09 June 2013

Dasar Ekonomi Baru (DEB) sudah lama tiada, kenapa disebut-sebut lagi?

Akhir-akhir ini ramai yang bercakap tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberikan keistimewaan untuk Bumiputra bagi membolehkan mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan semua bangsa dinegara ini. Matlamatnya hanya satu iaitu untuk mencapai perpaduan kaum kerana isu pembahagian kekayaan negara merupakan satu isu yang dilihat sebagai penyebab berlakunya tragedi 13 Mei empat puluh tiga  tahun dahulu.

Menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum serta menghapuskan cara mengenali sesuatu kaum itu melalui fungsi ekonominya merupakan teras DEB melalui tindakan ‘social and economic engineering’ yang teratur dan tersusun telah dilakukan dengan baik pada awalnya. Hasilnya tercapailah satu lagi matlamat untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan diantara yang berada dan tidak berada.

Selalu blog ini mengingatkan kejayaan awal itu. Dari 2.7 peratus pegangan kekayaan negara oleh Bumiputra pada tahun 1970 dahulu, orang Melayu telah mencapai ketahap 18.4 peratus kekayaan itu pada tahun 1984 dahulu. Barang diingat pegangan kekayaan oleh Bumiputra itu adalah termasuk harta yang dimiliki oleh agensi-agensi kerajaan yang berkepentingan Bumiputra.

Sehingga hari ini masih ramai yang tidak tahu definasi DEB itu sendiri walaupun mereka diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya. Pertamanya dasar itu sendiri sudah tidak wujud lagi dan ramai yang tertanya-tanya, mana kah dia DEB itu sekarang? DEB kata orang, DEB kata mereka. Tetapi mereka masih tidak tahu apakah DEB itu dan apakah matlamatnya.

Sebenarnya DEB itu mempunyai hanya satu matlamat. Matlamatnya ialah penyatuan rakyat semua kaum. Apa yang di sebutkan sebagai menghapuskan cara pengenalan kaum melalui fungsi ekonominya, mengurangkan jurang perbezaan pandapatan diantara yang berada dan tidak berada dan yang lain-lain itu hanyalah proses untuk mencapai matlamat perpaduan kaum itu.

Begitu juga usaha untuk membesarkan kek ekonomi dan memberikan peluang untuk orang Melayu mencapai matlamat pegangan 30 peratus harta kekayaan negara itu juga adalah proses kearah matlamat perpaduan rakyat berbilang kaum itu. Dulu semua rakyat berbilang kaum memahami matlamat dasar ini, tetapi oleh kerana dasar ini telah dilacurkan oleh pimpinan kita sendiri bermula pada pertengahan tahun lapan puluhan dahulu maka generasi muda sekarang tidak tahu menilainya dan menghargai dasar itu.

Sekarang baik dari kaum Melayu mahu pun dari kaum Cina atau bangsa-bangsa lain sudah terlalu jauh dari mengetahui roh dasar itu sendiri. Malahan orang Melayu dan kaum Cina sendiri ingat yang dasar itu masih wujud sedangkan sesungguhnya dasar itu telah tamat dan sudah tiada lagi.

Malahan dasar itu telah diabaikan sejak pertengahan tahun lapan puluhan dahulu kerana semasa itu kepimpinan kita merasakan dasar itu merumitkan mereka sendiri kerana mereka mahukan pembangunan negara dilakukan dengan cepat dan deras melalui penggubalan dasar baru yang menjahanamkan DEB itu sendiri. Zaman lapan puluhan adalah zaman projek raksaksa yang dilakukan melalui rundingan terus. Semuanya hendak dilakukan dengan deras dan tidak payah dimasukkan projek-projek besar ini ke dalam rancangan pembangunan lima tahun itu.

Semuanya hendak dibuat dengan serta merta. Hasilnya mulalah berlaku penyelewengan dan rasuah yang juga raksaksa kerana semua keputusan dibuat secara 'ad hoc'. Apabila budaya ini sudah menjalar kedalam sistem negara kita, maka rasuah dan salahguna kuasa itu sudah tidak dapat dikawal lagi dan itulah sebabnya kita menghadapi banyak krisis diantara kita sekarang ini.

Semua peruntukan dan quota yang sepatutnya di berikan kepada orang melayu seperti yang didasarkan itu telah diambil semua peluang itu oleh rakan-rakan yang hampir dengan kepimpinan dan mereka menggunakan kesempatan itu untuk membina 'empire' kronism diatas nama Bumiputra tadi sedangkan bumiputra yang bekelayakan dan ‘genuine’ tidak mendapat peluang itu misalnya.

Hendak bercerita fasal isu ini sudah menjadi susah kerana generasi sekarang tidak sedar yang mereka adalah mangsa kepada kerakusan pimpinan yang membina kronism yang mereka sokong itu sendiri. Tetapi apa yang orang seperti saya tulis selama ini hanyalah untuk dijadikan rekod sahaja. Kami hanya menulis untuk mereka yang akan datang mengetahui ada kumpulan yang sedar itu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana kekuatan benteng kronism itu sampai lah sekarang ini.

Tetapi sedikit sebanyak bukti itu akan ternyata. Isu yang berkaitan dengan saman Halim Saad terhadap kerajaan yang begitu ‘massive’ sekarang ini akan dapat membuktikan betapa gilanya pimpinan UMNO sejak hampir tiga puluh tahun dahulu. Mereka sudah tidak tahu membezakan diantara harta sendiri dengan harta rakyat dan jumlahnya adalah didalam berbillion-billion ringgit.

Kes saman oleh Halim ini adalah kes perebutan diantara Halim dengan UMNO tentang harta rakyat. Rakyat ramai sekarang hanya menonton bagaimana harta mereka menjadi rebutan diantara UMNO dan Halim  itu tadi. Tetapi UMNO boleh berselindung di sebalik Khazanah Nasional.

Kita bukan hendak tahu siapa yang menang dan siapa yang kalah dalam kes saman ini. Kita hanya hendak membuktikan ini adalah kes perebutan harta kita diantara dua pihak yang dahulunya sama-sama menyamun kita semua ini.

Isu ini adalah isu rakyat menyaksikan bagaimana dua pihak berebut tentang harta yang mereka rampas dari mereka (rakyat) itu. Satu dari pihak Mahathir, satu lagi bagi pihak Daim pula. Kita mesti faham yang Bumiputra tidak ramai sebenarnya.

Suatu ketika dahulu Bumiputra hanyalah Halim dan rakan-rakan, sekarang Bumiputra hanyalah Syed Mukhtar dan rakan-rakannya. Kita semua yang lain ini bukannya Bumiputra. Kita hanyalah orang melayu yang ditugaskan untuk bertepuk dan bersorak sahaja.

Saya tidak berjanji, tetapi buat sementara ini saudara-saudara ikuti kes ini secara dekat, selepas itu baru blog ini akan mengulasnya secara terperinci. Seronok mengikuti isu ini.

7 comments:

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Berapa kali orang Melayu tertipu oleh penjajah? Mula-mula Portugis, kemudian Belanda. Inggeris berpakat dengan Belanda membahagi-bahagikan Melaka, dan Singapura seperti milik mereka bersama. Datang Jepun dirempuh semua. British datang lagi dengan niat yang berbeda. Mujur orang Melayu (ingat: Orang Melayu saja) sedar diri dan nasib anak cucu apa akan jadi. Malaya dimerdekakan.

Maka diwujudkanlah satu resolusi rakyat bagi membendung perkara yang jelas dan kerap menjadi masalah, iaitu aspek ‘Ekonomi dan Pengagihan’ kekayaan negara. Terciptalah satu Dasar yang sangat murni yang dinamakan ia Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalamnya terkumpul segala harapan orang Melayu. Kerana orang Melayu yang memerlukan pertolongan bagi peningkatan taraf sosio-ekonomi, maka dipersetujuilah tanpa bantahan. Amat bagus. Itulah dia konsep Perpaduan Nasional terulung di negara ini!

Dasar Ekonomi Baru umpama dasar yang timbul atas hakikat “sesudah terantuk baru menegadah”. Seluruh orang Melayu berharap akan dikendalikan dengan rapi. Tempoh 30 tahun bukan lama. Diragukan – mana mungkin DEB berjaya menyelesaian permasalahan yang sekian lama kusut dalam tempoh sesingkat itu. Orang Melayu sangat-sangat berharap, UMNO akan melaksanakan melalui satu daya dan kesungguhan yang jujur, ikhlas dan matang.

Malangnya, tidak ramai dikalangan UMNO yang sedar. Tidak ramai yang nampak wujudnya faktor-faktor negatif yang memungkinkan inspirasi rakyat itu akan gagal. Walapun segala-galanya nampak seolah-olah menjurus kepada keinginan untuk menjaga keseimbangan, tetapi orang Melayu sekali lagi dilekakan dengan ritorika pemimpinnya.

Hj Rahman saad said...

Saudara Aspan.
Saya ingin komen tanggapan awak berhubong dengan Kes Halim Saad.Tanggapan awak tidak betul.

Halim Saad mula membena empiranya sendiri bila ia di beri projek Lebuh Raya Plus pada ahun 1984.
Kerajaan memberi kapada Halim projek ini kerana ianya saorang Bumiputra dan atasdasar Untok menjayakan DEB.

Halim amat terhutang budinkapada kerajaan dan UMNO dan ia teus membantu UMNO denganwang ringgitnya terutama bila UMNO menghadapi Pilehan Raya.

Bila UMNO di haramkan pada tahun 1987/8 dia membantu UMNO dengan menyelamatkan harta harta UMNO dari di lelong oleh Officer Assignee.Sabanyak $ 600 juta inggit di perlukan oleh UMNO untok menyelamatkan Fleet group.
Kemudia ia mebelanjakan hampir $200 juta lagi untok menyelamatkan PWTC dan Bangunan UMNO.

Masaalah Halim timbul apabila Tun Mahathir begadoh denga Tun Daim sawaktu ia menjadi Menteri Kewangan kali kedua.
Tu Mahathir berkata kapada Halim,semua harta awak adalah milek UMNO dan awak perlu jual kapada Khazanan Nasional..
Apa hubongan Khazanah dengan UMNO dan berapa banyak Khazanah Nasional memberi kapada UMNO salepas ia menambil harta Halim.Jawabnya kosong.
Khazanah membeli harta dan syarikat Halim dan berjanji untok membayar kapadanya $1.3 billion.Tetapinsahinggabhari ini satu sen pun tidak dibayar kapada Halim.Nampaknya Khazanah ini lebeh zalim dari Kepala Penyamum dalam cerita Ali Baba.
Khazana hanya memulangkan kapada Halim $165 juta ia itu ang deposit Halim dalam Put Optionnya untok membeli Saham Renong.

Moral kerita Halim ini ia lah Khazanah Tiada Moral.Merampas harta milek saorang Bumiputra yangsepatutnya di pelihara oleh Kerajaan.
Nampak sangat Tun Mahathir ini saorang Hypocrite yang besar.Di bercakap dimana mana memperjuangkan nasib peniaga Bumiputra tapi yang ia protect dan menjaga ialah Ananda Kisnan,YTL dan Vincent Tan.

Peniiga Melayu yang berjaya saoerti Halimndan Tajuddin Ramli di matikan.
Ramainorang oang UMNO takntahu cerita ini. Bila kes halim dibicarakan bau kita dapat lihat wana sabenarnya UMNO dan pemimpinnya.

Anonymous said...

Apa pun dasar tak ada berguna kpd kepentingan melayu. kalau ada dasar yg cantik2 bunyinya tetapi perlaksanaannya hampeh.

Anonymous said...


DEB or in whatever name....after Merdeka, the money is there from taxes, oil revenue and etc. to properly carry out development and assistnace to benefit the people.

But self-serving politicians decided to take full advantage of it by abusing their position of power, trust and influence to betray the ordinary people.

For completely trusting the politicians, the ordinary people only have themselves to blame.

Anonymous said...

Dasar DEB pada mulai matlamat nya adalah betul..apabila sampai pemerintahan mahadey..mungkin beliau nmpak dasar yg mendapat sokongan penuh org melayu itu..peluang kepada beliau kekal bekuasa..maka lahir la dasar penswastaan agensi agensi kerajaan yg cepat melahirkan jutawan jutawan melayu secara tindak langsung mahadey mempunyai penyokong yg berduit yg akan `support`untuk beliau kekal berkuasa bagi melawan musuh musuh politik beliau...

Perkara yg sama juga digunakan mahadey untuk melihat anak beliau menaiki tahta pm nnti..iaitu politik wang...dengan kekayaan mahadey ketika ini dan juga bantuan dari jutawan jutawan seperti ananda krisnan,ytl,vincent tan..

DEB dirosakkan oleh mahadey..setelah beliau menjadi kaya raya di amsuhkan dasar DEB supaya org lain tidak mendapat peluang seperti apa yg mahadey dan kroni dpt...

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan;

kita baca dari kiraan bilangan bumiputra, kerajaan kira dari nilai harta negara; Jadi kerajaan tak perlu sibuk2 kerana dari segi nilai depa kira dah sampai.

Kerana kusyuk melayan keluarga, kroni, untung buat projek, dekat mana lagi bolih makan dan pemegang amanah umno, tak ingat rakyat yg sepatutnya menerima habuan tertinggal.

Lemas dalam kekayaan, hak rakyat......Myi

Anonymous said...

Dear Pak Aspa,
Kalau benar DEB Sudan tidak wujud, kenapa masih Ada discount untuk pembelian Rumah untuk yang di namakan bukan kah iTu adalah satu Dari DEB aajugaa