12 January 2013

Tak payah tulis panjang-panjang. Cukup lah dengan dua keping foto ini

Himpunan Kebangkitan Rakyat petang tadi merupakan himpunan yang paling berjaya dalam sejarah penganjuran perhimpunan. Kebangkitan rakyat kali ini bukannya kebangkitan yang calang-calang kebangkitan. Ia merupakan perhimpunan terbesar dan ia melebihi dari perhimpunan semasa menyambut kemerdekaan negara pada tahun 1957 dahulu. Pada jangkaan saya himpunan ini lebih besar dari humpunan Bersih 3.0 pada 24 April tahun lepas.

Ada yang telah mengatakan jumlah kehadiran melebihi 700,000 dan ada yang menganggap jumlahnya lebih besar dari itu. Bagi saya jumlah kehadiran hari ini sudah cukup untuk meyakinkan yang perubahan akan tetap berlaku jika di izin Tuhan.

Tidak perlu lagi kita menulisnya dengan panjang lebar. Tatap sahaja beberapa gambar yang saya petik dari beberapa pihak dan ia sudah cukup untuk memberikan gambaran tentang kemahuan rakyat terhadap perubahan.
Lautan manusia ini akan diterjemahkan kepada undi di dalam pilihanraya nanti. Apa yang perlu kita lakukan hanya bermohon kepada Tuhan agar segala gerakan rakyat ini sentiasa berada di dalam keredhoanNya selalu.

Apa yang perlu dilakukan oleh pihak yang mencari perubahan ini, ialah dengan menumpukan segala usaha untuk menjolok rahmat Yang Maha Esa itu selain dari usaha zahiriah yang sudah nampak kejayaannya.

Jauhi dari sifat takbur dan berazam lah untuk menjaga rakyat dan negara dengan penuh bertanggungjawab dan tidak lari dari kehendak dan tuntutan agama, adab dan adat kita sebagai orang Malaysia yang penuh dengan sifat dan nilai itu.

27 comments:

Anonymous said...

mcm mana awak kira ni stadium tu muat 30K campur ruang padang sy tambah 10 k lg luar std 10k jadi 50k, mcmmana kata 700k u ni gagal math kot

School Of Tots said...

rasanya ni dah lebih drp 45,000...ish ish betul ke tv3 ni?

Anonymous said...

jutz 2 share another photo

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/735092_415773575167709_697375923_n.jpg

Anonymous said...

Tahniahlah Aspan...lebih sejuta orang telah hadir, perhimpunan pun aman.

Takda orang mati, takda orang buat buat mati, takda rusuhan kali ni kerana tangan tangan ghaib kali ni mungkin tak berani bagi signal.

Kalau macam ni punya aman, saya syorkan buat lebih kerap lagi, kalau boleh tiap tiap hari.

Apasal pulsk muka Nuar berkerut aje kali ni, patut gembira sakan. Hasrat nak jadi PM dah dekat lah ni.

Batu Ronson

Anonymous said...

Batu Ronson,

Komen kali ni macam deman terkejut je...hahaha. Demam jenis ni doktor perubaatan tak boleh nak detect.

bawak-bawak bertenanglah.

Buat Anon 09:00 GMT+08:00,

Mana ada 700k atau 45K. Dari gambar-gambar yang di upload oleh penyokong-penyokong PR - aku kira tak sampai seratus orang je.

Yang pergi ambik goodies kat Tesco Semenyih dari Najib, aku kira dekat-dekat 1.5 juta orang.

Alam Flora said...

As Salam Tuan AA.

Kalau tak mahu berjuang bersama tak mengapa, tapi si lembu kenyang (batu ronson) tu tak henti-henti nak provokasi blog Tuan Aspan ini.

Jarang sangat kita jumpa spesis manusia di dunia ini yang suka dimaki dan dibodohkan oleh manusia lain kecuali otak batu begini.

Barangkali juga semasa kecil beliau sering dimaki dan dibodohkan oleh kedua orang tua beliau maka dengan sebab itulah sikap beliau menjadi ganjil dan bebal apabila usia begini.....

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Patutnya tuan bandingkan gambar HKR kat Stadium Merdeka tu dengan gambar himpunan Najib di Semenyih, biar ramai yang tengok.

Saya tengok gambar himpunan di Semenyih...orang ramai menyerbu lori yang agih beras.., teringat saya gambar gambar rakyat miskin di Eutopia yang kebuluran. Tiap kali misi bantuan makanan sampai, begitulah suasananya..macak kat Semenyih tu. mereka serbu lori yang agih bantuan beras kerana mereka tu miskin, tak ubah macam penduduk di Eutopia atau pelarian Rohingya.

Tapi penduduk penduduk tu warga Malaysia..bernaung bawah kerajaan UMNO BN yang berkuasa sekian lama, tapi masih miskin tak ubah macam penduduk di Africa. Nampak sangat UMNO BN ni hanya layan rakyat macam mereka mereka di Eutophia...hulur bantuan bila mahu perkuda mereka mereka itu.

Kalau gambar serbuan orang ramai ke lori bantuan beras tu di siar di media luar negara, pasti ramai menyangka itu di Africa atau mana mana tempat yang melarat dan miskin.

Megah kah orang orang Semneyih?. Seronok kah Najib dan UMNO BN ?

Tanpa beras, tanpa duit poket dan tanpa makan minum.....ratusan ribu rakyat hadir di Stadium Merdeka. Kalau saya PM Najib..dah lama saya pakai topeng tutup muka...maluuuuu !

Itu pun pencacai UMNO BN nak bermegah lagi?????

Anonymous said...

Yang hadir memang tak ramai. Sebab yang datang itu memang yang paling degil dan yang tak takut kena pukul dan semburan air berasid. Kalau 100,000 orang yang datang, dan setiap orang yang datang itu mewakili 100 orang lain yang tak dapat datang kerana nak pergi motong getah, guru takut kena buang/tukar, ahli rela takut kena ditarik kad rela, kakitangan awam takut dikenakan tindakan disiplin, ahli umno yang berminat takut tak dapat projek kira dah memadai untuk pilihanraya kali ini. Yang penting bila orang muda dah turun, dmereka akan beritahu kepada orang tuanya yang tak dapat hadir tu..
Umno/Bn ibarat orang yang sedang lemas, dia akan berbuat apa saja untuk menyelamatkan nyawanya. Oleh itu semua kita wajib menjauhkan diri darinya.

Bangsar said...

Aku sendiri pergi ke stadium Merdeka dan melihat bagaimana ramai sekali kebangkitan Rakyat dari seluruh Malaysia.Memang ratusan ribuan Rakyat Malaysia.

Aku boleh bayangkan mantan PM terutamanya Mahathir tak boleh tidur malam.Dolah Bodowi pun begitu juga.Dolah telah menaikkan harga minyak!Ini diikuti oleh Najib Rosmah Mansor.Penyakit imsonia ni telahh menular juga kpd Menteri-menteri lain kabinet BN.

Himpunan Kebangkitan Rakyat kelmarin dg jelas telah menunjukkan Rakyat inginkan perubahan.Insyaallah doa Rakyat Malaysia akan mendapat restu!


Bangsar

joecharles said...

Kenapa Angka 112? Ada Agenda Kristian?
13 January, 2013 in Uncategorized
Perhimpunan Bersih 4.0 semalam, atau yang “rebranding”nya berbunyi KL#112, telah berlalu pergi. Tercapai atau tidak niat dan hasrat mereka untuk mengumpul sejuta orang itu tidak mahu kita bicara di sini. Sepertimana tajuk di atas, kenapa angka yang dipilih untuk menandai perhimpunan ini ialah 112?

Ianya berlangsung pada 12hb Januari 2013. Sepatutnya angka 121 yang dipilih. Bukankah setahun yang lalu angka 901 digunakan untuk perhimpunan di Jalan Duta pada hari keputusan pembicaraan Anwar, iaitu 9hb Januari 2012. Dengan mengguna format yang digunapakai di Malaysia (bukan di Amerika Syarikat) angka yang logik diguna untuk perhimpunan semalam ialah 121 atau 1201.

Dengan sedikit carian dalam internet kita dapat temui angka 112 adalah suatu angka yang ada kaitan dengan Bible Kristian dari susun atur angka dalam bahasa Hebrew yang memberi pengertian Tuhan mereka. Kajian numerologi dari susunan abjad dari 22 abjad dalam bahasa Hebrew ini memberikan pengertian angka 112 itu bermaksud “The LORD God” atau YHVH Elohim [YHVH = Yahaweh (atau Jehovah), inilah nama yang sebetulnya untuk Tuhan Kristian, bukannya Allah, perkara ini dibicara dalam posting Paderi Indonesia akui kalimah Allah hanya untuk orang Islam - klik untuk baca]



Of great significance is the fact that the number 112, the order number of the triangle, is the Hebrew gematria of JEHOVAH-ELOHIMor LORD God.

The Triangle is the 112th triangular number 6328 and 112 is the value of Jehovah-Elohim (LORD God) and 6328 in ascending digits is 2368, the value of Jesus Christ. (http://www.fivedoves.com)

Dalam pada kalimah Allah hendak mereka hina dengan menyamakan Allah Yang Maha Esa dengan Tuhan Triniti mereka , puak-puak gereja mengajak rakyat Malaysia berhimpun mengagungkan “The LORD God” mereka. Umat Islam kita berpecah dalam isu kalimah Allah – dalam pada sesetengah mereka membenarkan puak gereja mengguna kalimah Allah mereka inilah pulak yang mengagungkan pula angka yang mengangkat nama Tuhan Kristian ini. Astaghfirullah

Apakah ada dalam pakar strategi perhimpunan semalam yang membawa agenda Kristian?

Wallahu’alam


Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Hear this:
http://www.youtube.com/watch?v=xhZk8ronces

Details of portion of this speech by JFK speaks volumes of our PDRM officer who gave the figure at just 45K!!

His logic: 30k is THE capacity crowd (of the stadium) + those outside, he came to that magic 45k!!.

Mindless? Brainless? BOTH!

Sincerely

Gheng lama

Anonymous said...

But this one is better:

http://www.youtube.com/watch?v=qnEZ6FdE9mE

TQ,

Gheng lama

Anonymous said...

Skali skala nk syok sendiri tak leh ke? Tu Najib ngan Rais tu hari2 syok tak kate pun. 5000 org kata 50,000 org dn 800 org kat satu kmpg di Bentung kata 80000 org. Kmpg tu pun hanya ada 500 org semuanya. Lagi hancur kira2 depa. keh . . . keh

Anonymous said...

Awat pergi melalut sampai ke situ oi. tak de nk fikir lain ke? Mmg otak mcm Rais dn Najib, tk tumpu kat tmpt sepatutunya. Mcm taik judi aje. Asal tengok nombor, ada saja mcm2 intepretasi. Lain kali kau suruh Najib rekomen nombor 911.

Ambiga Sreenevasan said...

Dear Sir,

Why the Rakyat chose to give up their Saturday to gather in Stadium Merdeka?

Anonymous said...

Eh Joecharles, banyak minum brandy ke?

Cik Yong

ayba said...

Jangan membahas berapa ramai yang hadir. Penuhnya stadium itu dan ramai lagi di luar sudah cukup untuk memberi semangat diri dan sudah cukup untuk membuatkan kepala PM Najib 'botak!'

melayu said...

Pak Aspan,

Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka

Anonymous said...

salam semua..
pak aspan..
poduliknlh org yg msh dlm denial symdrm ni
yg pnting..hkl 112..yg dtg brhimpun dtg dgn khendak hati mka sndiri tnpa imbyhan..
yg plg ponting..kito tau niat kito...
tuhan tau mtlamat kito..
sebonareee...dorang pn tau...sajo x nk ngaku
jd...poduliknlh org cmni...

-sangharimaukumbang-

Anonymous said...

menurut perkiraan hari bulan dan tahun masehi semuanya dihitung dengan fakta matahari yg berputar mengelilingi bumi. apa2pun tarikh dan masa setiap detik dan waktu dihitung dengan menjadikan matahari sebagai alat utama. cumanya apakah kita nak letakkan bulan dahulu ke..atau haribulan dulu ke..atau tahun dulu ke..itu tergantung kepada kesesuaian sesuatu bangsa dgn segala adat dan budaya mereka. contoh yg paling hampir lihat sahaja panggilan keluarga dulu disebut berbanding dgn namanya yg sebenar. ini dilakukan oleh banyak masyarakat di eropah malah juga di china. begitujuga penggunaan haribulan dan bulan juga tahun. tidak menjadi suatu kesalahan untuk kita mendahulukan bulan dan kemudian haribulan dan tahun. hal ini bukanlah bererti kita mengikuti budaya dan adat mereka, malah dalam islam pun tidak berbangkit hal yg demikian itu. bahkan nabi saw juga sebelum hijrah bahkan selepas hijrah menggunakan taqwim yahudi dan romawi. malah mata wang yg digunakan pun adalah mata wang romawi dan parsi. tentang penggunaan bulan dan haribulan tiada langsung dipertikaikan dlm islam malah tiada hubungannya dgn unsur2 aqidah. jika saudara sangsikan 112 itu drp ajaran kristian itu adalah salah. malah saudara juga patut sangsikan tarikh dan haribulan dan tahun masehi yg kita pakai selama ini. sebab, mengapa kita gunakan tahun masehi sementelah lagi tahun itu adalah tahun kristian? kenapa kita gunakan masehi? kerajaan gunakan? umat islam gunakan? apa dah jadi dengan iktiqad kita tawhid kita kpd Allah swt? kalau gitu kita ni kufur ke? oleh sebab itu sebelum mengeluarkan pendapat haruslah berfikir semasak masakny. sekian maaf pak aspan panjang sikit.

Anonymous said...

SALAM SDR ASPAN.

Tahniah atas kejayaan PR dan NGO yg menganjur perhimpunan.
Biarlah berapa angka media, ahli penyokong bn hendak menterjemahkan perhimpunan tersebut.
Yang penting kehadiran perhimpunan PR lebih mengambarkan hasrat sebenar rakyat, Tanpa menerima apa2 habuan, rakyat menunjukkan kita rakyat Malaysia mahukan perubahan kerajaan.
INSYAALLAH ianya akan termakbul.

Kita telah buktikan kita BUKAN:-
1. Perhimpunan BERAS 5 KILO.
2. Perhimpunan wang saku $30.00,
Wang Minyak $60.00
3. Perhimpunan Sehelai kain basahan batik/pelikat.
4. Mengagung2kan pemimpin secara paksa.
5. Perhimpunan membalas Budi?

Kita berhimpun KERANA:

1.Menuntut Kerajaan Berubah.
2.Menuntut pemerintahan mengikut kehendak/Keperluan Rakyat.
3 Hapuskan rasuah dan salahguna kuasa.
4.Jangan boros wang negara.Berbelanja seperti wang ROMPAKAN.
5.Hapuskan pemimpin yang bodoh dan menurut ketua seperti tidak berakal.
6.Menghapuskan pemimpin yang memerintah ikut nafsu.

Moga2 Allah SBW memberkati perjuangan kita dan mengurniakan kemenangan kepada kumpulan kita demi menegakkan keadilan dan kesejahteraan ummat. YA ALLAH BERKATILAH PERJUANGAN KAMI DAN KURNIAKANLAH KEMENANGAN KEPADA KUMPULAN KAMI..... AMIN.

Pedro Carlos said...

Ini lah antara contoh rakyat malaysia yg berjaya diperbodoh2kan oleh media2 umno yg tidak beretika dgn propaganda2 murahan . Bangunlah wahai saudara. Sudah 55 tahun kita merdeka. Masih mau kah kita diperbodoh2kan oleh kerajaan yg penuh dgn penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa dll lg?????

Anonymous said...

Sabarlah Pedro, yg tinggal hanya Batu Ronson terkebil-kebil mcm cicak. Entah dia ni blogger upahan yg hidup dgn suapan Umno.

insafdoh67 said...

Nak tnya kat joe... U islam ke.... Jgn syirik pd Angka.... Kita berhimpun dari 98 lebuhraya Kesas hari sabtu dr dulu lg... Sabtu semua neger cuti. Orang pantai timur cuti... Pantai Barat cuti... Utara selatan cuti belaka... Rakyat senang nok mari. . Tak payah mintok cuti... Boleh bawak keluarga makan angin kl... Kita puok pakatan tak main Nombor Angka. Ni bukan zaman dulu boleh r tipu rakyat... Mu kalau syg islam Umno mu suruh PM jawab Ayah sape Rasmi kang Arak di Selangor Tahun 1973.. Anak Bekas PM mane Tokey Kilang Arak... 250 Melayu Islam Murtad... Senyap je belaka.. Sape jaga selama ni... Dap ke.... Jangan ikut golongang yg Sesat lg menyesatkan... Semua ni kena Taubat Nasuha... Jangan jadi tukang Ramal Nombor.... SYIRIK.... Insaflah cai semua... Pintu Taubat Masih Terbuka. Fikirkanlah......W.slm.

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan!

Inilah akibat dan kesan dari pemerintahan umno, yang akhirnya melahirkan manusia yang berpemikiran khurafat. Adakah menggunakan dan menyamakan nombor-nombor dari amalan agama Kristian di kaitkan dengan islam. Sesungguhnya menilik dengan nombor-nombor itu sah khurafat. Tapi ada pengkomen di atas beria-ia sangat nak kaitkan perhimpunan rakyat dengan nombor syirik tu., tak lebih dari menunjukkan kebodohan dan kejahilan dia sendiri. Sudahlah! pergilah mendalami agama terlebih dahulu dari menjadi barua parti melayu yang sah sesat tu.

Anonymous said...

umno/BN BUATLAH PERHIMPUNAN DI STADIUM MERDEKA, lepastu buat kutipan derma kilat kepada yng hadir, jangan takut dengan PR punya sambutan yang hebat tu. saya nak tengok kepadatan yg hadir, nak bilang memang tak boleh.

Anonymous said...

sdr aspan

pemimpin umno dah kecut perut. MCA dan MiC pucat muka menengok gelombang kebangkitan rakyat yg bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. tabik pada bang mat yg begitu berjaya menggerakkan himpunan rakyat. mana ada rusuhan?nyatalah apa yg berlaku dlm himpunan dulu kerana disabotaj oleh balaci umno yg memegang jawatan kabinet. jgn lupa bang mat patut dilantik menjadi menteri dalam negeri dan sdr karpal menetri undang2 dan kehakiman. ini permintaan rakyat yg besembang dikedai kopi, di kedai gunting dan drebar teksi.