01 March 2013

Belum pernah lagi kita alami kerajaan yang lemah seperti sekarang

Tidak pernah lagi kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang paling ‘controversial’ dalam sejarah negara seperti yang kita ada sekarang. Tidak juga mengalami keadaan parti pemerintah yang paling lemah dan paling mahal untuk dikekalkan. Rakyat terpaksa menanggung beban yang terlalu mahal dan ia boleh diibaratkan sebagai ‘mahal rantai dari beruk’. Harga beruk-beruknya tidaklah berapa mahal tetapi harga rantainya yang lebih mahal.

Masalah bukan sahaja hinggap pada batang tubuh Perdana Menteri itu sahaja tetapi juga kepada ahli-ahli keluarganya sekali, terutamanya isteri beliau sendiri. Isterinya telah menghadapi sebegitu banyak masalah dan isu termasuklah isu-isu yang berkaitan dengan jenayah seperti yang disebarkan oleh ramai di seluruh negara.

Kalau hendak diikut etika kepimpinan negara demokrasi yang sebenarnya, Najib sepatutnya meletakkan jawatan kerana dalam demokrasi itu semangatnya wajar diberikan perhatian. Demokrasi bukan sahaja isu menang kalah dalam pilihanraya tetapi ia juga melibatkan moral itu sendiri. Apabila seseorang pemimpin utama menghadapi isu-isu yang besar dan menjadi bualan rakyat ramai, ia merupakan petanda dan permulaan bagi sesebuah negara itu hancur dan hilang ketamadunannya secara beransur-ansur.

Inilah yang dihadapi UMNO tetapi inilah juga sebabnya parti ini hilang keyakinan ramai sekarang ini. Sesungguhnya UMNO sedang menghadapi krisis keyakinan yang paling hebat dalam ingatan sejarah negara dan situasinya sudah sampai ke tahap parti itu sudah menjadi ejekan ramai. Dahulu UMNO boleh mencari ganti dengan mudah di kalangan pimpinan tertinggi dalam Majlis Tertinggi untuk mendapatkan gantiannya. Tetapi sekarang tiada siapa walaupun seorang dari ahli-ahli Majlis Tertinggi itu layak untuk dipanggil dan dijadikan sebagai Perdana Menteri.

Untuk menjadi Perdana Menteri sekarang ini, seorang itu memerlukan ketokohan dan keperibadian yang tinggi dan datangnya dari keluarga yang baik dan terhormat untuk memulakan kembali pembaharuan terhadap pembinaan negara kita ini. Seseorang yang perlu dipilih sekarang ini tidak semestinya datang dari parti-parti yang bertanding dan mendapat kemenangan, tetapi yang lebih penting peribadi orang itu mesti setaraf dengan keperibadian pemimpin negara yang berdaulat dan merdeka.

Memimpin negara bukan setaraf memimpin sebuah persatuan sepak takraw. Kita selama ini telah terlalu hanyut dengan budaya dan sistem pemilihan seorang Perdana Menteri yang lazim kita lakukan sejak dahulu. Saya telah beberapa kali menulis dalam hal ini. Kita bukan tidak hormat pada sesiapa tetapi kita lebih mahu melihat negara ini di tadbir dan memulakan kembali pembinaannya oleh seorang yang berkeperibadian yang tinggi, berpengalaman dan mempunyai keupayaan untuk menyatukan negara dan rakyat.

Rakyat serta parti-parti dalam negara ini mesti memulakan usaha untuk mencari dan mendapatkan seorang yang mampu untuk memulakan perundingan dan perbincangan bagi membina struktur keperluan negara. Kita sudah tidak mahu lagi bercakap tentang siapa yang kuat dan siapa yang lemah atau siapa yang boleh membawa pembangunan fisikal terhadap negara kita. Kita mahu segala pembangunan negara itu melintasi semua keperluan hidup dan lebih baik pembangunan itu berteraskan kepada premis yang benar-benar boleh menjadikan negara kita sebuah negara yang bersatu di antara semua kaum.

Kita sudah letih dengan sikap pimpinan yang tidak berkualiti memimpin kita. Kita tidak mahu lagi mendengar seorang Perdana Menteri mencabuli perjuangan negara itu sendiri. Kita tidak mahu menyaksikan seorang Perdana Menteri itu meniupkan kebencian di antara kaum seperti yang di buat oleh Najib beberapa hari yang lalu. Najib telah meniupkan perasaan kebencian kaum dengan berkata satu undi untuk DAP itu adalah undi untuk menekan orang Melayu dan sebagainya.

Kita tidak mahu mendengar PM kita berkata satu undi untuk PAS itu merupakan undi untuk memecahkan orang Melayu dan Islam. Kita tidak mahu seorang PM yang tidak ‘magnanimous’ lagi seperti Najib dan tidak juga mahu mendengar kata-kata ‘chauvinistik’ seperti yang keluar dari mulut seorang pemimpin seperti Dr Mahathir. Mereka ini hanya memerlukan kuasa tetapi tidak tahu untuk menggunakan kuasa untuk melakukan kebaikan.

Kita tidak lagi mahu menerima pemimpin yang menggunakan kedudukan dan pengaruh jawatan mereka untuk kepentingan peribadi serta anak pinak dan ipar duai mereka sahaja. Sampai bila kita hendak menunggu keamanan dan ketelusan seorang pemimpin yang mampu mentadbir negara seperti yang kita alami semasa sebelum pemerintahan Dr Mahathir dahulu. Kita bukan tidak pernah merasakan nikmat kepimpinan seperti yang di sebutkan ini. Tetapi generasi yang baru ini tidak berkesempatan untuk merasakannya kerana zaman itu sudah berlalu begitu lama.

Benih-benih untuk kita kembali ke zaman itu sudah mula menyubur di Pulau Pinang dan Selangor serta negeri-negeri tadbiran pembangkang sekarang ini. Hanya yang perlu kita lakukan ialah untuk menyuburkan benih ini sehingga seluruh negara dan kita lakukannya dalam PRU yang akan datang untuk mendapatkan kesempatan ini.

Keadaan baik yang berada di negeri-negeri yang saya sebutkan tadi adalah ‘real’ dan itu sebabnya UMNO dan BN cuba untuk mencela negeri-negeri ini kerana takutkan kehilangan kuasa di Putrajaya dan negeri-negeri tadbiran BN sekarang ini. Di negeri-negeri ini tiada yang baik bagi UMNO tetapi rakyat yang tahu yang negeri-negeri ini telah berjaya melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan semasa BN memerintah negeri-negeri ini.

Kita tidak mahu pemimpin ‘populis’ untuk menjadi pimpinan utama kita kerana negara tidak akan dapat bertahan jika kita hanya bersandarkan kepada pemimpin yang ‘popular’. Kita mesti mecari seorang teknokrat dan seorang ‘planner’ yang berkemampuan untuk melakukannya dan hanya mempunyai agenda untuk negara. Jika seorang pemimpin menyelitkan agenda peribadinya sekali ia tidak akan dapat untuk membuat keputusan yang baik dan sampai bila negara akan menghadapi masalah-masalah yang datangnya dari pemimpin itu sendiri.

Itulah yang berlaku sekarang ini. Semua masalah itu datangnya dari masalah hasil dan perbuatan pemimpin negara yang lemah dan tidak mengetahui kenapa dan bagaimana mereka berada di atas itu.

Rakyat perlu melakukan tindakan yang benar-benar ‘decisive’ kali ini. Ia perlu dilakukan semata-mata untuk negara dan generasi kita yang akan datang. UMNO yang telah memerintah kita sebegitu lama telah gagal samasekali untuk membentuk kepimpinan yang ‘viable’ untuk negara.  Tidak ada siapa di kalangan pimpinan di dalam Majilis Tertinggi itu mempunyai ‘material’ untuk menjadi Perdana Menteri.

Kerana apa fenomena itu berlaku?...kerana begitu lama mengamalkan budaya menolak keluar mereka yang berkepimpinan. Lagi tidak berkepimpinan lagi mudah mereka berada di dalam barisan Majlis Tertinggi itu. Mereka yang berkepimpinan telah di ketepikan sejak Dr Mahathir mengambil alih kepimpinan negara dahulu.

Mahathir tidak gemar dengan mereka yang berkepimpinan kerana ia akan menyusahkan beliau untuk melakukan segala tindakan yang beliau suka. Mahathir hanya selesa apabila dikelilingi oleh mereka yang hanya pandai mengangguk dan memuja beliau sahaja.

Sikap dan budaya inilah yang telah subur dalam UMNO sampai ke hari ini. Akhirnya UMNO tidak lagi mempunyai kepimpinan yang ‘viable’.  Yang tinggal hanyalah mereka yang pandai beretorik dengan slogan besar-besar tanpa mengetahui apa yang mereka lakukan.

Yang binasa rakyat dan negara. Seperti seruan saya selalu, ‘let us start the nation anew’.

21 comments:

Unknown said...

Tahniah tuan Aspan
Satu komen yg telus spt mana ade dlm minda saya
Dan rakyaat yg lain.
Lets go head bro...... Ingat masa depan anak cucu
Cicit kita semua. Apa akan jadi jika BN terus memerintah lepas PRU 13 nanti.
Kpd semua rakyat malaysia...fikir lah apa yg BN buat
Selama ini.....masih blm insaf lagi.......

Anonymous said...

Dear Aspan,

Untuk menjadi Perdana Menteri sekarang ini, seorang itu memerlukan ketokohan dan keperibadian yang tinggi.

Bagaimana dengan Anwar Ibrahim?

batu pelangi said...

Bravo Zulu tuan Aspan.
Semuga komen tuan ini akan membuka
minda semua warga UMNO yang kebanyakan pemimpin2 mereka selama ini tidak IKHLAS dan tiada QUALITY
untuk mentadbir NEGARA.

Apa Nak Jadi ? said...

Siapa kerajaan yg seperti sekarang yg lemah ? Jawapannya BN dan parti akar tunjang ialah UMNO.Kenapa UMNO jadi begini? UMNO telah lama diadu dombakan oleh Mahathir. Ada orang panggil dia Madeiiyy.Madeiyy ini jika tidak melagakan pemimpin-pemimpin UMNO yg ada tidak sah, dia tidak boleh tidur malam.Segala-galanya bermula dari mamak Kutty tongkang kerala ni.Dalam sejarah Melayu telah dinyatakan kejatuhan Empayar Melayu Melaka kerana sifat Madeiiyy Kutty kerala tongkang ni.Kerja dia cucuk sana cucuk sini, melaga-lagakan orang.

Kutty meletakkan jawatan bila telah menyimpan USD 44 billion.Datang pula Dolah kaki tido, Aku bukan mencari harta berkarun tetapi mencari Alghazali.Semua temberang saja!.Dolah naikkan harga minyak!Dolah bagi telaga minyak negara kpd Sultan Brunei.Tentu Dolah dapat duit banyak!

Sekarang lagi kronik.yang ini takut bini.Dia kena penyakit TB.Dia ada pelbagai penyakit!.Cuma PR saja yg dapat memperbetulkan keadaan semula!


Apa nak Jadi ?

muzium padi gunung kheyang said...

umno sebenarnya tidak faham konsep demokrasi.itu saja. bagi umno, demokrasi hanya mengendorsekan mereka berkuasa.

dengan kuasa itu...tercapai la konsep demokrasi...

dari zaman mahadeath hingga kini, tak adapun demokrasi yang sebenar dalam negara bolehland ini.

dalam PRU yang menang mesti Be End.
parti lain tak layak sebab demokrasi ala malaysia itu adalah mazhab umno totok.

cengkaman ini bermula dari kemerdekaan lagi.yang menjalankan semua ini ialah pihak british.
mereka mengutarakan konsep devide and rule. sebab itu la dari permulaan lagi,politik malaysia berlandaskan perkauman

suku kaum hanya digabungkan melalui entiti yang rapuh sebenarnya.

tapi konsep devide and rule ini amat cocok sekali.umno memanjangkan konsep itu hingga hari ini.

kalau tak percaya,anda boleh lihat sendiri sandiwara umno ini, didepan masyarakat melayu umno mengatakan kalau PAS atau PAKATAN perintah habislah orang melayu .didepan masyakat cina pula adalah disebaliknya.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Punca semua ini adalah gara gara pemimpin UMNO yang maha perasuah sejak Mahathir Mohamad menjadi PM.

Najib Razak yang menjadi dayus dan bacul pada Deepak pun disebabkan tamak haloba dan rasuah. Bila pemimpin boleh dibeli dengan rasuah, maka kepala pemimpin seperti Najib ini telah berada di bawah kaki Deepak, boleh dipijak dan disepak sesuka hati. Hilang segala kekuatan untuk melawan kerana maruah sendiri sudah digadai.

Kenapa Bala dan Deepak tidak didakwa sehingga hari ini?. Kenapa PERKASA hanya pandai melaung suruh polis bertindak terhadap Bala dan Deepak ( dan bukannya Najib )?. Apa kata kepala kepala dalam PERKASA ajak Bala dan Deepak berdebat dalam isu ini?.

Nampak sangat PERKASA ini hanya " barua " dan " dajal " kepada PM serta robot kepada Mahathir Kutty. Siasatan RCI telah membuktikan Mahathir Kutty adalah petualang dan pengkhianat negara. Apa yang PERKASA telah lakukan dalam kes ini? Kenapa PERKASA diam dalam kes pemberian ic kepada warganegara asing yang boleh menggugat keselamatan negara tetapi PERKASA lebih responsif terhadap isu kecil yang cuma membabitkan peribadi seoranh dua pemimpin?.

pertubuhan PERKASA ini patut dijahnamkan dan pemimpin mereka patut dibicarakan setelah PR menguasai Putrajaya nanti. Pertubuhan ini dan pemimpinnya bertindak sebagai racis hanya kerana untuk pertahankan pimpinan pimpinan korup dalam UMNO BN terutamanya Mahathir Kutty dan Najib Altantuya.

Rakyat menyambut baik PI Bala dan Deepak menjelajah negara dan dedahkan segala kerja keji dalam kes kematian Altantuya. Rakyat akan bersama Bala dan Deepak demi keadilan dan kebenaran. Rakyat sedia bangkit bertembung dengan PERKASA jika PERKASA bersikap keterlaluan. Malah rakyat telah sedia kenal pasti pemimpin2 PERKASA yang bermasalah ini. Mereka ini tidak akan terlepas dari hukuman bila Allah izinkan nanti.

Tumbangkan UMNO BN. Cuma ini penyelesaian yang tepat dan terbaik untuk selamatkan negara Malaysia dari pimpinan korup dan tamak haloba UMNO BN.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan;

Lemah dan lemas baik Najib, umno maupun bn.
Lemah dalam segala segi,(malas nak sebut)
Lemas dalam kuasa.....

TUKAR....TUKAR......Myi

otaistillkick said...

Pengajaran kepada rakyat ... negara dengan mudah di ceroboh walau kita mempunyai TLDM POLIS MARIN dan MARITIM.

Anonymous said...

Scorpene dok kat sabah. Sulu msuk pakai tongkang tak leh kesan. Bongok tak pasai2 dua polis mati. Najib asyik dgn amaran.

Anonymous said...

Dear Brother,
What you have written is 110% correct.We need a major overhaul in our democratic system.We have to reject BN in this coming election.A total rejection bcos its too racists and corrupted to the core in order to safe Malaysia for the future generations..

Anonymous said...

Pak Aspan, kenapa tiba-tiba tunjuk naive? tahulah strategi Pak Aspan dalam menulis blog utk provoke pembaca yg jahil & yg mentaliti spt kawanan lembu supaya sokong PR membuta tuli. Macam katak bawah tempurung pulak tulisan Pak Aspan kali ini.

Unknown said...

Setuju.........

Unknown said...

Hanya jaihari mengenal manikam ......

amer brahim said...

Saya x pelik dgn komen semacm ini pak aspan.. sebab bg saya orh yg menyokong umno ni ada dua jenis je..
1st: jenis yg sama mcm pemimpin diorang iaitu gelap ati perut dan x tahu malu...

2nd: jenis bodoh bebal yg x boleh diselamatkn lagi..

Anon atas ni jenis yg mana satu pak aspan rasa?

Anonymous said...

Denyut nadi .

Denyut nadi saya bercakap . Saya sangat memerlukan supaya pinjaman ptptn dihapuskan kerana tiga org anak saya maseh menggangur. Hanya kerja direstoren makanan segera tak mampu bayar hutang ptptn kerana menanggung ibu sakit . Harga pempas ibu saya mahal.



Anonymous said...

Tahap minda pemimpin2 umno sangat lemah hingga terpaksa guna provokasi jenayah utk meraih undi. Jenayah besar yg dilakukan oleh Najib ditutup dgn cara mencipta jenayah yg lebih besar lagi.

Terpaksa meniupkan api perkauman untuk memerangkap emosi rakyat supaya mengundi BN.

Anonymous said...

Anon 2 March 2013 00:47:00 GMT+08:00...kau yg katak bawah tempurung...sudah terang lagi bersuluh.....atau kura2 dlm perahu....

Anonymous said...

Buatlah apapun, katalah apa pun kali ini lihatlah, negara telah pun tergadai, kali ini apasaja yang ada depan mata, asalkan bukan Um.. - ABU & BN

Anonymous said...

Siapa yg macam katak bawah tempurung? Kata dulang paku serpih lah awak nie...

Unknown said...

Bro Aspan is one of the best bloggers around.
Really luv your articles.
Peace and respect.

Anonymous said...

Cun