Sejak beberapa minggu yang lepas
Sabah menjadi negeri masyarakat politik dan dengan pengisytiharan dua orang MP
BN keluar daripada BN sudah menyebabkan Sabah menjadi negeri yang akan pasti
menghadapi krisis bagi BN dan itu tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Dengan
apa yang berlaku di Sabah itu semua pihak melihat Najib sebagai pemimpin yang
sudah hilang keyakinan dari Sabah.
Krisis yang sedang dihadapi oleh
Najib dan BN yang dipimpinnya itu sudah mula merebak di Sarawak
pula. Sebenarnya Sarawak merupakan negeri yang paling mudah untuk mengambil
keputusan meninggalkan BN kerana di Sarawak
tidak ada UMNO yang menjadi tulang belakang BN itu. UMNO dan BN sudah begitu
rapuh dan keadaan ini tidak memungkinkan BN Sarawak
pimpinan PBB juga mempunyai keyakinan terhadap BN pusat pimpinan Najib.
Sarawak
mampu untuk mengambil sikap bersendirian kerana Najib dan kepimpinan UMNO tidak
mempunyai hubungan dengan UMNO. Parti-parti di Sarawak
hanya menjadi anggota BN dan jika 14 ahli Parlimen PBB mengambil sikap untuk menyokong
BN usaha itu amat mudah dilakukan. Jika PBB, PRS dan SPDP mengambil sikap yang
‘independent’ dan tidak bersama BN mereka tetap boleh mentadbir negeri itu
tanpa ada hubungan dengan UMNO. Parti-parti BN di Semenanjung tidak wujud di Sarawak pada hakikatnya.
Yang penting bagi 3 parti yang
bergabung di dalam BN Sarawak boleh berdiri sendirian tanpa BN pusat dan mengambil
sikap bekerjasama dengan Pakatan Rakyat khususnya DAP yang mempunyai kekuatan
di kawasan bandar di negeri itu.
Di Sarawak hanya parti-parti
di dalam Pakatan Rakyat seperti DAP, PKR dan sedikit kehadziran PAS dan ini
memudahkan parti-parti dalam gugusan BN Sarawak
untuk mengambil sikap bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. Kalau kepimpinan
Sarawak hendak mengelakkan mereka daripada ditolak oleh rakyat maka menyertai PR
adalah jalan yang selari dengan kehendak rakyat di sana. Jika parti-parti di Sarawak tidak
menyertai PR maka parti-parti itu terpaksa berhadapan dengan tekanan dari
rakyat sendiri dan ini akan menambah masalah untuk mengekalkan kewajarannya untuk
kekal di hati rakyat Sarawak.
Perlu diingat bahawa kaum Cina di Sarawak pada hakikatnya sudah menolak SUPP parti yang
dahulunya didominasi oleh kaum itu, telah mengambil sikap untuk menyokong DAP
dan Pakatan Rakyat dan jika Taib serta pimpinan yang lain masih kekal dengan BN
pusat maka mereka sendiri akan dihanyutkan oleh ombak perubahan yang sudah
merata di negara ini termasuk di Sarawak.
Ramai dapat merasakan keadaan di
Sarawak dan Sabah ini akan menyebabkan BN kehilangan kubu-kubu kuat mereka (BN)
dan ia juga akan menambah keyakinan ramai bahawa pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya
yang paling bersejarah kerana buat pertama kalinya BN yang sudah memerintah
begitu lama akan menghadapi kekalahan di tangan rakyat. Tetapi kekalahan BN itu
tidaklah menjadi satu isu yang besar kerana dalam demokrasi kemenangan dan
kekalahan itu sudah menjadi perkara biasa.
Rakyat serius dalam mencari
kelainan melalui perubahan kuasa kerana perubahan itu merupakan perkara penting
dalam pembinaan negara. Perubahan wajib berlaku dan tidak ada bukti yang nyata
setakat ini yang menunjukkan bahawa dalam sesuatu demokrasi lambat laun parti yang
memerintah akan mengambil giliran untuk menjadi pembangkang.
Walaupun UMNO mempunyai formula
untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat tetapi pimpinan keseluruhan parti
itu tidak mahu untuk melakukannya kerana tamakkan kuasa dari ingin melihat
parti itu relevan pada mata rakyat.
Semua orang tahu yang formulanya
ialah dengan mengambil sikap ‘drastic’ dengan keseluruhan pimpinan tertinggi
parti mengundurkan diri dan memberikan kepimpinan kepada seseorang yang
berpengalaman dan diterima oleh rakyat berbilang kaum, bukannya setakat diterima oleh ahli-ahli UMNO sahaja.
Perlu kita terima kenyataan bahawa
penolakan rakyat terhadap UMNO itu adalah kehendak pimpinan UMNO itu sendiri
bukannya saja-saja rakyat menolaknya. Seperti mana parti-parti kerajaan yang
besar-besar di dunia ini UMNO juga adalah parti yang telah menjadi sebuah parti
dalam mana pemimpin-pemimpinnya telah kufur nikmat yang ketara.
Rakyat sudah hilang kesabaran
setelah menahan ragam dan laku UMNO selama ini. Rakyat sudah tidak mampu untuk
memujuk hati-hati mereka untuk memaafkan apa yang telah dilakukan oleh UMNO
sejak tiga dekad yang lalu.
Sekarang rakyat terpaksa
melakukan perubahan dan perubahan itu adalah wajib untuk menyelamatkan negara
daripada terjerumus ke lembah kehancuran.
9 comments:
PRIBUMI/BUMIPUTRA culture and traditions are unique to this land.
Priority and resources must be allocated and set aside to protect this greatest national treasure for the long term benefit of generations to come.
"Tetapi kekalahan BN itu tidaklah menjadi satu isu yang besar kerana dalam demokrasi kemenangan dan kekalahan itu sudah menjadi perkara biasa...."
pak aspan, saya tidak bersetuju dgn ungkapan pak aspan ini. bagi saya kekalahan bn dalam pru13 nanti merupakan satu isu yg besar dan merupakan sejarah hebat yg pasti diperkatakann bertahun-tahun selepasnya. demi hakikat ini saja saya rasa amat berbaloi menjadi salah seorang yg mengundi utk melenyapkan penguasaan kerajaan bn ini nanti. bersamalah mencipta sejarah ini. selamat berjuang.
"Tetapi kekalahan BN itu tidaklah menjadi satu isu yang besar kerana dalam demokrasi kemenangan dan kekalahan itu sudah menjadi perkara biasa...."
pak aspan, saya tidak bersetuju dgn ungkapan pak aspan ini. bagi saya kekalahan bn dalam pru13 nanti merupakan satu isu yg besar dan merupakan sejarah hebat yg pasti diperkatakann bertahun-tahun selepasnya. demi hakikat ini saja saya rasa amat berbaloi menjadi salah seorang yg mengundi utk melenyapkan penguasaan kerajaan bn ini nanti. bersamalah mencipta sejarah ini. selamat berjuang.
Salam bro dan rakan yang dihormati,
Tidak dapat dinafikan akan ada sefikit perubahan di Sabah dan Sarawak tetapi kita harus dapat menerima bahawa Sabah dan Sarawak yang unik ini tetap juga ' fixed deposit ' BN dan bakal penentu kerajaan di PRU 13 nanti.
Rekod kejayaan PR di PRU 12 disana sekira menjadi ukuran sangat tidak memerangsangkan dari analisis saya sendiri.Fakta 2008 menunjukan BN perolehi 24/25 kerusi Parlimen di Sabah dan30/31 di Sarawak.Itu pun dari DAP di KK dan kuching respectively. Kampong man berpendapat akan ada sadikit kenaikan atau penambahan kerusi DAP di kedua negeri ini( cuma sikit ) bagi satu perubahan yang terlalu besar ala Arab Spring harus bangun dari rakyat majoriti yang tertekan dan dianiayati pemerintah.Tuduhan korupsi , kroni tidak dapat memberi perubahan mendadak.Di Kelantan umpamanya perit juga untuk BN berjaya dan ini satu realiti bukan mimpi.Nik Topa dan Awang Adik old boy saya termasok presiden bola Kelantan Anuar Musa juga Semuanya STAROBA yang hebat belaka fan semua dari kampong .Yang kaya dan aristokrat di MCKK lah.Anyway..
Keluarnya Lajim dan Wilfred tidak akan dapat memberi satu perubahan besar dan tidak dinafikan satu kehilangan bagi BN.Pairin pernah keluar masok dan akhirnya didalam BN juga.Itu lah politik di Sabah dengan katak lompat yang sangat hebat lebih untuk peribadi dari perjuangan parti.Inilah juga yang di capitalise oleh DSAI yang saya yakin tidak lagi relevan sebagai saorang individu dan PM wannabe.Nauzubillah.
PAS dan PKR tidak ada tempat di Sabah dan Sarawak berbeza dengan DAP.Kita tidak boleh mengharapkan hanya DAP berjuang bersendirian.Ini hanya pandangan dari apa yang Kampong man tahu dari berbagai research dan penulisan dari berbagai pihak.Benar, PRU 13 akan datang adalah hebat dan politician yang korup akan diadili rakyat.After all " POLITICS IS DIRTY " and only the fittest survive.It would be interesting to see who finally prevail.May the better party win and we must all respect that final outcome and move on for a united Malaysian not Malaysian Malaysia ala Singapore PAP .1 Malaysia will do.Anyway..
Surely the ordinary people are looking forward to the election be finally over soon as it has been unproductive with lots of unnecessary hatred throwing around. Gosh...
PEACE and selamat berpuasa untuk semua pembaca blog dan bro Aspan yang saya kasihi (Kalau housemate tak kasih siapa lagi walaupun perjuangan yang berbeza). Salam
Salam Pak Aspan,
DSAI singgah di Sarawak hari ini dalam perjalanan ke Sabah esok.....
Apala DSAI ni, ke sana...ke sini....merata2 dunia dia ada....aisyeh....
tapi saya ingat2 kembali, masa tahun 2005, 2006, 2007, gamai kengkawan cik anon binti anao sudah kata bahawasanya DSAI ni sudah TAK RELEVAN lagi dalam politik negara Malaysia....
saya helan la.....cik anon ada nak komen?
hehhehehe
gheng lama
Salam AA dan bloggers,
Petang tadi Najib bersetuju wujudkan RCI di Sabah,dianggotai pesara2 'pro-establishment' dan sebagai mana kita jangkakan, jkuasa ini akan selesai paling cepat dalam 6bln (selepas PRU13).
'Term of reference' pula cuma laporan samada berlaku pemberian i.c kepada kepada pendatang sahaja tanpa diberi kuasa mendakwa bapak komplot iaitu Mahathir.
Kalau kena panggil pun, Mahathir dengan skrip yang sama 'I can't remember..'
Soalnya kenapa sekarang dan dalam keadaan tergesa2?
Sebabnya nak potong line Anwar!
Panik! PR 1-0 BN.
Di Sarawak pulak, Taib Mahmud ni lebih macam 'bayangan Tuhan', terlalu berkuasa dan duit macam daun luruh dari pokok.
CMS @ Cahaya Mata Sarawak (baca anak-beranak Taib Mahmud @ TM)mempunyai lebih daripada 200 syarikat yang menguasai bisnes/projek sekecik-kecik bersihkan longkang sampai pembinaan elekrik hidro.
Mulut manis..
TM ni kerja dia kempen ke pedalaman dan rumah panjang menjanjikan pembangunan, dengan syarat serahkan tanah adat untuk dijual pada kroni untuk untung atas angin.
Bingo!
Kita memang pelik selama bertahun2 rakyat Sarawak sedar hidup2 kena tipu tapi masih undi BN.
Kalau PR dapat meyakinkan rakyat memang satu keajaiban memandangkan cengkaman TM yang telah lama bertapak.
'Miracle happened to those who believe in it.'
Surrogate
@surrogate..
agreed...TM da lame berkuasa di sarawak...saya berharap walaupun terdapat beberapa pendapat mengatakan TM dan partinya akan back stab najib...itu bukan bermakna PR perlu menerima TM yang terpalit isu rasuah dan kronisme..
rakyat akan menolak sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah..itu lebih pentaing dari nilai kemenangan PR bersama2 orang2 jenis ini..
-nina-
Project IC?
Politic of numbers at all costs.
Kita baca apa sibijak pandai lagi professional mat kampong man tulis. In spite of kemewahan hidup yg dia kecapi dari donia oil n gas, dia sebenarya rasa insecure!
Dia hanya mahu apa yg sedang berlaku dalam negara agar berterusan? Di Sabah dan Sarawak dgn rakyat dibodohkan, ditipu, ditindas malah dianiaya?
Kampong man walau Allah kurniai ilmu, dia tetap sokong kebathilan diteruskan? Kamu hanya mengkhianati ilmu itu wahai kampung man!
Hakikatnya bukan dia seorang dalam Nusa tercinta ini. Berlambak orang2 melayu yg berilmu tetapi mereka menyokong puak bathil dari Bani umno (BARU)
Gheng lama
Post a Comment