11 July 2013

Akta Hasutan 1948: Zahid perlu tegas dan berani, jangan 'mati pucuk'.

Akta Hasutan 1948 menjadi isu hangat dan polimik yang besar bukan sahaja di Dewan Parlimen tetapi juga di tepi-tepi jalan dan warung-warung dimana rakyat biasa memberikan reaksi yang berbagai-bagai. Ia menjadi hangat kerana Najib telah berjanji untuk memansuhkan Akta ini pada tahun lepas sebagai salah satu janji pilihanraya beliau.Keadaan menjadi hangat apabila ada pihak dalam BN dan rakyat ramai sendiri merasa takut jika Akta itu dipinda atau dimansuhkan.

Ini merupakan satu usaha dan perjuangan pihak pembangkang sebegitu lama bagi Akta ini dihapuskan kerana terlalu mudah Akta ini dipergunakan untuk menekan pihak lawan oleh yang berkuasa. Akta ini digubal pada tahun 1948 sejurus selepas wujudnya Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union semasa itu.

Akta ini sudah berusia dan ia telah berada dengan kita sejak begitu lama. Tetapi ia mula menjadi isu kerana kelemahan pimpinan UMNO dan BN sendiri sehinggakan pihak pembangkang menggunakan isu ini dengan begitu ‘expedient’ sekali dan ia bersabit dengan kehendak politik pihak tertentu.

Dulunya Akta ini tidak mudah untuk diperjuangkan oleh pihak pembangkang yang menganggapnya sebagai satu Akta yang terlalu menekan dan bertentangan dengan kebebasan bersuara dan sebagainya. Pembangkang tidak pernah berjaya untuk membawa ia diperbincangan dimana-mana kerana kekuatan UMNO dan BN selama ini begitu kuat dan tidak mudah untuk digoyahkan oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang.

Akta ini adalah Akta yang sangat tua, malahan lebih tua dari Perikatan atau BN. Sekarang UMNO dan BN sedang dalam keadaan yang paling lemah, maka apabila berada dalam keadaan lemah maka ia memudahkan pembangkang untuk memperjuangkan penghapusannya. UMNO begitu lemah kepimpinannya kerana pimpinannya tidak mempunyai kudrat pemikiran untuk memperkuatkan diri. Apabila kepimpinan lemah pemikirannya maka mudahlah elemen luaran mempengaruhi ramai dan membawa bersama tekanan terhadap BN itu.

Ada pandangan dan perbidalan Inggeris, ‘just as an idle mind is an evil’s workshop, a weak character and a coward is a devil’s playing field’. Kelemahan ‘character’ kebanyakkan kepimpinan UMNO pada hari inilah yang menyebabkan pemimpin menjadi penakut dan sentiasa bersedia untuk memenuhi tekanan pihak yang semakin hari semakin kuat mendapat sokongan rakyat.

Bagi setengah pendapat Akta ini amat penting kerana kita tidak tahu dan mampu menjangka apa yang akan berlaku kepada negara kita suatu hari nanti. Jika sampai ketahap sesiapa sahaja boleh bercakap dan melakukan apa sahaja yang mereka mahu tanpa sekatan kerana politik, akhirnya negara kita akan berada di dalam kekecuhan.  Tidak ada sesiapa yang boleh bebas sepenuhnya dalam hidup ini.

Haiwan yang tidak dikawal oleh undang-undang dan bebas melakukan apa sahaja pun tidak mempunyai kebebasan sebenar. Harimau yang garang tidak bebas untuk keluar dari hutan dengan bebas kerana ia membahayakan dirinya sendiri. Harimau yang tidak berfikiran itu pun takut untuk keluar ke jalanraya kerana ia akan memudaratkan kehidupannya sendiri apabila dijumpai oleh manusia yang mempunyai cara dan kaedah canggih bagi membunuhnya.

Najib mahu memenuhi kehendak semua pihak kerana beliau ‘desperate’ untuk mendapatkan mandat rakyat dalam pilihanraya 13 yang baru selesai itu. Itulah sebabnya kita kedengaran beliau tunduk kepada tekanan kepada pihak yang membangkang beliau dan menjanjikan pemansuhan Akta ini. Hasilnya tidak pun berbaloi kerana rakyat tetap tidak memberikan sokongan padu kepada BN itu dalam PRU yang lepas.

Bagi saya Najib sepatutnya tegas dengan Akta yang begitu penting dan telah digunapakai sejak sebelum merdeka lagi. Kalau pun ia dipinda biarlah ia dipinda oleh pembangkang jika mereka berjaya mengambilalih kepimpinan dari UMNO dan BN itu. BN sepatutnya tegas mempertahankan Akta yang BN lindungi selama ini.

Sekarang nampaknya Zahid Hamidi begitu kuat dan lantang mempertahankan Akta ini. Jika Zahid benar-benar komited untuk mempertahankan Akta ini beliau seharusnya bersedia untuk menjadi korban semata-mata kerana menegaskan pendirian beliau untuk mempertahankan Akta ini.

Secara peribadi saya mengenali Zahid ini sejak 32 tahun yang lepas dan saya mempunyai keraguan terhadap beliau samada beliau benar-benar tegas mempertahankan Akta ini dengan ‘conviction’ nya yang tinggi. Saya tidak mahu beliau nampak garang semata-mata untuk mendapatkan penyatuan sokongan perwakilan UMNO dalam pemilihan parti tidak lama lagi.

Saya berharap Zahid terus tegas dan jangan tunduk selepas pemilihan parti nanti. Zahid perlu melakukan ‘follow through’ yang jelas sampai selesai dan berjaya mempertahankan Akta ini.

Jika Zahid akhirnya berundur kerana desakan peribadi dan politik UMNO sahaja maka itu bukannya pemimpin berwibawa. Itu adalah pemimpin ‘mati pucuk’ namanya. Zahid akan mendapat sokongan ramai sebenarnya. Yang tidak menyokong hanyalah dari mereka yang mempunyai ‘political affiliation’ yang menebal sahaja tanpa memikirkan keselamatan negara dimasa depan.

Saya berharap Zahid tegas dalam isu ini dan jangan tunduk kerana tekanan pihak yang berkepentingan kepartian semata-mata. Saya berharap Zahid tidak lah seorang pemimpin ‘mati pucuk’ seperti yang saya sebut sebentar tadi.Kalau pun akta ini hendak dimansuhkan, elok di paparkan draf Akta gantian yang menggantikan Akta Hasutan 1948 itu dahulu.

Jadilah lah pemimpin yang ‘effective’ kepada negara walaupun mungkin tidak popular dalam jangka masa yang pendek ini. Tetapi Akta ini amat perlu dikekalkan semata-mata untuk menjaga kestabilan negara untuk jangka masa yang panjang.

Hanya mungkin boleh dilakukan ialah pindaan kepada Akta ini sahaja supaya ia tidak mudah digunakan secara sewenang-wenangnya oleh pihak yang sedang berkuasa yang lemah sekarang. Mungkin ada kecenderungan ia disalahgunakan oleh pimpinan yang lemah dan tumpuan perlu dibuat terhadap isu penyalahgunaan oleh mereka yang lemah atau ‘mati pucuk’ tadi sahaja.

Isu ini benar-benar memberikan dugaan besar kepada Zahid dan kita begitu teruja untuk menunggu kesudahan kepada isu ini.

9 comments:

mo said...

Salam,

AKTA HAsutan yg sudah mnjadi tegar, jualah yg mmbuat kerajaan bn umno , semakin lemah, lemah dan tdk bertenaga. Seoalh mnjadi vairus berpanjangan pada yg akhir kan mmatikan kerajaan yg ada kini ?

Rakyat mnjadi mangsa dlm pengunaan akta hasutan. Yg mmberikan ruang pada kerajaan bn umno selama ini, bagi menekan perbedaan dan kelainan . Hinga bila, bn umno dan kepimimpinan nya, berselindung dgn akta yg tdk mndatang kebaikan pada msia. Melainkan viairus akta hasutan yg mngerunkan kebebasan rakyat. Kini terbukti akta hasutan ada satu dari vairus yg akn , akhir nya mmbunuh parti yg mmperjuangkan akta hasutan dan mngekalkan nya.

iklas mo .

Anonymous said...

Pm tidak seharusnya bermain api untuk menghapuskan akta hasutan. Bayangkan akibat besar kepada perpaduan kaum di Negara ini andai akta hasutan dihapuskan. Bila rakyat bebas bersuara menghasut atau buat kerja menghasut maka akan muncul orang orang persaorangan atau pertubuhan mejawat jawatan menghasut demi kepentingan peribadi atau kepenting penajanya. Kerja menghasut selalunya berdamping erat dengan fitnah, manipulasi peristiwa semasa, mengada adakan cerita bohong dll .
Jangan berharap perpaduan kaum rakyat Negara sekarang akan berkekalan bila si penghasut bebas berkeliaran. Yang ada pun sudah Nampak retaknya, bila terhasut terus terbelah.
Orang Melayu jangan berbangga kerana ramai. Ramai tidak menjamin sebuah kekuatan dan keutuhan. Orang Melayu juga jangan anggap yang sedikit itu lemah. Sedikit yang bijak dan bersatu akan memijak yang banyak tetapi bodoh sombong.

Orang padang besar


Jamal said...

Bila undang-undang sedia ada di salahguna oleh kerajaan untuk menekan pembangkang malahan sesiapa yang berbeza pendapat; maka rakyat bukan sahaja hilang kepercayaan kepada kerajaan tetapi juga kepada undang-undang itu sendiri.

Rakyat sudan pun hilang kepercayaan kepada pihak penguatkuasa seperti PDRM kerana kerajaan BN/UMNO menyalahgunakan agensi-agensi tersebut untuk menjaga kepentingan politik mereka.

Maka tidak hairanlah perkara yang sama akan berlaku apabila undang-undang itu sendiri disalahgunakan. Masalah sebenar bukannya undang-undang, PDRM ataupun sistem pengadilan tetapi kerajaan BN/UMNO yang enggan transformasi menjadi kerajaan yang berteraskan keadilan.

Anonymous said...


With decades of dangerous, damaging and divisive politics of race, religion, hate and etc...the country needs more ISA.

The problem is not ISA or other law. It's its gross abused by those in power, trust and influence creating strong mistrust of the country's leaders and institutions.

Anonymous said...

Di manakah terletak kekuatan UMNO, di kepala pemimpin kah, di penyokong mereka kah atau di agensi agensi kerajaan yang diperintahnya.

Jawapan persoalan di atas itu sebahagian besarnya ada dalam ulasan pandangan Pak Aspan yang diajukan, "AKTA HASUTAN 1948:Zahid perlu tegas dan berani, jangan MATI PUCHUK"

Konklusinya mudah, siapakah yang memperkenalkan akta itu A H 1948? Inggeris, siapa dia kepada kita? penjajah. Kita merdeka tahun 1957, ya. Bangsa yang di merdekakan itu, Melayu. Maka, adakah kita ini masih lagi hendak dijajah oleh bangsa Malaysia, kerana kita TIDAK ada lagi kebebasan bersuara untuk melihat keadilan dan kebenaran.

Renungkanlah, apa kah UMNO melihat kita manusia yang tidak bertamadun?.

Anonymous said...

Memanglah manusia ini dimana saja cerok dunia ini ingin bebas sebebasnya. Namun dalam kebebasan itu sendiri harus ada sekatan tertentu untuk menjaga hak orang lain daripada dicemar maruahnya, difitnah atau dihilangkan kepercayaan terhadap peribadinya atau terhadap hak miliknya. Apakah setiap manusia dijamin 100% menggunakan kebebasan bersuara untuk hanya kepada perkara positif sahaja. Ada Negara yang mengaku rakyatnya bebas bersuara tetapi megapa sekatan tetap dibuat juga.
Sebenarnya tujuan akta ini bukan untuk menyekat rakyat bersuara.Samaada suara rakyat itu didengar olih pemerintah atau tidak ,itu perkara lain.
Tiadak siapa mahu melihat fitnah melanda Negara dik kerana bebas bersuara tanpa ada sedikit sekatan. Negara ini rakyat sudah beralih angin. Demontrasi demi demontrasi terus diadakan. Dan yang ditangkap polis itu terbukti ada kesalahan menghasut orang ramai merosakkan harta awam atau memaki hamun pihak berkuasa menjalankan tugas. Ini bukan luahan suara hati tetapi perbuatan subversive melingkupkan harta benda awam.
Apakah tahap pemikiran rakyat Negara ini sebanding dengan rakyat Negara maju saperti Jepun dan Korea contohnya. Jangan melenting bila kita tahu jawapannya.
Tidakkah pernah anda semua terasa terkilan denga tulisan didada dada akhbar Negara ini. Tak kira surat khabar memihak kepada siapa pun - pasti mulut anda pernah terucap "ah,ini karut". Demikian pula sikap hodoh ditunjukkan olih sebahagian peserta perserta demontrasi. Bayangkanlah - itu sebenarnya tahap mentaliti rakyat Negara ini.
Rakyat perlukan perbetulkan tahap peribadi masing masing agar lebih BERSIH dan SIHAT. Bersuaralah hanya kepada yang mahu mendengar. Kalau yang dituju itu engan mendengar keluhan rakyat maka rakyat tau menggunakan kuasa mereka seadanya dan diwaktunya.

Orang padang besar

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Dalam banyak hal saya tidak bersetuju dengan Tun M, akan tetapi saya menghormati ketegasan dan konsisten beliau dalam membuat keputusan. Musuh juga menghormati beliau kerana mereka tahu Tun M tidak berfikir 2 kaliuntuk bertindak keatas musuh samada musuh dalam parti mahupun musuh luar. Begitu juga dengan Lee Kuan Yew.

Najib ni macam Pak Lah juga lah. Flip flop flat fail.. Lembik semacam.

Anonymous said...

Saudara,

Menyebut saja akta hasutan mudah saja bagi semua orang. Tapi apa makna dan tujuan akta hasutan itu dilaksanakan ? Tak ramai yang memahaminya walau pun kita lihat ramai yang ingin memberi pandangan.

Siapa yang menentukan seseorang itu dikatakan telah menghasut ? Apakah ia dari rakyat biasa atau dari peguam negara yang dicadangkan oleh PDRM dan PDRM pula bergantung pada laporan dari ahli politik BN sama ada secara langsung atau tidak langsing untuk lakukan provokasi itu ?

Oleh kerana itu peguam dari parti politik yang memahami keperluan ia dimansuhkan atau diteruskan perlaksanaanmya.

Persoalan disini, apakah blogger seperti saudara Aspan berfikiran akta itu amat diperlukan sedangkan tulisan saudara juga boleh dimanipulasikan sebagai menghasut jika ada pemimpin UMNO Baru yang anti terhadap saudara seperti yang terjadi DS Anwar Ibrahim ?

Amat jelas akta tersebut dijadikan alat untuk kepentingan politik dimana orang yang pro UMNO Baru boleh cakap apa saja tapi orang yang bersifat berkecuali atau berpihak pada pembangkang akan dikunci mulut dan tangan mereka dengan akta itu. Apakah ia bersifat adil atau berat sebelah ?

Sila rujuk semua kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir.... Apakah dia tidak boleh dikenakan dengan akta hasutan ? Mengapa tidak ditangkap dan didakwa dimahkamah seperti anak Ghaffar Baba. Tapi dia kekal bebas mengeluarkan kenyataan yang menghasut.

Apakah apabila tiba saat dan ketikanya terkena pada batang sendiri maka barulah terpancul suara mengatakan akta hasutan itu digunakan untuk berlaku zalim pada orang tidak disukai....

ahmadyaniDotCom said...

Selama ini Zahid hamidi selesa sebagai Menteri Pertahan, walau banyak isu, masih boleh 'senyum' ketika menangkisnya.

Tapi sebagai Menteri Dalam Negeri, dia panas punggung. Mukanya 'gelap' ketika menangkis isu-isu yang ditimbulkan.