28 June 2013

Siapa yang berikan konsessi kepada Pexco.... Sarawak atau Petronas?

Najib mempunyai tanggungjawab yang terbesar sekarang ini untuk memberitahu rakyat tentang konsessi bloc pengeluaran petroleum seluas 45 ribu kilometer persegi kepada sebuah syarikat, Pexco di Sarawak baru-baru. Isu ini bukannya isu yang kecil dan Najib serta kabinet negara tidak boleh melengah-lengahkan untuk memberitahu rakyat negara kita ini.

Apa yang menyebabkan perkara ini berlaku dan siapa kah yang bertanggungjawab terhadap penganugerahan konsessi pengeluaran minyak yang terbesar itu kepada sebuah syarikat peribadi dan bukannya kepada Petronas? Jika Najib tidak ada dalam negara, Muhyiddin dan kabinet Malaysia wajar memberikan penerangan khas secara serius dalam jangka masa yang terdekat ini.

Petronas juga wajar memberitahu rakyat kenapa dan mengapa bloc yang terbesar itu tidak diperolehi oleh Petronas sendiri? Petronas telah diwujudkan pada tahun 1974 dahulu untuk bertanggungjawab terhadap semua hal tentang pengeluaran minyak samada dipersisiran atau diluar persisiran pantai negara ini sampai bila-bila.

Setiap kerajaan negeri dalam Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Petronas dan dalam perjanjian itu semua hasil minyak dalam negara ini telah di serahkan kepada Petronas dan tidak pada mana-mana pihak yang lain. Ini adalah isu yang sangat besar dan setiap seorang dalam kabinet terutamanya Perdana Menteri, wajib memberitahu rakyat secepat yang mungkin tanpa berlengah-lengah lagi.

Rakyat mahu tahu samada benar kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang jujur kepada rakyat yang telah memberi mandat kepadanya. Jika sah ada elemen penyelewengan serta ‘rompakan’ yang sistematik terhadap harta rakyat dan negara, tidak salah jika rakyat melakukan desakan untuk Najib dan kabinet hari ini meletakkan jawatan secara ‘en bloc’ diatas premis kebertanggungjawaban bersama.

Pexco ini mempuyai kaitan dengan Usaha Tegas Sdn Bhd kepunyaan T Anandakrishnan, manusia yang terkaya di negara ini yang terkenal hubungan baik dengan Dr Mahathir, Penasihat Petronas, serta pimpinan tertinggi negara.

Ada persoalan utama yang kita wajib diberitahu.

Siapa yang memberikan konsessi itu kepada Pexco? Adakah kerajaan Sarawak atau Petronas yang memberikan konsessi itu kepada syarikat empunya Ananda ini? Pendeknya siapa yang memberikan konsessi dan siapa menerima konsessi ini penting untuk diketahui umum.

Pada pertengahan tahun tujuh puluhan dahulu, semua kerajaan negeri termasuk Sarawak telah menandatangani perjanjian dengan Petronas untuk memberikan semua hak mencari dan mengeluarkan minyak kepada Petronas buat selama-lamanya dan kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat dengan pengeluaran minyak oleh Petronas itu dibayar royalti sebanyak 5 peratus diatas harga FOB.

Lain-lain perkataan perjanjian ini tidak membolehkan mana-mana pihak untuk mendapat konsessi itu selain dari Petronas kerana semua hak keatas minyak dan pengeluarannya serta penjualannya adalah hak Petronas. Tidak sepatutnya timbul isu mana-mana kerajaan negeri memberikan konsessi kepada mana-mana pihak dan jika ia berlaku itu merupakan satu ‘miscarriage of Law’ yang amat serius yang dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri, termasuk kerajaan Sarawak.

Sekarang ini rakyat mesti diberitahu perjanjian konsessi Pexco ini dilakukan dengan siapa? Apabila terjawab persoalan ini barulah rakyat boleh memilih samada meneruskan tindakan terhadap kerajaan yang telah mereka berikan mandat ini, atau mempersoalkan kewibawaan Petronas itu sendiri.

Dalam isu ini Petronas juga wajar keluar dengan kenyataan tegas yang syarikat petroleum nasional itu tidak terlibat dengan pemberian konsessi ini. Jika konsessi itu diberikan oleh Petronas maka isunya bukan lagi dengan kerajaan, tetapi dengan Petronas itu sendiri dan rakyat mahu tahu kewajaran konsessi ini diberikan kepada Anandakrishnan pula.

Kepada PM Najib...Kami hendak tahu cerita sebenarnya sekarang. Jangan dilewat-lewatkan jawapan ini. Rakyat tidak mahu lagi isu rompak-merompak terhadap harta rakyat ini terus-terusan berlaku.

Balik sahaja dari Tanzania ini, Najib terus sahaja berikan jawapannya kepada Parlimen kerana persoalan ini juga telah timbul diParlimen. Ini isu yang sangat serius, dan semua rakyat wajar mengikutinya secara dekat kerana harta yang disyaki diselewengkan ini adalah harta kita semua.

18 comments:

Anonymous said...

tuan. tolong pass sooalan ini kepada kawan ko sakmongkol, pasal dia tanya dalam parlimen, senang sket.

Sean Guest said...

Pak Aspan,

Exclusive position to hijack a large amount of revenue

MomTom said...

Tak ada angin rak ada ribut, tiba2 ada cerita macam ni. Baca di mana?

Anonymous said...

Mahadey adalah malapetaka bagi negara dan rakyat malaysia...

Anonymous said...

Elok sangat la tu... jgn kata minyak, kalau boleh babi hutan belum matang kat dalam hutan pun puak ni nak kaut. Hoi penyokong BN!!! cepat buat kenduri kesyukuran... korang dah berjaya melingkupkan hasil negara!!! UMNO??? Madet, Pengerusi Petronas tu MAMAK KELING KERALA... dah tentu dia bagi projek kat rakan SEKELING dia juga. UMNO... Hidup Melayu konon...!!! Tak lama lagi Blok Minyak baru kat Trengganu pun dia bagi kat Keling tu jugak. Korang di Trengganu ada peluang untuk lawan org tua tu... Kuala Besut???!

Anonymous said...

Seorang India keturunan Kerala (Mahathir) memberi konsesi kepada rakannya keturunan Tamil Jaffna (Ananda K). Ini macam abang bagi pada adik, takpa lah.

sri hartamas

Anonymous said...

slm pak aspan,

ada lagi ka harapan kepada rejim ni, i bet no truth prevail.

badrul, kuantan.

busu said...

Anon 12:36, beul mahathir membawa malpetaka kpd negara.
Dia menaikan Anwar, juga seorang yang membawa malapetaka.
Klau taj ada mahathir tak ada Anwar..aman negara.

Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz said...

Assalamualaikum Tuan Aspan,

Peruntukan mana yang membolehkan Mahathir menjadi penasihat kepada Petronas

DanielMuslim said...

Salama AA
Maaflah kalau saya katakan kita kat Malaysia harini hidup dalam satu sistem yang dah terlalu korupted(corrupted system), satu istilah IT yang saya ambil untuk menerangkan keadaan di Malaysia.

Berita penganugerhan konsesi ini adalah salah satu yang terhasil dari sistem kontrak petronas dan peneraju yang dah "korupted".

Samada kita sedar ataupun tidak seluruh sistem kehidupan kita di Malaysia sudah terjejas ataupun terlibat dalam satu sistem yang dah korup. Contohnya anak2 kita yang baru nak belajar diperingkat 'tertiary',siang siang sudah berhutang 20-60k seorang. Dengan keadaam iklim pekerjaan yang tak menawarkan peluang pada lepasan kolej atau 'u',siang siang budak budak ni dah berhutang lapuk dan "blacklisted".Sistem sosial dan minda kita sebenarnya di izinkan untuk menjadi korup secara halus semata mata untuk mempertahankan kuasa mereka.. Belum lagi kita bercerita pasal sistem pendidikan dan dasar intergrasi kaum.

Sebut saja satu cabang lain dalam kehidupan sehari hari,baik kepolisan ,ketenteraan atau atau sistem pengangkutan darat,semuanya terpalit dengan sistem yang dah korup.Korapsi dan rasuah menjalar bagai parasit cacing rawit.

Virus permulaan yang merebakkan sistem korup ini tak lain tak bukan Virus Mahathirism yang dicipta oleh Mahadey...Virus ini terus membiak selepas tampok diambilalih oleh Pak Zzzz dan Tok Jib...Kalau tak di kawal dari sekarang satu hari nanti akan mengjahanamkan Malaysia...Harap Tok Jib segera bangun dan para legislatif sedar akan hal ini.

Bagaimana nak menghapuskan corrupted system ini dari terus menjahanamkan sistem kehidupan di Malaysia ini...???Sama sama lah kita fikirkan!!Beberapa contoh langkah "damage control" nya ialah spt;

Pertamanya kita semua rakyat Malaysia mesti sensitif dan peka perkembangan semasa. Sdra AA telah bongkarkan satu cerita. Kalau tidak, kita semua tak tahu pun, harta negara kita telah di rompak semata mata kerana Virus Mahathirism dan kronisma. Kedua nya samalah kita mengambil langkah membuat laporan pada SPRM. Langkah seterusnya "damage control". Ini mesti dimulai oleh pemimpin atasan.Penjawat awam mesti tegas dan mempunyai nilai intergriti yang tinggi. Selalu ingat tentang pembalasan di akhirat...Seronok dgn kemewahan berlebih lebihan adalah saudara syaitan dan balasan nya neraka jahannam.Rezeki itu biarlah sentiasa dari sumber yang jelas dan telus.

Dan seterusnya jika ada sebarang berita tentang "kerakusan", "ketamakkan", "perampokkan di siang hari"' korapsi/rasuah disana sini" yang dilakukan oleh pemimpin atasan atau urusniaga pincang, cerita seperti ini mesti dikongsi bersama blogger secepat mungkin. Kalau tak ada tindak balas dari pihak yang berkewajipan, SPRM ke, kita simpan cerita ini dan kita keluarkan dan sebarkan cerita seperti ini diPRU 14 nanti.

Nanti tahulah kita semua melepaskan geram yang terbuku di dada ini diPRU 2018 nanti.

Rasanya ramai yang masih belum tersedar, bahawasanya kita rakyat semua di Malaysia ini sedang bernyawa dalam satu sistem yang "corrupted". Berjerebu kata saudara AA.

Mat Despatch said...

Tuan Aspan,

Bukti rakyat ditipu oleh Mahathir

AMB said...

Sdra Aspan,
Another similar scenario happened weeks ago. Government awarded license to a private co.ABN to propel Malaysia first cable TV, ABNxcess. Did they aware that a government owned Telekom Malaysia tv network,IPTV HyppTV is still struggling looking for customers...This is another example where they discarded GLC companies and favor a crony
company at risks of lost to our own government link company. Lets cronyism and mahathirism die soon so that our next generation can still survive and benefiting from Malaysia the rich land.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Telah berlaku tawar menawar antara mamak mahadey dan najib altantuya..mahadey tidak desak najib berundur dan mahadey menolak diadakan pertandingan presedin umno..sebagai balasan mahadey minta di beri konsesi minyak di sarawak kepada ananda krisnan (proksi/kroni)...

Pemimpin umno ne memang jenis haram jadah..perhimpunan harus diadakan selalu agar dpt memupuk semangat rakyat malaysia sentiasa menentang jika terdapat penyelewengan..kerana selama ini dibawah umno terutama zaman mahadey..rakyat malaysia menjadi rakyat penakut dengan kerajaan..

Anonymous said...

Belum pun habis derita rakyat menghadapi jerebu asap kebakaran tiba-tiba saja jerebu 1 MALAYSIA pula muncul. Jerebu berminyak yang menyesakkan dada rakyat .Jerebu kali ini cukup dahshat, 7 keturunan pun belum tentu bolih hilang.
Untuk kepastian, sama-sama kita tunggu berita selanjutnya dari pihak kerajaan. Andai berita ini tersebar dikalangan rakyat, saya berandaian tsunami rakyat akan melanda Negara kita.
Rakyat yang sudah penat menanti cahaya kebenaran menerangi Negara, tiba-tiba minyak pula di curi orang.Kali ini rakyat tidak mungkin bertolak ansur lagi. Penyangak moden dan kroni mesti dihukum.Apabila rakyat suatu kerajaan sudah tidak mempercayai lagi kerajaannya maka kerajaan baru akan segera dipilih rakyat.
Apakah PRU 14 akan rakyat segerakan ???

Orang padang besar

Anonymous said...

Mimpi le Pak Aspan kalau dapat jawapan dr Najib...sedangkan banyak lagi isu sebelum ni masih belum terjawab...selagi kerajaan ni tak ditumbangkan... selama tu rakyat dirompak disiang hari... kalau nak tumbangkan kerajaan ni...kena tumbangkan SPR duluu...

Mat Bangi

FAT said...

Pak Aspan

It was shocking that certain individuals were given huge oil contract while at the same time the states of Kelantan and Terengganu had been denied oil royalties for oil extracted from their territories.

Iskandar PT said...

Salam Tuan,

Penganugerahan ini akan berleluasa sehingga hasil negara ini habis..diagihkan antara kroni dan anak beranak.. Orang seperti ini takkan cukup mentedarah satu billion atau 10 billion... kalau diberikan bumi mereka akan meminta bulan, matahari, dan seluruh cakerawala... orang yang tamak takkan cukup...

Seperti mana kata-kata Mahatma Gandhi... dunia ini cukup untuk semua orang, tetapi takkan cukup untuk mereka yang tamak..

Fikir-fikirkanlah..

Anonymous said...

KOMENTAR TUKAR TIUB
anak lelaki iskandar kutty ini
bukan sahaja wajib berhenti
malah wajib di heret ke mahkamah

KENAPA MAHATHIR MASIH
JADI PENASIHAT PETRONAS?

Raja Kamarul Bahrin berkata, merujuk Akta Kemajuan Petronas 1974 (PDA), individu yang bukan lagi berkait dengan kerajaan tidak boleh memegang jawatan sebagai penasihat badan itu...dakwa mahadey..pengkhianat negara