10 March 2013

Nak tonton Ziela Pelakon atau Ziela Maskot?

Apa jua yang tidak asli akan cepat lusuh dan rosak. Barangan tiruan selalunya murah tetapi tidak boleh berfungsi untuk jangka masa yang lama. Dia akan rosak dan akan dibuang di tepian longkang dan jalanraya atau di dalam tong sampah. UMNO pun begitu. Ianya adalah parti tiruan yang menggunakan jenama UMNO sedangkan UMNO itu sudah mati. Barangkali itulah sebabnya UMNO sekarang tidak mampu berfungsi dengan baik kerana ia bukan UMNO yang asli.

Orang yang senama itu ramai. Di dalam negara ini berpuluh ribu orang bernama Aziz misalnya. Begitu juga orang bernama Najib ataupun Rahim dan Salleh. UMNO juga dilekatkan kepada parti yang telah menyudahkan proses pencapaian kemerdekaan dan parti yang bernama UMNO itu telah terkubur atas kehendak Dr Mahathir. Pembunuhan UMNO itu dilakukan oleh ‘bouncer politik’ Dr Mahathir yang semasa itu menjadi Setiausaha Agong UMNO.

Sekarang ada parti yang sama namanya dengan UMNO tetapi ia adalah UMNO tiruan dan seperti barang tiruan ia tidak akan bertahan lama. Sekarang ini sahaja sudah calar di sana sini, di atas bocor dan di bawah pun bocor. Baru berusia 23 tahun parti itu sudah nampak akan terkulai kerana UMNO itu tidak asli dan tidak tulen.

Dulu saya pernah membezakan UMNO asal dan yang baru itu dengan nama Ziela. Seorang Ziela itu adalah pelakon dan bintang filem yang ayu dan cantik suatu ketika dahulu. Mungkin sekarang Ziela itu masih cantik dan hanya umur sahaja yang membezakan Ziela dahulu dan sekarang. Tetapi dengarnya Ziela ini masih sihat dan tidak mempunyai banyak penyakit yang dialaminya.

Tetapi ada satu lagi makhluk yang bernama Ziela, iaitu nama seekor orang utan yang menjadi maskot Tahun Melawat Malaysia 1991 dahulu. Orang utan itu diberi nama Ziela oleh Sabarudin Cik, Menteri Pelancongan Negara semasa kita merayakan kempen tahun melawat Malaysia itu. Antara Ziela yang pelakon dan dramatis itu dengan Ziela yang menjadi maskot Tahun Melawat Malaysia 1991 itu sangat jauh perbezaannya.

Tentu banyak perbezaan antara Ziela pelakon itu dengan Ziela orang utan maskot Tahun Melawat Malaysia itu. Satu yang sudah nyata menunjukkan perbezaannya ialah jangka hayat di antara Ziela yang asal dengan Ziela yang diperkenalkan oleh Sabaruddin itu. Ziela Maskot itu telah mati di dalam Zoo negara banyak tahun yang lalu. Nyawanya tidak tahan lama.

Rupa pun lain di antara kedua-dua Ziela ini. Ziela Maskot itu badannya berbulu dari kepala sehingga hujung tangan dan kakinya, tetapi Ziela yang asal tidaklah begitu. Ziela yang asal itu kulitnya licin dan jika berhias dengan gincu dan perhiasan muka yang lain ia akan menampilkan wajah yang cantiknya itu.

Tetapi jika Ziela yang maskot itu masih hidup dan dihias dengan alat-alat perhiasan yang semahal mana sekalipun, kita tidak boleh bayangkan bagaimana rupanya. Tidak ada siapa yang mampu membayangkannya. Ziela yang asal ini boleh kita tonton dalam filem-filem dalam mana beliau berlakon tetapi orang utan terpaksa pergi ke Zoo Negara untuk melihatnya. Orang Utan tidak boleh berkeliaran di tempat-tempat awam kerana ia amat merbahaya kepada keselamatan awam jika dibiarkan mereka (orang utan) ini terlepas di tempat-tempat awam.

Sekarang sudah sampai masanya untuk kita pergi menonton. Sekarang bolehlah kita pilih untuk menonton Ziela Maskot atau Ziela bintang filem itu yang berlakon di Istana Budaya nanti. Masanya tidak lama lagi. Selewat-lewatnya enam minggu lagi.

10 comments:

Anonymous said...

Ziela yg asli tu adalah 'Miss J' kpada arwah Tan Sri Megat Junid. Tuan pernah tgk lakonannya dalam filem 'Driving School' dulu? fuhhhh....
yang asli tetap terbaik. hahahaha

Anonymous said...

Sila tonton klip ini. Ziela orang Utah melakon juga.


http://youtu.be/WR0xIHi6_d0

Anonymous said...

Pak Aspan,

Ziela artis tak cukup cantik dan slim. Rakyat lebih suka tonton Rosmah yang " slim " dan " tawaduk " itu!.

Apa kata badak di zoo negara dinamakan Rosmah?. Sesuai tak?. Kalau artis ada Ziela, orang utan pun ada Ziela, maka kalau VVIP ada Rosmah..wajar benar badak juga ada Rosmah.

Saya pasti Hisyamuddin Rais 100% setuju.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Yes! Absolutely right! Senang aja formula yang boleh dirumuskan pada artikel ini:
UMNO = United Mungkarat Number One
kerana dibarisi O K U dan O K S
(O K U = Operator (pemimpin) Kepupusan Ugama, dan
O K S = Objek-objek Kurang Siuman ...
Dengan itu, rasanya, cukup sudahlah, kan? So, apa lagi mau tunggu ... Kambuskanlah aja keangkuhan mereka selepas ni, K?

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

pak aspan...ziela ok.. ziana lagi ok boh..

Carlos Santiago said...

ada video ka..hahahaha

admin, mohon masuk bloglist.

Anonymous said...

memang semasa zaman sabarudin chik jadi menteri pelancongan,dia gila habis dgn ziela pelakon. depa (dia,megat junid,kadir shekh fadir dan ada sorang dua lagi) kalau main golf..masa putting.. semua lubang depa akan kata "ini lubang ziela j3456" last sekali megat junid yang kenyang...

Anonymous said...

Pak aspan,
You running for election ?, I would be happy to donate to your campaign fund if you start one.

Anonymous said...

Salam,

Saya rasa Puteri atau Wanita UMNO ni, rasa gelilah tengok gelagat dia orang ketika menghina PR.

Zeila ni pelakon 80an. Tapi adakah wanita UMNO berperangai :


1. Bijak macam pelakon Saadiah dalam filem "Musang berjanggut"?

2. Bersopan santun lemah lembut macam pelakon Latifah Omar dalam "Bawang Putih Bawang Merah?"

atau ....

3. Memilih pangkat bedarjat macam pelakon Mak Dara dalam filem "Ibu Mertuaku"?

Walau Che Det ni banyak buat hal macam bangang, tapi saya masih respect sopan santun Puan Siti Hasmah jika dibandingkan dengan ....... eeeeeekkk Kak Mah yang macam .... alahai...(hidup pun susah, mati pun susah, pegang bendene [bendera] abang Apek dalam filem Madu Tiga).

Anonymous said...

Tuan Aspan Alias,

Saya tak berahi langsung tengok Zeila. Tapi saya teringin tengok sigila petualang dari Kerala ni mampus ditali gantung. WAJIB BACA di http://goo.gl/Mo9jn