07 October 2012

Persidangan IAAC: Najib hanya setakat membaca teks ucapan sahaja

Perbezaan di antara menyalahgunakan kuasa dan rasuah itu seperti ‘omelette’ dan telur dadar. Sesiapa yang menggunakan kuasanya memang akhirnya menjadi perasuah. Saya masih tertarik untuk menyebut kembali tentang isu rasuah yang disebut oleh Najib dalam ucapan beliau di persidangan IAAC (International Association of Anti Corruption) beberapa hari yang lalu. Walaupun Najib tidak sesuai orangnya untuk bercakap tentang rasuah, tetapi beliau berhak untuk bercakap kerana bercakap itu adalah kebebasan seseorang manusia walaupun ianya tidak kena pada tempatnya.

Isu rasuah ini merupakan satu isu yang sangat besar untuk kita dan ucapan Najib itu amat menarik kerana beliau begitu faham tentang isu ini. Hanya yang mahir dalam sesuatu bidang itu, termasuk rasuah membolehkan seseorang itu bercakap tentangnya. Hanya seorang yang mahir dalam ilmu tasauf itu yang boleh memberikan gambaran tentang Tuhan dan jalan kepadaNya.

Bagi Najib beliau tentu mahir tentang isu rasuah ini kerana beliau merupakan ketua kerajaan yang telah mendapat tanggapan sebagai sebuah kerajaan yang paling rasuah di antara negara rantau ini. Apabila ilmu tentang rasuah ini tinggi maka ia boleh mengelakkan tindakan terhadap penyalah guna kuasa dan rasuah itu dengan mudah kerana rasuah tidak mengenal undang-undang. Malahan sistem perundangan negara itu sendiri boleh dilemahkan oleh rasuah yang sudah menjadi ketagihan mereka yang berkuasa sekarang ini.

Pimpinan yang rasuah boleh memilih siapa yang hendak dihadapkan ke mahkamah. Kita melihat seorang mata-mata atau korporal polis boleh diambil tindakan dengan cepat dan tegas kerana rasuah yang begitu kecil, kadangkala sekecil seratus ringgit. Tetapi perasuah yang memegang kuasa boleh menyalah gunakan kuasa dan mengambil rasuah tanpa diambil tindakan kerana kuasa yang ada pada mereka. Malah penguatkuasa melindungi mereka ini kerana mereka ini mempunyai nama dan gelaran yang hebat-hebat.

Saya amat bersukacita jika Najib membenarkan isu-isu rasuah yang dilabelkan kepada beliau sendiri seperti isu Scorpene itu diberi laluan untuk penyiasatan oleh semua pihak. Najib sebagai Perdana Menteri harus membenarkan siasatan keatas isu ini tanpa halangan untuk menunjukkan yang beliau seorang yang berwibawa seperti yang beliau gambarkan dalam persidangan IAAC tiga hari yang lalu.

Boleh dibuat siasatan terhadap Suaram, tetapi semua pihak patut membenarkan Suaram melakukan penyiasatan terhadap isu Scorpene ini sampai ke penghujungnya. Kalau Najib memberikan sokongan kepada Suaram bagi membuktikan yang beliau tidak terlibat dengan tuduhan setengah pihak. Janganlah mencari helah dengan menekan Suaram sekarang ini kerana isu yang dibawa oleh Suaram sampai ke Peranchis itu merupakan isu yang mesti diselesaikan di hadapan undang-undang dan rakyat ramai.

Jika Najib didapati terlibat dengan rasuah dalam kes ini, maka adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk berundur dan berbuat apa-apa yang ‘needful’ sebagai pemimpin negara demokrasi ini. Mungkin beliau mesti melepaskan jawatan untuk menjaga etika kepimpinan negara demokrasi atau menghadapi pengadilan yang seadil-adilnya mengikut lunas-lunas undang-undang yang ada.

Selagi isu ini tidak diselesaikan selagi itulah Najib dan Barisan Nasional terpaksa menanggung persepsi buruk rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa. Ucapan Najib di IAAC itu akan di anggap seperti 'Momok Latif menyanyi lagu rep' sahaja'.

Elok juga dibuat penyiasatan terhadap Mirzan Mahathir kerana rakyat hendak tahu bagaimana wang kepunyaan mereka digunakan untuk menyelamatkan perniagaan anak Perdana Menteri ke-empat itu. Isu ini tidak akan mati selagi tidak dilakukan penyiasatan rapi bagaimana berbillion wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan anak seorang Perdana Menteri.

Apakah keistimewaan Mirzan dengan rakyat yang lain yang membolehkan beliau menggunakan wang rakyat sebegitu banyak sedangkan rakyat hanya diberikan wang tunai sebanyak RM500 sebagai sogokan dalam pilihanraya yang akan tiba. Pemimpin-pemimpin kita akan membebel kepada rakyat dan meminta rakyat berbelanja secara berhemah dengan wang sebanyak RM500 itu.

Pemimpin UMNO sekarang mesti membebel terhadap Dr Mahathir kenapa anak beliau boleh menggunakan wang rakyat begitu sahaja untuk menyelamatkan perniagaan beliau yang sudah lumpuh semasa itu. Dalam krisis ekonomi global banyak syarikat-syarikat besar di Amerika Syarikat telah mendapatkan ‘bailout’ dari kerajaan AS itu. Tetapi banyak di antara yang telah mendapat suntikan modal dari kerajaan AS seperti Lehman Brothers telah mula memulangkan wang yang digunakan untuk menyelamatkan mereka dahulu kepada kerajaan AS.

Tetapi kita belum pula mendengar Mirzan membayar balik wang kerajaan kepunyaan rakyat Malaysia itu.  Jika hutang PTPTN siswazah kita diwajibkan dibayar balik kenapa Mirzan tidak memulangkan kembali wang rakyat yang beliau telah gunakan yang jumlahnya berbillion ringgit itu? Takkanlah rakyat Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menyara anak seorang Perdana Menteri sampai ketahap ini?

Ini tanggungjawab Najib untuk menyelesaikan isu ini. Jika jumlah yang besar digunakan untuk membantu Mirzan semasa dia gagal dalam perniagaannya dulu tidak dituntut balik, elok dihentikan tindakan terhadap peminjam PTPTN buat sementara.  Apabila sudah nampak bukti yang wang yang digunakan oleh Mirzan itu dikembalikan maka barulah boleh mengambil tindakan terhadap peminjam PTPTN itu.

Sekarang rakyat sedang tertunggu-tunggu formula dari pihak kerajaan bagaimana NFC akan membayar kembali pinjaman mudah sebanyak RM250 juta yang mereka (NFC) perolehi dari kerajaan itu. Jika formulanya masih belum diperolehi maka tidak ada jalan lain selain dari rakyat bersatu dan menumbangkan kerajaan BN dari Putrajaya dan memberikan mandat kepada pihak lain yang lebih diyakini dan dihormati oleh rakyat keseluruhannya.

Najib mesti lakukan apa yang beliau katakan dalam persidang IAAC itu dan tunjukkan kebencian terhadap perlakuan rasuah. Najib hanya akan diyakini oleh rakyat jika beliau mengambil tindakan terhadap isu NFC, PKFZ dan banyak yang lain, termasuk isu Scorpene dalam mana nama beliau sendiri dikaitkan dengan pembelian kapal selam itu.

Pendeknya Najib wajar mengambil tindakan untuk menghapuskan tanggapan terhadap semua pihak termasuk diri beliau sendiri yang amat berkait dengan isu rasuah dan salah guna kuasa ini.

Najib juga tidak boleh lupa terhadap penyalahan guna kuasa yang dilakukan oleh Dr Mahathir dahulu yang menyebabkan hancurnya badan kehakiman dan sistem perundangan negara sejak beliau menjadi Perdana Menteri sampai ke hari ini.

17 comments:

Anonymous said...

pan .....

Aku suka baca artikel sdra.Kalau boleh siarkan dalam Suara Keadilan, Harakah dan tolong photostat banyak2 utk dibahagi-bahagikan kpd Rakyat dalam seramah politik! highlightkan SCORPENE,MIRZAN dan NFC.

Jangan lupa tolong poskan kpd mahdeyy! Mahdeyy risau sekarang ni Rakyat dah jemu baca utusan Malaysia. Jualan Utusan Merudum sban hari ! Mahdeyy dah mengaku kesilapan dg layanan ke atas Anwar Ibrahim.

Mahdeyy..mahdeyy..it's better to make friend with the devil like mahdeyy you know...ha ha...mahdeyy, Mirzan,Mokzani dan Mukrizz...semua kaya raya!

Ramai RAKYAT di hulu Kedah,Kelantan,Sabah, Sarawak dan Miskin Bandar hidup dalam kemiskinan.Sekarang semua rakyat digulakan dg rm 500.

Lu tolong gua,gua tolong lu(you help me , i help you)..Mcm mana nak tolong lu? Lu dapat rm 500 juta ma,anak Mahdeyy dapat berbillion!anak mami penang dapat rm 250 juta !eksesori mak mah berjuta-juta...

1Crony said...

Salam Hormat Tuan Aspan.

Manusia bernama Najib ini sekiranya bercakap tentang menghapuskan rasuah di negara ini maka amat sesuai ditamsilkan beliau "seperti Iblis membaca khutbah di atas mimbar".

Anonymous said...

Hebat ulasan pan..ni baru tokoh yang sesuai berada di parlimen. I want see u there.

NurWangi said...

Itu bukan ucapan PM N, dia hanya baca sahaja. Dan apa yang di baca itu bukan ditulis oleh dia. Sebenarnya dia tidak tahu apa yang dibacanya. Inilah standard PM Malaysia hari ini.

HH said...


MIRZAN VS PTPTN.

moral of the story...

Mirzan anak Mahathir tak payah balik se sen pun dg duit kerajaan berbillion yg di ambil oleh bapaknya utk anak kesayangannya!.Mirzan pula guna duit itu beli syarikat arak St Miguel Filipina.

Anak tani,nelayan,penoreh getah, pekerja pelombong bijih timah,peniaga gerai kena bayar balik duit pinjaman utk menimba ilmu di IPTA/IPTS.Inilah kehidupan Rakyat di bumi Malaysia

anuar osman said...

haramjadah pnya bn.....

Anonymous said...

HH,

Sob..sob..sob..Orang bodoh macam hang dok buat cerita sedih tak senang tengok orang melayu kaya kerana hendakan pelajaran percuma dan semua percuma.Kerajaan adakan peluang tempat belajar free education hingga ke peringkat SPM pun dah banyak cantik.Hanya melayu bodoh yang msih hendak dua tiga dan empat tongkat.
Orang cina datang ke Tanah Melayu dulu dari tongsan bukan pun senang.Sekarang kenapa tak jealous kekayaan diaorang ? Gara gara Melayu PHD sebab bencikan kerajaan konon.

Moral of the story....
1.Melayu tidak senang tengok orang melayu lain senang sedangkan malas nak berusha dan
bekerja.Hendak semua free.
2.Mudah salahkan kerajaan sebab tak dapat semuanya free.Ubahlah kerajaan atau bagi DAP memerintah kerana orang cina akan bantu orang melayudengan baik macam Singapura.
3.Berani pinjam beranui bayar.Kaum cina hantaranak belajar overseas berkorban beratus ratus ribu .Ada kerajaan nak sponsor .Yang penting mereka utamakan pelajaran .Orang melayu bodoh suka berpolitik dan gunakan politik mana tahu untung untung kaya.Bodoh !!

Nothing is free HH woi..

Anonymous said...

Saudara AA and bloggers

Mirzan got a blank cheque from his daddy at the expense of the rakyat, of course!

Salam.
Observer

Anja Isa said...

Pak Aspan, saya dh x sabar nk tunggu hr mengundi, mudah2an PRU 13 ni akan mengubah segalanya, dan insyaAllah kehidupan rakyat akan terjamin di bawah Pakatan Rakyat, sbb rasa tertekan sgt dgn kehidupan sekarang, RM 50.00 seakan tiada bernilai apa2, ikan selayang pun 10.00 sekilo belum lg ikan tenggiri...

Anonymous said...

Woi Saudara Nothing is free,

Kepala bapak hang pun tak free kan?. Tapi yang bail out syarikat Mirzan dengan duit rakyat ratusan juta tu apa ke nama?. Ada Mirzan dan bpk dia Mandeliar Si Kitul Mamak Kutty ganti balik duit tu???

Tak free kepala "pundek" hang kalau macam ni cara !!!

Bila sampai hal rakyat yang hutang ciput pun..pandai hangpa ungkit. Yang duit negara lesap berbilion RM bail out syarikat Mirzan, MAS, Syed Mokhtar dan lain2 tu hang kira lupus dan bukan hutang ???.

Bapak hang ajaq hang macam ni ka ???.

Cakap pandai..nothing is free. Kuman dalam seluaq dalam orang hang boleh nampak, bangkai babi depan mata & hidung hang tak boleh nampak dan hidu. Jenis putus pancaindera kot hang ni.

Sedey..sedey laa kalau ramai rakyat Malaysia macam hang.

Anonymous said...

Sdr Nothing Is Free,

Bila lima dan enam kerat Melayu kroni UMNO BN dapat berbillion RM dari bail out duit negara FREE OF CHARGE dipertikaikan ramai orang, awak cakap Melayu dengki Melayu.

Bila puluhan ribu warga Melayu yang berhutang kecil setiap orang ( termasuk PTPTN )tak mampu bayar dan kerajaan UMNO BN force minta bayar atan kena tindakan mahkamah...tak pula awak cakap parti UMNO ni dengki Melayu.

Apa jenis Melayu awak ni? Kaum kerabat Melayu kerala juga ke awak ?.

Peeraaahhh. Sebenarnya Nothing Is Free untuk majoriti rakyat kebanyakan tapi Every Things Are Free untuk sebilangan Melayu UMNO.

Anonymous said...

Nothing is free....hoi anak haram pencacai UMNO apa bapak awak ajar ni....mahathir anak paria kutty hidup free...betina mami Shajilat bawa pelari juataan ringgit ada dia bayar bodoh punya anak haramjadah,awak ni sama juga lah dengan betina gemok budak ampangan menantu Razak Pariah.....keturunan Lanun sampai, nak bengkrap Malay sia apa awak tak bising, awak ni jenis anak pokemak betul.ABU

HH said...


terima kasih kpd 3 sahabat saya yg support saya lantak dan debik nothing is free !.
The trouble with u ...nothing is free ...u r dumb and deaf on what really happened surrounding u nowadays.

or may be u hb blood ties with mahdeyy apa nama !

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, agak terlewat mengikuti artikel ini. Apapun, saya dahului dengan ucapan syabas dan tahniah di atas tajuk artikel yang cukup kreatif, ditambah ulasan seorang rakan kita yang begitu canggih! Sememangnya inilah juga yang boleh saya katakan terhadap kepimpinan kita hari ini: cakap tak serupa bikin, kerana teks ucapan telahpun disiapkan sedari awal, kan? Begitu juga dengan khutbah Jumaat dan khutbah hari raya sejak era Mahathir yang kini terus-terang saya katakan semakin tidak berkualiti, malah terkadang disogok unsur politik sebelah pihak sahaja tanpa memikirkan tujuan asas khutbah itu adalah sebagai tadzkirah kepada semua, sekaligus memastikan khatib berkhutbah menggunakan kreativiti sendiri mengulas isu-isu semasa tanpa dipaksa jadi pak turut sahaja. Barulah dengan itu, ilmu agama benar-benar dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk kemaslahatan umat.

Ya, tertarik juga saya membaca ulasan rakan kita ini: segalanya tidak percuma. Justeru, persoalan yang perlu saudara jawab ialah, kepada siapakah kita patut taati dengan sebenar-benarnya? Redhakah kita berterusan membiarkan kemunduran dan kemusnahan terus bermaharajalela sedangkan kita telah merdeka setengah kurun, malah sering mencanangkan kepada dunia bahawa kita negara Islam contoh? Malah, benar sekali pertanyaan rakan-rakan kita yang mempersoalkan, mengapa hutang sang fakir miskin dikejar hatta ke liang lahad sedangkan hutang menggunung melangit sang penguasa dan kroni terus diredhai hanya kerana kita telah diganjari beberapa sen? Lagi, adakah Islam mengajar perpecahan dan pertelagahan walaupun sedarah sedaging, apatah lagi dengan orang lain, hanya kerana sedikit perbezaan idea, seperti Kelantan yang sering dianak-tirikan, apatah lagi Sabah dan Sarawak? Siapakah yang kini berdegar-degar masuk tangki 1 Malaysia dan junjung sendiri dan membakul-sampahkan cendekiawan lain? Akhirnya, redhakah saudara dikumpulkan bersama kepimpinan yang saudara cinta, kasih lagi sayangi ini di dalam neraka Jahannam bila sekalian kita akan saling dakwa-dakwi pada hari yang dijanjikan itu nanti?

Apapun, kesemua persoalan ini tidaklah semestinya diawab di sini; paling penting, bersamalah kita fikir dan renungkan agar buah catur kita tak tersesat jalannya. Namun begitu, kiranya pandangan ini dirasakan sensitif, saya mohon jutaan kemaafan, dan sebagaimana yang saya sering tegaskan, biar apapun keadaannya, kita seeloknya berhujjah dalam suasana harmoni berteraskan iman, ilmu dan fakta kukuh.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Najib tak boleh pandai semua.Zaman Mahadey dulu kalau dia buat ucapan orang semua fokus dengar kerana apa dia cakap telah difikirkan dan selalunya bernas.Kenapa kau orang tak suka kat dia huh ?

rikalukizi said...

ini bukan soal free @ tak.ini tentang kebolehan mata dan telinga untuk melihat dan mendengar keburukan yang jelas di depan mata.takde salahnya melayu kaya.saya sangat suka dan gembira.tapi SALAH BILA KAYA SEBAB MEROMPAK DUIT RAKYAT MARHAEN MACAM SAYA.

Anonymous said...

Apasal ada menteri yg dipinjamkan duit berbillion2 ringgit- telah dibuktikan dan diakui.. (tp tak bayar balik/tak perlu bayar balik)namanya tdk diblacklist oleh imigrisen..sedangkan peminjam PTPTN pinjam pinjam tak sampai 15K tak byr tp di blacklist..mohon penjelasan..