04 March 2013

Kenyataan Tian Chua dimanipulasi, Rahim Nor pula terlibat dalam politik

Sedang kita berkabung kerana kehilangan ramai anggota keselamatan, saya tidak dapat menahan diri tentang perlakuan politik yang timbul di keliling kejadian berdarah ini. Sesiapa pun boleh bercakap apa tentang isu ini dan cara kerajaan mengendalikannya.

Dari awal kejadian ini lagi kita telah mendengar permainan politik setengah pihak yang menuduh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai dalang kepada kejadian ini dan ia sesungguhnya sangat menjilikkan. Apabila kejadian seperti ini berlaku ada pihak tidak sempat-sempat hendak menjadikan kejadian ini sebagai alat politik mereka.

Sudah dua malam kita telah diberitahu yang TV3 telah memainkan isu terhadap Tian Chua dan salah seorang yang dipaparkan dalam siaran itu melalui buletin utama TV itu ialah Rahim Nor, bekas Ketua Polis Negara, yang pernah dipenjarakan oleh Mahkamah kerana memukul Anwar semasa dalam tahanan Polis pada tahun 1998 dahulu.

Tian Chua dijadikan sasaran oleh UMNO dengan menggunakan TV3 dan media massa lain sambil menuduh Tian Chua bermain politik dengan isu tembak menembak di Sabah sekarang ini. Kata-kata Tian Chua dimanipulasi oleh pihak media kononnya Tian Chua menuduh kejadian di Lahat Datu itu adalah sandiwara UMNO dan BN. Apa yang dikatakan oleh Tian adalah respons kepada tuduhan yang pencerobohan di Lahat Datu itu didalangi oleh Anwar. Tian tidak membuat komen tentang tembak menembak itu.

Semua orang tahu yang UMNO itu dalam keadaan terdesak, tetapi terdesak macam mana pun adalah menjilikkan untuk memutar-belitkan kenyataan Tian Chua itu dengan sewenang-wenangnya.

Yang lebih menjengkelkan ialah media menggunakan bekas Ketua Polis Negara yang melakukan kesalahan memukul Anwar semasa pemimpin pembangkang itu berada di dalam lokap Polis semasa beliau ditahan pada tahun 1998 dahulu. Rahimlah yang didapati bersalah memukul Anwar semasa dalam tahanan itu sehingga mata Anwar membengkak kehitaman.

Rahim semalam menganggap Tian Chua seperti kanak-kanak sekolah yang tidak layak untuk dipertahankan oleh sesiapa pun dalam pilihanraya yang akan datang. Bagaimana TV3 boleh menggunakan Rahim untuk membuat kenyataan membidas Tian Chua sedangkan dari segi moralnya Rahim ini tidak berkelayakan untuk membuat komen politik kerana beliau sendiri bukanlah seorang yang mempunyai ‘moral standing’ yang kukuh untuk berkata-kata tentang politik dengan baik.

Sebaliknya Rahim itulah yang lebih rendah martabatnya kerana melakukan kekasaran terhadap Anwar semasa dalam tahanan itu. Rahim lebih rendah daripada semua manusia yang bertamadun dan tindakan beliau memukul orang lain itu seolah-olah beliau (Rahim) sedang hidup di zaman batu. Di zaman batu dahulu siapa yang mempunyai otot yang kuat orang itulah yang berkuasa.

Rahim itulah sebenarnya yang menggunakan keadaan semasa ini untuk menonjolkan diri beliau dan sikap mengampu pihak yang berkuasa tidak kira bermoral atau sebaliknya. Itu adalah budaya yang sudah tertanam di dalam kehidupan mereka yang menghampiri yang berkuasa sejak lebih dari dua dekad yang lalu.

Rahim ini tidak lebih dan tidak kurang seperti anggota boria yang melangkah dan menghayun tangannya mengikut kumpulan boria. Jika Rahim dijadikan ‘anchor’ dalam memberikan komen politik, ia membawa makna pihak yang disokong Rahim itu sememangnya pihak yang tidak mempunyai moral untuk membuat apa-apa kebaikan untuk siasah negara ini.
Orang yang tidak mempunyai sahsiah yang asas untuk bercakap tentang moral seperti Rahim ini masih diperguna oleh polis pihak pemerintah. Saya juga difahamkan yang Rahim ini merupakan Ketua Unit dalam “war room” UMNO. Jika berita ini benar, bertambah jelaslah yang UMNO akan tersungkur dalam pilihanraya kali ini.

Kerja UMNO untuk mengaitkan Anwar dalam pencerobohan dari Sulu itu merupakan tindakan yang sangat ‘desperate’ bagi UMNO dan niat Anwar untuk membawa ke mahkamah pihak yang membuat tuduhan itu adalah satu tindakan yang sangat wajar.

Pihak pembangkang juga boleh membuat tuduhan yang sama jika mahu tetapi itu bukan caranya untuk mendapat sokongan ramai. Kita juga boleh mengejek kemampuan pihak kita mengendalikan pencerobohan itu.

Kita boleh berkata yang jika kumpulan yang tidak mempunyai senjata canggih pun tidak mampu dilawan oleh pihak kita bagaimana pula jika negara kita diserang oleh negara lain secara peperangan sebenarnya.

Kita bukan tidak sedar dengan kematian yang begitu ramai pihak keselamatan kita itu, ia menunjukkan kepada dunia betapa rendahnya kemampuan kita untuk mempertahankan negara yang berdaulat ini. Malahan jika keadaan ini berlaku di negara, kerajaan atau pimpinan yang bertanggungjawab, mereka sudah pun meletakkan jawatan untuk menjaga maruah dan martabat negara. Malahan seluruh kerajaan sepatutnya meletakkan jawatan serta-merta.

24 comments:

Anonymous said...

pemimpin PR jgn ikut tarian ameno..semua tu jerat..harap jerat yg dipasang akan kena pd ameno balik

robertocarlos said...

Kalau Altnatuya boleh dibunuh semata2 utk mengekalkan kuasa, inikan pula rakyat sulu.. Padahal mereka dtg menuntut janji Najib. Mereka terpesona dgn slogan Janji Ditepati..

mahaza said...

Membaca MANILA NEWS maka beranggapan DSAI merupakan 'dalang' kemasukan tentera Sulu boleh dianggap benar. Kerana DSAI berkata hendak memberi kuasa atonomi kepada Sabah. . . apa kaitannya? Apabila Sulu menganggap Sabah sebahagian wilayahnya, maka mana boleh Sabah diberi kuasa atonomi tanpa perssetujuan Sulu, maka mereka berniat mengambil balik Sabah. Itu hakikatnya. . .dalam satu segi lagi Sabah dan Malaysia dilihat bakal jatuh ketangan PR maka terdapat rasa ketakutan tiada lagi pembayaran kepada Sulu. Andaian semata-mata

Nur Misuari Celaka said...

Rahim Noor ini nama sj mantan IGP tetapi tidak berotak! ada akal cuma di lutut! Rahim berani pukul orang yg tangan lawannya digari .RAHIM INI BODOH! Muka dia ni bengis macam dirasuk syaitan.Dengar kata Madeiyy bagi dia seribu ekar tanah di Johor sbg jasa menumbuk mata Anwar.

Cakap fasal Lahad Datu. kenapa tidak guna Air Strike, laut dan askar infantri?. Senoi Praq Ranger Sarawak dg kata "lagi hidup lagi Ngalaban" sudah pasti bertemu dg ruas,pasti dapat menumpaskan terrorist Suluk.Siapa yg bagi MYKaD kpd org Suluk Filipina? Ini kerja Madeiiyy. Siapa yg bagi tanah sawit 30 ekar kpd Suluk terrorist.Ini kerja Najib. Madeiiyy jahanam boleh senyum dg mata terbeliak biawak!Polis nak nama tetapi tidak mempunyai keupayaan menghadapi perang gerila.Oleh itu ramai polis tewas di Lahad Datu,Kunak dan Semporna!

Mudin dan Ajib pula cuba eksploitasi isu ini dg melalak di Kaca TV Perdana.Ajib ini tidak boleh berfikir bagaimana strategi menumpaskan terrorist Suluk.Kemungkinan peralatan perang yg dibeli berbillion-billion tidak boleh diguna pakai lagi ! Sebab itu tidak ada Air Strikes!.

Dengan terrorist Suluk tidak payah pakai saikologi! Suluk itu sepatutnya telah dibom beberapa hari yg lepas.TLDM boleh membedal dg missiles dari laut!Askar boleh advance sembelih Suluk ini semua! Knp kah Ajib tidak boleh buat keputusan yg bijak ?

Sultan Sulu pernah bersekollah di Papar,Sabah.Pernah jadi ADO zaman Datu Mustapha.Dia juga menjadi ahli UMNO.Inilah kesilapan UMNO! Beri MYkad, Suluk dapat Brim dan juga tanah Sawit Felda. Sekarang Suluk ini, kita kena hantar kesemuanya balik ke Filipina at any cost.Orang Filipina diibarat duri dalam daging.Bukan itu sj, mereka Suluk ini Anjing!. Bagai melepas Anjing tersepit!


Nur Misuari Celaka

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Saya tidak pula beranggapan begitu. Saudara cuba melukiskan bahawa Rahim Noor seorang "bankrap moral" dan fakta unggul satu dan satu yang anda nukilkan untuk menegakkan fakta basah anda ini ialah "dia memukul anwar sampai mata lebam".

Well, mengikut ke arah mana Anwar mahu membawa negara kita ini sekarang, maka penumbukan Raim Noor jauh dari setimpal dari apa yang dia patut terima. Malahan untuk meluku seorang yang memporak-perandakan negara, mungkin ramai lagi yang akan sependapat dengan saya bahawa untuk hukuman lebih setimpal, buat lebih dari tumbuk pun tidaklah menjadi apa-apa sangat. Apalah mata lebam jika dibandingkan pemecahan umat melayu yang ketara, kebiadapan kaum cina yang semakin hari semakin ketara, penjualan nama Allah kepada pencinta-pencinta Syirik, dan pelecehan hukum Allah kepada pencinta2 LBGT yang sudah sememangnya menjadi perjuangan si mata lebam tadi.

Anyway bagaimanapun, Rahim Noor sudah pun dilokap, hanya semata-mata kerana "moral yang bankrap"nya itu.

Agaknya apa pula perlu dilakukan oleh Anwar untuk menebus moralnya yang sedikit baik itu. Atau apakah kesalahan meliwat (diyakini oleh 2 dari 3 hakim mahkamah), menjual nama Allah, duduk tahiyyat akhir selepas meluku cina doll, kes Shamsidar yang belum kita semua tahu isi kandungannya, keengganan bersumpah nama Allah untuk membersih diri dari tuduhan liwat Saiful, keengganan untuk menyaman Datuk T (yang lebih teruk dari Utusan Malaysia yang disamannya untuk sebab seco'et)---agaknya menurut saudara Aspan, INI lah contoh moran yang TIDAK bankrap agaknya.

Apa benar begitu?


Dulu-UMNO-Sekarang-DAP

Paradigmshift said...

Dear Aspan,
Bukankah Allah berfirman dalam Al Quran yang lebihkurang bermaksud ' apabila datang seorang fasik membawa berita , hendaklah disiasat berita yang dibawanya, kerana ditakuti engkau akan berlaku zalim kepada orang lain'. Apalagi kalau berita itu dibawa oleh orang kapir macam Manila Times!

Anonymous said...

Altantuya Maut kerana tagih janji..
Pemberontak Sulu maut pun kerana tagih janji juga..'Itulah Janji di Capati'

Alam Flora said...

As Salam Tuan Aspan.

Cerita PRU13 semakin sejuk dek kerana senario Sultan Sulu.

Pihak UMNO tak henti-henti menggunakan peluru hidup untuk melepaskan tembakan rambang terhadap DSAI dan PR. Tetapi blogger seperti tuan masih "sejuk" dan asyik mendengangkan lagu "keroncong" yang mengasyikan dan tak jemu-jemu menggunakan peluru kapur untuk menembak burung helang yang terbang 1 kilometer di udara.

Harap lebih berani untuk berubah dan tidak hanya berani bersilat di pentas yang sama dan pencak yang sama. Tuan telah pun berhijrah, tak perlu takut untuk lebih jauh berhijrah. Lihat sahaja kepada jumlah komentar pengunjung blog yang kian layu.....

nick said...

Pak,

The invasion by the so called "army of the Sultanate of Sulu" is clearly the direct result of project M (where hundreds of thousand illegals were given IC by Mahathir to undermine the then people elected state government of Sabah) which by the way is a treasonous act punishable by death (just like those Al maunah "terrorist" that we executed for treason).

Because of project M and the fact that UMNO leaders are loyal to none but to themselves, every opportunistic pirates, militants and soldier of fortunes have no qualms about invading our sovereign soil and extort some kind of compensation or ransom or demands from our "eunuch like" government since they know that UMNO leaders who occupies the seat of our government are no different from them (all of them have criminal tendencies and worse of all has no loyalties whatsoever to Malaysia and to The Agong).

Why else would a Home minister want to negotiate peace with an invading force, fully armed and itching for the blood of Malaysian? For so long, UMNO have been scaring malays with the stories of the impending invasion of the Singaporean army and Hishamuddin as the Homely minister from UMNO who unsheathed a keris during The PAU comedy sketch could only muster a weak recourse of "NATO" (No Action Talk Only) to the invading force that have landed in Sabah? Pondan is too weak a word to describe Hishamuddin's cowardly behavior and as for Najib, he is even worse because he seem to be oblivious and uninterested in the matter of national security and sovereignty.

Najib is like an ostrich burying his head in the ground hoping that the issue would be resolved by the time he pulls his head out of the hole. Calling him a bapok would be an insult to all transvestite that call Malaysia their homeland. The longer we wait before giving UMNO the kick to their back side, the more damage and destruction they will wreck upon Malaysia.

It is now clear that kicking UMNO out of government is no longer an act of democratic right but has become an act of survival for us the rakyat of Malaysia. UMNO is destroying this country and with najib and Hishamuddin (with mahathir pulling the string) at the helm, Malaysia will be doomed and rakyat will be made to suffer. Now, it's us or them (UMNO) and believe me, UMNO doesn't care about us and they will betray us in the near future! Let's ABU them once and for all!

Nick.
Cape Tiger.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Why are our troops still on the defensive?

FinanceTwitter said...

Sir,

It is HUGE EMBARASSMENT to know that the country’s military does not have the basic capability in real combat

Anonymous said...

KPN pencen aka " polis samseng " bernama Rahim Noor ini tidak layak untuk bercakap soal moral dan etika kerana beliau sendiri terbukti bermasalah.

Dalam kes " mata lebam Anwar ", negara membazirkan tenaga, wang dan masa sia sia saja menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja semata mata untuk siasat dan mencari " polis jahanam " yang telah mencederakan Anwar walhal yang melakukan kerja hina ini adalah seorang KPN sendiri yang memegang amanah dan kepercayaan rakyat.

Maka tidaklah pelik bila sibanduan samseng dan keji ini memilih pertubuhan samseng PERKASA sebagai pentas beliau untuk teruskan survival dalam persada politik negara. Sifat anjing memang susah untuk menolak bangkai...kerana bauan busuk bangkai itu adalah pembangkit seleranya.

Anonymous said...

.. kalau cam tu saya setuju dengan komen seorang pembaca beberapa hari dulu yang bapa dia doakan kerosakan kembali ke umnobn dalam setiap tindakan mereka.. apa kata kalau kita semua ikut berdoa minta kehancuran kepada umnobn diatas usaha dan tindak tanduk mereka sendiri

Anonymous said...

Pak Aspan,

Is Senator Nick Zenophon really a threat to the national security of the country?

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Ini saya semula, Anon 15:43. Saya hairan campur terkejut dengan kualiti pengkomen-pengkomen saudara. Statement pukat sekali harung tanpa fakta, hujjah-hujjah yang anti-tesis dan rata-rata mutu hujjah yang mediokre, ditrampilkan sebagai sesuatu yang boleh dipercayai oleh mereka sebagai penyokong pembangkang, dan anda sebagai ketua pembangkang.

"It is HUGE EMBARASSMENT to know that the country’s military does not have the basic capability in real combat" kata Finance Twitter 20:53.

Which basic capability in combat do you mean. Can you provide real quantitatives instead of purely slurry one-liners? Do you mean we do not have enough bullets, or rifles, or RPGs, or artillery firepower? How many ACVs do we not have? Do you mean our basic foot soldiers are insufficient in number? Or perhaps we have insufficient tanks? Or what? What?

I tell you what we do NOT have enough of, FT. We do NOT enough participation to defend our country as soldier patriots coming from YOUR kind. THAT's what we do not have enough of. And what we have TOO much of, is the antics of the people of YOUR kind, the ones who 100 years ago were given free citizenships and who 100 years later possess more than 70% of this country's wealth.

And what you do NOT have enough of, is more and more wealth, at the expense of the sufferings of more and more of the pribumis.

Do I sound racist? Perhaps, but perhaps not. Do you sound racist? You most indefinitely do! And this, I must warn all of you dissenters inside here (boy do I feel like Custer in his last stand, amidst whooping Indians), and unbeknownst to the detractors, that racism means different things to different people.

Yes UMNO is a culprit of many things. And for that Aspan and Sak and many others oppose it (present tense, not past). But be aware, folks, that hating UMNO to people like Aspan does NOT mean the same thing as hating UMNO for these people. To them, UMNO is an epitome of malay-ness. And now at last the object of inherent racialist target has now got a name, and it is UMNO.

In short, slice it anyway you want, one cannot run away from the fact that hating UMNO for people like Aspan and others (me included) means we are hating corruption etc. But to these tongkang dissenters, hating UMNO is actually a freewheeling license to hating anything malay.

One can sugar coat and firebrand this radical thesis of mine, but the fact remains that.

Anonymous said...

saya ada dengau kabau, keputusan dari 'WAR ROOM' umno yang mahukan Ong Tee Keat bertanding dalam PRU 13 di Parlimen Pandan DITOLAK BULAT2 oleh apek porno!

Bang, benarkah pulis pencen tu seorang dari ahli teraju dalam 'WAR ROOM' umno tu?

Dia tak nak belasah apek porno tu???

Bagi incik anon 15:43, dalil2 yang kau beri untuk membela umno chap mahadeyy dengan fitnah2 nyata mereka sudah lama umat Islam dan rakyat Malaysia termuntah membacanya.

Cukup aaaaa!

Anonymous said...

Bom kat Sabah udah tenggelamkan LEDAKAN BOM PI Bala!!

Anonymous said...

ADAKAH MEDIA DI FILIPINA BERTARAF DAN SETARA IMEJNYA DENGAN TV 3 DAN UTUSAN????

Sila baca:

http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6837-philippine-dailies-in-anti-malaysia-frenzy.html

Malaysia dan Filipina ada konspirasi bersama??


Another opinion piece published by Philippine Daily Inquirer accused Kuala Lumpur and Manila of conspiring with each other in launching "a war of extermination" on the "sultan’s men under siege".

"This Malaysian-Philippine collaboration—in which the Philippine government has played second fiddle and subservient to Kuala Lumpur—in the gang-up on the recalcitrant sultanate’s followers was clearly evident on Day One of the hostilities," writes Amando Doronila in an opinion piece today.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Tian Chua may be stupid and callous, but he did not kill Malaysian policemen.

Anonymous said...

Ni keja2 tangan ajaib ni......ada satu lg bapak segala dalang......dia tengah dok tepuk tangan agaknya sekarang ni....hahaha ....mcm2 adaaa..

Anonymous said...

Betul tu apa yang anda tolong katakan walau pon anda tidak menyebut bagi pihak saya.namun saya juga besetuju dengan anda.saya juga mencadangkan kita buat satu majlis muntah besar2an agar anon 15:43 ni sedar yang kita dah telalu muak dengannya.

Anonymous said...

Salam Pak,

Rahim ni lagi bangsat Pak. Lebih bangsat dari samseng kampung dusun. Dia hanya berani pukul orang setelah mata lawan di tutup dengan kain, dua belah tangan diikat kebelakang.

Samseng yang tidak ada kelas langsung. cis..

Mohd Zuki

Anonymous said...

Ι constantly spent my half аn hour to геad thіs ωebsitе's posts daily along with a cup of coffee.

Feel free to surf to my web-site herbal party pills

Anonymous said...

Thanks foг the marvеlous posting!
I ԁefinitely enjoyeԁ гeading
it, you're a great author. I will make certain to bookmark your blog and will come back down the road. I want to encourage you to definitely continue your great work, have a nice weekend!

My web site premature ejaculation pills