15 October 2012

TV3 akan menghadapi nasib yang sama seperti Utusan?

TV3 sedang merudum ‘rating’nya. TV3 yang termasyhur sebagai lidah UMNO dan BN kini sudah mula tidak mendapat sambutan ramai. Sebelum 2010, TV3 telah mendapat ‘rating’ yang tertinggi sehingga mendapat 3.5 juta penonton sehari dan kini jumlah tontonan dari rakyat telah jatuh sehingga 1.2 juta sehari. Kejatuhan bilangan penonton lebih dari 60% ini tentu bersebab dan sebabnya boleh diagak oleh kita semua. Kejatuhan ini akan akhirnya membawa padah kepada pendapatan syarikat dan menjejaskan prestasi kewangan syarikat televisyen itu.

Selalunya kejatuhan penonton sesebuah syarikat penyiaran seperti TV3 itu adalah kerana kejatuhan keyakinan penonton terhadap kredibiliti saluran itu. Dalam sejarah banyak syarikat penyiaran dan saluran TVnya telah jatuh kerana tidak mendapat sokongan ramai. Keadaan ini tidak mengecualikan TV3 yang kini sudah menampakkan keadaan seperti itu akan berlaku ke atas syarikat televisyen itu.

Kejatuhan penonton yang dialaminya sekarang sudah mula menampakkan apa yang dialami oleh banyak syarikat TV yang terpaksa ditutup di negara-negara yang lain itu akan berlaku ke atas TV3 jika saluran televisyen itu tidak menjaga kredibilitinya di mata penonton yang sedia ada sekarang.

Ramai di antara pengiklan-pengiklan barangan dan perkhidmatan telah mula memikirkan untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan mereka di saluran-saluran yang lain kerana TV3 tidak menjadi saluran sukaramai rakyat lagi. Kejatuhan jumlah penonton untuk saluran ini masih menurun dan dijangkakan yang ia akan melewati bawah dari 1 juta penonton setiap hari.

Keadaan ini berlaku bukan kerana apa….tetapi kerana TV3 sudah menjadi alat pembohongan BN dan UMNO dan rakyat yang berfikiran ‘professional’ tidak menganggap saluran TV3 ini sebagai saluran untuk rakyat. Sikap ‘tidak professional’ TV3 ini menjadi persoalan ramai kerana orang ramai tidak gemar dengan sikap condong yang keterlaluan terhadap sesuatu pihak dalam politik ini adalah tindakan yang dianggap tidak jujur.

TV3 tidak yakin terhadap professionisma kewartawanan dan berita. Ia sudah menjadi seperti pentarama jabatan penerangan dan propaganda kerajaan di zaman peperangan melawan komunis dahulu. Rakyat sudah jemu dengan tingkah laku TV3 ini kerana menjadi penghasut bagi membenci setengah pihak dalam masyarakat secara keterlaluan dan ia amat menjijikkan ramai rakyat yang mahukan berita-berita yang seimbang dan professional dalam penyebaran maklumat kepada rakyat.

Saya sudah tidak membuka saluran ini sejak tujuh atau lapan tahun dahulu. Saya sendiri sudah tidak melanggan dan membaca Utusan Malaysia sejak sepuluh tahun dahulu kerana sebab yang sama. Hanya beberapa orang yang rapat dengan saya memberikan apa-apa keratan tulisan Utusan itu jika ia bersangkut dengan isu-isu panas yang dicetak oleh akhbar lidah rasmi UMNO itu.

Sebenarnya rakyat memahami yang mana-mana saluran TV dan akhbar itu mempunyai ‘inclination’ masing-masing terhadap sesuatu pihak. Tetapi apa yang dilakukan oleh TV3 dan Utusan itu adalah keterlaluan sehinggakan membelakangkan professionalisma kewartawanan. Tidak bergunalah belajar bidang kewartawanan sehingga ke peringkat yang tinggi tetapi mentaliti dan sikap tidak professional itu ditunjukkan dengan terlalu jelas kepada rakyat yang sudah pandai berfikir ini.

Kerana tindakan TV3 ini maka mereka yang tidak menyebelahi mana-mana pihak terpanggil untuk memberikan sokongan kepada pihak yang dianiayai oleh saluran TV itu. Sesungguhnya apa yang disiarkan oleh TV3 ini merupakan satu yang ‘counter productive’ terhadap kerajaan itu sendiri dan pemantau-pemantau berkaitan dengan berita dari JPM itu tidak dapat merasakan rasa menyampah dan bosan penonton yang ramai-ramai balik ke rumah untuk bersantai dengan keluarga dipaparkan berita-berita yang berbentuk hasutan oleh media massa seperti saluran TV ini.

Bagi pembangkang yang menjadi korban fitnah ini, mereka sepatutnya berterima kasih kepada TV3 dan Utusan kerana kedua-dua saluran berita ini memberikan impak buruk terhadap BN dan tentulah PR yang mendapat keuntungan daripada tindakan mereka itu. Sebahagian besar daripada tanggungjawab pihak pembangkang untuk berkempen itu sudah pun disempurnakan oleh Utusan dan TV3 ini. Seorang yang benci kepada saluran ini menambah seorang yang menyokong kepada pihak pembangkang. Matematiknya senang.

Sikap memecah-belahkan rakyat oleh TV3 ini bertanggungjawab terhadap pembinaan kebencian rakyat kepada pihak yang berkuasa dan tidak adil jika dipersalahkan rakyat memberikan sokongan kepada pihak pembangkang kerana rakyat sentiasa berharap untuk hidup tenang di rumah setelah seharian bekerja kuat untuk keluarga masing-masing.

Apabila sampai di rumah rakyat mahu relaks dengan isteri dan anak-anak dan mereka tidak mahu berhadapan dengan hasutan pihak saluran TV3 sentiasa memaparkan keburukan pihak lain. Rakyat sudah merasakan yang ‘intensity’ pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh TV3 ini membuatkan ramai yang secara automatik membenci saluran itu dan seterusnya kepada pihak yang disokong oleh saluran itu.

Saya telah berjumpa dan bercakap dengan beberapa ketua syarikat yang saya kenali dan mereka memberitahu saya yang mereka sedang menimbang untuk memberhentikan pengiklanan barangan mereka melalui saluran ini jika saluran penyiaran ini meneruskan sikap buruk mereka itu. Jika hilang sokongan dari pihak industri ini TV3 akan hilang pendapatan syarikat yang berkurangan dan segala ‘glamour’ yang dialami oleh saluran TV3 yang terkenal itu.

Jika itu berlaku ia merupakan pengalaman yang sedang dialami oleh Utusan Malaysia yang tidak lagi mendapat sokongan dari pengiklanan yang besar-besar dan itu pun sebabnya Kumpulan Utusan Melayu itu telah kerugian sejak beberapa tahun yang lalu. Jangan terkejut jika TV3 akan menghadapi tindakan rakyat untuk memboikot saluran ini secara menyeluruh. Di zaman dunia tidak bersempadan ini rakyat boleh memilih saluran TV lain yang tidak membina kebencian di antara rakyat di negara ini.

Kita cuba untuk tidak menonton TV3 buat dua tiga hari ini... Saya yakin anda akan biasa dengan pemboikotan itu dan jiwa akan lebih tenteram dan aman tanpanya. Menjaga ketenteraman hati dan jiwa kita itu adalah satu ibadah kerana kita wajib menjauhi musuh-musuh secara baik, tanpa melakukan perkara-perkara yang ganas yang juga ditegah oleh agama dan juga adat kita.

25 comments:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Hebat! Teruskan! Malah, dalam segala perincian artikel saudara, saya berani dan tanpa segan silu menyebutkan sekalian yang bekerja kuat demi UMNO dan BN sebenarnya telah dicantas keupayaan mereka oleh parti OKU ini. Mana tak? Seandainya profesionalisme dan kewarasan aqal sudah mampu diperkotak-katikkan demi segolongan minoriti manusia tamak lagi durjana walau konon di khalayak ramai sebagai ahli jemaah solat, bukankah golongan sebegini lebih buruk darjatnya daripada binatang? Sebab itulah, sering saya tegaskan, saya bersyukur, alhamdulillah, walau OKU penglihatan, Dia anugerahkan saya nur iman, ilmu dan kefahaman agar dengannya, insha Allah, saya mampu bina "firewall" yang akan dapat menangkis segala kandungan berita bersifat haram jadah sebegitu. Justeru, elok benar saranan saudara agar kita menepis serangan para musuh kita ini dengan berhemah termasuk pemboikotan terhadap segala agen fitnah sebegitu, sekaligus menjadi alat perisytiharan perang dan jihad ke atas UMNO khasnya. Akhirnya, walaupun tidak dinafikan masih kedapatan di dalam UMNO itu para pejuang yang mukhlasin, tetapi, percayalah kalian semua, bilangan mereka kini dah boleh dikira dengan jari ... Cuma, janganlah pula kedapatan usaha mencabar kami membuktikannya; segalanya ini perlu diperhatikan secara zahir dan batin dengan penuh tawadhu' lagi tadabbur, barulah akan ditemui buktinya, insha Allah.

Terima kasih dan salam jihad.

Juraimi Zainal said...

AA, Mereka (TV3 & Utusan) telah terjun dgn labu2nya.. Biar2kan-biarkan.. TQVM ya TV3&Utusan kerana menjadi liabiliti BN..

Anonymous said...

Memang benar tuan Aspan. Saya telah mendapat ketenangan jiwa lebih 2 tahun yang lalu sejak saya menukar channel dari menononton TV3.

Memang sakit jiwa dibuatnya apabila pencacai-pencacai UMNOH ini menyiarkan cerita-cerita propaganda dengan menemuramah orang-orang dungu atau terencat akal. Sesiapa yang terus terusan menonton tv saluran perdana atau membaca utusan akan menjadi bebal selama-lamanya serta tertutup minda mereka.

Sayang sekali boss mereka Johan Jaafar ada otak tetapi salah menggunakannya demi mempertahankan kedudukan.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Memang betul dan tepat sekali bahawa ramai yang telah boikot dan meluat dengan TV3 ini dan berita yang lebih menggembirakan adalah ramai lagi yang akan pula mengikut jejak kumpulan ini 'as we speak'...

Macam tu lah lumrah, apabila spesis 'yes man' dan kurang daya intelek menerajui gerombolan Media Prima inilah jadinya - sendiri buat berita, sendiri dengar berita dan sendiri syok dengar berita sendiri... ha ha..

Anonymous said...

biar betik saudara.. dari mana sumbernya drpd 3juta turun ke 1 jutA?

Anonymous said...

asalamualaikum...saya setuju dengan pandangan tuan..malahan saya sekeluarga telah lama memboikot rancangan TV3.Bagi saya lebih baik menonton ASTRO ..walaupun berbayar tapi berbaloi dengan rancangan yang di siarkan.

Anonymous said...

The drop in viewers for tv3 could be due to the fact that after 2010 tv3 was not allowed to be broadcast to Brunei

Anonymous said...


Biar Johan Jaafar terjun dg labu-labunya...biar piii! biar piii!

Dia mungkin sibuk mengadap Putra Jaya dg deringan telipon tiap hari.

TV 3 telah buta dan pekak yg penonton dapat aksess TV lain.

Ini berita baik yg rakyat dah jemu melihat Najib ckp sorang-sorang kat media perdana!Apalagi tiap kali berucap, air liur acapkali terpercik keluar!

Rakyat tahu yg Kerajaan UMNO Bee End telah menyalahgunakan wang rakyat sehinggakan negara berhutang 500 billion dan 117 billion.Oleh itu Idris Jalal pernah berkata negara menuju ke arah kebengkrapan!Semua ini terjadi kerana Mahathir punya angkara!Anak Mahathir dapat projek lagi dg Petronas berjumlah 3 billion. Semua projek-projek mega dibolot oleh kroni UMNO! Selamat tingggal UMNO. Sudah tidak lama lagi! hye hye bye bye....!

Anonymous said...

Dah lama x tengok tv3 dan tv rtm..asyik layan tv unifi dan kadang kadang astro..

Kalo nak tau berita semasa lebih suka layan internet,yg berita nya lebeh tulus...

Dah menyampah dgn tv3 asyik muka najib,rosmah,rais yatim...KPI hancussss..

Anonymous said...

Tuan AA memang betul apa yang telah dikatakan oleh tuan memang secara tidak langsung fitnah yang sengaja diolah itu akan menikam diri sendiri dan seterusnya menyebabkan orang ramai akan memulau TV berkenaan.

Anonymous said...

Tuan AA,

- Saya sudah lama menonton tv3 dan sewaktu dengannya kerana banyak lagi saluran lain yang lebih baik untuk mendapatkan berita terkini lagi telus.

- Saya amat setuju dengan pendapat kebanyakkan orang bahawa tv3 dan sewaktu dengannya telah menunjukkan sikap tidak matang dalam penyiaran berita dalam negara.Tidak semua berita penting berlaku dalam negara/luar negara disiarkan dengan telus, malah mereka(tv3 sewaktu dengannya) lebih suka menghasut dan menyiarkan pembohongan kepada rakyat.

- Tv3 dan sewaktu dengannya 'bertindak ala mafia' dan semua berita disiarkan atas kehendak 'mafia politik' yang sedang berkuasa.Kebaikkan kepada rakyat dan negara dibelakangkan demi kepentingan peribadi pemimpin untuk mengekalkan kuasa dan terang lagi bersuluh begitulah mafia.

- Umno bn sangat sinonim dengan istilah pesalahlaku kolar putih, jenayah politik dan mafia.

- A.B.U

matpenang said...

Tuan Aspan,

Hebatnya amalan Islam. Cth, Nabi kata seringan2 iman dalam melawan munkar ialah dengan membenci di hati.

Contoh nyata ialah Utusan Meloya. Akhbar ini amat munafik. Jika tuan Aspan ingat, akhbar ini amat kuat menentang arus Islam. Sebut saja jemaah Islam yang tidak di serang. Dari Arqam, Abim, Tablih, PAS, hatta Taliban dulu pun diserangnya melalui pelbagai tulisan dan provokasi.

Akhbar ini juga yang cuba mengketengahkan pemikiran sekular Astora Jabat. Astora Jabat ini mahu membawa Islam menjadi sekular. Dia tak percaya soalan kubur dan kesengsaraan di dalamnya.

Justeru, di mana justifikasi Utusan dalam menyokong UMNO dalam membela Islam??

Oleh kerana itu, para pendokong Islam di Malaysia telah mengamalkan perintah Rasul tercinta iaitu MEMBENCI di hati. Caranya, berhenti beli. Akhbar ini penuh dengan kefasikan. Dalamnya ada hiburan yang tidak terkawal. Ada pendedahan aurat, ada pergaulan bebas. Ada subahat dengan judi. Apa kita sanggup membantu Utusan dengan membeli akhbar ini?

Akhirnya Utusan kian menghadapi zaman gelap.

Itu baru kita amalkan amalan cegah munkar `last option' iaitu membenci di hati. Betapa kalau PAS dapat negara dan mengatur mengikut kaedah Islam.
Pasti berkat !

Najib Pengecut said...

Pak Aspan,

Najib Menteri Bankrap

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan!
Saya telah lama tidak tengok TV RTM,TV3 suku, dan Utusex sejak zaman saudara Anwar digulingkan dengan aib sekali.Sejak itu saya dah tak pernah pangkah parti Syaitan tu.Tapi begitu masih ada melayu yang tertipu sehingga parti Bn boleh perintah sampai sekarang. Tapi kali ini mereka akan di singkirkan rakyat atas fitnah yang diluar dari batasan kemanusiaan.

Algodos said...

Saudara AA merupakan seorang yang sangat penyabar dengan terus memberi ulasan akan keadaan politik semasa.

TV3 suku tu bagus juga diteruskan.. supaya ia menjadi liabiliti kepada BN..kerana penonton pun bukan bodoh untuk terima bulat-bulat isu-isu yang disiarkan..setakat katak-katak yang komen teman dengor dan senyum saja..selagi ada peluang..bila lagi nak masuk TV..kadang-kadang lebih kerap dari PM sendiri.

Sekarang bukan tahun 70an atau 8an..rakyat dah ada banyak media alternatif..biarlah lah TV3 suku tu syok sendiri..lagi pun bukan lama dah..

Anonymous said...

ya.. saya setuju dgn artikel yang disiarkan.. menyampah, benci dan meluat.. terutama siaran berita pkl 8.. setengah jam sahaja digunakan utk crita pasal politik.. xde bnda lain ke? kmdia dok ulang bnda yg sama...isu dah lapuk, 3 tahun lps.. skrg ni, dah makin jrg tgk tv.. klau tgk, bkn tgk brita tp crita..

Anonymous said...

Ya Sultan Brunei pun tak tahan hasutan TV3 jadi siaran pun diharamkan. So rakyat Malaysia bila nak sedar????

John said...

This is really worth reading, it has too much details in it and yet it is so simple to understand, Thanks for sharing the picture it has great detail in it and i really appreciate your true artistic work!


Accredited High School Diploma Online

Anonymous said...

Tiap kali aku tertengok berita dari tv3...keje aku x lain x bukan aku akan sent email protes kat news@tv3.com.my..ni la keje aku bt dari dulu smp skg..malam tadi jam lebih kurang pukul 8 lebih pun aku ada sent email kat diorg tanda protes thdap berita isu negeri selangor..berita betul2 taraf longkang!!!ingat rakyat ni bodoh ke nak percya dgn berita tv3..nak tau apa jadi pada email aku sent mlm td..?server diorg da reject...hahahahaha...tau pun takut..pada rakyat semua yang benci pada fitnah kotor jijik..meh kita rmai2 pakat sent email kat diorg tanda protes tanda boikot tanda kita semua benci dengan berita busuk taraf longkang!!!shame on you tv3!!!

nick said...

Pak,

The saddest part in this is the "haram and unholy" income so many malays who worked in TV3/4 received every month. Just think about it, day in and day out, they are collaborating in these heinous act of lying, slandering and many of them feels nothing wrong with that. many of them even have a false sense of patriotism and believe it or not, piety since there deludedly thought that lying, slandering and skulduggery for the sake of UMNO is patriotism and a sign of a faithful muslim! Yeah, if you have mahathir and Najib as your God and prophet!

We lament the decline of moral and principle in Malay muslims but rarely we take a closer look at the root causes to these deficiency. Ever since we achieved independence we have been ruled by UMNO and ever since then the faith, the moral and the principle of the Malays have steadily declined. Do we call it coincidence? I call it direct consequences. Why? Why not! Didn't Mahathir mocked the hadis? Didn't he mockingly belittle the appearance of the prophet to that of a primitive man without a shaving tool. Didn't he threaten to impose emergency on kelantan if they dared to impose HUDUD.Isn't he the one who insultingly said that islamic jurisprudence is unjust and as such would increase the likely hood of citizen who are missing a limb or two? Najib is the same! AAB was even condescendingly alluding that Islam need modernization and he is the one to do it with his Hadhari!

UMNO is why islam is in decline in malaysia, UMNO is why the Malays are left behind in everything and going by the same logic, UMNO is the same reason why TV3/4 is going under and I am not ashamed to admit it, good riddance! To the malays working in TV3/4, try to find better job elsewhere, jobs that doesn't involve lying, slandering, treasonous act of spinning the truth and worse pitting citizen against each other through race,religion and raja! Only then will your rezeki will be plentiful and "berkat". UMNO is not god and heck, not even the ones giving you your monthly salary! So get your principle straight and do the right thing cause in the end, post GE, TV3/4 and their employees will not be very popular with malaysian not that I'm implying that it is popular now! Better late than never, I say!

Nick.

Anonymous said...

Technical problem with TV3 channel - the background sound / advertisement are wayyyyyy too loud compared to the news / drama played. fed upppppp.....

Anja Isa said...

Salam Pak Aspan,
Saya kalau diikutkan dah bertahun x tgk berita ni baik rtm mahupun tv3, sbb saya rasa apa yg dikabarkan itu boleh dikatakan bohong, kecuali hal2 kemalangan boleh percaya ler..baik le saya layan kartun boleh jugak hilangkan serabut memikirkan ekonomi makin tenat ni...

Anonymous said...

Αhaа, its fastidіous ԁіѕcusѕion concerning this аrtіcle here at this
ωeblοg, I hаve reаd аll that, so at this time mе also cοmmenting herе.



My web blog http://www.klank4135.lugama.org

Anonymous said...

Excellent post. I'm going through many of these issues as well..

my webpage hair loss tips

Anonymous said...

I blog quite often and I really thank уοu foг youг
informаtіon. Υour агticle has гeally peaκed my
interest. I аm goіng to tаκe a notе of your website аnԁ kеep checking for nеw information about once
per wеeκ. I subscгіbed to youг RSS feed as well.


my wеblоg; ejaculation master scam