19 August 2012

Saya kembali ke Selangor untuk mandi, di Kuala Pilah tidak ada air

Pagi tadi saya menziarahi ibu saudara saya dikampung kelahiran saya. Sejak ibu saya pergi, saya jarang-jarang sekali balik ke kampung kelahiran saya di Sg Jelutong, Kuala Pilah. Tetapi arwah ibu saya berpesan supaya saya tidak mengambil ringan terhadap ibu saudara saya itu jika ibu saya sudah tiada di dunia ini.

Saya juga menziarahi bapa saudara saya di sebelah bapa di Kampung Tapak. Hanya seorang sahaja bapa saudara di sebelah bapa saya masih hidup maka saya sangat bergembira berjumpa beliau di hari dan bulan yang baik ini.

Tetapi seperti biasa sejak dari dahulu hingga sekarang di kampung saya itu selalu keputusan bekalan air. Kali ini saya sangat berharap-harap untuk dapat merasakan bekalan air dengan secukupnya apabila melawat ibu saudara dan bapa saudara saya itu.

Tetapi nyata harapan saya itu tidak kesampaian. Seperti hari raya yang sebelum ini sejak begitu lama air sentiasa menjadi masalah di Kawasan DUN Juasseh ini. Saya terus sahaja terfikir kenapa cerita tentang kekurangan air di Selangor, Kuala Lumpur dan putrajaya yang belum pun berlaku, kenapa isu air di Kuala Pilah ini yang sudah menjadi perkara yang lumrah sejak begitu lama tidak diperbesarkan?

Saya terdengar Menteri Besar NS pernah berkata yang NS tidak mempunyai masalah untuk menjual air ke Selangor, tetapi beliau (MBNS) tidak menyedari yang NS sudah menghadapi krisis air ini semasa perayaan seperti ini sudah berlarutan begitu lama. Elok Mohammad selesaikan kes kekurangan air di NS ini dahulu sebelum hendak menjual air kepada mana-mana pihak.

Oleh kerana masalah keputusan air di kampung asal saya itu maka saya kembali ke rumah saya di Selangor yang masih mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi. Saya cadangkan agar Jawatankuasa Khas, tentang isu air yang dipengerusikan oleh TS Muhy agar memasukkan isu air di NS sebagai agenda dalam mesyuarat J/K itu kerana isu keputusan bekalan air di Kuala Pilah merupakan isu yang sudah berlarutan sejak puluhan tahun dahulu.

Hari ini adalah pengalaman biasa setiap tahun yang saya hadapi di kampung saya itu, maka saya terpaksa kembali ke Subang Jaya di dalam negeri Selangor yang mempunyai bekalan air bersih yang masih tidak terganggu itu.

Saya baru sahaja mandi manda dengan selesa di sebuah negeri yang diisukan bekalan air bersih oleh pihak yang berkepentingan politik itu.

17 comments:

Pewaris said...

Pak Aspan,

Selamat hari raya eidulfitri.
Kek Felda Jolai pun samo jo kesah eh .. maso ghayo wajib takdo air. Population semakin bosar, paip air tak ponah diganti eh .. dah 30 taun umo paip tu .. pocah sano sini .. korek dan tampal .. ontah sampai bilo la N9 nak mcm ni.

Anonymous said...

Biar bul Pak Aspan!

Kalaulah benar...nampaknya UMNO BN tak ubah seseorang yang menuduh orang lain berpanau tapi tubuh sendiri penuh kurap dan kudis.

Ha ha ! MB Negeri 9 kaya bagai nak rak..rakyat sendiri sambut raya sekian lama dalam "kemarau". Kata dulang paku serpih, mengata orang diri yang lebih teruk.

Anonymous said...

Saya juga mengalami perkara yang sama setiap musim perayaan di kg saya. Setiap hari raya air tiada bayangkan betapa sukarnya bila semua adik beradik balik ke kg. Rais Yatim sibuk menjaga negeri orang kawasan sendiri bagaimana?

Anonymous said...

GONG XI FA CHAI !! OOoppssss sorry...Happy EID- Fitri..
My friend is a Singaporean Malay and i pity her (she wears tudung)?
she has graduated with a diploma from a local polytechnic and is looking for a job in Singapore. Sadly, many posts require those who are bilingual in English and Mandarin.
There were also some cases when employers (during interview) said directly to her - we only want to employ Chinese people
and a hospital staff actually told her that the employer can employ her - but she must "compromise" (by not wearing tudung).
she feels she is "racially discriminated" - although the local media (including Malay newspapers), has mentioned that there are opportunities for EVERYBODY, or based on MERITOCRACY...
However, fom her experiences, she thinks otherwise....

and I have also visited Singapore few times...and many of the shops are owned by the Chinese...

referring to the recent unrest in Tibet....I was wondering if Malay Singaporeans are also suffering (in slience) - since many shops there are owned by Chinese...and the rental prices are very, very high (per month)

what u think?
4 years ago Report Abuse
Additional Details
after all, the Malays in Singapore are NATIVES. Chinese and Indians are simply immigrants. Tak baik buat orang native macam gitu...and the NATIONAL LANGUAGE is MALAY (not Mandarin)

FROM YOUR SINGAPOREAN BUDDY !!!
I DARE YOU TO PUBLISH THIS ...

Anonymous said...

Sebenarnya air ada di Juasseh, hanya di rumah saudara Aspan diputuskan bekalan kerana saudara penyokong Pakatan Rakyat. Hassan Malek, timb menteri tahu keadaan ini tapi tak bolih buat apa2. Itu sebab dia dah mengelabah sekarang ini takut nama tak naik PRU13.

Anonymous said...

Sebenarnya air ada di Juasseh, hanya di rumah saudara Aspan diputuskan bekalan kerana saudara penyokong Pakatan Rakyat. Hassan Malek, timb menteri tahu keadaan ini tapi tak bolih buat apa2. Itu sebab dia dah mengelabah sekarang ini takut nama tak naik PRU13.

Unknown said...

Selamat hari raya maaf zahir batin datuk pan

tulangkering said...

Bang, jika ditakdirkan N.Sembilan sekarang ni ditadbir oleh pakatan rakyat masalah air ni akan dihighlightkan secara besar besaran di tv. Secara tiba tiba negeri sembilan ditimpa malapetaka ketiadaan air seolah olah semasa pemerintahan BN masalah ini tidak berlaku.

Maka keluarlah muka muka lesu makcik dan pakcik di Kampung sungai jelutong, Kampung Galib, padang lebar, dan kawasan yang sewaktu dengannya menjerit jerit didalam tv dengan baldi dan tong kosongnya dengan mengatakan Pakatan Rakyat tidak mampu mentadbir dan mengurus air. Mentang mentanglah mereka berkuasa penuh di media nasional.

Bang, Kalau kito ambik maso duo tigo menet monung kek tanggo mako taulah kito bahawa dunio dan isinye ini memang tak ponah adil. Sobab tulah ese tak putuih putuih berdoa agar selepas PRU 13 ni Ateh Kaab dan angkatan yang sewaktu dengannya akan dapat ditewaskan. Kito tengok pentadbiran orang baru. Janganlah takut nak ngundi parti lain. Buang prasangka umum yang mengatakan hanya UMNO yang boleh mentadbir. Amin.

Anonymous said...

Samalah di pontian gi rumah saudara meninggal nk mandikn pun susah,air tak de, masih guna air parit yg warna kopi tu...

Anonymous said...

Puak umno Selangor ingat rakyat Selangor bangang macam ahli-ahli umno yang boleh di tipu dulu, kini dan selamonyo..

nyesal balik kampung said...

felda sri ledang dekat bukit kepong tak dak air ,,nak terjun sungai takut kena baham buaya...apala negeri johor ni bila nak berubah....ada airtak pandai nak urus,,jual pandai le....

Nor Hasin said...

Setiap kali perayaan ini lah yg dihadapi oleh penduduk di sekitar Juasseh.. Rumah mertua saya di Rembam Panas juga mengalami masalah gangguan air apabila tiba musim perayaan, dari dulu hingga kini tak berubah-berubah. Tetapi sayang ini bukan negeri Pakatan Rakyat, kalau lah PR yg memerintah sudah gegak gempita seluruh alam tentang permasalahan ini..

Media penjilat bontot kerajaan akan menyiarkan hari2 kegagalan PR menjaga kebajikan rakyat jelata.. Sama seperti berlaku di Pulau Pinang, baru 3 tahun PR memerintah UMNO dah meroyan mengatakan Melayu P.Pinang hidup merempat miskin papa kedana.. Ini lah jahatnya pemimpin2 UMNO yg hidup saban hari membalon harta rakyat..

InsyaAllah PRU-13 rakyat NS akan membuat keputusan yg tepat dengan memilih Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Sembilan..

Anonymous said...

salam....kat kg saye felda,jempol...masalah air hari2...tu belom raye...lg terok....:(

Anonymous said...

Semua masaalah bermula apoblo Umno monang bosar kerano katonyo siapo borani togor kerano kito kuat tapi tibo2 hampir terpelanting apabila diselamatkan olih uwan2 dan tok nyang dari kampong aspan dan hasan malekyang hanyo monang ompek korusi saja .Kini dah borubah dan pomimpin umno dah ngalabah.Den balik kampong sombahyang torawih dimesjid Batu Kikir malam besoknyo den sobahyang dimosojid pas dimarkas pas ditopi jalan bosar hanya sato kilometer dari mosojid Umno batu kikir tapi ramainya dimosojid pas itu lobih ompek kali gando.Ini potando parti yang aspan dan jugo den junjang akan dikembalikan tanpa talkin.Hari ni open house rumah ahli parlimen jompol ramai jugo datang topi dongarnyo yang hadir adalah orang luar ontah2 pongundi baru kerano mereko tak mesro macam den dan aspan bilo jumpo.Ini sumo potando baik korono umno dah kehabisan modal dan somangat nak takbirkan nogori.

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Saya yakin masalah ketiadaan air bukan saja berlaku di kampung kelahiran AA malahan di seluruh M'sia tak kira pimpinan BN atau PR.

Saya pernah terlibat dengan kontraktor pembekalan air dan masak sungguh dengan masalah sebenar.

Jurang yang besar antara peruntukan kawasan bandar dan luar bandar adalah ibarat langit dengan bumi atas faktor politik dan sosio-ekonomi semata-mata.

Di kampung2 saluran paip hanya sampai ke jalan utama/besar/laluan utama dan pengguna harus membayar sendiri untul penyambungan ke rumah.

Kalau jauh, banyak paip digunakan maka mahallah sampai tak mampu nak membayarnya.

Itu tak termasuk tekanan air rendah akibat kedudukan tanah tinggi/jauh dari rumah pam.

Bandingkan dengan di bandar laluan paip sampai kekawasan2 perumahan dan diuruskan spenuhnya oleh pemaju2 perumahan.

Lagipun pusat kegiatan kerajaan/bisnes/ekonomi semuanya di bandar.

Apalah untungnya bersusah payah salurkan air paip di ceruk Jasseh tu?

Semuanya bergantung kepada 'political will'.

Kalau wakil rakyat sibuk di KL menguruskan bisnes berbanding melawat dan menyelesaikan masalah rakyat inilah harga yang kita semua harus bayar.

Kita tidak mengharapkan jika PR memerintah dapat selesai sekelip mata tetapi kita cukup yakin masalah birokrasi,ketirisan,rasuah akan berkurangan atau hapus sama sekali.

Sekarang terpulanglah kepada generasi X dan Y untuk pulang kekampung sempena Hari Raya ini untuk 'mentarbiah' pakcik/makcik untuk berubah daripada mangkah dacing.

Berani berubah.

Surrogate

Anonymous said...

kek bukit rokan pun samo macam jolai. takdo air bilo ado cuti panjang tu dah jadi 'wajib muakkad'. abd razak pengkat tigo, loghong tigo, bukit rokan.

Saionji Yosuke96 said...

Sebagai anak jati Sg Jelutong kita uncah la sapo yg patut...macam Pak Aspan cubo la try gogho YB....tak kigho la Pak Aspan parti mano...janji kampung kito dibelo....kalau nak politikan bona pun...buek apo...oghang kampung dah tontu meghano...kalau dapek bukti an Pak Aspan boleh belo mgheko....mako buleh la behaghap utk kibarkan panji panji yg sebelum ini asing bagi habitat sanun...