Filem ‘Tanda Putra” akhirnya akan
ditayangkan di pawagam-pawagam di negara ini dan Finas berpendapat filem
'controversial' itu boleh ditayangkan dimana-mana dan oleh sesiapa tanpa
halangan. Penayangan ini juga menokok tambah kepada banyak kontroversi yang sedia
ada sekarang ini dan nampaknya rakyat Malaysia merupakan rakyat yang
bermain politik sepanjang hayat dan masa, tanpa henti-henti.
Dalam pada itu perebutan dan
pertandingan pemilihan dalam parti juga menjadi isu yang mendapat perhatian
ramai. MIC sedang bergelut dengan isu bila perhimpunan tahunannya patut
diadakan dengan menyempurnakan pemilihan jawatan dalam parti itu. Pemangku
Presidennya mahukan pemilihan diadakan hujung tahun ini kerana sememangnya
sudah sampai masanya untuk diadakan perhimpunan tahunannya dan seterusnya
membuat pemilihan pimpinan peringkat tertingginya.
UMNO juga nampaknya menghadapi
sedikit masalah kerana ada di antara ahli dan pimpinan meminta jawatan Presiden
dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Keadaan ini juga mengundang
masalah kepada parti itu tetapi usaha untuk menyekat seseorang daripada
menawarkan diri untuk mengambilalih tanggungjawab kepada parti itu sudah tidak
lagi boleh dilakukan.
UMNO sudah tidak boleh diubah
lagi kerana untuk menandingi jawatan tertinggi itu sudah menjadi ‘impossible’
dengan budaya demokrasi acuan sendiri anjuran Dr Mahathir dahulu sudah tidak
dapat dihilangkan sehingga saat ini. DAP juga menghadapi masalah pemilihan yang
diadakah pada 15hb Disember lalu dan sehingga sekarang ROS tidak mengiktiraf
barisan pimpinan CEC yang dipilih pada 15hb Disember 2012.
Apabila menghampiri kuasa
mana-mana parti pun nampaknya akan berubah keadaan dalamannya. DAP berhadapan
dengan isu beberapa ratus perwakilan yang tidak diberi notis untuk hadir di kongres
parti itu pada 15hb Disember lalu dan pihak DAP menafikannya. Tetapi itu bukan
isu yang hendak disebut kali ini. Yang hendak disedari ramai ialah sememangnya
parti yang berkuasa dan menghampiri kuasa itu akan berubah. Tidak semena-mena
DAP menghadapi kontroversi seperti ini.
Dalam PKR juga tidak sunyi dengan
masalahnya seperti apa yang berlaku dalam UMNO, MCA dan MIC serta DAP. Konflik
dalaman menjadi perkara biasa dan kadangkala tidak ada pihak yang boleh
mengkritik pihak yang lain kerana ia akan hanya membawa ke situasi ‘bontot kuali
mengatakan bontot cerek itu hitam'. PKR jelas-jelasnya menghadapi penyakit dan
kuman yang menghinggapi mereka semasa mereka menjadi pemimpin UMNO dahulu.
Apa yang sedang berlaku dalam
kesemua kontroversi parti-parti tadi dilihat secara terang oleh rakyat dan
persepsi buruk rakyat terhadap kepimpinan parti-parti yang terlibat sudah mula
meresap di kalangan pemikiran rakyat. Jika parti pembangkang dianggap sebagai
sebenar-benarnya ‘alternative’ kepada BN yang kian sumbang dan sumbing itu,
keadaan yang sama akan tetap berlaku dalam pihak ‘alternative’ ini pula.
Malahan ia akan berlaku lebih awal dari ianya berlaku di dalam BN dahulu. Hanya
mereka yang mengalami keadaan ini boleh memberikan pencerahan yang benar.
Bak kata orang-orang tua dahulu,
‘kalau nak tahu bagaimana sayang anak, beranak dahulu, kalau nak tahu betapa
sayangnya seseorang kepada cucu, bercuculah dahulu’. Begitu jugalah dengan
parti politik. Kalau hendak tahu bagaimana rasa sebenarnya sebagai ahli UMNO,
sertailah UMNO itu. Kalau hendak tahu bagaimana keadaan dalam PKR, sertailah
PKR itu tanpa tangguh-tangguh. Begitu jugalah kalau hendak tahu bagaimana
keadaan dalam DAP, jangan ragu-ragu, sertailah parti itu kalau parti itu
menerima permohonan kita itu.
Saya pernah menulis posting yang
bertajuk 2x5 dan 5x2 itu memberi jawapan yang sama. Oleh yang demikian jika
persepsi rakyat itu sudah terbenam dengan persepsi yang mana-mana parti pun
sama, maka BN lebih mudah untuk bertahan kerana kuasa ‘incumbency’ yang ada kepada
mereka.
Itu sebabnya selalu blog ini
berkata yang sesiapa atau mana-mana pihak hendak mengambilalih kuasa dari BN,
pihak itu perlu menunjukkan kelainan yang jelas untuk rakyat memberikan
keyakinan terhadap mereka. Percayalah setakat berhimpun dan bersyarah setiap
malam tidak boleh meyakinkan mana-mana pihak yang kita boleh melakukan kelainan
dari UMNO dan BN itu.
KELAINAN inilah yang pihak
Pakatan Rakyat belum berkemampuan untuk mendapatkannya. Apakah kelainan itu,
carilah sendiri. Perkara itu terang-terang berada di hadapan mata kita semua. Elemen
yang membuatkan sesiapa menjadi buta dan tidak nampak apa kelainan yang perlu
dilakukan itu hanyalah kepentingan peribadi, semangat perkauman yang menebal
dan kecetekan atau ‘kesontotan’ pemikiran serta tidak berkemampuan berfikir
di luar kotak.
Kalau tidak mampu mencari
kelainan itu, tidak ada cara lain selain dai memilih untuk menjadi pembangkang
yang baik sampai bila-bila. Mungkin kita hanya layak untuk menjadi pembangkang
yang baik sahaja.
Itu sebabnya kita diberikan
tugas untuk membangkang sahaja.
10 comments:
Tuan Aspan,
Setuju benar saya dengan pemikiran tuan ini.
Teruskan menulis. Tahniah dan terima kasih.
Atau biarkan umno menjadi penipu berjaya..
Pak Aspan,
A huge cry for change
jika tiada KELAINAN, lain kalilah pun belum tentu.
kueh
Usia 55 tahun regim umno berkuasa dah tiba ke penghujung nya
- itu lah putaran alam
- hukum alam (Allah ?) tidak pernah mungkir
- wajib percaya itu adalah aturan Tuhan
hukum akal sgt menyakini umno & mahathir akan berkuasa hingga kiamat
- bagi ahli umno , bekas2 ahli umno & pemikir2 yg lahir dari perut umno , sgt tegar dlm pemikiran mereka , umno & mahathir akan kekal berkuasa hingga kiamat
- teori anak2 muda bangkit di mesir , aljeria , syria , turki , libya gagal difahami pemikir2 (bekas2 ahli & pemimpin umno)
1998
- bermula nya rakyat yg berani
- dsai menggerakkan masa
- perjalanan 15 tahun begitu cemerlang kini
- tampuk kuasa , insyaAllah tunggu masa sahaja
- umno sdg menjalani hukuman Allah swt , ini tidak dipercayai oleh pemikir2 ( & bekas2) yg hanya guna akal dlm menghukum
Pemikir2 umno ini tak pernah percaya Russia boleh hancur , komunis boleh pupus ,
Pemikir2 umno juga tidak percaya umno & mahathir boleh tumpas
Diantara kelainan yang PR kena buat ialah untuk menipu si penipu. Mampukah dan bolehkah dibuat begitu...
As Salam Tuan Aspan,
The truth will always prevail!
Pakatan Rakyat sebenarnya layak untuk diangkat untuk menjadi pentadbir baru bagi Malaysia. dan apa yang saya perhatikan orang Melayu langsung tidak mempunyai pendirian yang TETAP. Mentaliti orang melayu berada di tahap paling bawah dan teruk didunia ini, lebih teruk dari orang asli.
Jadi untuk memperbetulkan mentaliti ini, melayu perlu khatam Quran..bukan hanya sekadar baca , tetapi fahamkan apa yang hendak di sampaikannya. Quran bukan buku hiasan, tetapi Quran itu adalah buku panduan hidup kita untuk umat manusia didunia ini.
Salam bro Aspan,
1.Didalam blog The Scribe saya mencadangkan tidak ada pertandingan pada dua pucuk pimpinan UMNO bagi tidak memecahkan UMNO.Pada saya UMNO tetap akan terus relevan disebabkan struktur parti itu yang kuat.Ini terbukti kira kira 63% pengundi Melayu mengundi BN di Semenanjung (Ref:Dah Ikhwan Weblog) walaupun dengan "TSUNAMI CINA"dengan 90% pengundi Cina menolak BN.Saya tdak hairan.
2.Tidak salah berpolitik berterusan sekira kedua pihak boleh menerima kemenangan dan kekalahan dengan baik. Anwar/PKR tidak menghormati keputusan PRU 13 dan sebabnya semua kita tahu. Best of luck to the man,PM wannabe.
3.Pada saya kegagalan PR sudah lama di jangka disebabkan kekuatan UMNO dan BN itu sendiri walau apa pun perception dan deception negatif disebarkan di media alternatif terhadap parti tunjang orang Melayu/Bumiputra ini, BN prevailed.
4.DAP pula terus gagal memikat minat dan hati orang melayu dan India. Kemenengan 38 kerusi di PRU 13 mungkin terbaik bagi DAP sekira inilah rupa pendekatan parti ini.
5.Teruskan penulisan kamu yang baik bro walaupun saya masih banyak tidak setuju dengan DAP dan sentiasa di belakang pemerintah terutama UMNO walaupun ada banyak kelemahan yang mesti diperbaiki.
Now that the PRU is over we can meet more often talking about the good old days and forget politics .I am glad you have become more critical of DAP.
Ini dia orang Islam era sekaranng: TUDUH dulu, cari bukti dan saksi, cerita lain..
Berita penuh...
http://khairulryezal.blogspot.com/2013/06/lawak-apakah-ini-rafiziramli-tuduh-dulu.html
Post a Comment