26 December 2012

Pakatan Rakyat jangan gopoh mengambil bola tanggung

Samada negara itu kekal sebagai sebuah negara yang aman dan sentosa buat selama-lamanya, bergantung kepada rakyatnya. Rakyat lah yang boleh membina dan rakyat jugalah yang boleh memusnahkannya. Setiap negara, apatah lagi negara yang majmuk seperti Malaysia ini, perpaduan semua kaum itu adalah ‘ultimate’ dan jika kurang dari itu ia tidaklah sebuah negara yang aman untuk di diami.

Rakyat semua kaum tidak boleh menyalahkan di antara satu dengan lain kerana kewujudan kaum yang berbilang itu adalah kewujudan ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Menyalahkan keadaan itu serupalah menyalahkan Tuhan yang Maha Pencipta. Bukankah kita dicegah dari mengeluh dan murung dengan kejadian Tuhan ini?

Jika kita akui hakikat ketuhanan ini, maka kita wajar berusaha untuk mengenali rakyat senegara yang terdiri dari semua kaum ini dan berusaha untuk menghormati dan hidup bersama-sama dengan aman dan berbaik sangka di antara satu dengan lain. Maka perjuangan untuk bersama-sama hidup dengan aman damai di antara kaum itu merupakan ibadah yang amat besar nilainya di sisi agama dan Tuhan.

Usaha ini bukannya usaha yang mudah kerana politik perkauman yang dijaja oleh setengah pihak menyebabkan tidak dapat tidak kita terpaksa akui yang rakyat masih menyebelahi satu-satu tindakan politik berdasarkan perkauman. Walaupun pada zahiriahnya pimpinan UMNO bercakap lantang tentang perpaduan kaum tetapi bagi pengikut-pengikutnya ia tetap bermain dengan isu perkauman. Tindakan saya menyertai DAP awal tahun ini telah menyebabkan banyak komen-komen dari ahli-ahli UMNO dalam blog saya membidas saya kerana mereka tidak suka saya bersama DAP kerana DAP itu kata mereka adalah parti Cina.

Banyak juga saya menerima e-mail yang membidas saya dan menganggap saya sebagai petualang kepada bangsa Melayu kerana saya menyertai parti yang mereka tuduh sebagai parti yang rasis Cina itu. Saya selalu menjawabnya dengan mudah. Saya perkatakan yang DAP sedang berusaha untuk menjadi parti multi-racial dan ia memakan masa untuk menjayakannya. Tetapi saya selalu memberitahu mereka dalam jawapan saya yang saya tidak akan lari dari berjuang untuk melihat DAP benar-benar sebagai parti yang multi-racial kerana itu adalah janji dan matlamat parti itu dan ia termaktub di dalam perlembagaan sebagai parti muli-racial.

Saya percaya DAP tidak memungkiri janji-janji ini kerana memungkiri janji itu akan membuatkan rakyat khususnya orang bukan Cina tidak mempercayai parti itu pada masa yang akan datang. Saya bersetuju dengan setengah pendapat jika DAP masih lagi mahu menjadi parti untuk orang Cina sahaja maka parti yang selayaknya di sokong oleh orang Cina ialah MCA kerana MCA sesungguhnya parti chauvinis Cina. Kalau benar-benar pemimpin-pemimpin kaum Cina mahukan sebuah parti khas untuk dominasi orang Cina maka MCA lah parti yang sesuai.

Segala-galanya ini menjadi perhatian dan tumpuan rakyat terutamanya pengundi di atas pagar yang pada bila-bila masa boleh mengubah haluan dan patern pengundian dalam pilihanraya nanti. Bagi pengundi Melayu pula yang kini sedang bertambah-tambah menyokong DAP sekarang ini adalah di sebabkan DAP telah menunjukan keinginannya menjadi sebuah parti multi racial dan jika mereka kedapatan yang janji-janji itu hanya lah janji-janji bohong untuk pilihanraya sahaja maka mereka lebih selesa untuk mengekalkan sokongan terhadap MCA yang sudah biasa dengan mereka. Saya begitu berkeyakinan DAP memahami isu ini dan ia bukannya satu isu yang kecil.

Orang Melayu juga sedang serius berfikir maka itulah sebabnya ramai orang Melayu termasuk ahli-ahli UMNO sendiri sedang beralih sokongan mereka dan sedang memberikan harapan dan sokongan terhadap PAS. Fenomena penghijrahan orang Melayu dari UMNO kepada PAS memang satu fenomena yang jelas dan PAS dijangka akan mendapat sokongan yang besar dalam pilihanraya kali ini dari kaum Melayu. Itulah sebabnya kita hairan bagaimana Ketua Penerangan UMNO begitu yakin yang UMNO akan dapat merampas 20 kerusi dari Pakatan Rakyat kerana penghijrahan sokongan Melayu dari UMNO kepada PAS begitu menggalakan dan sangat memberangsangkan.

Saya telah memberikan banyak jawapan kepada persoalan ini kepada mereka yang masih was-was dengan usaha DAP itu melalui e-mail. Saya memahami yang sesiapa yang bertanya melalui e-mail dengan serius itu, adalah dari mereka yang benar-benar ingin melihat ada usaha yang bersungguh untuk menamatkan zaman politik yang di landaskan kepada premis perkauman ini. Mana-mana pihak tidak boleh memandang ringan terhadap pandangan dan persepsi pengundi atas pagar ini kerana jumlahnya bukannya kecil.

Kata perpatah, ‘sekilas ikan di air kita tahu jantan betinanya’. Itulah sebabnya saya tidak henti-henti mengingatkan yang mana-mana pihak yang melakukan sedikit kesilapan dan boleh dibaca oleh ramai dengan mudah, maka pihak itulah yang akan kecundang di dalam pilihanraya ini.

Perkara yang paling pokok ialah tidak ada pihak yang berbohong politik yang mudah dilihat. Rakyat sedang memerhati dengan begitu rapi dan kesilapan UMNO dahulu ialah kerana permainan politik kepimpinannya yang telah dapat di baca oleh orang ramai dan hasilnya UMNO semakain hari semakin tidak diyakini lagi.

Pilihanraya kali ini bukan seperti pilihanraya-pilihanraya yang lalu kerana ini merupakan ibu kepada semua pilihanraya. Rakyat berkehendakan perubahan dan kepada pihak yang mahu melakukan perubahan itu sendiri mesti melakukannya dengan jujur dan telus.

Asas untuk melakukan perubahan itu semakin kuat. Terpulang kepada pihak yang ingin melaksanakan perubahan itu sahaja untuk menentukan kejayaannya. Jangan melakukan kesilapan dan jangan tunjukkan keghairahan yang keterlaluan untuk mendapatkan kuasa itu.

Kesalahan bukan lagi kesalahan UMNO dan BN kerana BN telah memberikan ruang untuk Pakatan mengambil alih kuasa dengan tindakan parti pemerintah itu yang melakukan banyak kesilapan demi kesilapan setiap waktu dan masa. BN sekarang ibarat memberikan bola tanggung kepada pembangkang.

Tetapi ada kalanya bola tanggung pun tidak dapat dimunafaatkan oleh pihak yang mendapatnya semata-mata kerana kesilapan dan kelalaian sendiri. Keghairahan untuk mengambil bola tanggung itu kadangkala membawa padah.

18 comments:

Anonymous said...


Aspan,

Excellent advice bro!!

Brian

Mengapa saya tinggalkan Umno said...

Tuan Aspan,

Ramai Melayu ambil keputusan sertai DAP adalah kerana mereka kecewa dengan kepimpinan parti yang mengamalkan kronisme politik.

Perjuangan DAP berbeza dengan Umno kerana memperjuangkan kesaksamaan dalam ekonomi, perjuangan membebas negara dari rasuah, dan perjuangan yang bermatlamatkan prinsip demokrasi.

Malah, perjuangan Umno hanya untuk sekumpulan Melayu sahaja.

Hakikatnya, kini Umno tidak dapat hidup tanpa rasuah bahkan rasuah tidak dapat berkembang tanpa Umno!

Anonymous said...

As Salam,

Yang penting bukan buat sesuatu ‘dengan siapa’, tetapi ‘buat apa’. Kalau buat jahat, walaupun dengan ustadz, ianya tetap jahat dan akan tetap berdosa. Kalau buat baik, walaupun dengan orang bukan Islam, ianya tetap kerja baik dan orang Islam tersebut tetap mendapat pahala!

Anonymous said...

Lebih molek berkawan dengan ular daripada berkawan dengan Umno/BN, Pak Aspan.

Kalau ditakdirkan aku bertemu antara ular dan Umno/BN, aku akan ketuk Umno/BN dulu.

UMNO/BN nie, tak pernah nak berubah. Apo yang berubah hanyalah pemimpin dan slogannya aje. Sikap dan Sifatnya tetap sama aje....Dari dulu, kini dan selamonya.

Saya dah meluat ngan Umno/BN kerana kelakuan Umno/BN itu sendiri. Sebab itulah, bukan aku yang menentukan sama ada aku membenci Umno/BN atau tidak. Umno/BN sendirilah yang menentukannya. Kalau setakat cakap "Umno boleh berubah"...."berubah atau rebah", tetapi perangai makin hari makin BEDEBAH, lagi kuat aku berdoa supaya Allah s.w.t. melak'natkan Umno/BN nie.

Setakat hari ni, kelakuan Umno/BN bukan sahaja bertambah jijik, malah aku langsung tak nampak lagi sebarang harapan kelakuan jijik boleh jadi molek.

Anonymous said...

MCA lah parti perkauman bukan DAP .Tengok undang2 kecil DAP dan MCA untuk mengetahui yang mana parti perkauman.Takkan orang umno dah tak bolih lagi baca undang2 kecil DAP dan MCA. Era UMNO untuk hidup lama memerentah melalui ugutan dah berakhir kerana orang yang celik ramai berada diluar UMNO jadi sepatah dilepaskan olih UMNO seratus akan menghentam UMNO .Sekarang ni umno tembak rambang pun gagal kerana tertembak sendiri maklumlah semua penyakit ada dalam umno.Orang yang bolih terima ugutan umno dah banyak berkurangan yang tinggal hanyalah yang petang2 yang sebahagian besar dah tak terdaya nak pergi mengundi.PR walau bagaimanapun perlu berhati2 tidak terlalu yakin kerana UMNO banyak pengalaman dan jaringan yang bolih dimanafaatkannya untuk mendapatkan undi kemenangan terutama didalam masa kecerderaan mengundi(satu jam sebelum pengundian ditutup).Bola tanggung tidaklah sebanyak half chance didalam memberikan kemenangan jadi PR perlu berhati2 yang bola tanggung itu mungkin perangkap umno .Menang melalui half chance adalah lebih baik kerana UMNO akan menjangka half chance itu mustahil bolih dimanafaatkan olih pembangkang maklumlah mereka berterusan berada dalam comfort zone menganggap mustahil PR bolih menang inikan pula dalam keadaan half chance Wallah hu alaam...Selamat berjuang PAN kerana you are on right path...

Tongkang Yat tmpt Madeiyy said...

Sdra Aspan,

dalam sukan ,jika bola tanggung,opponent kita tidak beri chance! mereka akan smash gila-gila!.

Dalam politik pun sama.BN guna media perdana at the fullest! PR pula telah memenangi hati Rakyat dg approach kebangkitan Rakyat.Dalam mana-mana perjumpaan ceramah PR dg Rakyat telah menakutkan semua kabinet BN.Madeiyy pun tak boleh tidor malam dibuatnya!

Kita masih ingat lagi waktu dulu dulu di mana Madeiyy bukan saja smash malah memalukan lawannya.Ramai pemimpin parti pembangkang merengkok dalam penjara bila terkena bobby trap ISA.Tak cukup dg ISA datang pula OSA.

Dalam UMNO sendiri, Madeiyy suka sangat melaga-lagakan timbalannya dg org yg disukainya!Kalau dah DNA mamak,mamak juga!

Sekarang pengundi atas pagar pun telah sedar.Mereka tunggu PRU 13 saja nak kerjakan BN.Smash mereka ke atas bola tanggung PRU menyebabkan Pemimpin Bee End lari malam!


Tongkang Yat tempat Madeiyy

akma@site said...

Sangat setuju dgn tajuk dan kesimpulannya..pada pandangan saya, melihat Kpd senario semasa PR seakan dibuai dgn keyakinan utk menduduki PutraJaya.Hakikatnya, Pakatan dilihat masih belum seiya dan sekata dlm bbrapa perkara.keadaan ini perlu ditangani segera dgn bijaksana sebelum ianya memakan diri.sepatutnya dalam minit2 terakhir ini sebarang ketidaksepakatan dan kelemahan sudah tidak timbul dan Pakatan sepatutnya kelihatan mantap dan padu.ini penting kerana para pemilih diatas pagar perlu diyakini dan tetap pendirian..
Sekian..walahuallam.

zopinion said...

Numero Uno
Islam Untuk Dunia Dan Akhirat...

Cina ke Melayu ke India ke... doesnt matter at all...

Aspan memang Melayu DAP dan DAP kononnya bukan parti Cina.. tapi dah berpa puluh tahun parti DAP wujud? Ape cerita? Dah 50 tahun pun masih dikuasi bangsa Cina... ape cerita...

giorgio said...

Saudara Pak Aspan,

Tulisan Pak Aspan kali ini merupakan Tulisan episod ini supaya mendapat perhatian untuk PR supaya berhati hati sebelum menjejak ke Putrajaya...I think this is one of the finest art you have present to the rakyat and the PR...thank you again Pak Aspan

Anonymous said...

Tuan Aspan

Ada pendapat mengatakan kalau Inggeris sejak dahulu lagi memberikan keistimewaan kepada orang Cina semasa pemerintahannya, adakah orang Cina akan menjadi malas untuk berusaha dan tidak akan berusaha kuat seperti yang kita lihat hari ini?

Ini seolah boleh dilihat dari pemimpin-pemimpin yang telah memerintah sekian lama, tak kiralah ianya Melayu, Cina, India atau Pribumi di Sabah dan Sarawak. Ramai hanya menunggu mengaut kekayaan tanpa perlu bersusah payah dek kerana banyak keistimewaan yang diterima.

Anonymous said...

Aku sokong DAP kerana pemimpinya sanggup masuk penjara sebab mempertahankan gadis melayu bawah umur kat melaka satu ketika dulu..

Anonymous said...

Dah 50 tahun propaganda penipu Umno/BN melalui media menipu rakyat selama ini. Apa cerita?
Takkan ngko nak sokong mereka yang tipu ngko selama 50 tahun? Sedar la tipah agar jangan tertipu lagi.

muzium padi gunung kheyang said...

hidup PAKATAN RAKYAT!

insafdoh67 said...

Betul tu... Dap bukan mcm umno Bedebah. baham. Rompak harta rakyat. Benci tengok melayu barua dlm umno.. Sokong mca hina hudud. Pergi mampus cepat umno baru aman Rakyat... Jgn kira siapa.. Kita teruskan perjuangan Rakyat ke Putrajaya.. Boleh bola canggung libas je... Tungu mende ape lagi.. Ke guane gamok... Kih.kih.kih.. Insaflah.. Ketika masih ada waktu. Dunia Belum Kiamat.. Lawan sampai Tamat...

Anonymous said...

Pak Aspan...sememangnya mca lebih teruk dari dap...mca juga tau bn akan kalah dlm pru akan datang..dan mca juga mau bn kalah dlm pru nnti..supaya ameno pon bungkus..kerana sifat membuli ameno dlm dlm bn...

Sokongan dan kenyataan pemimpin mca sekarang ini,hanya untuk menyedapkan najib..mcm ahmad mazlan juga serta untuk mendapat imbuhan dan projek..dan mereka dah bersatu hati supaya bn bungkus..tetapi pemimpin ameno yg bodoh dan banggang tidak tau membaca games mca...akal dan otak pemimpin ameno tertutup kerana terlalu banyak makan duit rasuah dan duit rakyat...

Kononnya pemimpin ameno membela islam dan menghentam penyebaran kristian..tetapi menjadi tali barut vincent tan dan ytl dlm kegiatan kristian...

ingat rakyat terutama bangsa melayu bodoh sangat untuk mengerti apa yg ameno lakukan...rakyat tau pru adalah masa terbaik mengajar bn..

Anonymous said...

Tuan,

Saya bersetuju dengan pendapat Anon 22:27. MCA sedang sabotaj UMNO aka BN.

Saya berpendapat sedemikian berdasarkan 2 insiden terbaru: MCA menyerang majlis DAP seperti UMNO dan mengeluarkan kalendar yang menghina Islam.

Fikir betul-betul apakah tujuan kedua-dua tindakan tersebut. MCA bodoh sehingga tidak memahami apa implikasi dari kedua-dua tindakan itu? Satu untuk menambahkan kebencian kaum cina kepada MCA/BN dan satu lagi untuk memberi peluru kepada Pakatan Rakyat dan membangkit kemarahan orang melayu kepada UMNO dan BN?

Apakah ia sebagai satu sabotaj kepada permainan Amanat Haji Hadi dan isu kalimah Allah yang sedang dimainkan oleh UMNO sekarang?

Dimana sahabat saya kampongman,batu ronson, cikgu ngah dan penyokong/ahli-ahli tegar UMNO.....apakah sdra-sdra masih memakai kacamata ketaksuban UMNO yang tegar menyebabkan sdra-sdra tidak nampak sabotaj terang-terangan dari MCA ini? Bukak le spek tu sekali sekala, tengok sekeling !! ...hahahahaha

Zack

Anonymous said...

Unlike UMNO, MCA cannot play the damaging, shallow and divisive politics of race and religion to get support.

MCA left the politics to BN to stay in power......it is too late for them.

Hardworking and decent ordinary people pride and dignity are hurt and they feel ashamed associating with corrupt people and political parties in position of power, trust and influence.

Anonymous said...

Baca dan fikir baik2....

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/pakatan-sunni-israel-imaginasi-atau-realiti-haris-zalkapli/?utm_campaign=rencana&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

Luar tajuk? Think again!