24 March 2013

Kesetiaan PAS dan DAP terbukti: yang penting matlamat murni tercapai

Tidak pernah terfikir oleh orang ramai sebelum ini PAS dan DAP menjadi parti-parti yang diterima oleh semua kaum dan inilah yang membuatkan BN menjadi gering sementara menunggu pilihanraya yang akan datang ini. PAS telah berjaya membawa bukti bahawa Islam itu merupakan agama yang 'universal' dan juga agama yang boleh memimpin semua kaum dan kelompok di dalam dunia ini. Kekuatan sokongan PAS ini juga telah mewujudkan ‘ulamak songsang’ yang datang dari kumpulan UMNO yang tertekan sambil memfatwakan PAS sebagai PAS sesat dan haram disokong.

Berbagai kumpulan upahan telah dibawa ke depan kaca TV3 untuk menyiarkan fatwa songsang ini semata-mata untuk menyesuaikan dengan kehendak politik mereka. Mereka mahukan agama disesuaikan dengan keperluan mereka dan bukannya menyesuaikan kehendak Islam terhadap semua perjuangan mereka.

Semalam Lim Kit Siang telah menyatakan yang beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya ini. Ini disebabkan ROS mungkin mengambil tindakan membatalkan pendaftaran DAP berikutan dengan kesilapan dalam pemilihan CEC DAP di Pulau Pinang 15hb Disember yang lalu. Sebagai parti pembangkang dan memahami tindak laku BN yang sedang ketandusan sokongan menggunakan ROS untuk membatalkan pendaftaran DAP itu tidak boleh dianggap ringan. Dalam keadaan terdesak BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kelazatan kuasa yang ada kepada mereka (UMNO).

Saya secara peribadi tidak mahu menolak kemungkin BN akan melakukan tindakan pembatalan pendaftaran DAP itu. Tetapi saya telah menangkap sedikit imbasan daripada kenyataan Nik Aziz semasa melawat Pengerusi DAP, Karpal Singh semasa perayaan Thaipusam yang lalu. TGNA telah menyatakan yang PAS berkemungkinan menurunkan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ini. Dengan kenyataan LKS semalam, maka buat sementara DAP tidak akan mempunyai apa-apa masalah di dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang. Jika ROS bertindak seperti ia bertindak terhadap UMNO asal dahulu, maka DAP mempunyai teman seperjuangan yang setia untuk membelanya dalam kesusahan.

Tetapi apa yang menariknya DAP dan kaum Cina telah menganggap PAS sebagai rakan seperjuangan yang rapat dan keadaan ini telah menyatukan semua kaum. PAS dan DAP merupakan dua sahabat yang saling memerlukan di antara satu dengan yang lain untuk mencapai matlamat murni iaitu untuk sebuah negara yang bersih pentadbirannya dan telus di dalam semua tindakan dan keputusan yang melibatkan rakyat..

Dalam masa DAP menghadapi tekanan dari pihak ROS dan BN itu, PAS boleh diharapkan untuk membela parti sahabat sebagai tanda dan lambang kerjasama erat bagi mencapai matlamat untuk mencapai matlamat penyatuan kaum itu. Permuafakatan di antara PAS dan DAP inilah yang memeritkan UMNO dan BN. UMNO telah cuba untuk memisahkan DAP dan PAS untuk ‘survival’ parti itu tetapi tidak berhasil malahan DAP dan PAS bertambah intim kian hari kian masa.

Saya selalu berkata yang UMNO merupakan pihak yang terhandal dalam mencipta slogan-slogan seperti slogan 1Malaysia dan hidup dalam harmoni di antara semua kaum dan agama. Semuanya itu hanya tinggal slogan tetapi apa-apa slogan yang diwar-warkan oleh UMNO, yang menterjemahkan kepada realiti hanyalah Pakatan Rakyat. 'Bersih, Cekap dan Amanah' merupakan slogan UMNO semasa pemerintahan kuku besi Mahathir dahulu tetapi tidak pernah terlihat hasilnya. Di bawah pimpinan Dr Mahathir tidak ada bersihnya, tidak wujud cekapnya dan jauh sekali dari melihat sifat amanah seperti yang dislogankan itu.

Hasilnya Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan pula yang melaksanakan slogan 'Bersih. Cekap dan Amanah' itu. Sekarang IMalaysia adalah slogan Najib yang sedang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam mana pihak Pakatan telah menunjukkan kesatuan di antara kaum dan agama dengan jayanya. Semuanya ini terbentuk kerana semua pihak dalam Pakatan Rakyat bersatu untuk menuju kebaikan yang cuba diperlekehkan oleh UMNO yang tidak mempunyai kudrat dan kemampuan untuk menyatukan rakyat berbagai kaum dan cara hidup ini.

UMNO yang mengaku sebagai pejuang Islam terpaksa melunakkan lagi nyanyian lagu rasis dalam kempen pilihanraya ini. Tetapi bagi semua yang beragama khususnya yang beragama Islam tetap merealisasikan kenyataan yang Islam itu adalah agama yang mampu untuk bersatu dan bermuafakat dengan agama lain untuk hidup dalam negara yang aman, muhibbah dan saling menghormati di antara satu dengan yang lain.

Tuhan telah menurunkan di dunia ini manusia dari berkumpul-kumpulan dan berbeza-beza semata-mata untuk memperkayakan sifat memahami serta menghormati di antara satu dengan lain. Tuntutan inilah yang tidak digemari UMNO kerana tuntutan Allah swt ini tidak sesuai dengan kehendak mereka. Maka mereka pun mengumpulkan mereka yang berserban dan berjubah di depan kaca TV3 untuk mengharamkan menyokong PAS dan melabelkan PAS parti yang menjual akidah dan berbagai-bagai lagi tuduhan yang liar dan menjelikkan.

Apa yang diagakkan akan dilakukan oleh ROS terhadap DAP boleh diselesaikan dengan cara berpadu dan memahami masalah di antara satu dengan lain. Jika pembatalan pendaftaran DAP dilakukan juga oleh pendaftar pertubuhan, maka calon-calon DAP dialu-alukan oleh PAS untuk menggunakan lambangnya sebagai tanda hormat menghormati di antara kedua-dua parti itu. Yang penting sekali ialah matlamat mendapatkan kerajaan yang telus, bersih dan tidak rasuah itu dapat dicapai sebagai satu-satunya jalan ke arah mencapai ‘national unity’ yang merupakan ‘ultimate’ bagi negara ini.

Sekarang apa yang saya selalu sebutkan akan menjadi kenyataan. Semua rakyat mahu bersatu tetapi kali ini mereka mahu bersatu di luar BN dan bukan lagi bersatu di bawah naungan UMNO dan BN yang terlalu angkuh dan tidak dapat difahami lagi apa sebenarnya matlamat perjuangan mereka sekarang ini, jika tidak kerana kerakusan kuasa semata-mata..

Sesungguhnya UMNO sudah hilang segala ‘identity’nya sebagai sebuah parti pemerintah. ‘Attribute’ sebagai parti pemerintah nampaknya sudah terbina di dalam Pakatan Rakyat. UMNO sudah menjadi sebuah parti saling tidak tumpah sebagai parti yang melata seperti pengemis meminta sokongan rakyat yang sudah celik belaka sekarang ini.

15 comments:

nan 012 said...

Tuan..patut la parti isma ujud rupanya ada ajenda nak haramkan parti Dap..

Anonymous said...

Salam,

I'm a Malay and a Muslim. Quran is my only guide.

But .... we must all understand the basic Quranic principles : Respect others on the basis of humanrights, moral and ethics.

If DAP talk about integrity, transparency, honesty, why should we happy go lucky with UMNO BN full of corruption, racist minded bullying the RAKYAT etc.

Quran says, never bully other peoples's faith and race. Almighty GOD, only see what's in your heart, not how handsome you are, how beautiful you are, how rich and famous you are.

But UMNO BN baru, teach people how to throw rotten eggs and stones at people, how to scream like monkey at other people, how to "bodek" the elites, how to kiss the hands of the elites even these hands are painted with corruptions. UMNO Baru BN, make some police like a robot even the hooligans are doing satanic act in front of them.

We fully respect the police and army, whom we 100% rely on to protect our beloved country Malaysia. We are very happy and feel safe and sound if they are around us on their duty.

But this UMNO BN, are very arrogant to say that PR supporters are "pengkhianat negara". If Wanita PR give flowers to the police, are they considered "pengkhianat"?????

I can say, if somebody accused Tuan as pengkhianat bangsa Melayu, then these kind people are worst than the racist Zionist Jews (not the good Jews who opposed the Zionist regime), because they don't abide the rules of Quran.

We never knew if LGE have an English translation of the Quran. The way he talks and his mindset, shows he really understand the principles of Quran. He fully respect the Muslims by allocating whatever resources for the benefits of Muslims. I'm really ashame of some Mamak Muslims in Penang who just talk rubbish in the TV. When interviewed, I don't see any value in their complain, just look very desparate people.

I came from family background with very hardcore BN supporters for decades. Me and some cousins are considered minority. Yet, they are still my family. But I said to them one thing : Make a table and list of UMNO Baru's do's and dont's and compare with the Quran principles. I said, if they believe whatever RTM (RaisYaTiM) said bad thinss about Tuan Guru Nik Aziz adminstration, it's good, bawa rombongan and visit Nik Aziz office and Nik Aziz will explain to them his daily administration.

Black Warrior said...

terbaik untuk semua

Anonymous said...

DAP & PAS have strong principles and moral values....these are universal values fought by REAL great leaders in the world.

With their strong principles, if accepted as part of BN, they will not survive and their fight for a fairer and better society meaningless.

To implement their principles and values, they must lead and form a new government.

antisyaitan said...


Apabila rakyat mula bermuafakat dan bersatu di bawah naungan PR maka amat jelas golongan "Syaitan Yang Dikenali" semakin meroyan dan kepanasan seperti cacing terkena terik matahari.

Kapada syaitan yang telah lanjut usia eloklah bertaubat kerana bak kata pepatah mamak "rumah kata pergi, kubur kata mari".....oops maaf terlupa pulak; syaitan akan dipanjangkan usia oleh Allah sehingga dunia kiamat.

Pok Li said...

Dulu2 saya selalu terfikir, saat PAS & DAP dapat duduk semeja itulah penghujung UMNO/BN di tampuk pemerintahan. Saat itu kini kian hampir.

Anonymous said...

Pak Aspan,

The whole system has been manipulated in favour of Umno

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Syabas, saudara dan rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah, kini semakin terserlah kemenangan, dan insha Allah, keputusan pilihanraya itu nanti seolah-olah akan membentuk suasana seperti Fat-hah Makkah (saya hanya mengeja seperti ini untuk memudahkan perisian pembaca skrin saya ini memahami dan menyebutnya dengan bahasa kita).

Justeru, kalau dikaji benar-benar, nama parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) ini sendiri sudah cukup memberi makna serta membuktikan mereka adalah parti berbilang agama dan kaum, walaupun PAS adalah sebuah parti Islam se-Malaysia. Malah, contoh kepimpnan para ulamanya itulah akhirnya Alhamdulillah telah Berjaya menampilkan serta memulihkan imej Islam yang telah dicemari toksik "racism" melampau. Begitu juga dengan Democratic Action Party (DAP); walaupun pemimpinnya non-Muslim Chinese serta bangsa-bangsa lain, ia adalah sebuah parti perjuangan untuk rakyat jelata. Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula; tepat sekali prinsip perjuangannya -- memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua. Lantas, kiranya UMNO serta para ahzab syaitan mereka tu mahu berterusan memperalat seisi dunia ini sekalipun menghalang kebangkitan luarbiasa rakyat ini, pesan saya hanya satu kepada mereka: "Bersedialah kalian (UBN) menerima hakikat takhta kekuasaan kalian akan diterbalikkan sepertimana terbaliknya bumi Sadum; semoga alam semesta ini akan menyaksikan serta mengambil iktibar berulangnya sejarah penurunan azab Allah ke atas golongan kuffar dan fasiq seperti kalian, k? Dengan itu, kalian pasti akan tercatat pada lembara sejarah Malaysia sebagai regim dictator 'lembut' yang bertanggungjawab mencalar reputasi Malaysia di persada antarabangsa, tau! So, tak mahu bertaubat, pergi jahannamlah!!!".

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

MANA SATU NI... UMNO KE UMNO BARU?.

DIAM said...

Siapa tidak kenal Daim Zainuddin ? lawyer garam di Kuala Selangor. Cara ckp mcm accountant/economist nampaknya ! Berniaga garam jatuh bengkrap. Buat S & P dari ofis ke ofis. Nasib baik Dtk Harun beri tanah lombong di Maluri.Overnite Daim dg 3 partner jadi kaya. Kemudian apa jadi dg 2 org partner tu ? Daimkan lawyer. Dia sapu kat dia semua.

Bila Madey lantik dia jadi senator kemudian jadi menteri kewangan. Satu jawatan yg senior semata-mata Madey beri kerana Daim pun asal dari Tongkang Yad,Seberang Perak.Alok Stak.Di akhirnya Daim dg Madey tidak boleh see eye to eye. Sekarang lawyer yg buat duit dari duit rakyat nak jadi pakar politik boleh meramal lanskap politik Malaysia ?

Tak payahlah nak tunjuk gah ! Madey ambik dia. Madey tolong dia juga dpt tanah di Maluri tu.Semua tanah Daim nak kebas...

tak ckp byk. dia pun bukan outstanding lawyer.kekdang digelar Diam!

Diam...lebih baik ko diam

Anonymous said...

Salam Sdr ASPAN;

Alhamdulillah, Allah Maha Besar, Maha Adil Dan Maha Mengetahui.
Dia lah yang menghidup dan Mematikan. Yang mengatur seluruh alam.
Kudrat manusia tidak akan dapat mengatasi KudratNya. Dia akan memperlihatkan kepada siapa yang dikehendakiNya.

Dia akan menemukan titik penemuan kepada siapa yang dikehendakiNya, walau segigih mana manusia berusaha menghalangNya.

Sesuatu yg indah akan ditunjukkan olihNya Insya Allah, bagi hamba2Nya yg mahu berfikir.

Ya Allah lembutkanlah hati2 kami untuk ke satu titik persefahaman bagi kami menghadapi gulungan yg selama ini menzalimi kami rakyat Malaysia... AMIN ...... Myi

Anonymous said...

ahli seumur hidup.

Kali ini saya mengundi PR kerana tak yakin dgn kepimpinan UMNO sekarang. Pemimpin yg ada sekarang lahir dari RASUAH ketika pemilihan dahulu dari peringkat bahagian hingga majlis tertinggi. Pemimpin yg kompintan semuanya sudah terbuang dan yg ada sikit2 tinggal tu dlm proses dibuang atau diketepikan.

awangbatuburok said...


Kejayaan tarbiyyah politik PAS dapat dilihat pada keperibadian kepimpinan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Kejayaan tarbiyyah politik UMNO dapat dilihat pada keperibadian kepimpinan Chua Soi Legg dan Vijindran MIC.

Anonymous said...

Indeed it baffles me how unbelievable it can be to see and hear daily how many senior Malaysians, the EX senior government officials and the EX politicians can still insists that the nation should paddle back to Mahathirism.

Looking at the state of the nation's decaying institutions these old souls still wants us all to buy their foregone arguments. And yes, that old soul is still being ferried everywhere to hear him speak!

Obviously, he blames the whole world except himself!. Yet they gave him a standing ovation.

How much more ridiculous can this nation be??

Anonymous said...

Setelah tersentak dengan kehilangan 5 negeri dan majoriti 2/3 Parlimen dalam PRU 12 lalu, mereka pun duduk berfikir dan merencana berbagai langkah utk membetulkan keadaan agar mereka boleh kembali bergaya utk menang dlam PRU 13.

Nyata banyak kerja bodoh yang sudah mereka lakukan. Tak kurang juga ramai anggota2 kerajaan diperbodohkan utk buat kerja2 bodoh bagi pihak mereka.

Inilah pe'el dan kerja orang2 melayu yang ngaku beragama Islam dalam parti yang mendabik dada perjuangkan agama Islam!!

Kesian kan melihat seorang tua bernama Rahim bercakap bagi pihak ass-kay, sambil menjaja cerita porno....PATHETIC!