23 January 2013

Usaha mengenepikan Najib dari kepimpinan UMNO macam 'real' nampaknya

Terperanjat juga saya mendengar ‘rumors’ yang berkisar hebat dikalangan UMNO yang Najib sudah sampai masa untuk di ketepikan untuk menyelamatkan UMNO dari di humbankan oleh rakyat dalam pilihanraya ini. Malahan isu ini telah pun ditulis oleh beberapa pihak dalam 'cyber space' yang usaha untuk memaksa Najib meninggalkan jawatan atau membuangnya mengikut saluran parti sedang berjalan rancak.

Ada penafian di buat di kalangan UMNO tetapi penafian di kalangan UMNO itu selalunya adalah cara untuk mengiyakan apa yang di khabarkan itu adalah perkara benar. Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim menafikan ada pertelingkahan di antara mereka dahulu, tetapi akhirnya terjawab yang berita yang dikatakan sebagai khabar angin itu adalah perkara yang benar, malahan lebih benar dari apa yang di beritakan itu. Sekarang kedua-duanya telah berputus arang dan tidak boleh memandang di antara satu dengan lain.

Saya sendiri acapkali berkata yang musuh Najib yang sebenarnya bukannya parti pembangkang tetapi musuh beliau sebenarnya adalah dari kalangan UMNO sendiri. UMNO tidak terbuka dan apa yang berlaku pun selalunya akan terjadi di dalam gelap buat seketika. Berlainan dari parti-parti dalam Pakatan. Mereka (parti-parti Pakatan) terbuka dan menunjukkan perbezaan mereka secara terbuka dan ini merupakan satu perkara yang sihat.

Ada yang tidak sama pendirian tentang isu dalam Pakatan, tetapi perbezaan itulah yang membuatkan mereka berusaha untuk bermuafakat dan ini tidak dapat dilakukan oleh BN. Masakan ada permuafakatan jika tidak ada perbezaannya? Sebaliknya kebaikan ini diambil sebagai perpecahan oleh BN dan media massa memainkan isu ini sebesar yang mungkin bagi memecahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Perbezaan yang sedikit di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat itulah yang menyebabkan mereka bersatu dan mereka mempunyai hubungan ‘inter-party’ yang baik dan bersama-sama menjaganya. Di sebaliknya kita melihat hubungan ‘inter-party’ dalam BN itu lebih baik dan mereka tidak menampakkan perbezaan mereka dalam semua isu yang berbangkit di kalangan mereka.

Tetapi yang paling merbahaya di dalam BN khususnya UMNO, ‘politicking’ secara senyap-senyap di antara mereka dalam parti pemerintah itu. Permainan politik di antara mereka di dalam UMNO itu sudah menjadi budaya yang tidak dapat dihapuskan lagi dan jika ada usaha-usaha dalam UMNO untuk menjatuhkan Najib itu, ia tidaklah menjadi isu yang memeranjatkan. Dalam keadaan sekarang, usaha untuk menjatuhkan Najib dengan menggunakan banyak isu peribadi Najib itu, adalah isu-isu yang ‘expedient’ untuk mereka memaksa Najib keluar dari pimpinan parti dan negara.

Ada di kalangan mereka di dalam UMNO sedang berusaha untuk memujuk seorang bekas Menteri Besar untuk mengeluarkan bukti penglibatan Najib dalam satu skandal di sebuah pusat peranginan banyak tahun dahulu. Permainan ini sudah menjadi lumrah dalam UMNO. Itu sebabnya jika pemimpin yang bercita-cita tinggi seperti hendak menjadi pemimpin utama negara penglibatan dengan artis wanita misalnya akan menjadi isu yang paling ‘mangkuih’ bagi musuh-musuh dalaman parti.

Tetapi apa yang tidak di sedari dan di fahami oleh UMNO ialah, mereka ini ditolak secara total oleh sebahagian besar rakyat dan mereka yang melakukan ‘politicking’ dalaman untuk menjatuhkan Najib itu pun tidak kurang masalah peribadi mereka. Pendeknya jika berjaya usaha sebahagian mereka dalam UMNO untuk menjatuhkan Najib, mereka atau individu yang menanti untuk mengambilalih Najib itu pun merupakan seorang yang jauh lebih lemah dari Najib dan Abdullah Badawi dahulu.

Saya selalu berkata yang siapa sahaja di kalangan yang sedang berada di pesada politik dan kerajaan negara sekarang ini datangnya dari acuan yang sama yang terbentuk sejak Dr Mahathir memerintah kita dahulu. Ia meletakkan kita dalam keadaan ‘yang dibuang itu tidak berguna dan yang mengambilalih pun lebih tidak berguna lagi’. Muhyiddin yang dikatakan akan mengambilalih itu pun akan menjadi tidak berguna oleh Dr Mahathir sebaik sahaja beliau (Muhyiddin) mengambilalih Najib nanti dan isu terhadap Muhyiddin juga merupakan isu yang ‘real’ yang hanya akan dikeluarkan setelah beliau menjadi Perdana Menteri nanti (jika dapat).

Jika umur Dr Mahathir masih panjang lagi isu peribadi terhadap Perdana Menteri itu akan hanya berhenti setelah Muhkriz menjadi setidak-tidaknya Timbalan Perdana Menteri. Maksud saya dalam urutan posting ini ialah UMNO ini berkecai kerana permainan Dr Mahathir yang mendapat sokongan dari mereka yang berkepentingan jika Najib jatuh dari pesada kepimpinan.  

UMNO sesungguhnya tiada berkepimpinan lagi…tiada seorang pun di kalangan ahli-ahli Majlis Tertinngi parti dan dalam jemaah Menteri sekarang ini. UMNO telah mencampakkan semua pemimpin yang berkemampuan untuk menjaga keselamatan Dr Mahathir yang tidak mahu sesiapa yang lebih cerah berada di sisi beliau dalam kepimpinan parti dan negara semasa itu. Inilah dia hasilnya yang ahli-ahli UMNO yang menerima warisan Dr Mahathir itu.

Dalam keadaan yang sebegitu teruk pun UMNO masih bercita-cita untuk terus memerintah negara. Sudah 55 tahun berada di pesada kuasa, maka UMNO belajarlah untuk menjadi pembangkang yang baik pula jika masih ada yang baik di dalam UMNO itu.

Cukuplah UMNO berada di tampuk kuasa. Biarlah rakyat mendapatkan ‘ambience’ siasah yang baru dan diharap Pakatan Rakyat akan dapat melakukannya. Rakyat tidak mahu diperkotak-katikkan lagi. Mereka (Rakyat) mahukan keadaan yang baru dan hidup tanpa tertekan dengan tekanan dan desakan UMNO selama ini.

Keadaan negara begitu kritikal dan perubahan sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk melakukannya.

14 comments:

Anonymous said...

"terperanjat"?....munafik sungguh kamu ni..

Anonymous said...

Pak Aspan,

Allah telah berfirman;

"Demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk, sedang mereka tidak menyedarinya."

Surah Al-An'am 123

Mohd Nor Shariff said...

Pak Aspan,

Anon 12:38 Terperanjat, kesian, mungkin dia terlalu sayangkan UMNO
hingga tidak percaya apa yg di kata Aspan. Harap bongkar lagi.

MNS

Rimba Gagak said...

Ada kebenaran dalam pemerhatian ini.

Rimba Gagak said...

Mungkin benar....

Anonymous said...

Masa kecik kecik dulu saya suka lumba lari. Kerana saya ni kurus dan banyak stamina, saya suka masuk lumba lari merentas desa dan juga half marathon. Saya tak lah sehandal mana tapi menang sagu hati tu selalulah.

Lazimnya sebelum berlari saya sentiasa tengok pencabar pencabar saya masuk berlari atau tidak.harap saya pencabar-pencabar ni tak masuk bertanding. Kalau masuk bertanding, saya akan fokus mengikuti pencabar saya ni..harap harap mereka cepat penat ataupun tercedera waktu berlari. Maklum lah bila tak sehandal dengan pencabar, cara nak menang dengan berharap pencabar habis tenaga ataupun tercedera.. Harap macam tulah..tapi dah banyak kali masuk berlari, harap harap tu tak pernah menjadi, asyik kalah saje..

Macamtulah bila saya baca ulasan Aspan.Masih menaruh Aspan agar UMNO berpecah, agar Najib dan Muhyiddin bertelagah. Tak pe nak berharap Aspan, nak berdoa sekalipun agar UMNO KO sekalipun tak ada salahnya. Saya rasa tak berdosa.

Tapi bila berharap ni, kita mendoakan pada Allah agar dimakbulkan. Dan terpulang pada Allah nak makbulkan, ada yang dimakbulkan ekspres, ada yang dimakbulkan lambat dan ada pulak yang tidak dimakbulkan. Faham fahamlah bila tak dimakbulkan tu.. Tak apa boleh cuba lagi.

Batu Ronson

P/S...Saya doakan Aspan, Alam Flora dan geng geng sewaktu denganya sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan Allah. Saya doakan umat Islam di Malaysia ni tak kira dari UMNO, PAS, PKR dan DAP bersatu dan berpegang dengan tali Allah yang satu.

eeyet said...

rasanya kalau pembongkaran ini dijadikan filem.... Heroinnya ziana zain, tapi sapa layak jadi heronya?

ulitmayang said...

cuma satu persoalaan yg menarik [ tak pyh fikir dlm2 sgt lah , sbb kedua2 ni akan berlaku dlm masa terdekat ] , ialah siapa yg mati dulu ?

mahathir ? ATAU
umno ?

semacam , spt disebut & diperkata , ada nya riwayat menyatakan , , , sesungguh nya almarhum ustaz fadzil noor , ada memanjatkan doa , mohon agar umur mahathir panjang , moga2 dgn itu dia dpat melihat & diperlihatkan Allah swt , , , hasil kerja tangan dia selama 22 tahun regim nya memerintah

,,,,, maksud hasil kerja tangan nya ialah kehancuran , kemusnahan , kebinasaan terhadap apa yg telah dia lakukan

,,,,,,,,,,so , kalau dia yg mati dulu , tapi pada masa itu umno tak mati lagi ,,,,,adakah mungkin ketika itu umno belum musnah

,,,,atau umno yg mati dulu , lepas tu baru ''org tua' ni padam

,,,, potensi utk umno mati sebaik selepas pru13 sgt besar ,,,, & kalau umno tumbang , ,,, sgt lah besar lepas tu mahathir juga pergi,,,,,,,,, baru langsai segala 'hasil kerja' tangan dia selama ini

,,,,,, jadi firasat yg bermain2 dlm minda merasakan begitu

,,,,,,akhirnya umno tumbang juga dlm pru ini

Anonymous said...

SalamSdr Aspan,

Kalau tengik2 macam benar, orang yg di bicara tidak dibenar menghadiri mesyuarat dimana salahlakuatau ketidakupayaan ketua dibicara secara tertutup.

Yang lawaknya, ahli mesyuarat yang mengadili ketua mereka juga 2 x 5 sama-sama bergelumang dengan rasuah, merompak harta negara menginiaya rakyat bla...bla.... bla....

Sementara yg kena tuduh membuat lawatan buat kali terakhir sebelum bertaubat, rakyat sendiri kucarkacir sibuk nak bantu rakyat orang. Minta2 bn kalah barulah mereka tau langit tinggi atau rendah

Anonymous said...

Kalau najib keluar gelangang memang tak best. Secara peribadi saya nak tengok najib berlawan kali ni. Baik dlm pru mahupun dlm perhimpunam umno.

Gunung Keyang said...

Rakyat akan mengenepikan UMNO/Barisan nampaknya YG REAL.UMNO seakan-akan ada masalah dalaman supaya rakyat memfokuskan UMNO buat sementara waktu.Ini mungkin juga tektik Mahadeiyy last kopek sailang.Peimpin UMNO tahu semuanya berpenyakit kanker kata org indon.Cancer ini boleh diatasi apabila UMNO kalah dalam PRU 13.


Gunung Keyang

Anonymous said...

Amin..Semoga doa Batu Ronson dimakbulkan Allah krn jika semua umat Islam bersatu dibawah tali Allah nescaya Umno itu tiada lagi
Abg Jeff

Anonymous said...

Salam

Cantas mencantas,budaya mengikut itu adalah budaya politic umno yang telah terbawa menjadi budaya melayu..
Anda nampak seorg PM itu tak betul,penuh dengan skandal,anda takut untuk menegurnya kerana anda berasa anda keseorangan.lalu muncullah seorang yg dipanggil pencetus impak,kemudian barulah yg lain2 nyatakan pendirian mereka..lihat saja zaman madet lwn pak lah dulu..budaya menikam cara umno,bodek cara umno menyebabkan politik umno ni sukar difahami oleh manusia yg cetek otak..politik umno ni menular di setiap negeri,bahagian dan cawangan..kalau anda cerdik,x lamalah anda dalam umno..lihat sahaja bagaimana madet sewaktu dia merasakan ada org yg lebih bijak darinya,lalu dipecat dan diaibkan org tersebut..kemudian seorg dungu yg lemah dilantik mengganti beliau..

kini bekas igp dah bersuara,3individu ni dia serang iaitu hisyam,anwar dan tak langsung najib..so siapa di belakang bekas igp ni??
Tunggu dan lihat babak "menikam cara umno"

Anonymous said...

Yang ini saya perasan berlaku di Melaka:

LAWATAN KERJA TS Muhyiddin Yassin ke Melaka pada hari Selasa 22 Jan 2013.

Hampir DUA minggu gambau besau Muhyiddin dengan dak Ali masing2 TERSENGEH terpampang di simpang2 dalam Negeri Melaka. Jugak 'BUNTING' dan banner terpapar dan bergantungan di tiang lampu sepanjang jalan.

TUP-TUP tiba2 sahaja TIGA hari sebelom TS Muhyiddin sampai Melaka, GAMBAU BESAU NAJIB pulak MUNCUL dengan gambau TS Muhyiddin dan dak Ali sudah KECIK bersembunyi belakang Gambau BESAU Najib!!

Yang datang TS Muhyiddin, TETAPI gambau yang besau gambau najib!

INI CERITA SIAPA BATU RONSON??? Mahadei ker yang suruh ubah GAMBAU tu kepada GAMBAU Najib? ATAU kak ros yang besau tu yang suruh??

hehehehheheh