25 June 2013

Tidak ada yang tidak berjerebu, semuanya berjerebu

Jerebu semakin hari semakin menebal. Walaupun berkurangan di selatan tanah air tetapi ia menebal di Kuala Lumpur dan Selangor. Bacaan API ialah diantara bahaya kepada amat merbahaya. Pengalaman jerebu 1997 dahulu sangat menyakitkan kehidupan kita. Sekarang keadaan itu berulang dan semua tahu sebab ia berlaku.

Dari tingkap rumah saya semalam sehingga pagi tadi masih lagi nampak dengan jelas bangunana Hotel Summit yang jauhnya hanya empat ratus meter sahaja dari rumah saya. Tetapi sewaktu saya menulis ini bangunan Hotel itu sudah diliputi sepenuhnya oleh jerebu itu. Saya tidak pandai menilai tahap jerebu secara saintifik. Saya hanya melihat bangunan Hotel Summit itu sahaja. Jika bangunan Hotel itu tidak kelihatan lagi ia bermakna jerebu semakin serius.

Tahun ini sememangnya kita tahu berjerebu. Suasana semuanya penuh dengan jerebu. Keadaan udara kita berjerebu, entah bilakan selesai. Politik juga berjerebu. Semuanya berjerebu. Himpunan 505 juga berjerebu. Pentadbiran kerajaan berjerebu dan parti-parti politik juga dihinggapi jerebu dengan dahsyatnya.

Akhirnya pemikiran rakyat sendiri berjerebu dan sudah tidak nampak arah yang mereka perlu lalui. Mengikut BN itu adalah melalui jerebu. Hendak ikut Pakatan Rakyat pun berjerebu juga.

Kalau kita pandang dan lihat jauh kehadapan apa pelan pembaharuan oleh BN kita sudah hendak melihatnya kerana terlalu berjerebu dihadapannya. Tidak nampak dengan jelas apa pembaharuan yang akan dilakukan oleh BN. Dihadapannya terlalu tebal jerebu yang menyelubungi dan kita tidak nampak dengan jelas apa akhirnya program pembaharuan yang bakal dilakukan oleh BN itu.

Di sebelah Pakatan Rakyat pula tidak kurang jerebu yang menyelubunginya. Anwar sendiri, menuduh ada suara-suara UMNO di dalam Pakatan Rakyat. Jerebu dipihak ini juga sangat tinggi tahapnya. Sekarang perjuangannya tertumpu kepada tuntutan mereka supaya SPR meletakkan jawatan. Tidak tahu dimana letaknya perjuangan asalnya. Jika asyik dengan demonstrasi dan himpunan, semakin tebal nampaknya jerebu dihadapan mereka dan sudah tidak lagi jelas apa yang diperjuangkan mereka. Sampai bila himpunan ini diadakan tidak siapa yang mengetahuinya.

Perjuangan melalui demonstrasi telah jelas menambah kekacauan kepada negara. Di Mesir himpunan jalanan negara itu telah menjatuhkan kerajaan Mesir pimpinan Mubarak, tetapi hasilnya sampai kehari ini negara itu masih tidak selesai masalah mereka. Akhirnya Mesir telah menghadapi krisis ekonomi yang sangat getir dan nilai wangya berbanding dengan matawang antarabangsa telah menjunam lebih dari seratus peratus. Begitu juga dinegara-negara lain di Timur Tengah itu. Jerebu politik melanda semua negara-negara terbabit.

Itu sebabnya saya selalu memberikan pandangan yang berlainan. Saya lebih yakin ada cara lain yang boleh melakukan perubahan itu. Ia hanya boleh dilakukan oleh pemimpin Melayu  yang boleh diterima oleh semua bangsa. Bagi saya sememangnya jelas kedua-dua pihak wajar berhenti berkelahi dan menerima hakikat perubahan itu perlu dilakukan oleh orang lain dan yang berkelahi itu bersama-samalah memberikan sokongan itu kepada orang yang akan melaksanakan pembaharuan itu.

Selagi ego dan kesombongan pimpinan masing-masing masih besar, selagi itulah pembaharuan tidak akan tercapai. Kalau ada pun perubahan itu, perubahan itu hanyalah perubahan kepada keadaan yang lebih buruk lagi.

Jerebu politik bukan sahaja berlaku diluar bahkan ia berlaku lebih teruk lagi di dalam Dewan-Dewan Legislatif. Jerebu politik ini tidak boleh dihindar dengan memakai ‘mask’ dimuka tetapi  ia hanya boleh menggunakan kejujuran jiwa dan ketelusan terhadap rakyat dan negara. 

Itulah sebabnya kita mahu dan mimpikan ada orang yang boleh menghilangkan jerebu ini, untuk menghilangkan jerebu yang ada di dalam kerajaan serta kementerian dan jabatan yang berjerebu itu.

Tetapi hakikatnya bagi setengah pemimpin lagi berjerebu politik itu lagi mudah mereka untuk menggunakan keadaan itu untuk kepentingannya.

Usaha ramai ahli-ahli legislatif persekutuan dari Malaysia Timur dan Semenanjung yang dengarnya sedang berlaku perlu diberi sokongan kerana usaha pihak ini memungkinkan jerebu politik tanah air akan dapat di turunkan.

Rakyat ternanti-nanti waktu mereka boleh menarik nafas dengan lega tanpa jerebu serta tanpa bersusuh payah memakai topeng. Kita sudah jemu banyak pihak tidak jujur dan memakai topeng yang melindungi keadaan sebenar mereka.

Kita tidak mahu lagi mendengar ada pihak yang melaungkan perjuangan ‘multiracial’ tetapi disebalik topeng itu mereka adalah rasis, serasis-rasisnya. Ada yang bertopengkan isu moral tetapi pemimpin mereka tidak terlepas dari isu moral yang sudah menjadi ‘stigma’ kekal dalam politik tanah air kita.

Selagi isu jerebu politik ini tidak selesai selagi itulah orang ramai akan hidup dalam  ‘deception’ sentiasa.

12 comments:

Anonymous said...

Tahap jerebu ada ukurannya,baik, sedang, bahaya dan sangat bahaya. Makanya mudah untuk di ambil tindakan.

Ukuran tahap bahaya politik,parti,pemimpin politik dan pengerak jenteranya di Malaysia ini tiada ukurannya selagi tiada kesungguhan dalam membina negara yang benar-benar demokrasi nya tulin. Dalam kontek ini jerebunya tiada ukuran Pak Aslan.

Anonymous said...

Pak Aspan..jangan pandang remeh perjuangan membersihkan SPR...tidak ada gunanya kita berpolitik..menabur bakti sehingga majoriti rakyat bersama kita..tetapi akhirnya kita tumbang akibat 'trick' SPR....taubat lahum sampai kiamat le kita akan kekal sebagai pembangkang...

Mat Bangi

amirul hakim said...


Bagi pembangkang bila menang itu tidak ada penipuan. Bila depa kalah itu ada penipuan itu pasai depa kalah dikawasan itu.
Maka jika tidak ada penipuan maka pembangkang sepatutnya menang semua kerusi dan tidak ada satu kerusi pun BN menang.
BN menang itu hanya kerana penipuan. Kalaulah tidak ada penipuan BN tidak ada satu pun kawasan yang mereka menang. Pembangkang akan menang di 222 kerusi.
T Kasih

cicit mat kilau said...


amirul hakim,

Kalau gitu ada 133 kawasan yang berlaku penipuan. Hanya 89 kawasan sahaja yang tidak ada penipuan.
Elok mahkamah putuskan semua 133 kerusi yg BN menang itu tidak sah. Baru betul.Barulah Anwar puas hati kan..kan..kan?

Unknown said...

Amirul,

Memang bodoh u nie...
sebab tu sampai hari ni tak maju...

kalau mahathir n najib anak jantan, bagi 10 minit dari 1 jam berita setiap hari jam 8pm untuk parti2 bukan BN bersuara...

atau bagi lesen untuk opposition parties ada stesen radio dan TV sendiri...

Tak berani kan....

piirah....
memang dulu, kini dan selamanya Bacul......

media komunis....

Anonymous said...

amirul hakim, cicit mat kilau baik pakat hantar petisyen ramai ramai tak kira belah pr atau bn..puas hati..ambik

Hassan

Anonymous said...

Apa yg korang merepek ni. Penipuan berlaku di Selangor, Penang dan Kelantan. Cuma penipuan tu tak berjaya. Begitu juga kerusi yang PR menang ada penipuan dgn berbagai cara yang di lakukan oleh SPR/BN. Alaaahhhh... tengok jer hasil siasatan RCI bagi kes di Sabah pemberian IC kepada pendatang asing.

Bagi saya lu orang menang menipu jawab di akhirat nanti.

Ada juga orang nak tegakkan benang basah.


Anonymous said...

Saya amat risau dengan tahap pemikiran orang Melayu. Ada betul pepatah melayu " macam katak bawah tempurung".

Inilah kesannya asyik tengok TV3 suku dan Utusan Meloye.

Bacalah Harakah, Keadilan, tengok blog AA, Anak Sungai Derhaka, MSO dll yang mengutarakan berita secara bertanggingjawab dunia akhirat.

well known said...


Unknown,
Kamu ni bila berbahas macam org kena dadah aje. Sejak PR kalah ni kamu ni dah macam org gila talak aje.
Dulu kamu bercakap elok dan tertib, sekarang bila team kamu kalah kamu macam ayam berak kapur aje.
Apa yg Anwar cakap itu yg kamu rawikan. Bawalah isu lain bro. Jangan kata orang bodoh. Kamu tau kamu itu bodoh dari dulu lagi tapi tak kata pun kamu bodoh.
Tidak boleh bertentangan langsung dgn kamu ni. Macam Anwar jugaklah kamu ni. Memang elok PR kalah hari tu. Kalau tidak kamu akan jadi sombong.

tebing tinggi said...


Saudara Aspan,

Tahap jerbu politik diMalaysia sudah agak serious ,payah untok dibaikpulih ,hujan semusim pun belum tentu dapat mencerahkan keadaan.
Perhatikan para pemberi comment dalam issue yang saudara bawa ini ,memang tahap jerbunya sangat tinggi dan menonjol ,saya percya tahap jerbu saudara sudah berkurangan.
Aden nak panchut air kat kobou den ,nak kurangkan kesan jerbu.

fasirul said...

jerebu-jerebu politik lagi lebih berbahaya berbanding jerebu pencemaran alam sekitar....jerebu politik ini sangat sukar untuk diduga dan dikesan dengan mata kasar, hanya mata hati yang sihat sahaja yang dapat mengesannya kerana sifat jerebu politik tersebut yang penuh dengan muslihat yang tersembunyi...semoga jerebu-jerebu politik tersebut dapat diKURANGkan oleh pemimpin daripada pihak kerajaan dan pembangkang...

Anonymous said...

Tuan,
Pada awalnya saya tersenyum membaca artikal tuan kali ini.Kemudian terserlahlah motif sebenar dan pendapat saya tulisan ini membawa maksud cukup bermakna kepada rakyat yang mau berfikir. Shabas tuan, kemukakan idea-idea tuan yang menusup jiwa begini.
T Q tuan.

Orang padang besar