28 October 2012

Tanda dan dalil untuk perubahan sudah nyata. Bersabarlah!

Sebelum satu-satu perubahan berlaku is akan bermula dengan tanda-tanda dan dalil yang kuat yang perubahan peristiwa besar akan berlaku. Semasa Tsunami tahun 2006 yang telah meragut hampir tiga juta nyawa manusia di persisiran lautan India banyak tanda-tanda telah dialami beberapa ketika sebelum peristiwa buruk ini berlaku.

Di persisiran pantai kedapatan banyak ikan yang selalunya didapati di tengah-tengah lautan dan jumlah ikan dan haiwan laut berada di persisiran pantai lebih banyak dari biasa. Banyak lagi tanda-tanda dan dalil yang kedapatan sebelum peristiwa yang menyayat itu berlaku. Peristiwa seperti itu juga membawa dalil yang akan berlaku di kawasan yang berlaku malapetaka itu.

Mengikut setengah kajian peristiwa seperti ini adalah petanda yang kawasan yang ditimpa malapetaka seperti Tsunami itu akan menjadi kawasan yang akan pesat membangun selepas tiga atau empat dekad. Negara Jepun dalam masa empat dekad telah mencapai kemajuan setelah negara itu menjadi negara padang jarak padang terkukur selepas bom atom telah digugurkan oleh pihak bersekutu di Nagasaki dan Hiroshima pada tahun 1945 yang lalu.

Begitu juga dalam hal politik sesebuah negara itu. Di wilayah barat Eropah, telah berlaku berbagai-bagai macam bencana alam yang ngeri dan menakutkan sebelum wilayah itu menjadi wilayah dan negara-negara yang maju dan moden. Peperangan di antara negara-negara berjiran serta tindakan Hitler menghalau kaum yahudi dari Jerman dan kesemuanya ini merupakan peristiwa yang sangat besar ‘consequence’nya terhadap landskap politik dan sosial dunia. Akhirnya setelah tiga atau empat dekad kawasan dan wilayah-wilyah di kawasan itu merupakan kawasan  termaju di dunia.

Pendeknya setiap kebaikan yang berlaku itu merupakan susulan kepada peristiwa-peristiwa yang buruk seperti bencana alam dan perubahan politik sesuatu negara atau wilayah itu.

Kalau kita lakukan aplikasi terhadap apa yang sedang dan akan berlaku di negara ini ia merupakan satu perubahan dan anjakan politik yang sangat penting untuk berlaku bagi menuju kebaikan di masa depan. Dalam proses perubahan ini kita harus bersabar dan melaluinya dengan penuh yakin yang arus perubahan ini adalah kehendak ‘nature’ yang mana tidak seorang pun terlepas daripada mengalami dan melaluinya.

Mana-mana pihak yang mempunyai kesabaran yang lebih akan berjaya. Itulah sebabnya saya selalu meminta semua yang menjadi agen perubahan ini bersabar lebih dari biasa bagi perubahan ini berlaku dengan baik dan tidak payah melalui kejadian yang membawa banyak nyawa dan kecederaan berlaku.

Bagi kita, kita telah mempunyai cara dan kaedah untuk melakukan perubahan itu dengan terhormat dan teratur. Kita hanya perlukan pemikiran yang baik dan tidak dicelarukan dengan elemen-elemen yang boleh merosakan sistem kehidupan yang kita sedia alami.

Seperti yang saya katakan tadi, peristiwa yang tidak disenangi oleh sesuatu pihak itu yang memungkin ada perkara-perkara yang kita tidak ingini berlaku, akan sentiasa disusuli dengan hasil yang baik yang akan dirasai oleh rakyat jelata, setelah kita melalui pahit maung untuk melakukan perubahan itu. Jika diizin Tuhan kita akan sampai ke peringkat di mana kita semua akan hidup dalam aman dan sentosa bersama pembangunan negara yang kita kehendaki berlaku dengan sistem yang baik dan sempurna.

Sementara perubahan sebenar itu sampai dan benar-benar berlaku adalah penting kita menahan segala gejala reaksi yang buruk yang tidak mahu perubahan itu dengan penuh kesabaran. Kita harus sentiasa memohon dari yang Maha Esa agar kita sentiasa berada di dalam sepenuh keredhoanNya..

Kita yakin segala tanda-tanda awal dan dalil-dalil yang berlaku untuk perubahan itu kian hari kian jelas. Bagi kita, apa yang perlu dilakukan ialah untuk bersabar dan sentiasa memohon segala keredhoanNya dalam segala perlakukan yang kita lakukan semata-mata untuk kebaikan masyarakat dan rakyat negara kita. Waallahualam.

43 comments:

Anonymous said...

Setuju dengan saranan Aspan..sebelum berlaku apa apa malapetaka, lazimnya ada tanda-tanda. Ataupun signal yang diberikan agar manusia beringat dan bersedia.

Macam tsunami politik tahun 2008, rakyat meluat betul dengan Pak Lah, saya panggil DKT (Dollah Kaki Tidur) kerana terlampau mendengar nasihat menantunya. Tak pernah saya undi pembangkang tapi tahun tersebut dengan berat hati saya mengundi DAP. Saya terpengaruh bila saya membaca blog alternatif seperti Malaysia Today, Kickdefella, Rocky Bru dan juga blog Aspan. Ketika itu terlampau banyak signal yang diberikan.

Tahun 20 12 saya tak pasti apa dalil yang Aspan maksudkan akan berlakunya tsunami politik lagi.Cuba perincikan lebih agar boleh dibuat analisa.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, UMNO telah diuji banyak kali dan lazimnya bila kemelut berlaku, UMNO akan jadi lebuh kuat lagi. Saya percaya untuk PRU akan datang, BN akan undi yang lebih baik atas rumusan dan dalil berikut:-

1. Undi protes untuk orang seperti saya akan kembali ke BN
2. Makkal Sakti telah hilang sengatnya dan undi orang India akan kembali ke BN
3.Rakyat boleh menilai pencapaian Pakatan Rakyat..tak ada yang dibanggakan
4.Ekonomi negara pun bertambah baik..
5. Moral Pimpinan Pakatan Rakyat...ada video pulak tu

Ini dalil saya..harap Aspan berikan dalil Aspan pulak ye..

Batu Ronson

Anonymous said...

Batu Ronson,

If that was your argument, then I rest my case my Lord. Tak ada gunanya berhujah dengan orang buta, pekak dan bisu, nanti kita sendiri dikatakan jahil.

Anyway, you have succeeded in your provocative statement. Nanti ramailah commentators yang belasah saudara.

Anonymous said...

Dalil yang Batu Ronson nyatakan hanyalah sebagai alasan yang menampakan KEBODOHAN Batu Ronson dalam membuat penilaian.
Batu Ronson sendiri memaklumkan yang awak adalah pengundi atas pagar yang tidak punya pendirian.
Setuju tak?

GUNUNG KEYANG said...

Political paradigm shift memang jelas kelihatan dlm lanskap politik kita kali ini.UMNO sekarang ni bukan Fasa 1969 di mana orang melayu masih kental dg fahaman pekauman yg dicanangkan oleh Mahadded.UMNO melalui fasa di mana UMNO akan beralih tempat menjadi pembangkang!Dalil-dalilnya memang banyak sekali.Dibawah disenaraikan dalil-dalil itu :

1. UMNO tidak ada talian hayat.Kini bergantung kpd Mykad biru yg diberikan kerakyatan kpd Bangla,Indonesia,India,Nepal dan lain-lain oleh Mahadded.Tujuan menipu PRU 13.inilah kerja mahacheat!

2.Mahadded tidak pernah mengalami sindrom otak yg meracau saban hari.Hari ini dia cakap lain,besok dia cakap lain.Sebenarnya rakyat sudah tahu siapa mamak malbari kerala ini.Kemusnahan yg dilakukan tidak akan diampunkan oleh generasi akan datang.Paling menggerunkan Mahacheat dia akan dibicarakan di Tribunal Rakyat.Tribunal ini penting utk menjadi precedent kpd pemimpin-pemimpin akan datang.Political Development sejajar dg input dan output politik utk kemakmuran Rakyat.

3. Najib keseorangan dan takut meninggalkan Putra jaya.Oleh itu dia menghabiskan kursi PM dan akan mengisytihar Pilihan Raya jika dapat feedbck dari Polis dan Tentera tentang survival UMNO.Nampaknya TIADA MAAF BAGIMU UBN.Kebangkitan rakyat di mana-mana.

4.Dari Dolah Kaki Tido(DKT), harga minyak naik.Najib pun sama di mana harga barang naik mendadak.Rakyat sudah tidak sabar-sabar lagi.Bagi rm 500 Kami ambik , nak undi kami sorrylah!. Itu bukan harga nilai diri kami wahai Najib UMNO( Untung mereka Nipu Orang ) seperti kami.Nilai duit RM semakin kecil nilainya.

Yang lain-lain saya serahkan baton politik kpd sdra pembaca blog sdra Aspan.

GUNUNG KEYANG


Anonymous said...

banyak-banyak benda atas muka bumi ni, batu yang anda pilih sbg 'nama kebanggaan' dan sifat batu ni jenis yang tak bole dibawa berbincang. Jadi Pak AA tak perlu la susah-susah nak jelaskan tanda-tanda 'tsunami politik' tu kat ketul batu ni, buang masa sbab suku-sakat batu ni semua jenis tak bole terima pendapat orang = kepala batu, batu api, lesung batu, dan lain-lain batu termasuklah batu ronson. Tengok je cerita bujang lapok, sudin percaya sangat kat batu hikmat, last sekali batu hikmat dicampak ke longkang sbbnya itu je tempat yang sesuai untuk 'batu'. Adakah tempat 'batu ronson' tu pun di longkang?!!!

Anonymous said...

Sdra Batu Ronson,

Saya tertarik dengan kecekalan saudara memberi pandangan yang berbeza.Teruskan , yang penting berfakta dan tidak menghentam peribadi.Ini bermakna perdebatan begini sihat dan saya tidak fikir tuan angkoh .Saya yakin kejayaan tuan adalah anugrah Allah atas usha tuan sendiri dan tuan mahukan orang Melayu kita maju .Apa yang pasti yang tegar tetap tegar dandiharapkan apabila keputusan PRU 13 diketahui kita hormati pilhan majoriti.

Salam perbahasan dengan akhlak yang baik dan tuan ada itu.Syabas.

@Saya boleh belanja tuan di kedai mamak Pelita Subang Jaya sevelah RHB.Kita sembang sembang bagainana kita voleh membela bangsa cara kita sendiri.

Batu Giling

Anonymous said...

aik...??? ko pilih DAP PRU 2008 dulu??? jenis UMNO@BN karat mcm hang ni nak pangkah pembangkang? kalau nak kelentong pun agak-agak la. Spesis hang ni rasanya lebih suka kat Chua Soi Seks sampai ke mampuih, mcmana hang mengaku pilih DAP. Anwar hang kata ada video, tp mahkamah tak hukum pula. Ahli Seks MCA dah mengaku hang pilih juga jadi pemimpin atau hang memang suka dgn pemimpin seks ni. pelik la hang ni.
Memang la PR tadak benda nak dibanggakan sbb ikut Audit Negara ketelusan 4 buah negeri PR dipuji-tadak penyelewengan mcm negeri bwh BN. HANCUSSSS... sebab rasuah,salahguna kuasa,penyelewengan,kelemahan pengurusan kewangan dll. Hang bole rujuk Laporan Audit Negara 2011. Kalau tak faham tanya anak hang kat London tu. Kesian aku kat golongan menengah Subang Jaya mcm hang ni, tak pernah buat analisa. Kalau nak komen/kritik kena baca semua sumber baru ada nilai, authentic.
Hang kata ekonomi negara bertambah baik??? Jadinya betul la spt PR ckp dulu ekonomi negara teruk... Mana ada bertambah baiknya. Hang tengok la, kaji la kadar hutang negara dgn pendapatan negara. Tak synchronise la. Hutang negara lebih teruk/banyak dari jumlah pendapatan negara. Sepatutnya pendapatan lebih banyak dari hutang, baru bole bayar hutang, ini tidak, hutang lebih banyak, mcmana nak bayar??? Batu Ronson tlg la analisa sikit benda ni dgn go thru sumber-sumber berfakta, baru la komen tuan dihormati. Jgn baca maklumat satu pihak ja.
tq.

UMNO gagal menguruskan amanah rakyat said...

As Salam Tuan Aspan,

Pemimpin Umno tidak lagi boleh 'berdendang perantau' mempersendakan Pakatan Rakyat amnya dan Anwar Ibrahim khususnya yang dianggap sebagai bermimpi di siang hari untuk mengambil alih pemerintahan negara. Beberapa perkembangan terbaru menunjukkan sokongan rakyat kepada PR semakin hangat dan menyakinkan. Saham Pakatan Rakyat tampaknya lebih berpotensi dari saham FGVH.

Penyertaan bekas pegawai tinggi kerajaan ke dalam Pas memberi nilai tambah kepada parti berkenaan dan secara tidak langsung menyuntik semangat dan keyakinan umum kepada PR. Penyertaan di atas kesedaran sendiri itu kerana bosan dengan corak dan stail pemerintah BN menunjukkan makin ramai orang cerdik hilang keyakinan kepada kerajaan UMNO.

Sesungguhnya apa yang berlaku di Sabah membahayakan UMNO. Jika dilihat kepada sejarah masa lalu, tidak syak lagi dalam pilihan raya kali ini dunia akan menyaksikan sekali lagi kerajaan Sabah akan bertukar tangan.

Anonymous said...

Mohonlah kepada Yang Maha Esa agar negara kita tidak dipimpin oleh manusia pendusta, menjadi syaitan yg nyata sebab telah ramai manusia jahil telah terpedaya dengan topeng malaikat yg dipakai mereka atas nama agama, bangsa & negara. Di samping keredhoanNya dipohon jangan lupa juga untuk mengunakan akal fikiran yg diberi untuk membaca, mengkaji & menilai setiap manusia yg ingin mengangkat diri sebagai pemimpin negara. Mudah-mudahan keputusan yg dibuat tidak akan mengecewakan sebab pd akhirnya, taruhannya adalah keamanan & kemajuan hidup anak cucu yg seterusnya.

Sadiq Sigaraga said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha kpd Pak Aspan dan semua saudara seagamaku.

Maafkan saya kerana tak pandai berhujah tetapi sudikan saya mencelah dan memberikan dalil-dalil yang menguatkan lagi bahawa akan berlaku tsunami yang lebih dahsyat lagi buat UMNO berbanding dengan sunami 2008 iaitu:-

1. Laporan Ketua Audit Negara mengatakan 4 negeri yang diperintah oleh PR jauh lebih baik prestasinya. (Tlg Sdr. Bt Ronson check pd laporan Ketau Audit Negara kerana Utusan Melayu, Berita harian dan TV3 serta RTM tidak akan mengeluarkan dan menyiarkan. Kalau dikeluarkan akan jadi malapetaka kpd UMNO.

2. 22 tahun Kelantan diperintah oleh PAS dan S'gor, Kedah dan Penang sudah 4 tahun diperintah oleh PR tidak ada satu pun kes mahkamah yang melibatkan para pemimpin PR yang samada Ketua Menteri, Menteri Besar Adun serta pimpinan. Tapi malang ramai pemimpin dari kalangan pemimpin UMNO yang sudah mendapat title banduan dan sedang menunggu mendapat title banduan kerana menunggu rayuan.

3. Negeri mana yang menaikkan elaun guru-guru kafa dan menambahkan lagi peruntukkan untuk majlis agama. Kalau tak percaya tanya guru-guru kafa Negeri S'gor, Penang, Kedah dan Kelantan.

4. Negeri mana yang memberi air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan.

5. Pemimpin mana yang diheret dengan skandal PKFZ, NFC dan banyak lg yang sedang ditonton oleh rakyat.

6. Kenapa dividen KWSP dan Tabung Haji tidak pernah menjejaki 6% setahun sejak UMNO baru memerintah. Sedangkan dahulu paling sedikit sekitar 8% - 81/2%

7. Syarikat siapa yang UMNO bailout dengan dana KWSP bagi menyelamatkannya. Rakyat dah buka mata dan melihatnya dan tidak akan lupa.

8. Siapa yang memberi mykad kpd bangsa Indon, bangla, Filipina dan myanmar. Ini yang kita takut kerana negara akan tergadai. Kenapa isu disabah dulu mereka tidak dibicarakan di mahkamah tetapi dimasukkan ISA. kerana ini bagi menutup kes yang akan mengakibatkan pemimpin tertinggi pada masa itu diheret ke mahkamah, kalau tak percaya tanya pada allahyarham Dato' Seri Megat Joned.

Dan akhir sekali..

9. Sehingga kini tarikh pilihanraya umum belum dapat diketahui. Adakah ini demokrasi sebenar ya Sdr. Batu Ronson.

Sebenarnya banyak lagi dalil-dalil yang boleh diturunkan tetapi rasanya ini sudah memadai dan kita akan keluarkan lagi dan diedarkan kepada rakyat Malaysia apabila pembubaran Parlimen dibuat nanti.

Sadiq Sigaraga said...

Oops!..

Lagi dua dalil tertinggal, rakyat negeri Perak memang tertunggu-tunggu untuk menghadapi pilihanraya kerana mereka tidak redho negerinya telah dirampas oleh kerajaan UMNO. ingat lagi tak Sdr. Batu Ronson, kalau dah lupa tanya rakyat Negeri Perak, jangan tanya pemimpin-pemimpin UMNO Perak atau Najib Razak.

Kerana UMNO tidak memecat ahli-ahlinya yang membuat sabotaj pada pilihanraya. Pada pilihanraya kali ini lagi ramai yang akan sabotaj lag.

Selamat Maju Jaya Negaraku

Anonymous said...

Salam Pak Aspan!Penantian adalah satu penyiksaan. Begitulah yang terjadi pada majoriti Rakyat Malaysia kini.Mereka menunggu dengan tidak sabar untuk menundukkan kerajaan penipu rakyat pimpinan PM lanun. Saya menantinya dari 16 Sept. yang lalu, tapi mungkin ada hikmah disebaliknya. Yang pastinya PM 1Malaysia jangan berangan nak duduk lagi di Putrajaya selepas ini. Walaupun penipuan akan berlaku,tapi berkat doa dan usaha rakyat, kegigihan rakyat untuk menukar kerajaan bakal terhasil atas keyakinan pada doa pada yang Maha Esa.

Alam Flora said...

As Salam Tuan AA.

Mana-mana blog pun kalau kita layan komentar bodoh dan otak sampah atau otak batu, lalu kita hentam dia dengan maki hamun, lantas mereka akan membalas dengan sopan kononnya mahukan pihak lain supaya.........

a) Komen menggunakan ayat halus
b) Menggunakan fakta
c) Menerima perbezaan pendapat
d) Bangsa yang bertamadun
e) Tunjukkan profesional anda

Mereka yang provokasi ini seperti tulisan Tuan Aspan yang lalu iaitu seperti Beruk-Beruk Pemanjat Pokok Kelapa manakala tuan mereka ialah UMNO. Seperti semua penjenguk blog Tuan AA sedia maklum,

a) Tulisan Tuan AA memang terlalu berlembut dan menggunakan ayat-ayat yang begitu halus dan perumpamaan yang sopan tetapi Beruk-Beruk ini bukannya tahu menilai kebenaran, ikan kering katakan... "Mata sentiasa terbeliak tetapi tak pernah nampak apa-apa pun".

b) Fakta apa lagi yang nak diberi? Beruk-beruk UMNO ni bukannya tahu nak membaca media alternative, sebaliknya TV3 dan Utusan Meloya yang saban hari kalah kes saman di Mahkamah itulah yang Beruk-Beruk ini percayai dan sanjungi.

c) Kalau dah pendapat atau kenyataan yang diberi itu terlalu bodoh dan sudah diketahui umum 20 tahun dahulu, maknanya Beruk-Beruk ini memang dah lama tak membaca kerana asyik memanjat pokok kelapa sahaja.

d) Bangsa yang bertamadun ialah bangsa yang tidak takut berubah, bukannya terletak pada bahasa yang lembut semata-mata. Zionis di Tebing Gaza juga menggunakan bahasa yang lembut dan bertoleransi tetapi saban hari askar mereka membunuh rakyat Palestin.

e) Profesional memang ramai tetapi lebih ramai profesional kangkung yang sentiasa lapar dan sanggup jadi Baruah Pemimpin UMNO.

Tak perlu nak berkata enak kepada Beruk-Beruk, Batu-Batu Pelir yang memang berstatus pariah UMNO ini. Buang masa, buang air liur nak beri fakta-fakta pelir, ayuh..! Mari kita maki dan hentam sahaja Beruk-Beruk (Batu Pelir) ini....

Anonymous said...

Tuan Batu,

Saya merupakan seorang pekerja kilang yang dimiliki bumiputra di shah alam. Semasa 2008 saya mengundi BN. Apabila PR memenangi Selangor pada 2008, kami pekerja kilang merasa gusar dengan kemenangan tersebut. Tetapi tuan punya kilang berkata kepada kami, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana beliau kenal betul ngan MB dan yakin dengan kemampuan MB Selangor. Kini, saya mengakui betapa MB Selangor sekarang memang berwibawa dan berjiwa rakyat. MBSA kini saya lihat lebih efisien berbanding dahulu. Kini jalan rosak di Shah Alam hanya mengambil masa 2 minggu untuk dibaiki. Bukan lagi menunggu musim pilihanraya baru sibuk hendak baiki.

Semasa 2008 gaji saya hanyalah RM800 sebulan. Gaji yang diterima hanyalah cukup-cukup makan. Kini 2012 gaji saya RM2400 sebulan, sudah berkahwin dan memiliki seorang anak. Gaji yang diterima hanyalah cukup-cukup makan kami anak beranak. Untuk pengetahuan anda, isteri saya juga bekerja dan tangga gaji yang sama dengan saya. Saya tak mampu untuk memiliki rumah kerana harga rumah yang mahal walaupun melalui skim PR1MA yang dicanang2kan oleh kerajaan persekutuan. Dimanakah rasionalnya ekonomi Malaysia yang lebih baik? Harga barang yang semakin naik.

Undi protes 2008 bukan penentu. Undi masyarakat india bukan penentu. Undi penentu pada kali ini adalah undi mereka2 yang mengundi kali pertama. Najib sedar bahawa masyarakat cina kini tidak menyokong MCA @ Gerakan. Saya berani menyatakan disini bahawa 75-80% pengundi cina akan memihak pada PR. Kerana masyarakat cina melihat apabila Selangor dan Pulau Pinang ditadbir oleh PR, masyarakat cina di negeri-negeri ini tidak diabaikan.

Rasuah-rasuah yang dibongkarkan oleh PR menambahkan lagi kesedihan saya sebagai pengundi BN pada 2008. Lembu, kapal selam, forex, syarikat perkapalan, PKFZ dan lain-lain lagi merupakan tanda-tanda kejatuhan BN. Sistem-sistem yang diperkenalkan yang tidak mengambil kira kehendak dan perasaan rakyat. AES sebagai contoh. AES saya akui memang satu sistem yang baik. Tetapi pelaksanaannya yang salah. Pemasangannya di lokasi-lokasi tertentu sangatlah diragui niatnya.

Bercakap pada isu moral. Adakah anda lupa bahawa najib pernah dipalit khabar angin dikatakan ditangkap khalwat di Port Dickson? Adakah sebab isu tersebut isa samad dapat jd pengerusi Felda? Dapat saham juta-juta?
Pernahkah anda tonton@baca berita hiburan mengenai video lucah individu yang dikatakan mirip artis? Konsepnya sama. Jd jangan dipersoalkan soal moral kalo tiada bukti yang kukuh.

Budak kilang

Anonymous said...

Batu Giling;

Thanks for the support. Saya keseorangan di sini, di hentam kiri dan kanan. Tak pe lah asalkan niat saya jelas dan ikhlas. I am not a paid BN cyber troopers neither I am a member of any political group supporting BN or Pakatan Rakyat. I commented based on my own personal view based on my own understanding of the events happening in Malaysia.

I am a low profile blogger, blogger picisan yang tak bernama. Your Offer nak belanja teh tarik kat Nasi Kandar Pelita Subang Jaya, saya rasa tak perlulah buat masa ni. Biar saya jadi blogger misteri.


Batu Ronson

Anonymous said...

Anon 12:00

"Hang tengok la, kaji la kadar hutang negara dgn pendapatan negara. Tak synchronise la. Hutang negara lebih teruk/banyak dari jumlah pendapatan negara. Sepatutnya pendapatan lebih banyak dari hutang, baru bole bayar hutang, ini tidak, hutang lebih banyak, mcmana nak bayar??? Batu Ronson tlg la analisa sikit benda ni dgn go thru sumber-sumber berfakta, baru la komen tuan dihormati. Jgn baca maklumat satu pihak ja."

Baiklah bro, saya kaji dari pihak neutral bukan dari data Pakatan ataupun BN."Ini baru adil", ikut dialog filem P Ramlee, Tiga Abdul

Mengikut data IMF (www.tradingeconomics.com/malaysia/government-debt-to-gdp), % hutang/GDP Malaysia menurun pada 2012 ke angka nisbah 52.6 dari nisbah 55.4% pada tahun 2010. Perlu saya ingatkan nisbah ini pernah meningkat ke nisbah yang tertinggi dalam sejarah Malaysia sebanyak 79.50% pada bulan December 1990. Adakah nisbah 52.6% ini baik , buruk ataupun petanda yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara bankrap seperti yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang???

Jepun pula telah meningkat kadar hutang/GDP ke kenisbah 211.7% pada tahun 2012, nisbah yang tertinggi untuk negara tersebut.Perlu saya ingatkan semenjak tahun 1998 hingga sekarang , negara matahari terbit ini tidak pernah dapat megurangkan kadar hutang/GDP dibawah 100%. Mengikut kesimpulan simplistic pihak pembangkang, sepatutnya negara Jepun dah lama jadi negara bangkrap.

sambung...

Batu Ronson

Anonymous said...

sambung...

Untuk Singapura pula, nisbah pada tahun 2012 telah turun ke angka 100.8% dari nisbah 103.4% pada tahun 2010. Dari tahun 1999 hingga sekarang , nisbah untuk Singapura tidak pernah lebih rendah dari 81.2%. Mengikut kesimpulan simplistic pihak pembangkang, sepatutnya Singapura dalam kategori negara bangkrap dan dah lama jadi negara bankrap??

Untuk Phillipines pula, kadar hutang/GDP telahpun turun ke kadar 40.5% dari kadar 71.4% pada tahun 2004.

Kalau mengikut teori Anon 12:00 ini bermakna Phillipines lebih baik dari Malaysia dan Malaysia lebih baik dari Singapura dan Singapura jauh lebih baik dari Jepun???

Hakikatnya bukan begitu. Di Phllipines kadar kemiskinan adalah tinggi dan ramai rakyat diekspot luarnegeri sebagai amah dan buruh kontrak yang berdapatan rendah kerana negara mereka tidak dapat menjana pendapatan yang mencukupi untuk memberi pekerjaan pada penduduk. Kerana mereka tidak berbelanja, infrastruktur disana mungkin 20 tahun kebelakang dari Malaysia. Pergilah buat lawatan disana, setinggan dimana-mana seperti Kuala Lumpur dan Selangor pada tahun 1970an. Kalau melawat Philipines , awaslah makanan kerana kebanyakan makanan ada campuran extract babi.

Apakah jumlah nisbah rendah hutang/GDP adalah lebih baik?? Saya berpendapat bergantung untuk apa hutang tersebut digunakan. Kalau ianya digunakan untuk membangunkan infrastruktur seperti Airport, lebuhraya, jalanraya,pelabuhan, membuka tanah Felda, memajukan Putrajaya, MRT , jambatan dan sebagainya. Kesan hiliran sperti peningkatan pendapatan dan produktiviti dan juga menjadikan perkhidmatan lebih efisisen dan murah saya rasa hutang tersebut adalah wajar malahan digalakkan pula untuk berhutang sekiranya modal pusingan tidak mencukupi.

Perlu saya ingatkan pada tahun 2012 index kemudahan membuat bisnes di Malaysia telah meningkat ke tangga 12 .. Ini petanda yang baik dan akan menarik lebih ramai pelabur lagi ke Malaysia.

Saudara Anon 12:00 tidak pernah berhutang nak beli kereta dan rumah???. Kalau saudara berpendapatan RM100K setahun,lazimnya akan ambik hutang kereta berjumlah RM100K dan hutang rumah berjumlah RM400K. Ini bermakna, untuk membeli aset tersebut saudara akan berhutang sebanyak RM500K sedangkan pendapatan saudara hanya RM100K setahun saja. Saudara jadi bankrap ke kerana nisbah hutang telah melebihi 500%??. Tidakkan selagi saudara membayar hutang dalam jangkamasa yang panjang. Masalah mungkin berlaku sekiranya saudara hilang punca pendapatan ataupun saudara berhutang untuk membeli kereta mewah dan berbelanja boros. Kalau membeli rumah ditempat yang strategik (bukan Bukit Beruntung), ini satu pelaburan yang baik dan menguntungkan.

Oklah. Panjang ulasan saya ni. terpulang pada Anon 12:00 dan pembaca lain nak menerimanya atau tidak kerana saya ni bukanlah pakar ekonomi.

Batu Ronson aka Pakar Ekonomi Kampung

Anonymous said...

Salam pembaca,

Saya gembira melihat perbahasan sudah mula berkualiti di blog ini walaupun terdapat sedikit kata kata yang sadikit sumbang dari segelintir pembahas dan ini tidak perlu. Kehadiran batu ronson memeriahkan lagi blog Aspan dengan pandangan berbeza.

Hutang kerajaan to GDP@KDNK adalah hanya 52.6 % bagi tahun 2011.Dari tahun 1990 hingga ke2011 purata GDP adalah 47.4% dan ditahun 1990 ianya paling tinggi ia itu 79.5% dan terendah adalah 31.8 dalam tahun 1997.

Mengikut pakar ekonomi kadar GDP dibawah 60% keaadaan ini masih boleh diuruskan .Tambahan pula Malaysia pula nehara kita menpunya rekod membayar hutang yang sangat baik dan kita tidak pernah pun gagal( default) walaupun punyai GDP yang amat tinggi (1990) dan negara jita madih tidak bankrap.

Adalah penting kerajaan menurunkan defisit level setiap tahun kepada 5.0% dari GDP tahun lepas.Sebenarnya kerajaan memohon pinjaman adalah untuk investment bagi memperbaiki ekonomi negara berlainan Greece umpamanya dimana ekonomi mereki menguncup dan tidak berkembang.

Bagi saudara yang punyai minat mendalam anda bolehlah mendapat banyak soal jawab di halaman "econmalaysia.blogspot" A FAQ On Malaysian Government Debt.Diharapkan pencerahan ini akan sadikit sebanyak membri fakta yang berguna bagi kita ambil kira.Wallahwuallam.

Batu Giling

Amaran Kepada Malaysia said...

Salam Giling,

Hutang negara ialah RM476 billion bersamaan 54 peratus daripada KDNK atau 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) pada hujung 2011.

Hakikatnya, Malaysia mengalami belanjawan defisit 15 tahun berturut-turut sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998.

Ketika Anwar masih Menteri Kewangan antara 1991-1997, belanjawan sentiasa seimbang atau mencatat lebihan manakala purata pertumbuhan ekonomi ialah 8.7 peratus.

Purata pertumbuhan ekonomi antara 2000 hingga 2012 hanya 1.22 peratus dengan kadar pertumbuhan paling tinggi hanya 5.9 peratus dan terendah (-7.6 peratus).

Prestasi Menteri Kewangan sekarang (2009–2011) hanya mencatat purata pertumbuhan ekonomi 3.2 peratus.

Pusat Penyelidikan said...

Salam pembaca sekalian,

Tahap hutang negara yang bernilai RM456.1 bilion – bersamaan 53.5 – 54 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) boleh memberi kesan kepada ekonomi dan kewangan negara dalam tempoh jangka panjang.

Disebabkan hutang yang tinggi, kini terdapat beberapa syarikat-syarikat Rating Agensi Antarabangsa telah memberikan “peringatan dan amaran awal kepada Malaysia” bahawa ‘rating’ bagi bon-bon terbitan kerajaan pusat di arena antarabangsa besar kemungkinan akan diturunkan daripada gred ( A- ) kepada ( BBB ).

Antara kesan atau implikasi akibat hutang yang ditanggung Malaysia:

a) Nilai matawang ringgit di pasaran antarabangsa akan mula jatuh dan jumlah hutang luar negara merujuk kepada ekonomi Malaysia secara keseluruhan akan menjadi lebih sukar untuk dibayar. Ini kerana kadar pertukaran wang asing menjadi lebih tinggi dan sektor import akan mengalami kerugian yang teruk.

b) Apabila nilai matawang ringgit mula jatuh, kita boleh mengalami kegawatan ekonomi yang serius disebabkan kekurangan “KECAIRAN” dalam SISTEM KEWANGAN di bank-bank tempatan, sehingga boleh menyebabkan kadar faedah pinjaman di bank-bank tempatan melonjak tinggi. Kesannya akan berbalik kepada rakyat Malaysia juga.

c) Akhirnya, ia akan turut mengakibatkan banyak sektor lain mengalami kemelesetan kerana import utama dari negara-negara maju oleh kebanyakan negara membangun seperti Malaysia yang menggunapakai teknologi tinggi yang digunakan di sektor-sektor pembuatan seperti perkilangan dan lain-lain.

Seandainya gagal dibayar oleh badan-badan berkanun dan GLCs yang dijamin kerajaan Pusat, maka kesemua ini akan menjadi hutang kerajaan Pusat. Dengan kata lain hutang kerajaan Pusat akan melambung tinggi daripada kadar hutang negara yang ada ketika ini. Contohnya :

a) Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli daripada membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta sedangkan Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya kepada kerajaan.

b) Melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan geran RM976.7 juta yang diberikan dahulu, setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala-Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta sementara geran RM976.7 tidak dituntut kembali oleh pihak Kementerian Kewangan.

c) Mengikut laporan Sinar Harian, RM147 Billion tidak dapat dikesan

BN condones scandals said...

Sir,

Chief Minister Taib Mahmud terrified people around him by picking up his golden gun and shooting it into the air in frustration

Bank Negara Malaysia said...

Tuan Aspan,

Do you think Mahathir can declare Genneva is an honest company and is incapable of cheating the rakyat?

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Ya, alhadulillah; saya turut bersetuju bahawa untuk artikel ini, terdapat beberapa ulasan yang berfakta. Namun begitu, seperti biasa, kedapatan pengulas yang agak emosi dik rasa kecewa akan perkembangan semasa negara, khasnya isu-isu hangat. Saya turut tidak menafikan akan perihal sebegitu pada beberapa ulasan saya, cuma, rasanya, lebih berhemah jika identiti pengulas itu tidak diperlekeh atau dicemuh secara terang-terangan. Justeru, saya turut mengalu-alukan ulasan balas kalian seandainya kedapatan fakta yang tidak betul pada ulasan saya; semoga pertukaran idea sebegini akan benar-benar menghasilkan perbahasan yang berkualiti, insha Allah.

Dalam isu ini, pada hemat saya pula, bukanlah hanya persoalan pembangunan lahiriah itu yang patut menjadi fokus sesetengah daripada kita. Berdasarkan pengetahuan cetek saya ini, sesuatu pentadbiran yang lari daripada matlamat asal pasti akan hancur, ibarat orang yang makan berlebihan. Sebab itulah banyak ayat Al-Quran dan Hadith Nabi SAW yang melarang kita berlebihan dalam segala aspek kehidupan, juga tidak terlalu kedekut atau terbelenggu; sebaliknya, bersikap pertengahan, iaitu berpada-pada pada kadar yang sepatutnya. Tiada gunanya, jika benar, prestasi ekonomi dikatakan meningkat, tetapi saban waktu pengangguran turut meningkat, kos hidup bertambah, keperihatinan pemimpin secara "1-off" dan pengabaian terhadap permasalahan massa yang semakin kritikal akibat perbuatan segolongan minoriti manusia yang manja nikmat lagi tamak. Lagipun, Saudara Aspan juga pernah menyatakan dalam beberapa tulisannya terdahulu bahawa takhta yang diperolehi dengan kaedah demokrasi hanyalah bersifat "TOL", bukan seperti sistem monarki. Oleh itu, sama ada suka mahupun terpaksa, kita mesti berani menerima, malah sanggup mengubah lanskap pentadbiran kita kini, yang, maaf, pada hemat saya yang kurang upaya ini, sudah semakin hilang seri dan upayanya. Sedarkah kita sekalian, sebenarnya kita sedang mewarisi budaya dan sistem para penjajah walaupun kita kelihatan merdeka? Janganlah hanya kerana kita telah beruntung daripada keadaan sedia ada, permasalahan serta penderitaan saudara-saudara seagama dan sebangsa, khasnya, dan rakan-rakan multi-etnik senegara, kita biarkan bagaikan pakaian yang dah lusuh, kan? Lagipun, laporan Ketua Audit Negara terbaru sendiri telah cukup membuktikan fakta-fakta sebegitu; dan, jika kita lihat, terkadang, non-Muslim di barat pun mampu menunjukkan contoh moral dan akhlak yang baik. Juga, pada beberapa bulan sudah, menteri kabinet dalam kerajaan sendiri yang meramalkan ekonomi negara akan bankrap pada tahun 2019 sekiranya diurus-tadbir dengan gaya pentadbiran sedia ada yang lebih banyak berbelanja. Memang tidak dinafikan, terkadang kita perlu meminjam daripada pelbagai institusi untuk tujuan pembangunan; tetapi, bukankah kadar dan bentuk pinjaman sebegitu boleh diminimakan jika diurus-tadbir dengan berhemah lagi berakhlak? Umpamanya, jika wang yang diperolehi itu adalah daripada sumber haram seperti menipu atau menindas pengguna perkhidmatan atau pembeli peralatan kita, tidakkah ianya nanti akan turut menjadikan sumber pendapatan itu tidak berkat, sekaligus menyebabkan kita rasa sentiasa tak cukup? Tak payah banyaklah, terkadang bila saya naik teksi kita aja pun, yang Melayu Islam ni akan mengenakan tambang yang tak menasabah, sedangkan teksi Cina dan India pula ... Bukan sekadar murah, malah sanggup memimpin saya masuk ke pintu masuk rumah pangsa saya ni ... Jadi, bukankah analisa saudara blogger kita ini ada kebenarannya? Dengan itu, marilah kita bertanyakan iman dan aqal kita, sama ada kita ingin jadi masyarakat maju atau tidak.

Terima kasih dan salam jihad.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Terima kasih jutaan kali kepada Blogger Pusat Penyelidikan; suatu fakta perangkaan yang jelas nyata. Justeru, itulah sebabnya saya nyatakan tadi, bahawa, setakat ini, kita sebenarnya masih mampu mengurus-tadbir ekonomi kita dengan lebih baik jika ia dikendalikan oleh mereka yang benar-benar ilmuan, bukan hanya sekadar kemaruk jawatan. Sebenarnya kita beruntung, alhamdulillah, kerana dikurniai sumber asli yang masih banyak dan tenaga kerja yang efisien jika tiada campurtangan keterlaluan daripada penguasa. Oleh itu, sekali lagi, marilah kita bersama menjadikan negara kita sebagai negara maju selaras wawasan kita sekian lama, yang juga dicipta ketika era Mahathir dahulu; cuma, kita masih belum sedar, dialah sebenarnya yang menghancurkan wawasan itu ...

Terima kasih, salam jihad dan selamat merdeka.

Anonymous said...

Salam Bank Negara Malaysia and unknown,

All...yes all the owners of the five gold trding companies GENNEVA belongs to chinese ownners. Yes,chinese ownners...yet after all the tricks and cheatsnow they blame the Melayusin the govt in the govt for giving licences and the buyers for being stupid.In fact some of the chinese buyers are their own people relatives and gangs who are part players of their own cheating.Anything for money looohhh.

BNM has found the liabilities of gold investmentfirm GENEVE exceeded its assets.Surely,it cannot pay returns to its investors.In essence Geneva's operation is likening to most illegal get rich quick scheme.So it was impossible to pay when its liabilities ran into billions of ringgit when its assets just run in the millions.At first ,some got a return of two percent per month .This is again too good to be true than it is not true.We cannot say that the investors were BLAMELESS.They invested so they take the risks.

What a shame.We just have to be carefull in future of the little money that we have.We have ourselves to blame not others like BNM.Thank you.

Batu Giling

dari perak said...

Kesimpulan,

Dengan hutang nagara sebanyak RM 460 billion(tak masuk hutang EPF and Bond).

Tiap-tiap rakyat(28 juta) kena bayar hutang negara sebanyak RM 17,000.00 seseorang dan akan dinaikan lagi.

Soalan,

Kenapa dengan sumber yang ada(Petrol, kelapa sawit, getah, timah). Kita kena hutang lagi?

kalau satu keluarga (Bapa/anak/abang/adik) dengan 10 orang. Ini bermakna keluarga awak kena bayar hutang sebanyak RM 170,000.00

Rakyat kena tanggung wang yang dicuri oleh BN cronies.

SamsudinBaharom said...

as salam pak aspan dan pak batu....

hutang kerajaan persekutuan 2011 cecah rm456.12 billion dari KDNK beberapa peratus bawah siling hutang digubal 55 peratus..

80 % dari bajet hanya untuk pengurusan
pembangunan ciput je...ok kalau anda banding negara lain tersebut...anda tgk negara maju tersebut..rasuah sangat sedikit di banding malaysia..tak kan anda lupa lembu pun dibela dalam kondo mewah......

Alam Flora said...

As Salam tuan Aspan.....

Mengantuk membaca komentar "Unknown" yang berjela-jela tu, isi pun tak ada hanya mukadimah yang meleleh-leleh (gila nak jadi bloger kot, nak lawan Tuan Aspan).

Lagu Ramli Sarip "Batu.... sayang kau tak boleh berkata, semua yang kau lihat sayang kau tak bermata, dari mula dunia engkau dicipta hingga akhir dunia engkau "banggang" jua.aaaa....)

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Saya suka membaca blog tuan. Boleh tulis bahasa yang senang faham atau translate kepada Bahasa Ingerris. Minta maaf bahasa saya bukan banyak baik.

Harap request saya bolih ditombangan.

Terima Kasih

Peminat P Ramlee said...

Komen yang paling rasional adalah Alif-Mim-Nun-Wau = SIRKIS

Nampak tak Negeri Pasir 2 butir? Al kisah, Rajanya dah bersinggahsana dekat tanah lapang sekalipun, si auk Jason King ni tetap nak menyamun. Sampai anak Raja pun nak dikebasnya.
Mujurlah ada 3 pendekar selamatkan Negeri dan Rajanya.

Ada ngerti....?

Kah...kah...padan muka kau sirkis......!

Peminat P Ramlee

Jonathan Quek said...

Giling my dear,

Are you implying that Mahathir is not a Melayusin? Who launched Genneva, my dear?

What about Rosmah? Are you going to say Najib will copy Shahrizat and quote that he also does not know anything the spouse did?

Anonymous said...

Zaman 1 - 610M-632M, zaman rasulullah saw, sudah berlalu
Zaman 2 - 632M-660M, zaman khulafa' Ar Rashidin, sudah berlalu
Zaman 3 - 660M-1924M, zaman khalifah Islamiyah, sudah berlalu
Zaman 4 - 1924-20xx??, zaman mencengkam, ketidakadilan, akan berakhir, Insya'Allah
Zaman 5 - 20xx-20yy??, zaman khilafah, akan muncul Al Mahdi dan Nabi Isa ibn Maryam
Rujukilah Hadiths Nabi Muhammad
Saw itu. Fikir2lah wahai batu2 dan yg seangkatan dgnnya.

Sekian,

Gheng lama

Anonymous said...

Your second comment contradicted the first. Man, seriously you're no different than any UMNO Ministers/member. It's obvious you're paid cyber troop. Don't talk about 'menyelamatkan bangsa' when your 'master' have enslaved them for decades. You're now talking because you've lost the fringe benefit from this mastership, not for the good of majority Malay

Anonymous said...

Budak Kilang,

Terima kasih atas komen saudara. Seperti saudara, saya jugak pengundi atas pagar. Bagi saya, asas parti yang akan saya pilih adalah parti yang boleh memberi manfaat. Saya tak perlu janji janji manis seperti janji bulan dan bintang.

Gaji saudara telah meningkat dari Rm800 ke Rm2400 dalam 4 tahun, satu peningkatan yang tinggi. Bukankah ianya menunjukkan ekonomi bertambah baik. Saya percaya, permintaan terhadap barang yang dihasilkan di kilang saudara telah meningkat, satu petanda ekonomi telah berkembang, bukan begitu.

Masih ingat tak saudara dalam tahun 1998, DSAI telah menngenalkan satu polisi kewangan yang pro IMF walaupun Malaysia tiada perjanjian hutang dengan IMF yang memaksa Malaysia mengikut preskripsi IMF. Walaupun. Kadar hutang /GDP adalah yang terendah pada 31.8% pada tahun tersebut, DSAi telah meningkatkan kadar pinjaman, mengurangkan tempoh Non performing Loan kepada 3 bulan, mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Yang sakit ketika itu adalah SME kerana terpaksa membayar kadar interest yang lebih tinggi atas pinjaman perniagaan, pembeli rumah dan kereta juga terkena. Bila tiada cashflow, seperti minyak dalam kenderaan, tiada perniagaan yang dapat bergerak.

Mahathir menyelamatkan keadaan bila menukar semula polisi pro IMF tersebut. Googlelah saudara mengenai cerita tersebut. Saya nasihatkan baca seberapa banyak yang boleh, kemudian buatlah konklusi sendiri. Kebenaran perlu saudara cari juga.

Mengenai moral pemimpin saudara googlelah sendiri. Saya tak nak buat nasi tambah. Bagi saya mana pemimpin nak menjadi PM ataupun Menteri perlu bersih dan nampak bersih dari dosa dosa besar dan kecil. Sedangkan orang yang menjadi imam pun, tanpa sedari kita talah mentapkan standard sedemikian, apa lagi orang yang akan kita pilih jadi Perdana Menteri, standard yang lebih tinggi perlu diadakan.

Batu Ronson

Anonymous said...

' Yes,chinese ownners...yet after all the tricks and cheats now they blame the Melayus in the govt in the govt for giving licences and the buyers for being stupid '

' We cannot say that the investors were BLAMELESS.They invested so they take the risks ' - Batu Giling.

Who give the licences and authority to these " crooks " to cheat the blood and sweats money from the small and innocent ordinary people?

Was there strict and proper regulatory control and supervision over these ' companies ' to ensure the investors interest is fully protected at all time?

What are the government or BNM role and responsibilities in this matter by issuing the licences????

Many odinary people, who trusted the government to protect their small savings/investment, are cheated by these ' crooks ' from all backgrounds and you bring race/religion to defend and justify the action and behavior of the ' crooks '.....you have no basic decency and grossly misguided!

Since it affects mostly ordinary Chinese and done by Chinese ' crooks'? is OK.....the next time it could be the Malays or other races by their own race and it's OK...no wonder the country is sick.

AKADEMI TARBIYAH said...

Wahai Batu Ronson,

Pemimpin bukan suatu kebahagiaan tetapi suatu ujian. Pemimpin bukan suatu jawatan yang boleh menggerunkan lawan tetapi boleh mendatangkan murka Tuhan andai kita tidak tidak berpegang pada Taqwa dan Iman.

Melawan bukan bererti menentang tetapi melawan untuk mencari kebenaran untuk diberikan kebebasan sebagai manusia ciptaan Tuhan.

Walau kita punya beza fahaman tetapi jangan kita tentang sesuatu yang membawa kebaikan dan walau kita berlainan perjuangan tetapi biarlah kita seia dalam melaksanakan hukum Tuhan.

Orang yang baik akan sentiasa melihat kebaikan. Didiklah diri kita supaya sentiasa hendak menjadi yang terbaik.

Anonymous said...

PD! PD!

C4! C4!

Rajah brooke

Musa 'duit umno' tak aman

Tokeh otak udanggg!

Toyol dari istana Bali!

Eeerrrr Isa 'enggan jumpa di masyhar'!

Amah! Amah!

Bodyguard anak naik Alphard!

Eksport Pasir johor TANPA silika!

Moooooo, Floor 31 please! Thanks! Moooooo!

DUA menteri angkut MCA kena tipu? Dak aiihhh, Leong Sik orghang bek!

Mekaseh!

Batu dua!

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, mencelah sekali lagi; juga, sekali lagi, ampun dan maaf atas ulasan pertama yang agak panjang. Justeru, saya ingin berterima kasih kepada rakan kita yang memberi respond terhadapnya; pandangan saudara amat saya alu-alukan. Apapun, saya sekadar berkongsi pandangan dan pengalaman, dan tidak bermaksud sama sekali untuk menandingi sesiapa. Namun begitu, kalau yang rakan kita itu maksudkan bukan saya, saya juga memohon maaf seandainya tersalah tanggap. Apapun, saya tetap mengalu-alukan ulasan balas kalian agar dengannya saya akan lebih berhati-hati dan cermat serta tidak menyinggung mana-mana pihak, kerana semestinya kita akan terkadang terlanjur dalam tindakan dan kata-kata. Malah, Saudara Aspan juga berhak menapis ulasan-ulasan saya, khasnya, yang tidak wajar atau keterlaluan. Semoga pentas perbincangan ini akan merapatkan lagi hubungan kasih mesra dan memanfaatkan kita bersama, insha Allah.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Polisi kewangan pro IMF yang diperkenalkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1998 bukannya gagal. Tetapi menteri itu yang dilucutkan daripada jawatannya selepas itu dan polisi berkenaan dibatalkan dengan serta merta oleh PM ketika itu.

Tapi bagi negara-negara yang turut memperkenalkan polisi IMF seperti Korea Selatan, Indonesia dan lain-lain, mereka akhirnya berjaya juga keluar daripada krisis kegawatan. Bahkan kini, ada di antara negara berkenaan mengatasi pencapaian Malaysia dari segi ekonomi dan industri.

Tapi, Malaysia masih bergelut dengan masalah hutang yang semakin meningkat hampir kepada RM500 bilion daripada KDNK! Bahkan, sejak tahun 1999 hingga kini (13 tahun), Malaysia masih melaksanakan belanjawan defisit!

Anonymous said...

1895 Theodore Herzl mengilham idea zionisma. 10 tahun dia buat perencanaan dan pada tahun 1905, dia lancarkan fahaman itu.

1924 hasil gerakan tersusun, agen2 zionis hancurkan kerajaan khalifah othmaniah dgn dikepalai oleh mustafa Kamal Ataturk!

Percaturan dirancang sejak marx tulis Das Kapital, kitab komunisma. Dan fahaman sosiolis terlahir di Russia oleh geng Stalin-Lenin setelah revolusi berdarah rusia. Perang donia dirancang dan hasilkan dua blok yg berdingin akibat Bay of Pig invasion oleh rusia di Cuba. Sistem2 demokrasi dibiarkan wujud, termasuk di Malaysia, Indon, india, Pakistan dll. Di negara bekas khalifah Islam, diktator tentera lahir satu demi satu!

Hari ini gamai melayu, lebih2 yg sudah melebihi 60'an umurnya mati2 nak pertahankan mahatdeyyy dan umno! Pertubuhan yg terlahir oleh usaha british/barat yg menunjangi geng zionis!

Nabi saw sebut inilah dalam Zaman ke 4. Pun begitu gamai masih buta mata dan hati! Apa pun kita ucapkanlah terima kasih pada Mahatdeyy yg betul2 mencirikan zaman ke 4 yg Nabi saw ingatkan kepada kita agar kita jauhi!

Keluarga Saud, keluarga Sabah, Shah Iran, Saddam, Mubarak, Ben Ali, Ali Abdullah Salleh, Ghadaffi, Suharto dan ramai lagi seperti Taib Mahmud gamak mewarnai kebathilan yg terlahir dlm zaman ke 4 ini. Semuanya ngaku beragama Islam! Camna mereka nak ngaku jadi umat Nabi Muhammad saw kelak bagi mendapat Syufaat baginda?

Mungkin kekayaan berdosa (sinful riches) yg masing2 kumpul cukup bagi mereka pastikan mereka kekal selesa dalam sorgha!

Sekian,

Gheng lama

P/s - kalau kita ambil setiap 100 tahun Allah swt utuskan satu mujaddid utk bimbing umat manusia setelah wafat Nabi terakhir, maka kita ada 12 tahun lagi sebelom sampai tahun 2024! 12 tahun cukup utk mereka terus melalak kebanggaan, seperti Kampong man @ Batu Ronson!

Anonymous said...

Aku pun turut mengantuk baca komen Unknown yang meleleh leleh.Pendek dan paragraphkan ayat tu sebelum aku tertidur ustaz yer.
Gheng lama pulak kenalah fokus pada tajuk .Jangan ashik kutuk orang itu orang ini.Gunakan bahasa buku bukan bahasa sms kalau ia pun hendak kita semua baca .

Anonymous said...

Anon 9.21,

Awat sengal?

i) Kalo ngantuk, tido laaa
ii) Kalo nak baca tulisan2 bergaya bahasa baik2, beli novel, dan baca
iii) Keluar tajuk? Saya tulis dengan kaitkan keadaan dalam negara kita kini dengan keadaan sejarah peradaban manusia dan sejarah dunia BERTITIK-TOLAK dengan Hadiths Nabi saw yang disabdakan lebih 1400 tahun dulu. Keadaan yang Nabi saw sebut SUDAH dan SEDANG berlaku kini. Maka tanda2 perubahan sebenar yang Nabi sebut tentang bakal datangnya Zaman ke 5 itu sudah terlalu hampir untuk berlaku!

Bab kutuk? Benda yang nyata berlaku kita sebutkan supaya manusia buka mata dan hati!. Kalu terasa pedih, kerana suku sakat hang yang buat onak tu, saya nak buat macamanaaaa??

Jangan sengal, OK!

sekian,

Gheng lama

Anonymous said...

Anon 9.21,

Awat komen hang ni sama lingonya seperti dlm blog Pirates of Putrajaya yg hentam saya?. Di sana namanya Kampong man!

Kesian betul aku tngok Batu Ronson @ Kampong man @ Anon 9.21 ni.

Sekian,

Gheng lama

P/s - though you r old, you r a novice in blogging! Cerdik sikit laaa Kampong man @ Batu Ronson!

Kenapa merayu PoP tutup blog tu? Hehehehe