w.t akan terima kutukan & hinaan semua orang itu sebagai satu 'syarat' untuk menang pilihanraya nanti & sebagai satu 'syarat' untuk menjadi pemimpin? Oleh itu beringat-ingatlah sebelum mengunakan lidah itu & beringat- ingatlah sebelum datang malapetaka yg mungkin akan menimpa diri sendiri. Kecualilah, jika kita sendiri mengangkat diri sendiri menjadi Tuhan.

Anonymous said...

Satu perkara jelas adalah cara berpolitik kutuk-mengutuk & hina-menghina sepatutnya sudah dianggap ketinggalan zaman, tapi bagi orang-orang yg memang 'masih' ketinggalan cara itu memang sesuai untuk mereka.

Anonymous said...

Hajat TDM.
Masa dia menjadi PM semua hajat nya sudah didapati.

Dia hanya jadi macam Hosni Mubarak,kena bicara dan mungkin masok jail.

Malam malam dia ada masaalah hendak tidur.

Anonymous said...

Saudara AA,

MM ni mempunyai satu ciri yang samar dengan Lee Kuan Yew. Kedua-dua mereka ni nak kerja sampai mati. Kalau dah tua, rehat dan pencen teruslah. Apa nak dicakap lagi. Tapi MM ni memang takut diheret ke mahkamah jika DSAI menjadi PM.

Sistem di negara kita ni dah jadi kucar-kacir punca daripada apanama ni.

Salam.
Observer

Anonymous said...

Sakira nya Mamak Kutty tu berkata dia percaya pada Anwar bermkna dia dalam situasi buang tabiat nak mampuih...ABU

Ahlul Bayt Rasulullah SAW said...

Jasa terbesar Mahathir ialah mencipta Sistem Politik Haprak yg menjadikan Malaysia di pimpin oleh Pemimpin2 Umporno Haramjadah yg ada pada masa kini...

Anonymous said...

Salah seorang pemimpin hebat yg disanjung hasil ciptaan sistem politik 'haprak' TDM adalah DSAI. Sokonglah!

Anonymous said...

Patutlah, hidup pun kucar-kacir.

Anonymous said...

Mungkin sebab melayu ingatlah, bangsanya suka pada pepatah 'menang, tapi jadi abu'.

Anonymous said...

Nasib baik sekarang zaman moden, kalau zaman dahulu kala orang macam DSAI dah lama kena hukuman pancung. Bernasib baik dia.

Pok Li said...

"Better you believe the devil you know than the angel you don't know"- Mahathir

Pertama, Mahathir salah mengatakan bahawa lebih baik kita percaya pada syaitan yang kita kenal daripada malaikat yang kita tak kenal. Malaikat sudah semestinya lebih baik daripada syaitan samada kita kenal atau tidak.

Kedua, Mahathir telah mengaku bahawa beliau dan UMNO/BN adalah syaitan.

Diakhir hayat Mahathir, nampaknya beliau sendiri mengaku segala kebobrokan diri beliau. Itulah kuasa Allah SWT.

Kampong man said...

Salam saudara pembaca yang dihormati,

Mengenang kembali isu iblis dan shaitan dan jin izinkan saya memberi sadikit pandangan. Saya setuju dengan pandangan kalian sebagai makhlok Allah kita harus tidak terlalu mengagongkan manusia. Ini benar, tetapi apa pula motif kita membenci makhlok ciptaan Allah begini rupa.Apakah kita terlalu mudah di godai iblis , jin dan shaitan.?Kita lupa dengan janji iblis ini kepada manusia.? dan kita berani menyamai iblis dengan manusia ciptaan Allah ?

Makhkok makhlok ghaib akan cuba memesongkan kita manusia dengan berbagai cara.Saya syorkan anda melihat misteri dan juga mitos kearah usha usha jin dan shaitan/ iblus kepada manusia umpamanya saperti dibawah :

Google. " Dua Dunia Mitos. " Misteri Dinda Full. Ada banyak misteri2 dan mitos disitu yang boleh kita ambil iktibar dan hanya untuk kesedaran sahaja.

Terdapat banyak usha yang memesongkan kita sahingga kita lalai kehadiran kita di dunia.Semoga kita termasok diri saya semua mendapat petunjuk .Wallahwualam

Anonymous said...

Wahai kampung man,

nabi saw berpesan kepada kita agar pegang Al Quran dan Hadiths2 baginda sahaja, semuanya sudah lengkap.

Ni mitos2 ni apa? Utk buat pedoman? Pedoman apa?

Tak heranlah your logical and much simplistic worldview diguide dgn mitos2 sebagai pedoman! Sudah terserlah keperibadianmu yg kami duk baca selama ini. Sebab itulah kamu teramat agungkan mahatdeyy!

Yg pastinya kamu bukan seorang dalam forum Pak Aspan ni. Jangan berduka kerana ramai anon2 pun agungkan mahatdeyy! Dan kita boleh dapat baca masing2 sudah terkial-kial dan berpusing2 kerana masih mahu membela mahatdeyyy!

Kesian!

Sekian,

gheng lama

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

nak tahu apa hajat mahadey? Ini kena tanyer Lee Kuan Yew!

Antara kuan yew dan hsien loong, hanya ada sorang Goh Chok Tong. Tapi antara mahatdeyy dan mokrizz sudah ada ramai namun belom lagi tersambung dinasti itu!

Dulu dia nak naikkan rahim thambee serupa chok tong, tapi hancur oleh dak tambee sendiri. Maka kenalah buat plan B!

PLAN B ni lebih rumit kerana gamai kena diaturkan gilirannya! Anwar buaat lorat bila dia cabar ghaffar, so kenalah hapuskan dulu! Kemuncaknya tahun 1997 bila guru mahatdeyy bernama kissinger mai KL! Dia bawak Cohen bersama2. Cukuplah utk kotorkan nama Anwar dalam buku 50 dalil dan sotkabar utus-sann pada tahun 1998! Gamai terpedaya.

Paklah dibela dan dinaikkan. Sekejap aja. Gambar paklah tido tersebar dan kesemua masaalah negara diletak atas kapla Paklah!

Kini Najib kena layan bebudak perkosa yg sentiasa buat benda berlawanan dgn usaha Najib! Dah terlalu hampir masa najib akan dipaklahkan!

Ikut sifir, kalo muhedeen cucuk paklah dapat naik jadi tpm, maka kita tunggu mukrizz pulak cucuk najib lepas PRU 13 nanti?

Tentu Ku Li senyum baca tulisan saya ni. Haha

umno baru kan ker milik mahatdeyy, sapa kata milik melayu? Hanya Kampung man dan beberapa cik2 anon yg masih percaya. Tak gitu Pak Aspan?

Sekian,

gheng lama

Anonymous said...

Aku rasa gheng lama ni suka mengata orang lebih dari bersikap positif.Jarang orang Melaka yang begini.Kali ini dia tidak ketawa terbelahak belahak macam orang tak siuman.Aku sudah lihat di you tube .Aku fikir misteri ini menyedarkan kita keagongan Allah subhanahuwatalla dan pentingnya kita jaga akidah kita.Tentang suka tak suka kita pada sasaorang itu adalah hak awak .Ada aku nak kisah .

Orang Mesjid Tanah

Anonymous said...

Hoi orang melayu Masjid Tanah apa orang melayu Melaka ada eh? beritahu sikit,siapa yang melingkupkan KERAjaan melayu melaka dulu...mamak/India sanggup berenang tengah laut beritahu portugis yang orang melaka sedang berseronok,lepas tu portugis pun datang menyerang.....hanchus melayu melaka,tak sedar lagi masih nak sokong Mamak Kutty dari kerala
lagi..hai orang melayu melaka ni,kau jangan ikut Kampongman dia tu pencacai ISA Kinzir PD.ABU

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

"Telunjuk lurus, KELINGking berkait"

Ketka ditanya wartawan BBC Rizz Khan adakah TDM seorang berketurunan India.

Dia menjawab: 'By a definition I'm a Malay'.

Kalau asal usul keturunan sendiri pun mau 'kencing' paham2 la.

Hajat TDM cuma satu iaitu semua orang mengikut telunjuk dia.

Orang lain salah,cuma dia saja yang betul.

Kuasa dan harta tak pernah cukup.

Dia menggunakan isu perkauman,agama dan ketuanan Melayu untuk menakut2kan rakyat dan menghalalkan penyonglapan geng2nya (baca BN).

Sekarang bila semua tanda menjurus kepada kelingkupan BN,dia meracau2 kerana risau semua kemungkaran dibongkar PR dan pesalah2 dihumban ke penjara.

Tidak ada sesiapa mempertikaikan jasa2 TDM selama 22thn memerintah.

Kita cuma meminta yang bersalah dihukum, memberikan sesuatu kepada yang berhak dan meletakkan yang betul pada tempatnya.

Inilah yang paling di takuti oleh para pengkhianat bangsa dan negara.

Surrogate

Alam Flora said...

Sokong kenyataan gheng lama...

Kalau kita tak mengata orang, kita nak mengata siapa lagi? Mengata lembu, kambing, ayam, itik dan sebagainya.....

Untuk saudara gheng lama, tolong jangan kritik Kampong man... dia akan terus menjadi sesumpah (anonymous), untuk mengutuk kamu kembali dengan bahasa orang tua yang lintang pukang.

Anonymous said...

Tun Ali, Bendahara terakhir Melaka itu seekor Mamak dari Kerala. Ali Rastam pun sukusakat anak mamak... Baka Mamak ini semuanya PENIPU

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

TDM tu dah nyanyuk....apa dia kata semuanya tak bole pakai...kadang2 dia lupa apa yang dia cakap...sepatutnya orang mcm dia,patut duduk kat rumah orang tua2..hahaha...


makaikui said...

Saya caya kalu TDM bila suda berundur dan tak masuk campur politik lagi masih ramai yang hormat dia tapi pabila dia asyik buat kacau yang cinta pun jadi benci. rehat lah tun, luangkan masa dengan anak cucu sebab masa tak banyak lagi. kita tak tahu bila tuhan nak panggil nati

Kampong man said...

Salam All.

I can quite understand your dislike for Tun here.But if you care to look at my other buddy bro Sakmongkol complete profile ,like me he on the other hand look at Mahathir differently and enjoy dr Mahathir books and the man himself perhsps but not Najib !! apparently.Honestly, to be prominent leader one has to be prepared to be loved and hated ,firm and decisive.Kampong man has not even an iota of hatred to anyone at all as he was brought up to love all mankind.Prefer to highlight the positive aspect of individuals and choose to remain silent and dumb on their shortcoming.Bro Aspan knows me too well as we both meet occasionally talking more of old days and we have so much respect for each other , me at least.Have reccomended and promoted many friends to this blog when he was an UMNO man. Respected his decision to be with DAP.See , Kampong man is open minded like some of you here.I said sum.

Life is too short for hatred and anger.Why should it be ?.Kampong man has achieved what he had set to achieve in life be it family happiness,spiritual contentment and tbe little wealth, alhamdulillah.Its time to give back to society whatever you can before you close your eyes right?.

Kampong man is the apex of Maslow.To achieve that you need a lot of mental stamina and sheer hardwork. Business is the way to go for us anak melayu like our chinese pals.No worries , i can take bashings alright.The pleasure is mine.Thank you and good night,Salam.

@Love your family and love and dad.Most importantly LOVE All.

Google this " A parent's love- i cried after watching this " .You will be there one day to understand this my boy.Take care.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Alhamdulillah dan syabas sekali lagi, saudara, atas analisa berfakta ini. Rasanya, cukup sudah dengan analisa itu; namun, sayang trillionan kali, masih kedapatan, kalau diizinkan untuk saya sebutkan, "para penyokong tegar" BPM tak bertanggungjawab ini. Tak usah banyak; cukuplah dengan kenyataan terbarunya yang menyebutkan "Lebih baik memilih syaitan yang kita kenali ..."; bukankah itu sahaja telah mencerminkan kedangkalan politik seorang negarawan seperti itu?

Dalam hal ini, bukan soal mencaci, memaki-hamun, mencerca, atau apa juga istilah ... Soalnya ialah, di sinilah yang dikatakan pertentangan di antara unsur jahiliyah dengan unsur Islamik dan keadilan. Malah, saya amat tidak bersetuju dengan mereka yang kononnya mengambil metos daripada sumber yang di luar kajian ulama untuk menjadi pegangan dan rujukan. Justeru, jangan sesekali kita menyalahgunakan era IT ini; kelak ibarat memandu kereta untuk berlumba di jalan raya,kan? Namun, apa sekalipun, kita masih boleh berbeza pandangan dan idea, tetapi, janganlah sampai menafikan sama sekali hakikat, lebih-lebih lagi sebagai seorang Islam yang bukan main lagi mengaku beriman dalam setiap bacaan dan perlakuan solat kita. Justeru, hakikat tetap hakikat, dan tak perlulah kita perbesarkan lagi perdebatan ini; bimbang gajah sama gajah berperang, pelanduk mati di tengah-tengah, K? Menutup bicara, jutaan ampun dan maaf seandainya kedapatan fakta ulasan ini yang tidak disenangi.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

HARAM sokong UMNO

Anonymous said...

Tuan Aspan,

CHOOSE THE 'ANGEL': A vote for Dr M's Devil is a vote for Evil

Anonymous said...

" Honestly, to be prominent leader one has to be prepared to be loved and hated ,firm and decisive ".

This is too simplitic!

One need to ask, what are you loved or hated for?

One can fully understand and accept UNPOPULAR decisons with the long term best interest of the ordinary people and country.

But for decades of bad leadership, gross mismanagement, rampant corruption, wastage, grossly unequal income and wealth distribution and etc., these are completely different matter.

Have some courage, pride and dignity to come forward to admit failure of bad policies and accept total responsibility and accountability for the loss of hundreds of billions and high national debt and the permanent and far reaching damage future generations have to bear, let alone the loss of opportunities.

There is a strong culture of blame to protect narrow and shallow self-interest - it's always others to blame!



Anonymous said...

Yes you Kampongman open mainded tapi berperangai macam saorang KAFIR LAHNAT.ABU

Haji Kampung said...

Salam AA. Berpuasa-enam kita!,

Entah mana lesapnya UMNO ori, namun, bagi saya masih beruntung kita kerana perjuangan pemimpin dahulu masih disebut dan diulang. Sekurang-kurangnya terhibur juga HATI warga Melayu. Sekarang ini nama UmNo Baru pun dah tak dipakai. Nak disebut pun tak tahu masih laku ke tidak?. Amacam kalau ia juga dilupuskan seperti luputnya UMNO ori dulu. Lagi pun TDM sendiri dah kata '.. bu***nya sampai ke usus....' sampai TDM sendiri keluar kerana tak tahan baunya. Mendengarnya pun dah mengerikan apa lagi kalau melihat. Agak mustahil boleh dipulih melainkan dengan keredaanNya, sedangkan darjat malaikat pun mahu disendakan.

Sementara TDM masih ada eloklah ditubuhkan yang baru 'UMNO Baru Baru'. TDM dan bekas hakimnya tentu lebih arif dan berpengalaman camana nak olah dan membuatnya supaya ramai mahu percaya. Dengan Pak Ketua yang muda ini, lagi banyak 'Janji Ditepati'dibuatnya lagi banyak yang ditinggal. Janji dulu nak daulatkan bahasa. Dah dekat 55 usia merdeka pun masih meng-'I dan U'-kan kita lagi. Katakan nyanyuk marah, tentunya TIDAK. Macam meraban sahaja lakunya. Rasa-rasa itu Tanda Dekatnya Mati.

Suci Dalam Debu said...

Suharto and Mubarak send him regards every night in his sleep. That's why he has to continue dividing the nation using race and religion.

Anonymous said...

Why should he used the race and the religion to divide us.He was never a racist and we have peace and tranquality during his 22 years.Now that he is no more the PM we are parting apart because you people want Mr Anuar to lead the nation.Iwill stick to BN.

Unknown said...

Sy pn ad trfikir kenapa TDM selalu mengeluarkan kenyataan berbanding Pak Lah. Mungkin apa yang Pak Aspan coretkan d ats ad kebenarannya.