12 August 2012

Sudah nak berak baru menggali lubang

Pepatah Melayu ada berkata. ‘dah nak berak baru gali lubang’. Itulah hakikatnya dalam isu pernubuhan RCI berhubung dengan isu kebanjiran pendatang haram di Sabah yang telah menjadikan BN ibarat telor di hujung tanduk. Semalam Najib telah menubuhkan Suruhanjaya di Raja (RCI) berhubung dengan kedatangan ratusan ribu pendatang tanpa izin yang telah menjadi masalah besar kepada negeri Sabah.

Suruhanjaya ini (RCI) jika benar-benar menjadi kenyataan dan dilaksanakan dengan seratus peratus ketelusan, ia akan menjadi igauan kepada BN. Tetapi dalam pengumuman Najib semalam beliau tidak menyentuh satu pun daripada lapan ‘term of reference’ yang telah dipersetujui itu. Apa yang terpenting di dalam penyiasatan RCI ini nanti ialah siapa yang bertanggungjawab terhadap pemberian kad-kad pengenalan itu serta pemberian kerakyatan kepada pendatang tanpa izin dengan begitu banyak itu.

RCI itu juga berwajib untuk mengutamakan motif dan tujuan pemberian sijil-sijil kerakyatan dan kad-kad pengenalan itu. Kedua-dua isu ini merupakan isu yang tersangat penting yang rakyat ingin tahu. Apakah asas pemberian dengan pengeluaran sijil-sijil kerakyatan yang diberikan kepada pendatang itu? Pemberian itu semestinya bersebab sehinggakan pembajiran pendatang ke Sabah sejak sekian lama telah menjejaskan keadaan sosial, ekonomi dan berbagai-bagai lagi masalah yang terpaksa dihadapi oleh rakyat tempatan Sabah.

Jika usaha memberikan sijil-sijil kerakyatan ini tidak mempunyai asas yang kukuh, maka tindakan itu adalah satu tindakan ‘treason’ yang begitu aib nilainya dan mereka yang bertanggungjawab mesti dihadapkan ke mahkamah tanpa memilih bulu. Yang kita hendak jaga dengan rapi ini ialah sebuah negara yang berdaulat. Jika tindakan itu tidak mempunyai sebab, maka ia adalah tindakan yang mencemarkan kedaulatan negara kita.

Nyata sekarang tindakan pembentukan RCI ini merupakan tindakan yang telah lama ditunggu-tunggu dan desakan pemimpin-pemimpin Sabah sejak puluhan tahun dahulu baru sahaja hendak didengar. Itu pun setelah BN sendiri merasakan bahawa sokongan rakyat Sabah sudah merudum terhadap pimpinan BN di sana.

Kita tidak wajar menafikan hakikat bahawa penubuhan RCI ini dilakukan kerana terpaksa memandangkan pimpinan dan rakyat Sabah sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi selain daripada membenamkan kerajaan BN yang memerintah selama ini yang menjadi penyebab pembanjiran pendatang haram dengan begitu ramai. 

Penubuhan ini dilakukan dengan serta-merta dalam keadaan terdesak dan kita sendiri menyaksikan yang pembentukan RCI ini ibarat ‘sudah nak berak sangat baru gali lubang’. Keputusan kepada RCI ini wajar diketahui umum sebelum PRU ini dan tidak boleh diambil enteng lagi oleh kerajaan dan jabatan yang bertanggungjawab di peringkat persekutuan ini.

Dr Mahathir menentang penubuhan RCI ini dan kita tidak terperanjat dengan pendirian beliau itu. Tidak payah kita membuat apa-apa spekulasi terhadap beliau kerana beliau sememangnya mengetahui perkara itu berlaku dan ini merupakan isu yang sangat hangat yang diperbincangkan oleh rakyat ramai di bawah ini. Jika dengar sangat nasihat Dr Mahathir ini ia akan menjadi laibiliti sepanjang zaman kepada kerajaan hari ini.

Hanya kita mengharapkan agar keputusan RCI ini dibuat dengan telus dan jika terpaksa menghadapkan sesiapa di mahkamah ia perlu dilakukan. Jangan pula menjadi RCI terhadap isu Lingam dahulu. Tidak ada apa-apa tindakan yang diambil terhadap sesiapa yang bertanggungjawab itu. Kita sememangnya menunggu cadangan-cadangan yang akan dibentangkan oleh RCI sesudah selesai melaksanakan tanggungjawab penting terhadap negara ini.

Tetapi yang paling mudah untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab dan motif pesalahlaku dalam isu ini ialah untuk rakyat bersatu dengan mengubah kepimpinan negara dan di Sabah.

Jika perubahan dilakukan di Sabah, bukan sahaja isu pendatang izin boleh diselesaikan, banyak isu-isu lain yang menghantui Sabah dan negara keseluruhan akan dapat diselesaikan dan diatasi dengan mudah.

Sesungguhnya RCI yang dianggotai oleh rakyat merupakan RCI yang paling mustajab untuk menyelesaikannya.

28 comments:

Anonymous said...

Najib jadi tukang cuci najis mahadey....NAJIB = NAJIS..

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya amat berterimakasih pada Tun Mahathir atas dua perkara iaitu:

1) Menghadkan kuasa raja raja melayu.
2) Memastikan Sabah didiami majoritinya oleh orang yang seagama dengan saya.

Saya amat berharap isu pendatang di sabah ini bukan untuk menghalau saudara saudara seagama dengan saya.

Saya juga amat berharap Najib juga tubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat kebanjiran pendatang asing yang bukan seagama dengan saya di tanah semenanjung. Bukan satu rahsia yang ramai pendatang cina di semenanjung malaysia yang diberi layanan istimewa berbanding pendatang dari Indonesia.

Najib sangat lemah. Mudah tunduk kepada ugutan walaupun ugutan itu melemahkan bangsa dia. Saya rasa meluat dengan taburan janji beliau.

Anonymous said...

Saudara AA and bloggers

UMNO/BN is trying to whitewash the whole issue but their hoodwinking is not gonna work this time round.

Salam.
Observer

Anonymous said...

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya amat berterimakasih pada Tun Mahathir atas dua perkara iaitu:

1) Menghadkan kuasa raja raja melayu.
2) Memastikan Sabah didiami majoritinya oleh orang yang seagama dengan saya.

Bagi (2), itu merupakan antara pernyataan yang paling tidak bertanggungjawab. Negara Malaysia ini milik rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, bukan hanya yang beragama Islam sahaja.

Saya tidak mengira seseorang dari kaum atau agama, tetapi daripada perlakuan dan pekertinya. Apa gunanya berteriak sebagai penganut agama Islam/Kristian/Hindu/Buddha sekiranya tidak mengikut lunas agama?

Saya rasa ada eloknya saudara berhijrah ke negara-negara Timur Tengah ataupun ke Indonesia memandangkan saudara suka sangat bergaul hanya dengan orang yang seagama. Dan tidak kisah pula isu kedaulatan negara dicabul dan pemberian kerakyatan Malaysia kepada pendatang lain asalkan orang itu "seagama"..

p/s: Yang kelakarnya, banyak juga pendatang yang menerima IC bukan beragama Islam pun.

jenny

Anonymous said...

Salam...

Saudara seagama..tetapi memenangkan pihak yang menentang pelaksanaan islam..memenangkan munafiq...

Allah da sediakan Hell paling dalam sekali untuk munafiq..fikir2kan..dan umat islam akhir zaman juga seperti buih di pantai..good in quantity..but lack in quality..

islam itu merentas semapadan bangsa dan negara...tetapi jika yang diberi IC then org2 yg ini yg sokong parti sekular....wajar ke?

Anonymous said...

syabas Jenny,

kpada Ibni Ismail

(Saya amat berterimakasih pada Tun Mahathir atas dua perkara iaitu:

1) Menghadkan kuasa raja raja melayu.
2) Memastikan Sabah didiami majoritinya oleh orang yang seagama dengan saya.)

prkara (2) yang saudara sebutkan adalah sangat tidak matang dalam isu kebanjiran Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang berleluasa di negara kita khususnya di Sabah.

isunya tidak berkait dengan agama PTI. mahukah saudara sekiranya generasi akan datang dikuasai oleh PTI dan bumiputera menjadi seolah2 PTI di negara/negeri sendiri?

isunya di sini mengapa kebanjiran PTI di sabah tidak ditangani sejak sekian lama?

Tun M. dalam kenyataannya mengatakan PTI diberi kewarganegaraan hanya kerana fasih berbahasa melayu. adakah ini termaktub dalam undang2?

Anonymous said...

Apek dan nyonya cina yang sekian lama memberi sumbangan kepada perkembangan negara, walaupun mereka lahir di tanah air ini tetapi mereka tetap berstatus penduduk tetap. Mereka dah berumur dan dah nampak kuburlah.. Tetapi mereka masih tak dapat status warganegara. Di sebalik ini, PATI senang senang diberi status warganegara, ini sebenarnya merupakan satu pendeharkaan yang paling besar kepada rakyat Malaysia. Apa Kelebihan PATI ini sehingga mereka boleh diberikan kerakyatan ? Mereka bukan kaya, bukan berilmu malahan boleh memberikan masalah besar kepada sosial ekonomi kepada negara kita.. wahai rakyat Malaysia yang masih sayangkan negara ini, sama-sama kita lihat lakonan murahan RCI ini...

Jack Low

Anonymous said...

Sudah jelas projek pemberian ic kepada pendatang adalah pebuatan penkianatan kepada negara..maka untuk umno kekal relevan pada masa akan datang,elok la mahadey ditangkap dan dibicarakan..

Selepas mahadey,malaysia telah mempunyai 2 perdana menteri..adakah mahadey lebih kebal dari undang undang??

Jika kerajaan BN gagal mengambil tindakan terhadap mahadey,maka akan berkuburla umno dan BN selama lama nya..

Mengambil tindakan terhadap mahadey,akan membetulkan BN untuk kembali ke landasan yg betul..kerana kelemahan ketara BN skrg ini adalah berpunca dari mahadey...Mahadey adalah HAPRAK pada umno dan Bn serta rakyat malaysia..

Anonymous said...

Pihak pakatan rakyat MESTI menubuhkan pasukan khas untuk membenteras pengundi pendatang asing pada pru nnti..

Bapa segala penipuan akan berlaku dlm pru nnti..tangkap pengundi pendatang asing..kerana tidak ada harapan pihak berkuasa akan berlaku adil..pasukan RELA pun tidak mempunyai kuasa untuk menangkap pendatang asing..

Sekarang ini pendatang asing bermaharaja lela seolah olah malaysia tidak mempunyai maruah sebagai negara yg berdaulat..akibat tidak pengkuatkuasa supaya BN kekal berkuasa..Inilah padah nya selama 22 tahun..,maahdir memerintah...

Anonymous said...

Kepada Jenny kutty,

- Sila senaraikan Bangsa pendatang bukan islam yang paling banyak diberi ic ??? Puki'stan ? Mat Miguel ? Mat Gudang garam ? Raja Sulu ? Pinay Doll ?

tebing tinggi said...

Di khabarkan bahawa Malaysia negara pendatang ,malah orang Melayu sendiri dikatakan pendatang olih pendatang-pendatang yang ada sebelumnya dan dieakan olih Melayu-melayu yang ingin dilihat sebagai berfikiran terbuka 'tidak reciest'kononya jadi apa salahnya kita menambah ratio kaum pendatang agar kita dilihat lebih multiracial dan pelbagai budaya.

Sehati,sejiwa ,sebangsa.

Anonymous said...

Sdra 12 August 2012 21:42:00

Jenny bukanlah orang yang bertanggungjawab memberi IC dan kerakyatan kepada PTI ini. Cara sdra bertanya, seolah-olah saudara terlibat secara langsung dan tahu tahu jumlah yang sebenar PTI=PTI yang diberi IC dan kerakyataan. Sdra mahu menyiasat samada jumlah yang diber ileh jenny menepati angka sebenar yang menjadi rahsia besar pihak yang bertanggungjawab.

Apa yang pasti, pemberian ic dan kerakyatan kepada PTI untuk mengundi UMNO/BN ini bukan dibuat oleh DAP atau PAS atau PKR. Ia tentunya kerja kerajaan dan UMNO yang menjadi tonggak kerajaan. Dalam BN pula, ianya tentulah bukan hasil kerja MIC, PPP( Parti kayveas) atau UPKO ( parti Sabah). Jadi tempat paling tempat sdra mengajukan soalan sdra itu ialah kepada parti sdra sendiri iaitu UMNO.

Sdra boleh mula bertanya kepada ketua cawangan sdra, kemudian menyusur keatas hingga kepada TDM kerana merekA adalah pemimpin-pemimpin parti sdra.

Saya cadangkan juga sdra bertanya pemimpin-pemimpin UMNO sdra ini, apakah jaminan yang PTI-PTI tidak akan merampas hak-hak kita termasuk hak-hak sdra sebagai orang melayu dalam jangmasa panjang sebagaimana yang berlaku di Sabah hari ini. Apa yang berlaku di sabah hari ini, puak-puak PTI ini sekarang sedang berebut dan merebut pelbagai peluang termasuk hak nak cari makan rakyat sabah yang sah.

Soalan kedua sdra perlu tanya, apakah jaminan yang PTI-PTI terutama mat indon ini tidak diberi hak perkara 153 perlembagaan mengenai hak keistimewaan orang melayu. Mengapa mereka perlu diberi hak ini sedangkan dinegara mereka, mereka tidak pernah mempunyai hak seperti ini. Bayangkan, sapa tak mahu jika diberi hak ini kan? Seluruh rakyat afrika pun nak jadi warganegara berstatus melayu kalau diberi peluang kerana kulit mereka pun gelap juga macam kita!

Mengapa sdra perlu tanya kedua-dua soalan ini? Kerana apa yang dihadapi oleh orang sabah hari ini hanya terjadi secara jangka panjang, selepas 20 tahun.

Mahukah sdra, dalam masa 20-30 tahun lagi, anak cucu sdra terpaksa berebut peluang kerja dengan keturunan PTI_PTI ini? Relakah sdra apabila anak cucu PTI ini merebut peluang anak cucu sdra untuk memasuki UITM kerana markah anak mereka lebih sikit je dari anak cucu sdra?

Sdra dan geng-geng seumpama sdra fikir-fikirkanlah kalau masih mampu berfikir dengan waras.

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Dear Jenny dan Ibni Ismail:

Projek i.c BN di Sabah adalah untuk mengalahkan Pairin Kitingan PBS yang mengugut untuk keluarkan Sabah dari Malaysia dengan slogan 'Sabah untuk rakyat Sabah'

Perebutan kuasa semata2.

Isu Islam/Kristian yang menjadi minoriti/majoriti adalah kebetulan semata2.

Do you think they care?

Adalah bisik2 di belakang tabir untuk menghalalkan tindakan terkutuk BN tersebut katanya demi meramaikan Islam di Sabah dan mengelak dari jatuh ketangan Kristian.

RCI ni sebenarnya drama klasik BN.

Ada ke dalam dunia seorg bapak panggil orag siasat kenapa dia dera anak sendiri?

Lepas tu penyiasat tu pulak kawan sekolah si bapak!

Kita semua dah tau hasil siasatannya.

Kelakar bukan?

RCI ni sebenarnya serampang dua mata Najib.

1. Melenyapkan terus Mahathir si mentor Muhyiddin Yassin (yang menunggu peluang nak hancurkan Najib)

2. Untuk ambik hati pengundi Sabah yang terkena kesan 'defection' dari BN ke PR (pengaruh Anwar)

Jangan pandang rendah nasihat APCO yang dibatar RM77 juta setahun.

Sayang semuanya sudah terlambat.

Kemunafikan BN terserlah.

Rakyat Sabah sudah berubah pendirian.

Sebagaimana RCI Teoh Beng Hock dan Lingam, ia akan menjadi satu lagi lawak antarabangsa.

Bangga betul aku jadi rakyat Malaysia.

Surrogate

Anonymous said...

Mahadey and UMNO is the decendent of Paria DOG,anak2 orang UMNO dah bersedia mereka banyak duit hasil tipu helah semasa memerintah, apa mereka peduli kepada penduduk yang lain? kepada mereka2 yang terlibat dengan Project I/C ini adalah dari petualang Bangsa,mana dia PERKASA,PEKIDA dan lain2 NGO UMNO yang selalu melaungkan ketuanan melayu? tanah melayu telah digadaikan olih UMNO baru hasil didikan Mamak kutty dari kerala.ABU

Anonymous said...

Saya berasa amat terharu tiba tiba rakyat Malaysia disini tersangatlah patriotik saolah olah pendatang yang datang ini terlalulah mudah diberi IC .Saya yakin mereka telah lama di Sabah dan satengahnya lahir di Sabah.

Nah tunjukan patriotik anda dengan mengibar Jalur Gemilang sapert loyalnya rakyat Indonesia pada bendera mereka.Teringat saya balam satu upacara menaikan bendera di Indonesia.

1). Mobil akan berhenti dari berjalan sahingga tamat bendera dinaikan.

2) Bendera akan diturunkan diwaktu malam.

3)Bendera yang buruk dan lapok tidak akan dikibarkan.

Bagitu hormat mereka pada bendera mereka.

Nah di Malaysia kita lihat.
1) Berapa % kedai kedai di seluruh KL umpamanya yang akan menaik dan mengibarkan Jalur Gemilang ? Sila hitung ya nanti jangan tak hitung.

2) Berapa ramai kaum kaum tertentu yang betul betul menyambut hari kemerdekaan ini di dataran dataran ini sebagai tanda loyalti pada negara ?

3) Bagaimana pula dengan usha kerajaan menyatupadukan rakyat melalui bahasa kebangsaan.Ada kah bahasa kebangsaan mereka itu betul satelah lama perolehi kerakyatan.Saya rasa Bangla pun mempunyai penguasaan bahasa yang baik dari sabahagian rakyat Malaysia.Di Indonesia terbukti bahasa menyatukan bangsa.Bahasa Indonesia diguna pakai dengan baik dan loyalti mereka pada negara ahem..saya kagum.

Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang dan bangga pada negara kita Malaysia, boleh ?

JANJI DI TEPATI.

dinoscots

Anonymous said...

Surrogate, awak ni kelakar.

1) Pairin mahukan Sabah keluar Malaysia ? Apakah semudah itu ?Sedangkan Pairin orang kuat BN.Ada bukti saheh tolong tunjukan.Pasti anda pelawak.

2) Mohydin mahu hancurkan Najib ? Sedangkan loyalti pada parti lebih penting dalam UMNO dari perjuangan peribadi dan mereka nampak lebih mengikut procedur parti dalam memilih ketua.Malah penyerahan kuasa dari Tun ke Pak Lah dan ke Najib adalah satu transisi yang licin.Mahathir masih dihormati.Kenapa masih takut dengan bayang bayang ?

dinoscots

A.Z said...

Sdr Aspan

Dari komen yang di terima ada (bukan kebanyakkan) orang Melayu ni sama ada sangat-sangat "tolerant" atau sangat-sangat "naive" dan bodoh.

Bahkan dalam hal kerakyatan dan hak, ada yang sanggup menerima pendatang asing hanya kerana penyataan "saudara seagama".

Saudara, adakah "saudara seagama" kita di Saudi Arabia, Oman, Qatar dan lain-lain negara "Islam" yang kaya di Timur Tengah juga sebaik atau sebodoh kita? Tentu tidak! Kalau ya dah lama masalah Palestin dan kedaifan "saudara seagama" di Somalia, Ethiopia, Kashmir, Rohingya di Myanmar telah diselesaikan.

Yang kita ada adalah undang-undang yang dirangka oleh ahli parlimen pilihan kita dan dipersetujui oleh DYMM Agong dan perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh badan-badan kerajaan yang "legitimasi"nya di ambil dari kepatuhan kepada undang-undang tersebut.

Kenapa dalam hal kerakyatan ini ada pihak yang boleh "bypas" undang-undang yang ada sewenang-wenangnya?

Pemimpin yang mengusahakan projek IC serta pegawai-pegawai kerajaan yang melaksanakan "paperwork" untuk projek ini telah melakukan penderhakaan yang paling hina kepada kedaulatan negara!

Azlan

Ibni Ismail said...

Surrogate,

Tepat sekali apa yang tuan perkatakan. Ini semua adalah hanya perimbangan politik. Saya juga mengakui yang saya bersetuju dengan tindakan Tun Mahathir kerana ianya menyebelahi bangsa dan agama saya secara tidak langsung.

Saya juga berharap selepas penubuhan suruhanjaya siasatan ini di Sabah, kita desak pula najib tubuh siasatan diraja tentang kebanjiran pendatang asing cina di semenanjung. Namun tiada siapa yang berani mendesak perkara sebegini kerana bila sahaja kita pertikai isu ini makanya kita akan di cop rasis. UMNo dan PAS tidak mampu di cap sebagai rasis kerana undi Cina adalah segalanya. Maka kita biarkan saje lah pendatang indon yang majoritinya se agama dengan kita di perlakukan sedemikian rupa. semuannya adalah kepentingan politik untuk dapatkan kuasa.

Anonymous said...

apa yang surrogate katakan memang betul!cuma saya ingin tambah sedikit informasi untuk anda semua.
1. Projek ic ini berlaku sebelum UMNO masuk ke Sabah iaitu pada waktu era PBS memerintah.
2. Orang-Orang JPN terlibat secara lansung dan mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin politik Sabah yang menjadi perantara kepada PATI-PATI yang diberi ic ini.

Sabah Tanah Airku

Anonymous said...

Our hidden immigration policies and requirements are religion, race, speak ( not written ) reasonable BM and wave national flag?

Same with employment and others matters in the government depts and agencies?

Anonymous said...

Tuan AA,

- RCI untuk PTI di Sabah adalah cuma suatu tindakan lakonan (main wayang) oleh umno bn.Setelah sekian membantu umno bn mengekalkan kuasa dan baru sekarang mereka terfikir bahawa bangsa pendatang ini sangat fasih berbahasa melayu tetapi tidak layak untuk mendapat hak keistimewaan sebagai bangsa melayu/peribumi seperti yang terkandung didalam perlembagaan Malaysia mahupun 20 perkara perjanjian pembentukan Malaysia(Sabah+Malaya=Malaysia).

- Selain dari RCI untuk kebanjiran PTI di Sabah Rakyat juga sebenarnya sangat mengharap diwujudkan RCI untuk isu-isu penting seperti skandal rasuah/salahguna kuasa,kekayaan luarbiasa menteri umno bn, skandal kapal selam/pembunuhan altantuya dan segala skandal rasuah/salahgunakuasa & sewaktu dengannya.

- Sama-sama kita lihat perjalanan dan kesudahan RCI kebanjiran pendatang asing yang mendapat ic/taraf warganegara ini.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Sebenarnya pemberian IC kepada pendatang telah lama bermula seawal tahun 70an,selepas berlaku peristiwa 13mei. Ramai pendatang terutama dari Acheh (Sumatera)telah diberikan Ic Biru.Tujuan utama ialah untuk meramaikan bangsa Melayu.Kalau tak percaya,pergi la ke Gombak.Ramai bangsa Acheh dan Minang duduk disana semenjak tahun 70an lagi.Kemudian diawal tahun 80an,rakyat Filipino juga diberikan IC biru untuk memberikan kemenangan kepada BN.Malah abang kepada menteri dalam negeri yang menguruskan (dah meninggal)berkaitan ic biru.Perkara ini berlanjutan sampai sekarang.

Bekas Kakitangan JPN

Anonymous said...

While millions of talented, skilled and capable citizens are driven from their own country in search of fairer and better opportunity, millions of UNEDUCATED and UNSKILLED illegal migrants are granted ICs to increase numbers.

One is prepared to support and assist illegals with taxpayers and public funds, including providing employment, schooling and etc. but NOT prepared to help our own citizens.

This is the greatest betrayal of our own citizens with protected rights and entitlements under the Constitution.

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Kalo kita baca buku 'TAUSUQ' yang ditulis oleh seorang rakyat Sulu yang sudah bermestautin di sini, beliau melahirkan rasa teramat sedih dengan pelarian Sulu yang bertebaran di Sabah.......

Dadah.....Zina.....adalah mainan mereka....Belaiu lebih tahu kerana saudara mara beliau juga terlibat!

usah sebut lah bab agama dalam isu IC free neh.....umno buat apa pun asalkan mereka menang politik SAHAJA...hukum agama dah habis mereka LATAM!!!

The MIND!!!

Anonymous said...

Semua SABAHAN tahu kalau Mat Miguel IM13 bila sudah selesa dalam umno dan fasih berbahasa melayu mungkin akan istihar dirinya menjadi Sultan SULU...hati-hati...hari ini dia imigrant..tah esok lusa jadi sultan sulu pula...

Anonymous said...

ibubapa saya adalah perantau dari seberang dan telah mendapat ic biru setelah menunggu 15tahun..

saya lahir dinegara ini dan skrg sbhgn dari gol profesional..saya juga bencikan PATI kerana kebanyakkan dari mereka membawa masalah sosial shj..

bukan lupa asal usul..tetapi ini realiti skrg...seharusnya pemberian ic melihat apakah jasa/sumbangan atau sekurang2nya tgok akhlak mereka..sumbgn disini luas termasuklah menyediakan modal insan terbaik untuk pembangunan ummah..

PATI yang dapat ic sekrg sgt mengharukan..modal insan yang dilahirkan dibiarkan samada hendak belajar besungguh2 atau hanya mengusutkan kepala cikgu shj..cukuplah cikgu2 pening dengan karenah anak warga tempatan..jgn ditambah lagi...

Anonymous said...

nasiran bukit aman saya adalah pegawai khas utk bukit aman saya tidak bersetuju dgn arahan terbahru yang menarik balik kuasa kuasa polis dan ikatan relawan rakyat dahulu waktu polis tidak cukup anggota guna sp polis dan rela untuk membenteras pendatang asing ada contonya sekarang pendatang haram sudah berkuasa mereka tidak takut dengan pihak kuasa mereka menghina polis kdn rela imigersen semua bagi duit bleh lepas yang saya pelik di kampung pandan rumah rumah semua warga indonesia madura yang duduk adakalanya mereka yang kosong menyamun merogol orang rakyat malaysia mengapa 6p di sambung adakah ini politik atau pesatuan minang madura sudah memberi suapan polis rela imigersen tiada maruah lagi adakalanya nampak polis mereka meludah dan menumbuk contoh ya di kotaraya seorangan pegawai polis di belasah orang madura tapi tiada tindakkan mereka tiada maruah langsung

Anonymous said...

k