18 July 2013

Alvin, Vivian, Zulkifli Noordin dan lain-lain mesti diambil tindakan

Di waktu negara sedang menghadapi ketandusan kepimpinan ini, banyak isu dan perkara yang tidak berpatutan timbul hasil dari kekurangan kepimpinan itu. Segala cita-cita perjuangan negara bukan sahaja terbantut malahan keadaan bertambah buruk dan menakutkan.

Semua bercakap isu yang mereka tidak memahami dengan betul atau bercakap tanpa kejujuran. Isu penyatuan kaum adalah isu besar yang di sebut oleh semua pihak baik dari pihak kerajaan mahu pun dari pihak pembangkang, tetapi tidak ada satu pihak pun yang jujur tentang perjuangan yang mereka laungkan.

Sekarang timbul isu besar lagi. Isu hasil dari kelakuan nakal sepasang anak muda, Alvin Tan dan Vivian menjadi isu dan semua pihak bercakap, tuduh menuduh diantara satu dengan lain sehingga menjadi panas dan membosankan. Keadaan semakin merumitkan sampaikan tidak siapa lagi yang boleh memberikan punca kenapa keadaan politik ini menjadi sebegini rupa.

Saya percaya jika ada satu pihak yang lebih betul dari pihak yang lain tentu perkara seperti ini tidak akan berlaku. Jika ada pihak yang betul tentulah ramai yang akan memihak kepada yang betul kerana di situlah ‘sanctuary’ kepada rakyat yang sedang dalam pencarian. Isu seperti ini bersabit dengan kepimpinan, samada pimpinan yang lemah atau pun pimpinan yang tidak jujur atau oleh kerana kedua-duanya sekali.

Jika perkara tidak serius masakan pasangan Alvin dan Vivian ini boleh melakukan perkara yang sejahat yang mereka lakukan terhadap agama kita? Tetapi keburukan yang sangat jahat yang dilakukan oleh pasangan muda ini tentulah bersebab. Mesti ada puncanya. Kenapa mereka yang masih muda sudah pandai menyentuh dan menyakitkan kita dengan provokasi yang mereka lakukan itu?

Puncanya itulah yang wajib kita fahami dan diperbaiki. Kalau kita lihat dan pandang betul-betul, mereka yang menjadikan isu ini lebih panas ialah nama-nama seperti Zulkifli Noordin, Bung Mokhtar dan beberapa orang yang lain dalam mana nama-nama ini adalah nama-nama yang tergulung kepada ‘tin-tin kosong’ yang tidak mampu memberikan tambah nilai kepada politik negara kita.

Betul, mengambil tindakan terhadap pasangan muda ini adalah amat wajib kerana tidak ada siapa yang beragama akan merestui perlakuan mereka. Tetapi saya tidak salah jika saya katakan yang keadaan ini berlanjutan kerana pihak yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan itu tidak bersikap adil. Kenyataan-kenyataan mereka-mereka seperti Zulkifli Noordin, Ibrahim Ali dan ramai lagi yang bersifat provokatif terhadap agama lain tidak pula diambil tindakan.

Selagi sikap berat sebelah pihak penguasa dan mengambil tindakan secara ‘selective’ maka selagi itulah isu-isu seperti ini akan berlaku tanpa henti. Sekarang budaya provokasi diantara agama ini sudah berlarutan dan ini tidak akan selesai selagi tidak ada tanda-tanda pihak berkuasa berkemampuan untuk bersikap adil dan saksama.

Seperti ibu-bapa yang mempunyai sikap ‘limau masam sebelah’ terhadap anak-anak, kerukunan keluarga itu tidak akan tercapai. Tidak akan aman keluarga yang kita pimpin jika kita sendiri mempunyai sifat ‘limau masam sebelah’ itu. Anak-anak tidak akan berasa aman dan tidak akan menghormati diantara satu dengan lain dalam keluarga itu.

Sebagai penguasa kepada keluarga kita mesti mempunyai kesabaran yang tinggi. Jika marah tidak boleh ditunjukkan marah kita secara berlebihan. Bak kata orang tua-tua, ‘jika harimau yang ada di dalam diri kita, kita keluarkan kambing’. Kita mesti mampu untuk menyejukan keadaan.

Tetapi dalam isu Calvin dan pasangannya ini, semua pihak telah memanaskan keadaan sehinggakan orang yang bergelar Ahli Legislatif seperti Bung Mokhtar bercakap lebih cepat dari berfikir. Beliau telah menuduh seorang Ahli Parlimen yang lain bertanggungjawab diatas perlakuan Calvin dan pasangannya itu. Ini adalah satu tindakan yang amat memalukan bukan sahaja kepada kita yang mendengarnya tetapi sepatutnya ia juga akan memalukan dirinya sendiri.

Bagi saya ‘by all means’ pasangan Alvin dan Vivian ini mesti di ambil tindakan. Tetapi kita juga ingin melihat Zulkifli Noordin juga diambil tindakan yang sama kerana beliau telah melakukan kerja yang lebih buruk dari pasangan muda ini dalam isu provokasi agama ini.

Tetapi Zulkifli Noordin tidak diambil tindakan malahan diberikan pula penghormatan parti untuk menjadi calon bagi parti pemerintah dalam pilihanraya yang lalu. Tindakan memberikan kestimewaan terhadap Zulkifli ini merupakan satu tindakan yang ‘beyond comprehension’ bagi mereka yang mempunyai pemikiran walaupun serendah mana pun pemikiran mereka..

Tidak ada pihak yang befikir dan bertindak secara jujur. Jika ada pihak yang jujur dan meyakinkan, keadaan seperti ini tidak akan terjadi. Sebelum pilihanraya baru-baru ini ada pihak yang telah memanaskan isu kalimah Allah yang begitu sensitif walaupun pilihanraya sudah hampir tiba. Entah kenapa isu itu ditimbulkan dalam ucapan resmi dan ini menjadikan isu keagamaan itu tidak mampu dikawal sehingga hari ini.

Pendeknya tidak ada pihak yang boleh diharapkan untuk menjadi penyelesaian terhadap isu perpecahan diantara kaum dan agama ini. Semuanya bermain politik kepartian yang tidak ada tolok bandingnya. Masing-masing hanya mengeluarkan kenyataan yang boleh menghasilkan keuntungan bagi parti dan kehendak peribadi masing-masing.

Setakat ini tidak ada satu pihak pun yang berkemampuan untuk menjadi sandaran dan harapan untuk melakukan penambah-baikan terhadap isu sensitif agama dan perkauman ini.

Masing-masing mendapat kejayaan diatas keperitan orang lain dan ini tidak akan kekal lama. Kebenaran akan timbul juga akhirnya secara ‘natural’. Sikap bohong itu adalah  sifat mustahil bagi Tuhan yang Maha Adil dan Saksama itu. Kita tunggu sahaja.

“God tells no lies’.

15 comments:

gua melayu,beb! said...

Betul kata Tuan,sepatut ny ada satu pihak yg betul tindakan ny.Klau mereka sendiri yg tak betul bagaimana nk membetul kn kesalahan org lain.Sprt saranan Madey agar mereka yg menghina Islam di lucut kn kerakyatan ny tp bagaimana pula dgn diri ny sendiri?Two wrongs will never make it right.

bumi-non-malay said...

Itu sebab saya harap Allah Musnahkan ekonomi negara malaysia sampai semua orang Kebuluran dan Marah terhadap terhadap semua institusi yang Berkuasa sampai Malaysia PECAH Roboh.....

Malaysia tidak jauh jadi Zimbabwe, Syria.....

Perkara yang Remeh temeh diHEBOHkan....Perkara yang Jauh Lebih serius macam bunuh kat kokup polis, korrupsi, Tak dapat masuk Universiti Pilihan utama walaupun prestasi Markah lebih baik dari bangsa melayu...... INI MALAYSIA Bangsat......maaf yah.....geram ideologi Sesak Malaysia sekarang!!

awangbatuburok said...


Salam Ramadhan Datuk,

Apa nak diherankan kalau blogger lucah berani menghina Islam kerana idola mereka berdua adalah pelakun video lucah bertaraf Presiden Parti.

Lebih hebat lagi Pelakun video lucah juga merangkap Presiden parti dan Penasihat Perdana Menteri Malaysia...very well connected (dgn izin).

awangbatuburok said...


Salam Ramadhan Datuk,

Apa nak diherankan kalau blogger lucah berani menghina Islam kerana idola mereka berdua adalah pelakun video lucah bertaraf Presiden Parti.

Lebih hebat lagi Pelakun video lucah juga merangkap Presiden parti dan Penasihat Perdana Menteri Malaysia...very well connected (dgn izin).

Marijoinlah said...

Hanya kesedaran dan kekuatan keimanan mampu selamatkan manusia dari berlakunya ketegangan racial dari puak ekstremis.

Unknown said...

relax la bumi non malay...

anyway,
cina pun ada mat rempit rupanya kat internet...tapi bilangan sangat kecil... budak2 bodoh... keluar video lucah, singapore pun buang mereka dari universiti... pelajan pun xde, kerja pun xde...aku tak tau ape die org ni buat.... bukan typical chinese yang melepaskan pengajian...horny couple...

semua yg melampau harus masuk mahkamah termasuk 2 ekor cina ni da melayu2 mcm zul nordin dan ibrahim ali... si tajuddin pun gila2 sebut karpal jadi presiden...hahahah

logik sket la bang... karpal paralyze n da tua... org kata semakin tua, semakin kurang ambition... LOGIK di mana??

Anonymous said...


They are ' sex blogger ' and naive to the politics of race, religion, hate and etc..tolerated, encouraged and endorsed by the politicians/leaders over the decades.

What they did was grossly insensitive and totally unacceptable. They have apologised and their conducts investigated by the LAW.

Various political and community leaders have expressed their outrage over their conducts and behaviors.

However, the way they are hounded by racist and extremist who want to take the law into their own hands speak volume of a very sick society - being offended does not give one the right to incite voilence and hatred.

Some politicians have no shame and principles to exploit their stupidity and mistake to incite racial and religious hatred and intolerance to get support at all cost.

Politicians in position of power, trust and influence have conduct themselves worse than them. Yet they are allowed to do as they please.

One cannot lead a country with double standard or gross injustice.

Anonymous said...

Lelax la bumi non malay..tak kan la tk dpt msuk u pun nak mare..

tebing tinggi said...


Yang balik salah orang Melayu jugak,yang lain tak salah.

ahmadyaniDotCom said...

Kalau kerajaan benar-benar ikhlas mahu mempertahankan Islam, semua yang bersalah akan diambil tindakan. Bukan tindakan berpilih..

Anonymous said...

Pilih antah(padi berkulit) dalam beras, antah ke mana beras kemana. Begitulah juga memilih pesalah, pesalah tetap pesalah, hukumannya pula belum atau boleh ditentukan.

Keadaan kita di Malaysia pesalah tertakluk kepada undang undang. Undang undang pula tertakluk kepada " will wish leaders". Akibatnya kita dipermainkan dan diperbodohkan semudah itu.

Jangkaan kerusakan ini apabila berakhir nya pemerintahan korupsi. Sama sama tunggu dan lihat. Tetapi shukor kerana rata rata rakyat sedar akan permainan ini yang tiada kesudahannya, kecuali tercapai hasrat di atas. Harapnya begitulah.

Seperkara yang merisaukan ialah sudah pasti ada sikap berdendam berpuak yang akan memalangkan lagi negara ini hasil tindakan samaada baik berupa positif atau negatif.

Anonymous said...

Bila Islam dihina olih blogger lucah.
Memang umum mengtahui orang Melayu ini jangan dihina agama mereka(Islam). Ini akan jadi perkara besar. Sekali lagi diulang 'semua penduduk Negara harus faham agar jangan menghina agama Islam walau dalam apa bentuk sekali pun. Kesannya amat buruk sekali. '
Bila blogger ini sudah buat kacau daun dengan Islam maka bangkitlah orang Melayu menentang. Karenah ini benar benar menyentuh sensibilities umat Islam. Namun ada orang bukan islam terkejut dan tertanya tanya .Kenapa , kenapa dan kenapa???.
Singkap kembali akan perbuatan orang Melayu sendiri semasa kempen PRU 13 yang lepas. Ada orang berkata semasa kempen itu Islam ini telah pun dihina olih Melayu sendiri. Mana tidaknya...bukankah tuduh menuduh sesama orang Islam berlaku, Orang bukan Islam berkempen guna al quraan dan hadis bertujuan menarik enyokong. Islam dipersendakan dan terpampang gambar lebai berjoget di pentas atau join semeja dengan orang minum arak (walaupun palsu).
Penganut agama lain sudah menganggap Islam ini tidak lebih baik dari agama mereka. Paparan berbentuk sandiwara jenaka kepada ugama Islam dianggap hanya jenaka biasa. Atau mereka sudah anggap hukum Islam kini sudah longgar kerana Melayu bolih buat mengapa mereka tak bolih.
Mengapa tiada pihak mengaku bahawa salah satu puncanya hal ini terjadi kerana perbuatan Melayu sendiri. Melayu sekarang demi politik sanggup berbuat apa saja untuk memperlekehkan pihak lawan walaupun tercalar kesucian agama Islam sendiri.
Inilah kesannya bila ada otak tidak mau memikirkan apakah baik buruknya akan tindakan yang bakal di ambil. Semata mata tunding jari kepada pihak berwajib adalah tidak adil dan bukan jalan penyelesaian terbaik. Olih itu beringatlah untuk tidak melakukan perkara bodoh yang akhirnya orang lain akan memperbodohkan si perlakunya.


Orang padang besar

Anonymous said...

Bulan Puasa supposed to be understanding, humble and magnanimous. Here we are calling for thunder and lightning to strike. Betul ke dia pa ni orang Islam?

Anonymous said...


Islam is also about justice, fairness and compassion.

Islam is very young in South East Asia.....hundreds of millions are only norminal Muslims by birth.

In developed countries, there are many Islam/Universal values and few Muslims.

In developing countries, including most South East Asian countries, there are many Muslims but few Islam/Universal values.

The decades of politics of race, religion, hate, discrimination, intolerance, greed and etc. had destroyed the moral values and mental welbeing of millions.

There are too much hatred, anger, jeolousy, greed, aggression, bullying, harrassment, intimidation, discrimination, intolerance, frustration, unfounded fear and insecurity dll..

May PEACE be upon you.

Anonymous said...

pembangkang bnyk sgt main politik kalau betul jujur mengapa menyerang individu pro BN shj ayuh kalau berani dan jujur xder kepentingan politik dlm membela alvian ni beranikah PAS seret sekali salehudin ayub naib presiden pas yg samakan demonstrasi jalanan dgn perarakan thaipusam