18 March 2013

UMNO sedang mengalami 'brain death'

Setengah pendapat sekarang ini Parlimen sepatutnya telah terbubar jika dikira dari tarikh pembubaran Parlimen dan Dewan-Dewan Legislatif negeri-negeri pada 8hb Mac 2008 dahulu. Setengah pendapat lagi Parlimen dan Dewan Legislatif sesebuah negeri itu terbubar dengan sendirinya jika dikira dari tarikh persidangan Dewan Legislatif yang pertama selepas pilihanraya tahun itu.

Kalau dikira dari sudut mana pun Perdana Menteri sudah kehilangan moral politik beliau kerana beliau selama ini bukanlah seorang Perdana Menteri yang ‘legitimate’ kerana mandat yang beliau arak ke hulu ke hilir sekarang ini adalah mandat Tun Abdullah Badawi.

Semalam Najib meminta rakyat memberikan beliau mandat yang besar kerana beliau belum lagi mendapat mandat itu. Katanya jika beliau dan BN tidak dapat mandat besar lebih-lebih lagi jika BN kalah dalam pilihanraya ini segala perancangan beliau untuk mentransformasi kerajaan dan negara akan terganggu dan punah. Jika itulah yang dipinta Najib, kita boleh membuat persepsi yang ‘conclusive’ yang beliau akan kempunan untuk mendapatkan mandat itu, jauh sekali untuk mendapatkan mandat yang besar.

Rayuan beliau itu memberikan bayangan jelas yang beliau selama ini tidak memanggil pilihanraya lebih awal ialah kerana takut kepada kekalahan. Najib tersalah langkah dari awal lagi. Oleh kerana beliau menangguhkan pilihanraya itu sampai ke penghujung penggal maka isu terhadap kerajaan dan terhadap beliau sendiri bertambah-tambah dan bercambah-cambah sehinggkan beliau sudah tidak ada apa lagi alasan untuk menyakinkan rakyat yang beliau dan UMNO itu masih relevan.

Penangguhan pilihanraya ini telah menyebabkan beliau tertekan dari rakyat yang mahukan perubahan dan yang lebih menyakitkan beliau lagi ialah tekanan terhadap beliau oleh pimpinan dan ahli-ahli UMNO sendiri. Adalah wajar bagi Najib untuk memandang ke dalam daripada memandang jauh keluar dan menganyang parti-parti pembangkang di setiap ucapan beliau setiap hari. Najib sebenarnya mempunyai banyak masalah di dalam partinya sendiri.

Najib ibarat panglima perang yang besar dalam mana kumpulan dan kabilah beliau adalah kabilah yang terlalu berpecah dan mempunyai masalah dalamannya sendiri. Beliau adalah panglima perang yang tidak mendapat dukungan dari kumpulannya sendiri. Bukan kurang jumlah dari bala tenteranya yang mahukan beliau terkorban dan banyak bukti-bukti yang ramai di antara tentera beliau yang beliau pimpin akan mengacukan senjata terhadap beliau dari belakang apabila sampai waktunya.

Masalah besar UMNO akan bermula pada hari pengumuman calon dan selepas masing-masing calon mendapat surat watikah untuk bertanding mewakili UMNO itu. Sabotaj mensabotaj calon parti sendiri akan menjadi lebih hebat sekali dan saya melihatnya sebagai satu fenomena besar di dalam UMNO semasa pilihanraya nanti.

Seruan Najib meminta beliau diberikan mandat besar itu merupakan satu mimpi di siang hari kerana penangguhan pilihanraya kali ini adalah penyebab kenapa rakyat sudah kehilangan keyakinan yang lebih teruk lagi. Penangguhan itu memberi makna UMNO takut menghadapi pilihanraya dan ketakutan itu membuatkan rakyat ramai tidak berkeyakinan lagi terhadap parti itu. Rakyat tidak akan memberikan mandat kepada kepimpinan dan parti yang takut menghadapi pilihanraya. Apabila sesebuah parti tidak mempunyai ‘self confidence’ ia bermakna parti itu tidak akan berani membuat keputusan dengan baik dalam isu penting yang lain.

Perasaan takut yang menghantui UMNO inilah yang menyebabkan kepimpinan parti itu terpaksa bermuka-muka apabila menghadapi rakyat yang berbilang kaum. Pimpinan UMNO tidak berani bercakap dengan tegas terhadap banyak isu. Itulah sebabnya kita melihat dan mendengar pimpinan UMNO terpaksa menggunakan isu perkauman yang menebal akhir-akhir ini.

Nampaknya kali ini UMNO hanya menumpukan harapan mereka kepada orang Melayu sahaja yang juga sedang lari kepada PAS. DAP sudah sememangnya mendapat sokongan kaum Cina dan akhir-akhir ini saya mendapat banyak respons daripada orang Melayu untuk memberikan dukungan kepada DAP dan itu adalah juga satu fenomena yang jelas.

Pendeknya apa yang dihadapi oleh UMNO itu sekarang ini  amat serius dan yang tinggal hanyalah sokongan dari penggiat tegar UMNO yang tidak tahu apa-apa. Mereka sekarang sedang membina budaya samseng dan mengganggu banyak program parti-parti Pakatan Rakyat di seluruh negara.

Terbinanya budaya samseng yang bertindak kasar dan tidak bertamadun itu tidak dapat menafikan hakikat UMNO semakin hari semakin hilang identitinya sebagai sebuah parti pemerintah. Inilah budaya mana-mana parti pemerintah yang akan kalah dan budaya buruk ini sememangnya satu ‘attribute’ bagi pemerintahan yang berada di penghujung kuasa.

Apa yang dirayu oleh Najib semalam adalah manifestasi kepimpinan UMNO yang sebenarnya. Mereka dalam ketakutan yang keterlaluan. Apabila sudah lemah dan menghadapi krisis keyakinan di kalangan ahli-ahli parti sendiri, maka ia adalah tanda-tanda jelas yang usia UMNO sebagai parti pemerintah itu sudah semakin hampir.

Seperti seorang yang nazak di hospital, UMNO sedang menghadapi ‘brain death’ dan pembubaran Parlimen itu ibarat mencabut mesin tali hayat dari pesakit yang tidak dapat diselamatkan lagi.

Najib sedang berhadapan dengan pembangkang yang kuat di hadapannya. Di belakangnya pula beliau berhadapan dengan ahli-ahli UMNO beliau sendiri yang menunggu masa untuk mengenepikan beliau.

Najib dalam keadaan serba-salah yang amat susah untuk beliau selesaikan. Hanya rakyat dengan keizinan Tuhan sahaja mampu menyelesaikannya.

33 comments:

jermain said...



Another nice write up!

Pak Zawi said...

Tuan Aspan, tulisan yang tepat. Sekarang apa jadi kalau Parlimen terus tidak dibubarkan dan Najib terus menganggap dirinya PM?

Anonymous said...

4 tahun adalah tempoh yang cukup munasabah menonjolkan kewibawaan dan keberkesanan seseorang pemimpin. Tempoh presiden Amerika satu penggal pun hanya 4 tahun. Tempoh itu sudah cukup bagi rakyat menilai kepimpinannya.Sepanjang itu, dari segi dasar, pendekatan dan struktur pentdbirannya tidak banyak berubah dari pemimpin yang dahulu. Lantas itu apa yang dilakukannya hanya tidak memberi signifikan dalam merubah sistem pengurusan dan pentadbiran negara

Anonymous said...


Saudara AA

Ada poster terbentang dihadapan rumah saya. Saudara akan ke Kedah lagi malam ini. Saya akan hadir bersama orang ramai.Saya selalu membaca fikiran sdr melalui blog sdr. Malam ini saya bertemu dengan orangnya. Berhati-hati dalam perjalanan sdr.

Hj Mat

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Absolutely right without any denial ... Bayangkan, tiga hari lagi daripada hari ini (18/03/2013), DUN Johor pun akan tertanggal sendiri (21/03/2013) sebagai permulaan, diikuti Negeri Sembilan lima hari kemudian. Malah, negerinya sendiri, Pahang, pun akan terbogel juga pada 07/04/2013, diikuti Selangor (22/04/2013), Perak (24/04/2013) dan Melaka (26/04/2013). Kebetulan, negeri-negeri Perlis dan Kelantan sahaja yang berkongsi pembubaran DUN masing-masing dengan Parlimen pada 28 April, 2013 (Ahad). Saya pula secara tiba-tiba terbayangkan, berkemungkinan, kelewatan PRU ini memang disengajakan. Maknanya, dengan terbubar (terbogel)nya Parlimen itu sendiri pada masa itu, mereka dan sekalian agen syaitan mereka itu akan mengisytiharkan pula tarikh pilihanraya baru pada lebih kurang dua minggu kemudiannya, dan, sekiranya PR terbukti menang, merekalah nanti akan mencetuskan semula apa yang disebutkan sebagai "Tragedi 13 Mei". Apapun, ini hanya sekadar apa yang terlintas dan jangan dipercayai, mungkin disebabkan keresahan saya yang teramat apabila mereka (UMNO khasnya) kini sibuk mencari "publicity" murahan dengan meniupkan sentiment kebencian rakyat terhadap PR. Apapun, bersamalah kita bersatu menegakkan hak kita sebagai rakyat untuk menolak para pengkhianat ini dari Putrajaya dengan doa dan usaha secara istiqamah.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

AA, utk makluman dalam sesebuah kisah, penamat cerita adalah yg paling ditunggu & terpenting sekali. Oleh itu bersabarlah, buat sementara ini nikmatilah rasa gah yg ada sebab tidak lama lagi hanya akan tinggal kenang kenangan. Only memories remain. (Wal Asri...)

beewizer65 said...

Assalamualaikum,

Marilah kita renungkan firman Allah swt yang di jelaskan dalam Al-Quran.

1)“Dan Mereka Merancang (tipu
daya),
Allah juga merancang (membalas
tipu daya),
Dan ALLAH sebaik-baik
Perancang(membalas tipu daya)”
( Al – Imran : 54 )

Wassalam.

yusofali said...

Sdr AA, saya juga selalu membacakan tulisan2 sdra disini, tepatnya maksud tulisan sdra tu. Saya berusia 55 thn dah kenalkan DSAI dan TunMM sejak 70an lg.Umno boleh diharapkan sehingga hujung 90an aje, MM merosakkan Malaysia yg memulakannya sejak awal 80an lg. Mohon sdr AA tuliskan mcm mana MM yg mula serangkan Kehakiman dan Raja utk beliau mengekalkan dan menguatkan cengkaman kuasa dia keatas Malaysia.

Anonymous said...

Decades of Gangster leadership is destructive to the society and country....these 'leaders' hate the law and rule. They want to be above the law and get away with it.

There is no room for these ' leaders ' in a modern, progressive and civilised society.

flyer168 said...

Sdr Aspan,

Yes indeed.

It is not UMNO Baru(soon it will be the United Mamak & Nana Organisation !)but rather, their Ketuanan Political Leaders who are 'Brain Dead...!

Soon the Ketuanan Malays will have no Party to go to...padan muka...!

Shalom.

Anonymous said...

Bang,

umno takkan mati bang.

Pasal apa?

Pasal umno kalu mati maka matilah dan pupuslaa melayuuuu.

Kan udah ada kata2 hikmat bahawa takkan hilang melayu di donia!

maka takkan matilah umno kan??

kan?

hmmm bukan?

Anonymous said...


Anon 16.08,

Betul, Melayu tidak akan hilang didunia. Tetapi blogger Aspan used to say, 'Melayu akan hilang dunianya jika UMNO terus memerintah'!


kadiak

Anonymous said...

Najib, please address your huge problem like Altantuya's case and numerous other cases that haunt you incessantly. Good if you just resign and get out of our way. We want to stay clean.

bumi-non-malay said...

Kita Patut satu Rally Raksasa kat SPR agar Parliamen dibubarkan Serta Merta....kemudian pergi ke Istana Negara dan Istana Negeri unutk bubarkan ADUN....

Ini Demokrasi APA ni..... Sial Betul UMNO. Dah Korbankan Askar dan Polis Malaysia kat Sabah, sekarang nak cuba tipu helah lain......

Kepada pegawai Polis dan Tentera pangkat rendah...Harap Bakar semua kotak UNI Hantu UMNO yang disimpan di balai/kem awak 8 Jam sebelum tamat UNDI!!

Anonymous said...

anon 16:08...

UMNO/Bn boleh meneruskan hidupnyer jika berubah......jika tak berubah...dia akan direbahkan....kemer pun tak sior dgn UMNO/BN jika penjenayah2 terus bersarang dlm UMNO/BN......UMNO/BN kini penuh dgn samseng dan penjenayah....

Anonymous said...

Salam.
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri merubah apa yg ada dlm diri mereka. Org islam tentu biasa mendengar maksud ayat quran ini. Di mana2 kita pergi kita melihat dan mendengar arus dan suara perubahan berkumandang. Seluruh rakyat inginkan pembaikan dari regim korup dan fasik umno-bn. Skrg kita perlu menggandakan usaha dan menunggu parlimen dibubar. Banyakkan berdoa. Allah tidak akan mensia-siakan janji perubahan bagi umat yg gigih berjuang untuk merubah nasib mereka.

Unknown said...

Kawan2 HAYATILAH SUASANA YANG TAK AKAN RASA DALAM HAYAT KITA. MENYAMBUT HARI2 RAYA (P/RAYA) YANG DI SAMBUT OLEH SEMUA KAUM DI MALAYSIA, 5 TAHUN (BUKAN 1 TAHUN)SEKALI. PAGI HARI RAYA KETEMPAT MENGUNDI IBARAT YANG MELAYU KE
MASJID, CINA KE TOKONG DAN INDIA KE KUIL.GANTI SEMBAHYANG RAYA DENGAN MENGUNDI. SELAMAT MENYAMBUT HARI P/RAYA 2013 SEMOGA TAHUN NI KITA SEMUA BOLEH SEMBAHYANG DI MASJID PUTRAJAYA.

Anonymous said...

Tiada Negara di Dunia ini melainkan Negara yang diperintah oleh diktator,ada pemimpin yang boleh memerintah sesebuah negara tanpa mandat yang dimiliki sendiri.
Mari kita melihat dari sudut Negara Jepun,walaupun kadang kala PM mereka dipilih oleh wakil dari "The Diet",mereka kena memanggil pilihanraya dalam tempoh kurang setahun selepas mereka mengambil alih tampuk pemerintahan daripada mantan PM tidak seperti yang dilalui oleh Malaysia sekarang.
IMHO,Lacheat stay for toooo long.i personnaly think that it was now in our history Hari Ini Dalam Sejarah.

PC

Anonymous said...

Najib dan UMNO sibuk mengubati " Nyawa Ikan" tidak sedar apa Kerajaan Filipina sedang lakukan sekarang. Bacalah berita dari sana baru tahu apa tindakan lanjut mereka. Akhir nanti Sabah akan.............

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Kalau UMNO dah mati otak, maknanya mati pucuk juga. Viagra & cialis pun tak mampu mengubati mati pucuk yang berpunca dari mati otak.

Kalaulah otak boleh digantikan..UMNO boleh diselamatkan. Soalnya bolehkah? Doctor In House pun tak mampu nak buat apa apa lagi! Sama sama lah kita dermakan kain kafan dan keranda nanti untuk mereka disertai bacaan talqin. Dua batu nesan dah Najib sediakan ( info dari Dato Arif ).

Anonymous said...

Hari ini jam 7.30 ptg lagi berita dari Filipina rancangan buruk Sultan dan kokco2 mereka hendak merampas Sabah. Biul pun Sultan. Rakyat Malaysia hendaklah bersatu mempertahankan Negara kita. Saya harap Perkasa medan didahapan.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Apakah yang terjadi kepada pak kaduk, walaupun telah menolong melepaskan anjing yg tersepit tetapi apabila anjing terlepas telah mengigit tangannya....nampaknya Filipina sedang tepok2 tangan sekarang.....kalau di Singapura kehebatannya mempunyai tembok cina utk elak bayar cukai, di filipina macam mana pula ???

- Batu tembok cukai

Anonymous said...

Apa pun saya nak ucap t.kasih kpd PR kerana atas gerakkan politik PR umno terpaksa kerja kuat tunjuk baik pd rakyat walaupun atas dasar tidak jujur.

Anonymous said...

Saya lihat pelik tun mahathir lancarkan buku Sejarah Rosmah. Fakta terbesar Rosmah pembunuh utama sokongan rakyar kpd umno/bn.

Anonymous said...

Pada usia 67 tahun orang tua itu masih beriya-iya mahu meyakinkan jiran2 tetangganya bahawasanya dia masih mampu menjaga kerukunan dan patut diberi kepercayaan untuk tadbir kehidupan kejiranan.

Tetapi jiran2 sudah tahu bahawasanya anak2 orang tua itu sudah tinggalkan dia keseorangan ......

dan paling sayu, jiran2 sudah dapat menghidu orang tua itu sudah tidak dapat menguruskan kehidupan dirinya sendiri.

SABAN HARI DIA BERMAIN DENGAN TAIK!!

inilah akhir2 riwayat hidop INCIK Umnoo Al-Hamis.

Anonymous said...

Bang,

Ini cadangan dari INCIK Umnoo Al-Hamis neh..heheh

http://www.malaysiakini.com/news/224325

Dia tak habis2 nak kuatkan dan gandakan usaha bunoh Najib yang saya tengok!.

Anonymous said...

UMNO brain dead, Malaysia brain drain. What to do? More than 1 million Malaysian born and bred have left our shores. Instead we get all these uneducated banglas, nigerians, pakis, filipinos, etc, etc.Now the filipinos want to take over Sabah.Cos UMNO brain dead.

You are right.

Abdulla.

Anonymous said...

Artikel yang sungguh menyedapkan hati dan tepat sekali dengan fakta2 yang sebenar kini ujudnya Umno didalam keaadaannya sedang mengalami fasa "Mati Otak", hanya bernyawa ikan saja dan sudah tidak boleh diubati lagi. Hari Umno berputus nafas sudah ditetapkan oleh Allah iaitu pada PRU 13 ini. Selamat Jalan, Umno Pengkhianat Agama, Raja, Bangsa dan Negara.

Anonymous said...

Bang,

Hebat kata2 orang tua neh

http://www.malaysiakini.com/news/224467

Saya kira dia sedang bagi 'oksigen tambahan' kat INCIK umnoo.....mereka sedang berhempas pulas dan bermati2an nak selamatkan boss mereka yerrr....

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Otak yang mati akan membawa bencana kepada negara,suatu bencana tidak ubah seperti berlakunya letusan gunung berapi super dan hentaman asteroid, reptilia besar akan pupus dan memberi peluang kepada spesis mamalia berkembang biak.

Malaysia sebenarnya perlukan barisan pemimpin yang matang dan bertanggungjawab dalam pembangunan bangsa ataupun sebenarnya kita telah ditutupkan semua pilihan dan membelakangkan kenyataan demi merealisasikan suatu kesan negatif ekoran dari perbuatan negatif.

Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah, bila berlakunya bencana negara bangkrap, huru-hara disebabkan sentimen agama,bangsa dan ekonomi, ancaman dari luar tapi ancaman sebenar yang sudah bersarang dari dalam tidak disedari barulah reti nak A.B.U @ A.B.C.D....

A.B.U @ A.B.C.D sekarang sebelum kita mendapat kerosakan yang lebih besar.



- Tembok Besar Melayu

Anonymous said...

slm bumi-non-malay, bukan saja bakar peti undi tapi TUNTUT Najib dedahkan perjanjian dgn Kiram dan minta maaf-buat siaran langsung- atau cari dia sampai lubang cacing atas pengorbanan perajurit kita yg maha setia lagi berjasa!!!

Ye, Pak usman Awang, nyawa itu bukan saja murah tapi dimurahkan oleh anakbangsamu yg tiada maruah!!demi kebobrokan kuasa yg bukan haq.

Kuasa sebenar bukan pada Ketuanan tapi pada Keimanan.

Anonymous said...

Anonymous 19:03

citer pasal nasib sudah expired 52 tahun dulu. suatu ketika nanti akan jadi satu TRANSISI yg Allah sebut menukar umah dgn yang lebih baik. baca habis itu AQ...

Anonymous said...

Bang,

apa terok sangat mamat neh? Inilah geng2 main taik?

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/03/21/blank-cheque-offered-to-retract-sex-allegations/

Dia TERPAKSA buat begini nak NEUTRALISE kesan U-turn bapa Saiful??