02 June 2013

Berada dalam 'entity' yang baru, lebih mudah untuk menunjukkan kelainan

BN nampaknya sudah wujud dalamnya pemikiran yang baru bagi mempastikan ia masih relevan untuk sekarang dan masa depan. Sudah ada idea untuk menjadikan parti itu parti tunggal dalam mana ia dianggotai oleh berbilang kaum yang ada dalam negara ini. PM Najib pula berkata BN boleh mewujudkan ‘laboratory’ untuk menilai cadangan itu dan jika didapati memberikan kebaikan ia boleh dilaksanakan.

Blog ini pun acapkali memberikan pandangan yang sama. Hanya yang perlu difikirkan ialah cara dan kaedah apa untuk digunakan bagi mencapai matlamat itu. Tetapi yang penting perlu kita akui ialah sistem dan cara sekarang kian hari kian tidak lagi relevan bagi memenuhi tuntutan perubahan masa dan zaman ini. Apa pun setelah merasakan pahit dan maungnya jika tidak berubah, BN kini sudah mula sedar yang perubahan amat perlu bagi menyesuaikan waktu dan zaman kini.

Keputusan pilihanraya baru-baru ini membuktikan yang kedua-dua belah pihak wajar berubah. Telah dikatakan dalam blog ini, yang kedua-dua belah pihak mendapat kemenangan. Bagi BN, ia mendapat kemenangan tipis dengan jumlah kerusi yang sedikit melebihi pihak Pakatan Rakyat. PR pula mendapat kelebihan undi popular dan isu inilah yang dijadikan isu besar oleh Pakatan Rakyat yang mereka adalah pilihan rakyat kerana undi popular itu.

Kekurangan undi popular bagi BN itu tentulah oleh kelemahan BN itu, dan kegagalan PR mendapatkan jumlah kerusi juga adalah di sebabkan kelemahan pihak Pakatan Rakyat itu sendiri juga. Apa pun perubahan yang hendak dilakukan terhadap BN itu adalah kerana kelemahan ciptaan mereka yang memimpin parti kerajaan itu sendiri.

Di sebaliknya PR yang ingin melakukan perubahan itu pun tidak sepenuhnya mempunyai kebaikan. Berbagai isu juga dilihat sebagai penyebab pihak pembangkang itu tidak mendapat kemenangan yang mutlak disaat-saat akhirnya. Pendeknya pihak PR tidak bersedia sepenuhnya menghadapi PRU 13 itu. BN pula begitu bebal dengan kedegilan tidak mahu melakukan perubahan dan menghadapi krisis keyakinan yang amat parah sekali.

Blog yang tidak sepertinya ini telah menulis beberapa kali sebelum PRU itu yang sesiapa yang melakukan kesilapan disaat-saat akhir itu akan menghadapi kegagalan. Seperti yang saya sebutkan beberapa kali PR telah melakukan kesilapan dengan menunjukkan keghairahan yang keterlaluan kerana telah merasakan kemenangan sudah berada di tangan mereka. Rakyat, terutamanya yang diatas pagar telah bertukar pilihan mereka dan kembali memberikan sokongan kepada BN di banyak tempat dan kawasan.

Kembali kepada isu BN yang mahu melakukan perubahan, BN wajar memaparkan batang tubuh dan manusia dan pemimpin yang melakukan perubahan itu. Perubahan perlu dilakukan oleh pemimpin yang berkepimpinan untuk meraih keyakinan baru rakyat.  Tidak akan ada perubahan jika ‘entity’ baru itu masih diketuai oleh pemimpin yang telah melakukan banyak hal dalam ‘entity’ yang lama itu. Jika ‘entity’ baru itu masih dikuasai oleh manusia yang berada didalam ‘entity’ lama, ia tidak ubah seperti mengisi ‘wine’lama kedalam botol yang baru sahaja.

Perubahan ‘entity’ harus bersama dengan perubahan dalam semua dasar dan pendekatan terhadap rakyat dan negara. Matlamat pembaharuan ‘entity’ itu ialah untuk mencapai matlamat yang baru sambil mengekalkan ‘ultimate’ untuk mencapai perpaduan kaum. Menanggalkan ‘stigma’ rasuah yang melekat kepada BN itu akan lebih mudah dilakukan dengan adanya ‘entity’ yang baru itu.

Dengan ‘entity’ baru itu juga akan lebih mudah untuk membina dan mewujudkan dasar-dasar baru yang lebih besar kerana ia tidak akan lagi terpengaruh dengan budaya-budaya yang sudah lapuk yang ada didalam ‘entity’ lama itu. Ia juga akan membawa rakyat menukar persepsi lama yang tidak baik kepada persepsi baru dengan keadaan yang baru itu.

Contohnya jika ‘entity’ yang baru bercakap tentang dasar-dasar yang membawa kepada perpaduan diantara kaum ia akan mudah diyakini jika dibandingkan dengan apa yang disebut oleh BN sekarang tentang dasar yang sama. Apatah lagi jika ‘entity’ yang baru itu dipimpin oleh seorang yang lebih dihormati dan disenangi oleh rakyat berbilang kaum ini.

Pimpinan itu biar orang yang sudah tersedia sebagai seorang yang sudah terdidik dan terbina sebagai pemimpin sejati ia akan memudahkankan lagi proses memberikan keyakinan kepada rakyat jelata. Kalau kita perhatikan selama ini kita mempunyai ramai pemimpin yang hanya terdidik setelah dijadikan pemimpin sahaja.

Itulah sebabnya mereka terlalu banyak perkara yang hendak dipelajari. Selain dari melaksanakan tanggungjawab kepimpinan mereka sendiri terkeliru dan dalam masa yang sama mereka terpaksa melalui proses pembelajaran sebagai pemimpin. Itulah sebabnya kita terdengar orang yang dijadikan pemimpin memberikan kenyataan-kenyataan yang tidak selari dengan kehendak kepimpinan dan tanggungjawab mereka itu.

Apabila kita hanya baru hendak mendidik diri kita semasa mendapat jawatan besar sahaja. Mereka akan banyak melakukan kesilapan kerana kekurangan didikan untuk memimpin sebelum mendapat kepimpinan itu. Itulah sebabnya ada pemimpin yang hanya tahu menghalau rakyat yang tidak sebulu dengan kehendak mereka dalam PRU 13 yang lalu untuk berpindah kenegara lain, misalnya. Kenyataan itu tidak disedarinya adalah satu kenyataan yang tidak ‘constitutional’ tetapi ia diterima sebagai kenyataan biasa sahaja.


Pendeknya banyak lagi isu akan lebih mudah di selesaikan jika kita berada dalam ‘entity’ yang baru. Kita akan berada dalam ‘ambience’ politik yang baru dan berada dalam situasi ‘confidence’ yang baru. Dengan ‘entity’ yang baru ini juga kita akan dapat melupakan perselisihan yang lama dan bersama-sama melihat kehadapan dengan keyakinan yang baru juga.

DAN yang terpenting sekali apabila kita berada dalam ‘entity’ yang baru kita mengharapkan tidak lagilah ada elemen rasuah yang tidak terkawal dan salahguna kuasa yang akan dianggap sebagai satu perkara yang amat jijik dipandang rakyat.

Dengan ‘entity’ baru itulah boleh kita memulakan kerajaan dan negara yang baru seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas.

14 comments:

Anonymous said...

selagi media massa dan jabatan kerajaan diperkudakan untuk kepentingan parti politik selagi itulah kepentingan negara dipinggirkan.

mo said...

Asalam bro ,

Pembaharuan yg bagai mana lagi ??
Dlm era umno, jelas tdk ada pun satu bentuk pembaharuan yg di lakukan, 1 msia tempang, dakwat kekal tdk mnjdi kekal ?? Td ada yg mmberikan harapan dan keyakinan pada rakyat..melainkan janji manis, dan akhir mmbawa erti yg lain pada rakyat/

Media perdana yg kini dlm keadaan yg cukup hodoh dan bais. Jelas tdk ada transform dlm media yg seimbang dan adil dan sakasama. Mana mungkin rakyat yg ada boleh merasai perubahan dan pembaharuan dlm bn umno najib ?

Setakat ini , para pmimpin bn umno, jelas tdk mmbawa idealise yg murni dlm kerajaan yg manopriti ini ? Mereka masih dgn keadah yg lama dan usang. Mana2 yg tdk sekata dgn mereka, gunakan kuasa dlm melawan kelainan dan perpedaan ?

Sebenar secara jujur ,rakyat tdk mngharap banyak dari bn, selain mereka berani reform dlm banyak soal, misal media, spr yg adil dan terbuka, kerajaan yg prehatin, bukan kerajaan yg mnindas suara yg berbeda. Rakyat sebenar dlm keadaan yg tertekan dlm msia ini. Mereka di gerunkan , di takutkan , di gertakan ?? Jelas keadah yg lama dan hodoh masih mnjadi jln pendekatan bn umno kini ? Mereka semakin kecut dgn kebangkitan rakyat dlm mncari perubahan yg baik dan adil untuk semua .

Mereka lupa, tdk sebuah pun kerajaan akan kekal selama2 di dunia ini ? Mereka tdek berani berubah oleh sebeb yg cukup senang di bacakan rakyat di msia ?

Najib tdk bertenaga, melainkan nampak lemah dan tdk bermaya dlm mncari keadah yg terbaik dlm kerajaan yg minoriti ini ?? BN UMNO semakin pudar dan tdk mmberikan harapan pada rakyat ?? Rakyat dlm keadaan rimas dan mmualkan dlm bentuk kerajaan yg ada kini ??

SPR yg adil dan bersih adalah jln yg terbaik untuk semua rakyat msia ??

Anonymous said...


The economy is supported by milions of low skills legal and illegal workers with cheap labour.....they need schools, hospitals and etc., putting further pressure on limited resources.

Without these people, the economy growth will be very small and many businesses will close down.

Meanwhile, increasing numbers of graduates or educated are finding it difficult/impossible to find suitable jobs, even with low pay or work for free.....government, who does not create jobs, cannot continue to take them in by creating 'jobs' to increase expenditure and budget deficit.

Rampant corruption, uncertainity and lack of transparency in doing business are destroying the investors' confidence to invest, both local and foreign investors.

Many foreign direct investment had gone to other countries in the region/world.


Anonymous said...

Determing the best Training Venues For you personally

My web-site sybaritic

Mr. Deen said...

Oohh my god Allah.. Aku dh Bosan dgn semua pemimpin2 BN. X perlu pening komen pjg2 akhirnya result tetep sm jua. X percaya..?! Pjg umur lihat nnt result 2014, beza pun ckit. Nk buat mcmn nak tukar parti pemerintah pun LIAT sangat. Sedap agknya pegang jawatan? Nnt kembali pd Allah baru hah..?!, Aku dh mati adohai..

awangbatuburok said...


Salam Tuan AA,

Saya masih berpendapat isu entiti dan bilangan parti-parti politik yang bertanding dalam PRU diMalaysia bukanlah isu dan masaalah. Masaalah yg paling kritikal ialah pihak pengurusan PRU itu sendiri masih berada dibawah tempurong yang sama. Walaupun tempurong itu dicalit ditukar cat yang berbagai warna, namun ianya masih tetap tempurong. Sistem pengurusan pilihanraya diMalaysia mesti dikeluarkan dari tempurong yakni bertuankan kapada parti politik yang memerintah.

Isu yang paling kritikal sekarang ini ialah bagaimana pemimpin negara dan negeri dipilih.Saya berpendapat kerajaan yang baik hanya dapat dibentuk hasil dari perlaksanaan sistem pengurusan pilihanraya yang baik.

Titik permulaan dan langkah pertama perlu dilakukan ialah membentuk institusi dan pengurusan pilihanraya yang telus dan beramanah. Kita boleh belajar dari negara-negara yang berjaya dalam pengurusan pilihanraya termasuk negara-negara bukan islam yang mempunyai standard pengurusan yang telus dan beramanah. SPR mesti keluar dari bawah tempurong UMNO/BN yang sentiasa menafikan kepincangan dan kebobrokan pengurusan sistem pilihanraya negara kita. Kepimpinan SPR yang ada pada hari ini mesti berundur untuk memberi laluan kapada satu pembentukan pengurusan yang baru yang mesti bertuankan kpd rakyat bukan bertuankan kpd UMNO/BN.

Tidak perlu kita beretorik panjang dalam hal ini, kalau kalau langkah yang pertama dan paling asas tidak dapat dilakukan...wallahualam.

Anonymous said...

Salam
Tuan Aspan,

Berkenaan entiti baru, yg saya nampak kalau sistem yg bertunjangkan kuasa dan wang diteruskan maka pengendali paling licik dan tanpa-moral akan terus berleluasa. Tiada sebab golongan kenyang dan mewah nak ubah kedudukan dan mula berkongsi kekayaan dgn golongan bawah, pengikut dan pekerja 9-5. It is business as usual. Ugama hiasan bukan sekatan. Mereka pakai duit cukai rakyat bayar gaji mufti dan ulama upah mereka keluarkan fatwa yg bukan-bukan dan buat siaran media sanjung diri sendiri, pasang billboard cemar seluruh ruang penglihatan, pasang kamera AES perangkap pengguna dan kutip satu lagi cukai baru GST, ranjau dan tol sepanjang jalan, tak kenyang-kenyang, tak berkesudahan...

Kena cuba satu sistem baru spt UBUNTU, A Blueprint For A New Social Structure
http://www.michaeltellinger.com/ubuntu-cont.php

Anonymous said...

Kita tidak dapat mengilap parti umno menjadi sebuah parti yang relevan kepada rakyat malaysia melainkan menolak parti umno sepenuhnya.Tiada apa yang dapat menyelamatkan parti ini melainkan orang umno menyelamatkan diri sendiri.Terimalah kehendak rakyat.

Anonymous said...

Pak AA, jangan memaksa mengilap sebuah parti yang sudah tidak relevan

Anonymous said...

Jangan paksa rakyat mengilap parti umno yang sudah tidak relevan kepada rakyat.

Anonymous said...

Buat apa nak tukar bentuk parti.
Tukar dan ganti aja pemimpin mereka.
Kalau nak tukar nama ,tak payah lah buat makmal dan nak round robin dan test market.
saya rasa script lebih kurang macam steven seagal under siege, di mana najib akan berkata ,"if anything goes round we always blame it on the cook", cakap melayu; boleh lepas tangan.
arjuna waspada
changkat lobak

Anonymous said...

.......proses dan sistem pengundian, dgn, berteraskan kpd jumlah kerusi mmg diwujudkan dan di 'manipulate' persempadanannya sehabis mungkin,.....dan...di tambahkan pula dgn 'fix deposit' 'kerusi-kerusi' dari sarawakdan sabah....demi mengharuskan kemenangan hanya kpd 'ketuanan melayu'.......maka dgn sistem/cara pengundiaan ini, sampai kuching bertanduk pun, umno akan tetap menang di pru2 yg akan datang..........

Anonymous said...

Negara maju pada 2020 konon...tapi masih ada tempat belum ada perhubungan jalanraya, naik bumbung bot macam naik keretapi di india, kasihan fixed deposit umno, belum sempat rasa kekayaan sumber hasil bumi, sempat dibebankan dengan GST belum juga dapat merasai kemajuan politik pembangunan.

Unknown said...

ada org komen kat artikel ni...

dap penuh orang cina n india....
memang laa.... abis orang cina n india nk masuk mana?? mic, mca ???

pkr pun ada cini n india multiracial dlm parti tu......

dap memang kurang melayu.... masuk la beramai2 ...

asyik prejudis pada orang bukan melayu, jangan anggap mereka mcm Alien dr outer space....atau orang yang tidak boleh dipercayai... kalau begini cara kita melayan bangsa2 lain, memang hancur lah melayu...

orang PAS yang ahli biasa tu buka hati dan pemikiran tu... jangan jadi mcm sesetengah cina yang Kiasu... sama jer kiasu cina dengan kiasu PAS...

Kalau tak nak orang cina n india kt negara ni, buat referendum jer semua orang melayu dan hantar kat Istana.... biar orang bukan melayu dapat mesej dan mula berhijrah, kalau itu yang orang melayu nak....

come on laa....

Amerika da sampai bulan, tapi orang melayu masih terpikir2 apa nak buat dengan hidup....