30 January 2013

PM Najib dalam kesunyian

Jika benar kumpulan Muhyiddin yang disokong oleh pihak yang berpengaruh dalam UMNO untuk mengenepikan Najib sebelum pilihanraya ia sudah terlambat dan tidak mempunyai masa lagi. Najib pula sepatutnya menumpukan masa dan perhatian beliau terhadap lawan beliau di dalam partinya sendiri. Saya selalu berkata musuh Najib sebenarnya bukannya parti pembangkang tetapi musuh beliau yang lebih besar ialah dari dalam UMNO itu sendiri.

Bagi Najib menyalahkan pembangkang yang menjadikan isu lawatannya ke Gaza sebagai lawatan yang membuang masa dan ‘counter productive’ jika dipandang dari sudut hendak menaikkan imej BN dalam pilihanraya nanti itu adalah tidak tepat. Ianya di perbesarkan oleh mereka dalam UMNO sendiri. Anwar Ibrahim bukan orangnya yang membesarkan isu itu.

Yang menjadikan isu tentang lawatan itu adalah Presiden Palestin sendiri yang menegur Najib yang tidak betul cara melakukan lawatan ke Gaza itu kerana ia dilihat seperti masuk campur di dalam hal ehwal Palestin itu. Mahmud Abbas telah menempelak Najib kerana Najib menampakkan dirinya sebagai memihak kepada satu dari dua pihak Palestin yang berbeza itu.

Mahmud Abbas adalah Presiden yang diletakkan oleh masyarakat antarabangsa sedangkan Hamas merupakan pihak yang memenangi pilihanraya tetapi tidak di iktiraf oleh banyak pihak di dunia ini dan menguasai Gaza dengan Ismail Hanieh sebagai Perdana Menteri nya. Anwar hanya memberikan pandangan yang Najib tidak membuat ‘homework’ sebelum melakukan lawatan itu. Oleh yang demikian lawatan yang sepatutnya memberikan lonjakkan untuk Najib nyata telah menjadi isu besar yag negatif bagi kerajaan dan dirinya sendiri.

Najib terpaksa membela dirinya sendiri dan tidak ada dikalangan mereka dalam kabinet serta partinya yang mempertahankan beliau. Malahan ramai di antara pemimpin UMNO dan kerajaan sendiri memberikan komen yang tidak baik untuk Najib dibelakang dan tidak langsung memberikan kenyataan untuk membela Perdana Menteri yang kian hari kian lemah itu. Selalunya UMNO akan mempertahankan pemimpin utamanya dengan kuat walau sebesar mana pun kesalahan pemimpin mereka. Mahathir dahulu telah melakukan banyak kesilapan besar tetapi setiap peringkat UMNO memberikan kenyataan tegas berdiri di belakang beliau dalam apa pun keadaannya.

Puluhan kali saya sebut dalam blog ini bahawa UMNO akan menghadapi perpecahan yang amat serius dan parti itu akan tersungkur dengan sendirinya. Jika parti yang tidak bersatu menghadapi musuh yang sedang kuat ia tidak akan mendapat kejayaan. Itulah sebabnya saya selalu memberikan pandangan banyak tahun dahulu yang UMNO akhirnya akan menjatuhkan diri mereka sendiri tanpa payah ditolak oleh pihak pembangkang. UMNO itu sekarang nampak gah dan besar serta garang, tetapi pada hakikatnya UMNO itu hanyalah sebagai satu ‘paper tiger’ sahaja yang tidak akan membawa apa-apa ‘consequence’ yang positif untuknya.

Tindakan ramai rakyat memilih untuk memberikan dukungan terhadap parti-parti ‘alternative’ adalah satu tindakan yang ‘natural’ dan kemahuan rakyat untuk berubah itu pun memangnya sudah sampai masa dan waktunya untuk dilakukan. Kita mesti ingat UMNO tidak boleh mengharapkan tuah datang selalu. Kadangkala ia terpaksa menghadapi kenyataan yang masa untuk ia di ketepikan itu sememangnya sudah sepatutnya sampai, malahan ia sepatutnya berlaku sepuluh tahun dahulu lagi.

Cerita kemahuan sebahagian dari pemimpin UMNO untuk Muhyiddin mengambilalih kepimpinan UMNO sebelum pilihanraya itu sudah nyata benar. Tetapi jika pun Muhyiddin berjaya dengan sokongan Mahathir dan yang lain-lain untuk mengambilalih kepimpinan dari Najib, persoalannya adakah ia memberikan apa-apa perbezaan kepada UMNO.

Bagi pendapat ramai UMNO akan lebih buruk lagi keadaannya kerana bukan semua yang mahukan Najib berhenti, apatah lagi Najib baru sahaja mengambilalih kepimpinan dari Abdullah Badawi yang di benci Mahathir itu. Jika pun Muhyiddin mengambil alih apa baiknya kerana beliau itu adalah dari acuan yang sama sahaja dan beliau tidak sunyi dari kesalahan yang besar yang belum di sebut oeh rakyat lagi. Pendeknya yang diturunkan dan yang dinaikan sama sahaja.

Bagi rakyat untuk memihak kepada satu dari dua pihak dalam UMNO ini, merupakan risiko yang bukan kecil. Risiko nya ialah ketidakstabilan kerajaan itu. Yang menang tidak mendapat semua dan yang kalah tidak akan hilang kesemuanya. Oleh itu adalah tidak bijak bagi rakyat untuk memberikan sokongan kepada UMNO kerana kedua-dua pihak itu akan membawa musibah kepada negara dan kerajaan.

Adalah molek bagi rakyat meninggalkan sahaja UMNO itu dengan masalah yang mereka wujudkan sendiri dan kita berikan tumpuan kepada pihak alternatif yang lebih serius untuk mencari dan melakukan perbezaan terhadap rakyat dan negara.

Rakyat mahukan ‘ambience’ politik yang berbeza kerana rakyat rindukan suasana dalam mana mereka tidak payah berdiskusi tentang politik di mana-mana lagi. Rakyat mahukan ketenteraman suasana untuk terus hidup tanpa gangguan fikiran dan permasalahan yang berlaku terlalu banyak di hadapan mata mereka sendiri.

Dalam keadaan sekarang semakin hari semakin menyakinkan yang UMNO sudah mula tidak relevan untuk menjadi parti pemerintah yang baik lagi. UMNO seolah-olah sudah begitu usang untuk mendapatkan keyakinan  rakyat ramai.

17 comments:

Anonymous said...

Salam sdr Aspan.

Nasehat saya orang kampung, Najib uruskanlah masalah dalam rumahtangga, dan partinya dulu sebelum membuat keputusan untuk bertanding sekali lagi dalam PRU 13 nanti.

Nama najib ini lulus ke tapisan SPRM nak jadi calun?

Kalau lulus saya cadangkan Pesuruhjaya SPRM cari kerja lain....

Anonymous said...

Secara terang-terangan kelompok2 dlm UMNO mengistiharkan diri masing-masing kalau ketua kelompoknya tidak di calonkan maka mereka akan sabotaj UMNO kali ini.. benar telahan Tuan perkara ini akan benar2 berlaku, tungguuu.

Anonymous said...

Saya lihat Psikologi pengerak UMNO diperingkat cawangan sangat jatuh dan merudum kerana pergi dimana2 akan kedengaran suara......... UMNO AKAN DIJATUHKAN, UMNO AKAN DITURUNKAN, UMNO AKAN DIREHATKAN, UMNO AKAN BERTUKAR PERANAN SEBAGAI PEMBANGKANG YG SIHAT, UMNO AKAN TUMBANG, UMNO AKAN SIHAT DAN KUAT SEMULA BILA DAH JADI PEMBANGKANG, UMNO AKAN BELA MELAYU BILA DAH JADIPEMBANGKANG. ...Suara ini sentiasa berkumandang di kedai kopi, surau, mesjid dan di majlis2 kenduri....

Anonymous said...

Tuan salah satu sebab besar kenapa saya sangat membenci org umno ialah kerana ucapan dan kata2 yg keluar dari mulut org umno banyak yang CHELUPAR, MENCARUT, CABUL, BIADAP, PENGUTUK, PENGHINA, SOMBONG BODOH, BERLAGAK PANDAI, BERLAGAK KAYA dan PENIPU tu biasalah.....

cetusan hati...org Pilah...

IdaMan said...

Pak Aspan,

Mengapa Najib tak nak jadi 'hero' menyatupadukan parti Umno?

Apakah parti Umno kini dipandang mulia & indah oleh masyarakat global terutama dari Mahmoud Abbas?

Apakah Najib gagal memuliakan jemputan Mahmoud Abbas?

Anonymous said...

Bang, Najib kesunyian, Kampong Man kawan abang tu sedang meronta2 kebingungan! Mr Transformasi yg dia sanjung dan junjung tak diiktiraf mahadei dan pak brahem ahlee serta mr mauju!

Dan Batu bronsong dah retak! Sudah letak jawatan nak jadi batu api untuk bela amenuuu!

Ahakkxss!

Anonymous said...

Bang, joke orang2 cina kat Melaka sebelom PRU 12 dulu panggil KM Tok Ali sebagai Ali Last-term nampaknya sudah jadi kenyataan.

Tok Ali sendiri da bagitau dia nak ke parlimen! Mahadei dah nak guna dia utk tambat kaki muhideen sebagai Menteri Dalam Negeri!

Hebat weii, dua musuh nak digabungkan? Paling hebat, tokeh @ tuan punyer parti amenuu ni yer!!

Anonymous said...

The only people who are supporting Najib seem to be highly paid bloggers like rocky But then dia orang must write something right to justify their high salaries Cari Makan lah But only hard core umno supporters believe them

Alam Flora said...

As Salam Tuan Aspan.

Untuk masa tambahan (sebelum tirai baru PRU13 dibuka), bongkarlah cerita apa pun berhubung kebejatan,kezaliman dan keburukkan UMNO ini, semuanya rakyat akan percaya dan tak sabar menunggu kejatuhan parti munafik, penyangak dan penyamun rakyat itu.

Sebahagian besar rakyat dah terlalu benci dan meluat melihat muka-muka menteri dan para pemimpin UMNO yang seperti Berok Mok Yea sedang bergantung di atas dahan rapuh.

Sekiranya hilang kuasa nanti, berok-berok ini pun tahu akibat salah guna kuasa, rasuah, makan komisen, merompak dan menjual harta rakyat yang berleluasa maka mereka akan dibicarakan.

Mereka hanya ada secebis harapan yang disandarkan kepada "2 ekor Dajjal Kenyang" di dalam SPR yang akan membantu mereka untuk menang walaupun dengan nyawa-nyawa ikan.

Jika rakyat nak tahu kebenarannya kelak maka berilah kemenangan kepada PR, nescaya "2 ekor Dajjal Kenyang" tersebut akan membuat pengakuan juga setelah diliwat pagi, petang, siang dan malam oleh pesalah lain di dalam "Penjara Sg Buluh" kelak dan pastinya 2 ekor binatang tersebut akan membuat pengakuan juga akhirnya yang mereka memang berkerjasama dengan UMNO bagi menipu rakyat di dalam PRU13 dan yang sebelumnya juga.
(Nak bahasa cantik dan indah dengar bicara Menteri Perogol Amah) Tak gitu Tuan Aspan?



Gunung Jerai said...

Najib menggigit jari.Rasa diri KESEPIAN.Di Miri Najib cakap " You help me , I help you!".Najib,Najib...Najib ingat Rakyat bodoh. sebenarnya Rakyat tidak bodoh.Rakyat ketawa kerana kebodohan Najib sendiri.Sudahlah begitu air liur Najib berbuih di mulut bila bercakap. Rakyat cakap itu duit kami!

di Kelantan Najib berkokok lagi" Saya akan bangunkan Kelantan jika BN menang dalam PRU 13!Najib silap orang!.Dah royalti minyak engkau kebas!....Rakyat kelantan masih ingat lagi waktu UBN merintah kelantan dulu,APA UMNO TELAH LAKUKAN? Tok Pa dan Awang Adek duk karau duit gemukkan tembolok mereka

Sekarang Rakyat menunggu BRIM.itupun bukan duit bapa najib atau duit tok Noh Genting!Itu duit Rakyat...

Najib KESUNYIAN kerana impian nak satu kali lagi peluang semakin tipis...gadis Mongolia sudah menghilang entah ke mana. Penyanyi waktuh di PD telah kata hi hi bye bye kpd Najib.Tambahan pula Kak Ta dapat org muda! Najib kata melepaslah aku lagi!....

Muka Madeiyy sejak akhir akhir ini menampakkan KESUYIAN dan KETAKUTAN YG AMAT SANGAT!Begitu juga kpd semua pemimpin BN.Masa turun sudah sampai.Masa buat kekayaan tidak ada peluang lagi.

SELEPAS PRU 13,PEMIMPIN BN TERASA KESUNYIAN!

Gunung Jerai

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Mengapa Najib disambut balik sebagai perwira sedangkan misi pendamaian itu sebenarnya GAGAL?

Anonymous said...

Dato,

Should I be grateful

Anonymous said...

Najib : U RASA apa faktor BN kalah?
Kawan : sebab Perangai org BN macam U.

Mahyudin : U FIKIR kenapa BN kalah?
Kawan : Sebab Perangai org BN macam U.

Hishamuddin : U INGAT kenapa BN kalah?
Kawan : sebab Perangai org BN macam U.

Zahid : U AGAK kenapa BN kalah?
Kawan : sebab perangai org BN macam U.

Shafii : U LIHAT kenapa BN kalah?
Kawan : sebab perangai org BN macam u

Isa : kenapa ye BN kalah?
Kawan : sebab perangai org BN macam u.

Chua Soo Lek : Ai.. yoo.. BN kalah apa macam?
Kawan : sebab perangai org BN macam u.

Ketua2 Baha... gian : Kenapa kita kalah?
Kawan : sebab perangai org BN macam u

Ketua2 Pemuda Baha.... gian : BN kalah terok kali ni ye. kenapa?
Kawan : sebab perangai org BN macam u.

Ketua2 Wanita Baha... gian : Kita kalah lah .kenapa..?
Kawan : sebab perangai org BN macam u.

Ketua2 Puteri Baha GIAN : BN kalah ke.. macam mana boleh kalah.?
Kawan : sebab perangai org BN macam U.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Jelas terang tanpa bersuluh ketidaksabaran warga Malaysia ini menanti perubahan; tak usah pergi jauh: lihat sahaja ulasan rakan-rakan kita ni pun, petanda yang sudah tidak boleh dinafikan lagi sekalian pimpinan atasan United Mungkarat Number One ini. Ini juga merupakan ulang-tayang drama pentas dunia yang semakin tua ini, betapa makhluq insani inilah yang menjadi makhluq perosak dik dorongan nafsu dan godaan syaitan. Selain faktor sejarah kejatuhan regim-regim kediktatoran seperti ini, elok juga rasanya jika kita renungkan, di mana Allah SWT pernah merakamkan gejala seperti ini di dalam Al-Quran, mengisahkan bahawa golongan munafiqun Madinah pernah cuba menjalin kerjasama dengan Yahudi la'natullah untuk memerangi Rasulullah SAW dan umat Islam. Namun begitu, apabila mereka berhadapan dengan tentera Muslimin di medan perang, golongan munafiqun ini akhirnya menjadi pengecut tak terkata dan membiarkan Yahudi terkontang-kanting mempertahankan diri masing-masing ... Lantas, pada kisah itu disebutkan, yang lebih kurang maksudnya: "Engkau lihat mereka seakan-akan bersatu-padu; walhal hati mereka saling berpecah-belah".

Sebagai makluman tambahan, sekali lagi, SPR menerusi pengerusinya yang teramat tidak bertanggungjawab ini cuba mengugut para pengundi, kononnya tragedi 13 Mei akan berulang kembali sekiranya pihak tertentu memenangi pilihanraya ini. Justeru, kesimpulan yang boleh saya buat, kalau tidak melampau untuk saya sebutkan, sememangnya apa yang saudara sebutkan serta ulasan kesemua rakan kita ini berasas. Maknanya, sudahlah Najib kesunyian dik salah caturnya sendiri, kesatuan mungkarat itu turut akan kecundang lagi terkubur, insha Allah.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Budaya umno (baru)

Bila dapat presiden baru, semua akan berpusu2 sokong, yg jual nama presiden usah sebut laa

Zaman Pak Lah, ramai jual nama kata sedara atau 'orang' Pak Lah. Zaman Najib jugak begitu. Kesana sini kita dengaq sipolan kata dia 'orang' Najib! Yg ngaku sedara Rosmah jugak gamai.

Kini sudah mula kelihatan 'orang Pagoh' tunjuk muka! Masing2 nak jual nama bakal Presiden utk dapat habuan dgn jual 'air liur'!

Inilah dia suku kaum Pejuang bangsa taik kucing! Bangsa sendiri tergadai, agama ternoda!

Anonymous said...

sdr aspan.

mmg sudah pasti UBN MCABN MICBN PPPBN dan yg semua BN akan kalah teruk. sapa kata? rakyat yg kata. siapa rakyat? pengundi dalam PRU 13.PR hendaklah menyusun semula pemerintahan/kerajaan dgn adil utk rakyat, ekonomi ditingkatkan, rasuah dihapuskan. pemimpin yg memerintah terdahulu di siasat dan dihukum baru rakyat akan kekalkn PR memerintah hingga umno luput dalam sejarah.

Bang The Bank said...

Ingat tuan tuan - masa depan hanya ALLAH jua yg maha mengetahui. jgn lah jadi nujum pak belalalang, tilik masa depan tu haram tau