17 October 2012

Kalau benar BN itu telus, kenapa takut isytihar harta?

Kecelaruan yang negara alami kini, bukannya kerana masalah yang disebabkan oleh rakyat sebenarnya. Masalah yang ada pada hari ini adalah masalah yang disebabkan oleh pemimpin-pemimpin kita. Rakyat tidak memberi masalah kepada kerajaan. Sebaliknya kerajaan dan pimpinanlah yang memberikan masalah kepada rakyat sehinggakan rakyat sudah berang di dalam hati mereka yang menyebabkan mereka mempersoalkan segala tindak-tanduk pimpinan dan parti yang memerintah negara kita sekarang ini.

Isu yang terbesar di dalam negara kini ialah rasuah yang menyebabkan sistem kerajaan sekarang hampir lumpuh kalau kita sandarkan penilaian kita dengan negara-negara maju. Rasuah ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin justeru itu telah menyebabkan banyak perkara yang tidak betul lagi berlaku di hadapan mata rakyat.

Saya tertarik dengan cadangan Lim Guan Eng, Setiausaha Agong DAP, yang telah pun melakukan usaha yang bertanggungjawab mematikan budaya rasuah di negeri Pulau Pinang yang beliau tadbir. Beliau mencadangkan beberapa cara untuk menghapuskan rasuah seperti yang beliau sendiri telah lakukan di Pulau Pinang sejak beliau mentadbir negeri itu.

Di antaranya setiap ahli-ahli Pentadbir Negeri dari exco kerajaan serta pegawai pelaksana mengisytiharkan harta mereka. Mereka dikehendaki mengisytiharkan harta mereka termasuk akaun bank mereka di dalam dan di luar negara. Cara ini amat penting dilakukan kerana rakyat yang telah memberikan mereka mandat mahukan mereka mentadbir dengan bersih dan menghilangkan keraguan tentang kebersihan mereka menjaga harta benda rakyat.

Cadangan yang lainnya ialah memastikan tidak ada ahli keluarga pemerintah yang terlibat dengan kontrak kerajaan dan ini merupakan satu cadangan yang sepatutnya sudah lama dilaksanakan oleh BN tetapi tidak dilakukan. Etika ini memang menjadi pakaian di negara negara maju di dunia ini. Tetapi di negara ini pemimpin-pemimpin kita tidak termampu untuk melakukannya kerana kedudukan mereka itu merupakan modal perniagaan bagi mereka dan keluarga serta kroni-kroni mereka.

Seperti yang dicadangkan oleh Lim Guan Eng pengisytiharan aset semestinya di‘institutionalized’kan kerana ia merupakan elemen yang terpenting dalam menjaga intergiti sesuatu kerajaan itu. Ini pun yang dilakukan oleh kerajaan negara-negara maju dan kebaikan amalan ini sepatutnya menjadi ikutan kita kerana ia adalah cara yang terbaik untuk menjaga rakyat dan negara. LGE telah memperkuatkan tindakan pengisytiharan harta ini dengan membuat pengesahan dari ‘akauntan bertauliah’ yang tidak boleh dipersoalkan kredibilti mereka.

Tetapi kalau kita hendak meniru dan menjadikan negara-negara mundur di Afrika seperti Zimbabwe dan sebagainya Najib dan BN tidak payah untuk bergegar-gegar berucap dan beretorik untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju menjelangnya tahun 2020. Tidak mungkin negara kita akan menjadi negara maju sedangkan kita masih terhambat oleh mentaliti politik dan kerajaan dunia ketiga. Tidak mungkin kita akan menjadi rakyat negara maju jika mentaliti kita masing masing berunsurkan mentaliti dunia ketiga.

Saya pernah diberitahu oleh rakan yang pernah duduk di dalam kabinet kerajaan hari ini yang ramai di antara menteri-menteri kita tidak bersetuju untuk mengisytiharkan harta benda mereka kepada umum. Sebab yang menyebabkan mereka tidak mahu mengisytiharkan harta mereka itu bukanlah susah untuk difahami. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana mereka tidak mahu diketahui umum tentang cara dan bagaimana mereka boleh melonggokkan sejumlah harta yang begitu banyak dengan rumah-rumah mewah, kereta mewah dan segala-galanya mewah.

Itu sebabnya selalu saya katakan rasuah sentiasa tidak membenarkan kita melakukan kebaikan kerana melakukan kebaikan itu akan menyekat masa depan perasuah negara. Kadang-kadang kita tidak memahami kenapa begitu degil dan payah sangat bagi pimpinan kita untuk melakukan kerja yang baik dan menjadi amalan di dalam negara-negara maju.

Sekarang kita mempunyai barisan pemimpin yang tidak mahu mengisytiharkan harta mereka di dalam dan di luar negara kerana mereka mendapatkan semua wang ringgit yang besar itu melalui kedudukan mereka di dalam kerajaan, dan itu adalah cara rasuah.

Pengistiharan harta ini tidak mungkin boleh berlaku selagi barisan pimpinan ini menerajui kita dan selagi mereka boleh melakukannya rasuah ini tidak akan berhenti kerana seperti yang saya sebutkan rasuah ini merupakan ketagihan oleh pimpinan kita. Seperti penagih dadah, penagih rasuah juga tidak akan aman hidup mereka tanpa melakukan rasuah.

Oleh itu kita perlu melakukan sesuatu untuk rakyat Malaysia setanding dengan negara-negara maju dalam mana rakyatnya hanya memilih kerajaan yang bersih dan ‘sustainable’ kebersihan daripada rasuah ini. Untuk menjadikan negara kita sebagai negara maju, sikap dan nilai, dan persepsi kita terhadap keterbukaan ini amat penting diperbetulkan.

Beberapa cadangan yang diutarakan oleh Lim Guan Eng itu sememangnya senang dilakukan jika semua pihak jujur dan ikhlas untuk melihat negara kita ditadbir oleh pimpinan yang bersih dan beretika. LGE sendiri sedang melaksanakannya dan tidak nampak kenapa pimpinan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri-negeri tadbiran BN tidak mahu melakukannya. Malahan apa yang dilakukan oleh LGE ini tidak digemari oleh BN kerana BN sememangnya tidak senang kerana rakyat telah nampak apa yang baik yang ada jika PR mentadbir negeri dan negara kita.

Tidak ada sebab langsung. Tetapi jika ada sebabnya ia tidak lain dan tidak bukan, ialah kerana mereka tidak mahu terbongkar segala kegiatan yang berunsur rasuah dan salahguna kuasa. LGE dan kerajaan negeri yang ditadbir oleh PR telah pun melakukannya. Bila pula kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri-negari tadbiran BN pula mahu melakukannya? Dalam isu ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan yang rakyat masih ada harapan untuk melihat negara kita dapat diselamatkan daripada bankrap dan kejatuhan tamadunnya.

Jika peluang dan harapan ini tidak diambil kesempatan oleh rakyat maka rakyat tidak boleh lagi menyalahkan sesiapa selepas ini. Rakyat masih boleh melakukan usaha-usaha menyelamatkan negara kita daripada dirompak dan menjadi mangsa oleh pemimpin-pemimpin yang sudah ketagihan rasuah ini. Harapan rakyat ini hanya boleh dilakukan dengan meninggalkan yang buruk dan pergi ke arah kebaikan. Rakyat telah pun nampak di mana dan bagaimana untuk mendapatkan kebaikan itu. Berfikir dan lakukannya dengan baik dan terhormat.

Tentulah kebaikan itu akan mula kita perolehi dalam pilihanraya yang akan datang ini. Jangan was-was kerana sikap was-was ini merupakan sikap yang terkeji.

18 comments:

Anonymous said...

anwar ibrahim dulu ken a isytihar harta

Anonymous said...

anoy..15:42...Aku setuju anwar istyihar harta. Begitu jugak seluruh pemimpin pembangkang semua kena istyiharkan jumlah harta masing2.API bersama madey dan najib...sapie apdal..samudin...midin yasin...nazri aziz...kena istyihar sama. Apa mcm setuju???Low class le lu punya cadangan bro! Lembu pun tk suka lu punya komen...

Anonymous said...

takut betul orang di sebelah sana dengan makhluk bernama anwar ibrahim.....lebih depa takut daripada syaitannirajjim

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers,

Elemen-elemen 'good governance' tidak dapat dilihat di Malaysia disebabkan oleh budaya kronisme dan nepotisme. mana ada projek kerajaan yang mengamalkan 'open tender'? AP pun diberi kepada yang berkuasa sahaja.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Pada hemat saya, ketelusan apa tu namanya bila bercakap pun dolak-dalik? Jauh sekali nak isytihar itu dan ini? Bukankah telah ada hadith Nabi SAW yang menyebut antara mafhumnya yang saya ingat: "Perasuah dan penerima rasuah adalah ahli neraka!"; samalah juga keadaannya dengan apa juga bentuk kemungkaran dan kefasiqan, seperti arak ... Bayangkan, dalam hadith lain, disebutkan bahawa sekian yang terlibat dengan industri arak itu walaupun tidak langsung turut dikira bersubahat dan bersekongkol dengan arak itu sendiri, seperti penanam anggur yang membekalkan anggur kepada kilang pemproses arak, penjualnya, apatah lagi pembeli yang menagihnya, kan? Justeru, punca segalanya itu terjadi (dalam kes ini, ketagihan rasuah), tidak lain, adalah kerana sikap munafiq yang menebal dalam diri mereka ... Sebab itulah, mereka pantang melihat kebaikan yang dijana orang lain walaupun bukan Islam, dan pasti akan senantiasa mencari jalan menabur fitnah itu dan ini. Oleh itu, berwaspadalah kita sekalian daripada fitna para munafiqun ini dengan merapatkan diri kepada Allah SWT melalui amalan-amalan ritual, membaca Al-Quran dan kitab-kitab tafsir serta pelbagai kitab agama karangan ulama-ulama muktabar, dan akhirnya berdampinglah dengan teman-teman yang soleh. Insha Allah, kita nanti mampu menghindari diri kita daripada gejala yang semakin membarah ini.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Pemerintahan BN selamaini mdemanglah berstandard2. Kakitangan awam wajib ihtihar, puak2 perti yang memerintah buat pekak saja.

Selepas PRU 13 nanti, kerajaan baru hendaklah membina satu sistem dimana setiap rakyat diketahui nilai harta mereka.Dengan cara ini mereka yang menjadi kantung pemimpin yang rasuah juga dapat dikesan.

Mungkin juga puak2 nie terlupa dimana mereka menyorokkan harta yang mereka samun dari rakyat atau jika diistihar angka2 nilai tidak boleh dibaca oleh rakyat biasa.

Alam Flora said...

As Salam Tuan AA.

Perasuah dan penerima rasuah secara besar-besaran di negara ini tak lain tak bukan adalah para pemimpin Melayu Korupsi lagi haramjadah yang tak habis-habis mengaku Islam.

Taraf mereka ini jauh lebih hina dan lebih jijik dari para pemimpin bukan Islam yang makan babi dan minum arak. Untuk kebaikkan mereka, saya syorkan supaya mereka ini juga turut sama makan babi dan minum arak kerana perbuatan tersebut tiada bezanya malah jauh lebih baik dari memberi dan menerima rasuah yang boleh menghancurkan kehidupan sesuatu negara bangsa.

Mulai esok boleh lah bini-bini mereka bawa bakul atau troli untuk ke pasar bagi membeli 5 ke 6 kilo daging babi dan sedozen arak untuk dimasak dan dihidangkan kepada suami mereka yang gilakan rasuah dan kepinginkan harta benda rakyat. Haramjadah memang suka makan benda yang haram.......

Anonymous said...

Syabas kpd Lim Guan Eng yg telah mengisytiharkan hartanya sendiri serta exconya. Cukup amat baik bagi LGE melarang keluarga exco terlibat dalam bisnez.Contoh LGE patut diikuti oleh semua negeri yg diperintah oleh PR.

PR mesti menunjukkan keberanian dg mengisytiharkan harta masing-masing kepada Rakyat!Dalam masa yg sama meminta Rakyat menyuruh wakil Rakyat BN isytiharkan harta mereka. Jika mereka degil dan takut isytiharkan harta maka Rakyat jangan mengundi mereka!

Siapa yg merompak duit rakyat? Dengan kedudukan sebagai MP dan menteri? Mereka takut mengisytiharkan harta mereka.

Bermula dari Mahathir diikuti Dolah dan kini Najib.Setidaknya Taib Mahmud berani tampil dg harta melebihi 40 billion dan Musa Aman.Tidak ada seorang pun wakil rakyat Bee End berani mengisytihankan harta mereka dari rompakan duit rakyat!Oleh itu Jadikan BN sebagai parti pembangkang!

Anonymous said...

"The imam farted, so those praying behind him shitted."...

Michael Chia said...

Pak Aspan,

Kamera 1 Malaysia

Anonymous said...

Salam anon, bukan stakat anwar. Nik aziz pun kena isytihar. Xde pengecualian. Tp najib n geng kena buat skali la der... Nk bodek najib pada2 la. Cuba cerdik skit..

Anonymous said...

- Pak menteri bangang yang sudah terbukti terjamin keselamatannya sebagai salah seorang pemimpin dalam negara ini boleh cakap pak menteri tidak perlu istihar harta atas sebab keselamatan.Hanya orang yang bangang sahaja masih mahu kekalkan pak menteri bangang sebangangnya ini.

- Anak menteri, pak menteri, kroni dan sewaktu dengannya diselamatkan dengan beratus juta dan berbilion ringgit sedangkan rakyat berhempas pulas semata-mata membayar hutang untuk pendidikan anak mereka.Bila anak menteri, pak menteri dan kroni nak bayar hutang ???

- Diam-diam pak menteri, keluarganya, kroni dan sewaktu dengannya sudah kaya raya samaada dalam negara dan luar negara.Harta mereka bertimbun-timbun sampai satu tahap negara berhutang untuk mejadikan mereka kaya raya.

- A.B.U

Anonymous said...

HandBag birkin ni kira harta jugak ke mcm mana ni?harga bapak supernova mahal..!!!!dgn kerja aku cari makan skg dan andaikata aku diberi tuhan 7 nyawa sekalipun aku x mampu beli hanya 1 handbag birkin..tapi rosmah badak rilek je kan..satu almari penuh handbag birkin dia..tu baru handbag..blum masuk jam..gelang..rantai..cincin..mmg lahanat tahap dewa pemimpin korup!!!haktuih!!!!smp aku mati aku x redha ko rompak duit rakyat!!!

Anonymous said...

Gaji Menteri RM 56 K.Timbalan Menteri RM 52 K.belum termasuk perks yg lain-lain.Gedebuk gedebak semua RM 80 K sebulan.Duit sampingan dg komisyen projek sana sini lagi! Rakyat diberi rm 500 supaya diam diri dan undi mereka

Ini belum termasuk PM dan TPM.Eksesori mak Mah badak dah berjuta!Mana wakil rakyat BN nak isytihar harta mereka?

Bukan faktor keselamatan tapi mereka takut rakyat marah giler !

Kroni mereka kaya raya.Semua projek kerajaan mereka sapu.Syed Mokhtar jadi billionaire kerana siapa!Ananda krishnan, YTL jadi billionaire kerana siapa? Apakah rakyat masih berdiam diri ke ?

Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad said...

harta pak aspan alias plak brp? kui3

Anonymous said...

- Tidak mungkin menteri umno bn dan sewaktu dengannya membayar cukai mengikut kekayaan yang masuk poket mereka.

- A.B.U

albert magic said...

Pemimpin politik yang berjawatan saperti menteri TIDAK boleh melakukan rasuah dan salah guna kuasa tanpa bantuan dari pegawai kerajaan yang tidak amanah. Tidak mungkin saorang menteri boleh melakukan sendiri semua proses pembelian melalui kontrak misalnya. Oleh itu Pakatan Rakyaat mesti juga mengambil kira petualang petualang didalam pentabiran kerajaan

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, mencelah lagi. Sekadar berkongsi pandangan kedua.

Pada hemat saya, dan berdasarkan apa yang saya tahu, kebiasaannya elemen-elemen buruk pentadbiran berpunca daripada keizinan atau paksaan ketua jabatan atau pemimpin, walaupun tidak dinafikan, terdapat kemungkinan ianya turut disebabkan oleh pihak eksekutif yang khianat dalam pelaksanaan dasar. Lihat dan tonton sahaja pelbagai bentuk propaganda media arus perdana terhadap pembangkang untuk selama 55 tahun ini, walhal pelbagai kelemahan ketara mereka sering disembunyikan, seolah-olah mereka ma'sum (bersih dosa) 100 %! Sedangkan seorang non-Muslim yang berpendidikan, professional lagi bermaruah tinggi, bila memulakan sesuatu kebaikan, dicemuh, dicaci, dihina, diperlekeh, dipersenda, diejek, diperbodoh lagi diperolokkan semahunya! Logiknya, orang yang berfikiran waras pasti ingin ditegur, diperbetul dan dinasihati lagi dan lagi dik kesedarannya terhadap kekurangannya, bukan mengupah para "gangster" jalanan memperleceh majlis-majlis ilmu dan yang setaraf dengannya, termasuk kempen menerangkan hak-hak seorang warganegara. Justeru, untuk apa pelbagai NGO, parti politik dan 1001 macam pertubuhan wujud kalau semata-mata wajib tunduk membuta-tuli kepada para penyangak yang mendakwa diri ma'sum ini? Bagaimana CEO Tabung Haji boleh dapat bayaran atau gaji luar biasa? Adakah para kakitangan Tabung Haji redha berbuat demikian, atau mereka dipaksa berbuat demikian oleh golongan elit ini? Bersamalah kita fikikan. Wallahu A'lam.
Terima kasih dan salam jihad.