28 July 2013

Dilema Cina, dilema Melayu dan dilema rakyat serta negara

Tun Dr Mahathir pun ada dilemanya sendiri
Dr Mahathir berkata sekarang negara menghadapi ‘dilema Cina' dalam mana bangsa Cina sedang berada didalam satu dilema samada untuk merebut kuasa politik dan ekonomi negara sendirian dan mengenepikan bangsa Melayu dan sebagainya. Bangsa melayu sedang diusahakan oleh bangsa Cina untuk diketepikan dalam semua bidang. Begitulah bunyinya lebih kurang dalam apa yang beliau tulis dalam blog beliau dua tiga hari yang lepas.

Pengarang buku ‘Malay Dilemma’ ini kini mengarang satu lagi ‘dilema’, kali ini ‘Chinese dilemma’ dan saya tidak berminat untuk menerima pandangan yang tidak diperlukan itu. Sesungguhnya ia bukannya ‘Chinese dilemma’ dan bukannya dilema sesiapa. Yang dalam dilema sekarang ialah rakyat Malaysia sendiri khususnya orang Melayu dan sedikit dari bangsa-bangsa lain di negara ini.

LKS dengan dilemanya.
Ia adalah dilema yang tidak dapat di selesaikan kerana budaya pemikiran dan politik orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya yang buruk yang terbentuk oleh kuasa BN itu sendiri. Dilema ini ditambah oleh sikap dan nilai perjuangan yang dpaparkan sebagai alternatif oleh pihak pembangkang yang juga tidak mampu memberikan penyelesaian terhadap dilema yang di hadapi oleh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Bumiputra termasuk di Sabah dan Sarawak.

Lim Kit Siang (LKS) memberikan reaksi dengan mengatakan Mahathir sebagai rasis kerana mencipta ciptaan barunya iaiatu ‘Chinese dilemma’. Apa yang dikatakan oleh LKS itu tidak salah dan ia adalah benar. Tetapi apa yang tidak terfikir oleh LKS, beliau juga memimpin parti yang terbentuk persepsi yang ia adalah parti yang tertumpu kepada imej parti Cina dan itu jelas dilihat dan kita tengok secara terang-terangan. Itulah sebabnya saya katakan dilema ini bukan sahaja dilema Cina seperti yang diperkatakan oleh Mahathir, ia adalah dilema semua bangsa dalam negara ini.

Rakyat sebenarnya dalam dilema, bukannya Mahathir dan bukan juga LKS. Di satu pihak rakyat khususnya orang melayu dalam dilema yang teramat sangat. Mereka tersepit diantara menerima kerajaan yang korup dan tercemar dalam segala-galanya dengan memilih pihak yang hanya mementingkan bangsanya sendiri dalam perjuangan politik mereka.

DAP telah berjaya menundukkan orang Melayu dan sudah pun ramai yang tampil memberikan sokongan kepada parti yang di dominasi oleh kaum Cina itu. Ini adalah satu trend yang sihat kalau dipandang dari sudut rakyat yang 'ordinary' ini. Fenomena ini tercetus kerana orang Melayu dalam dilema hasil dari ketidak jujuran pimpinan BN khususnya UMNO itu. Tetapi orang melayu telah dipermainkan juga oleh pihak yang memberikan laungan kuat tentang ‘multiracialism’ ini dengan hanya mahukan sokongan dan undi orang melayu sahaja sedangkan ia tetap kekal memaparkan sebagai sebuah parti kaum Cina.

Mungkin di sini betulnya Mahathir kerana tidak adil disangkal yang kita lihat di Pulau Pinang kuasa politik dikuasai oleh DAP yang di dominasi oleh bangsa Cina sedangkan parti DAP itu mencanangkan partinya sebagai parti berbilang kaum. Tidak seorang pun dari Ahli-Ahli Legislatif dari DUN Pulau Pinang di wakili oleh orang Melayu kalau kita lihat wajah mereka satu persatu.

Di Pulau Pinang misalnya orang melayu layaknya hanyalah untuk mengandar dan menampal poster di dinding-dinding bangunan dan tiang telefon semasa pilihanraya umum yang lalu. Mungkin itulah yang dianggap sebagai politik berbilang kaum itu. Kaum Cina menguasai kerajaan dan orang melayu menjadi penampal poster dan menjadi penceramah-penceramah sahaja.

Orang Melayu hanya dijadikan ‘kuda pelejang’ untuk menyerang pimpinan dan orang Melayu yang lain. Orang melayu Islam diberi upah dengan memberikan peruntukkan yang tinggi kepada Majlis Agama Islam dan jumlah peruntukkan untuk kegiatan Islam yang sebanyak itu sememangnya tidak menjadi hal kepada kerajaan P Pinang, negeri yang kaya raya itu.

Tetapi siapa yang bersalah disini, sehinggakan orang Melayu dengan mudah sahaja di jadikan sebagai ‘kuda pelejang’ tadi? Ia mesti bersebab dan penyebabnya ialah kerana kepimpinan Melayu yang sudah menghadapi kekurangan keyakinan dari orang Melayu sendiri? Sebusuk-busuk orang Melayu mereka tidak mahu melihat pemimpin mereka yang rasuah dan tidak bermoral itu? Maka orang Melayu terus dalam dilema dan itulah yang sepatutnya difahami oleh Dr Mahathir.

LKS tidak ada masalah memahami keadaan ini. Kalau tidak masakan beliau dengan mudah menggunakan Melayu yang dalam dilema ini untuk memberikan sokongan kepada DAP dan parti-parti lain dalam PR itu? Sekarang ada pihak yang merasakan sudah menjadi satu dosa jika orang Melayu tidak menyokong DAP itu.

Semuanya ini terjadi kerana dilema rakyat yang sedang tersepit diantara pihak yang rasuah yang mereka benci dan pihak yang menggunakan kelemahan ini untuk memberikan tumpuan kepada kelompok mereka sendiri.

Rasis tetap wujud dikedua-dua belah pihak. Satu pihak bercakap isu rasis, satu pihak lain tidak bercakap tentang isu ini tetapi tindakan serta hasil politik mereka tidak lain dan tidak bukan adalah rasis yang menebal.

Kedua-duanya sama sahaja. Itulah menjadikan rakyat dalam dilema untuk memilih. Apabila mereka (rakyat) berada dalam dilema seperti ini maka akhirnya mereka terpaksa memilih pimpinan dari bangsanya sendiri. Orang Melayu berfikir sebusuk-busuk melayu ada bau Melayunya dan pihak lain pula akan berfikir sebusuk-busuk bangsanya masih ada terhidu bau bangsanya.

Orang Melayu selalunya akan mencium bau baju atau pakaian ibunya untuk menghilangkan kerinduan terhadap ibunya yang baru meninggal. Itulah kaedah dan maksud kata-kata saya tadi.

10 comments:

lufang said...

Kalau China hendak mengambil alih kuasa politik apa salahnya ,kuasa eknomi sudah ada ditangan kaum Cina ,maka sebaiknya kuasa politik berada ditangan kaum Cina juga ,barulah seiring.

Anonymous said...

mcm lagu kru "dilema"

bumi-non-malay said...

Selagi orang melayu mengakui Tun Dr. Bapa kemerosotan malaysia seorang melayu tulin 100%....dan manusia melayu boleh lahir Islam.....

Disitulah realiti melayu yang masih tak sedar apa dia Kebenaran dan Penipuan!!

noordin said...

AA,

Dalam pilihanraya ke14 nanti kita tengok sejauh mana Anthony Loke boleh bermain politik dengan Kamarul Baharin Pkr. Saya berharap mereka tidak berpecah. Kita tengok saja permainan seorang yang tamak dari Pkr dan seorang chauvinis Cina Dap tu.

Saya bergembira dapat mengalihkan soongan ramai pengundi kembali keBN di Ampangan, Pilah dan Juasseh dan juga Seri Menanti.

Orang putih kata, 'once bitten twice shy'.

Anonymous said...

Kpd sesiapa yg bnar7 ARIF..
kpd yg bnar7 teliti lg mgHALUSI..
kpd yg bnar7 meNITI jln nabi2..

Ssgguhnya KUASA itu bukan pd politik
ssgguhnya KUASA bukan pd ekonomi
sbnr7 KUASA bukan pd darjat/raja
sbnr7 KUASA bukan pd majoriti/bangsa

Sbnr7 KUASA..
Sbnr7 smutlak7 KUASA,adalah..
Apb Yusof as diFITNAH & dpenjara..
Apb Musa as brguru dgn Khidir as..
Apb nabi SAW brTAFAKKUR ddlm gua..

Sume nabi2 melalu PROSES dmana mrk akhirnya TIADA lg mmentingkanDIRI..
mrk TIADA, TIADA, TIADA pntingDIRI..
TIADA lg nilai2 harta bngsa/kroni..

yg pnting HANYA..unvrsal VALUE
yg pnting HANYA..NILAI2 dr ygSATU
HANYAlah nilai2 SEJAGAT/wahyu ygSATU

Maka..
memancarlah INTEGRTY yg trtggi skali
brsinarlah ACCOUNTABLITY yg murni
brcahayalah TRNSPRENCY yg kudus suci
suburlah AMANAH,kjujuran keikhlasan CINTA & kasehSAYANG yg TAK mungkin diTUKAR ganti..

BUKANkah sbnr7 KUASA itu ada dsisi TUHAN?
BUKANkah jln nabi2 itu mmbawa kita bnar7 kpd KUASA TUHAN??

KUASA siapakah yg ingin kita cari?
KUASA nafsu serakah HALOBA yg keji?
KUASA tipu fitnah KHIANAT yg jahat?
KUASA gelap/samar BELIT sprt ular?

Apakah yg tlh kita SAKSIkan?
Apakah ertinya '2 kalimah SYAHADAH' yg tlh kita lafazkan??

wahai Ramadhon..KAU bukakan lah..
lahaula wala quata illa biLLAH..

chua KS said...

Sdr Aspan Alias, selamat menyambut hari lebaran.
Saya terus membaca dan menikmati tulisan yg selalu datang dari jiwa mu yg sebenarnny.
Keep it up Sdr AspanAlias.

Anonymous said...

TDM tu pemimpin yg gila-gila...jgn ikut sangat cakap dia tu..nanti jadi gila

Africans the government in China and Taiwan said...

Pak Aspan,

The canteen never close in Chinese schools

Anonymous said...

Well, Mr writer, I think LKS is not dilemma in politically, he is been progressive like PKR progressive ideology compare to Mahathir's GOP aged old far-right ideology.

Please be more progressive in these 21st Century of innovative and creativity

Anonymous said...

Sdr Aspan,
Ulasan yg menarik tentang TDM.Tak perlu risau tentang beliau.
Kebanyakan komennya sudah tidak releven lagi bagi rakyat Malaysia.
Delema yg rakyat ada sekarang adalah akibat pemerentahannya yg terlalu lama dan membiarkan/memulakan sikap rasuah yg berleluasa di pihak yg berkuasa.
Rakyat perlu bencikan rasuah hingga ke tulang hitam.
Baru UMNO akan tahu nasibnya.
Saya tak Nampak sangat orang Melayu begiyu resis cuba yg sewaktu dgn TDM saja.
Orang Cina juga begitu. PRU 13 mereka hanya benci rasuah Melayu bukan org Melayu.

Nas