Sahabat rapat saya pernah
memberitahu rakan-rakan, kalau hendak menempah songkok, tempahlah dari orang
yang mahir membuat songkok. Jangan menempah songkok dari pembuat kasut, nanti
songkok akan rupa kasut. Di sebaliknya jangan menempah kasut dari pembuat songkok
kerana kasut kita akan diperbuat dari bahan-bahan untuk membuat songkok dan
kasut itu tidak akan tahan lama.
Maksud kata-katanya itu ialah jika
diberikan satu tanggungjawab kepada orang yang tidak ahli, maka tanggungjawab
itu tidak akan terlaksana dengan baik seperti yang sepatutnya. Itulah sebabnya
jika diberikan amanah kepada orang yang rasuah maka amanah itu akan di lalaikan
kerana orang rasuah hanya pandai dan berfikir bagaimana hendak mendapatkan wang
dan harta secara rasuah.
UMNO mempunyai kecenderungan
besar untuk melakukan kesilapan ini kerana UMNO tidak serius dalam apa yang di
laungkannya. UMNO memberikan tanggungjawab untuk menjayakan satu-satu matlamat
kepada mereka yang tidak faham tentang matlamat yang diberikan kepada mereka.
Jika diberikan tempat yang tinggi untuk menjaga harga barang makanan seperti
harga ayam misalnya, harga ayam akan menjadi lebih tinggi lagi.
Apabila tidak berjaya menjaga dan
mengawal harga ayam itu, dia akan menuding jari kepada pengguna dan meminta
pengguna supaya tidak makan ayam. “Tukar menu” katanya dengan tidak
bertanggungjawab.
Dalam hal kepimpinan sesebuah
negara mereka yang sepatutnya dipertanggungjawabkan ialah mereka yang mempunyai
sifat ‘magnanimity’ yang tinggi. Perdana Menteri tidak boleh melantik sesiapa
yang hanya pandai ‘menggeli pundi-pundi’nya sahaja. Siapa yang membuatkan dia
sedap yang itulah yang dipilihnya. Selalunya sesiapa yang pandai mengampu itu
adalah mereka yang tidak mempunyai kepandaian.
Orang yang tidak mempunyai
kepandaian akan mengampu dan membodek lebih dari mereka yang mempunyai
kepimpinan dan pandai melakukan dan melaksanakan tanggungjawab yang diberi.
Kalau seseorang itu orang yang pandai ia tidak perlu mengampu dan ‘menggeli
pundi-pundi’ Perdana Menteri sahaja. Mereka mengampu kerana hendak menutupi
kelemahan mereka sendiri.
Bagi seorang pemimpin utama yang
mempunyai kuasa melantik pula, nilai samada dia seorang yang betul cemerlang
juga bergantung kepada ketahanannya untuk menolak pengampu-pengampu itu. Jika
dia seorang yang betul-betul mempunyai kredibiliti yang benar, beliau akan
dengan sendirinya tahu yang mengampu beliau itu adalah orang yang tidak pandai
melaksanakan tanggungjawab jika diberikan tugas. Tetapi jika beliau tidak tahu
yang pengampu-pengampu itu tidak akan membantu beliau untuk melaksanakan dasar
yang digubal beliau akan melantik mereka untuk menyertai kabinet misalnya.
Tetapi oleh kerana kelemahan
pucuk pimpinan maka beliau telah melantik mereka-mereka yang pandai berlakun
dihadapan beliau dan mengampu sepanjang masa. Jika PM Najib benar-benar seorang
yang serius untuk melaksanakan janji-janjinya untuk memajukan negara, beliau
sepatutnya melantik mereka yang berwibawa untuk diberikan apa-apa tanggungjawab
terhadap kepentingan negara.
Tetapi hakikatnya PM Najib adalah
seorang yang lemah, sehinggakan apa yang dirancang yang besar-besar untuk
negara telah tidak diyakini rakyat apabila melihat tukang kasut diberikan
tanggungjawab untuk membuat songkok dan tukang songkok diberikan tugas untuk membuat
kasut seperti yang saya sebutkan tadi.
Mahu tidak mahu kita wajib
mengakui hakikat ini. Bagimana kita hendak menolak hakikat ini jika sebuah
agensi kerajaan yang sangat penting kepada rakyat seperti Tabung Haji diberikan
kepada Azeeez Rahim misalnya. Bagaimana rakyat hendak menambah keyakinan
terhadap Najib jika Azeeez Rahim dijadikan orang penting untuk melaksanakan
dasar yang digubal kerajaan itu? Bagaimana kita meminta serigala untuk menjaga
kambing belaan kita?
Kita bukan cemburu kepada Azeeez
itu tetapi kita memandangnya dari sikap dan kredibiliti orang yang melantiknya.
Azeeez tidak perlu dipersalahkan tetapi orang yang melantik beliau itulah
yang salah. Hanya yang kita tahu, keputusan beliau (Najib) melantik Azeeez
Rahim itu sudah cukup untuk menilai setara mana kewibawaan kepimpinan Najib itu
sendiri?
Itulah sebabnya UMNO sudah hilang
banyak keyakinan dari rakyat dan juga dikalangan ahli-ahlinya sendiri. PM Najib
seolah-olah sudah tidak tahu lagi mengenali buah bacang dan buah epal. Tidak
kenal beza diantara beruk dengan kera. Tidak kenal perbezaan diantara kerbau
dengan lembu, jauh sekali untuk menentukan berbezaan diantara rasa daging lembu
dan kerbau.
Najib tidak kenal diantara orang
baik dengan pemimpin baik. Najib benar-benar seorang pembawa dalil hari hendak
kiamat. Yang baik dikatanya buruk dan yang buruk dianggapnya baik. Jika beliau
sudah tidak tahu yang mana satu hitam dan yang mana satu putih maka tidak
hairan jika rakyat dan ahli-ahli UMNO merasa keliru kesemuanya.
Kalau ada pun sedikit peluang
untuk UMNO dan BN itu kekal, ia adalah disebabkan kelemahan pihak ‘alternative’
pula. Jika kedua-dua pihak mempunyai kelemahan yang nyata maka kelebihan UMNO
itu hanyalah diatas pengaruh ‘incumbency’ yang ada kepada mereka sahaja.
Ada parti-parti dipihak pembangkang pun
mempunyai isu yang tidak sejalan dan selari dengan apa yang mereka laungkan. Di
situ sahajalah ada sedikit peluang untuk UMNO kekal dengan kelebihan kerusi
yang kecil dari pembangkang dalam PRU yang akan datang.
Isu itu mungkin boleh kita sebut
dan bahaskan apabila sampai masa dan ketikanya nanti.
7 comments:
Tuan AA, betullah juga kata guru hamba, banyak membaca bisa buat kita pandai dan punya pandangan yg bernas. Hanya si tolol saja yg tidak mampu mencedok isi dari tulisan tuan ini.
Asmkm AA Bagi pihak yang dilantik boleh saja menolak jika merasa dirinya tak layak . Amanah yang dipikul amat berat.
Tuan
Bila amanah di berikan kepada org yang tidak layak kerana memang sudah tidak ada org yg layak dalam kumpulan itu (sebab di cantas, meluat) lihat lah akibatnya (rakyat yg merana).
Malang Malaysia negaraku lebih malang lagi bila yg di amanahkan buat buat tidak tahu dan tak tahu malu untuk letak jawatan kerana tidak dapat memikul amanah.
Kenapa sikap bertanggunjawab itu tiada dalam diri mereka? Lihat dan teliti lah siapa mereka itu dan mereka di atas dan di atas mereka.
Abu Shahib
Situasi pemimpin negara merangkap pemimpin BN jelas kelihatan amat keliru dalam membawa hala tuju negara ini. Satu satu organisasi berteraskan "kemantapan berani dan teguh daya kepimpinannya" harus malah wajib ada dalam kepimpinan negara. Justeru itu adakah kepimpinan negara mempunyai nilai tadbir seperti di atas. Rasanya tidak dan tiada sama sekali.
Terjadi demikian kalut dan keliru itu disebabkan oleh masing masing ada kepentingan peribadi untuk kekal berkuasa dan kekal pula sumber pendapatan sambil menyelam sambil minum air. Pemilihan UMNO menjelang tiba akhir tahun nanti, itu pun satu pertaruhan juga dalam kotak kepala pemimpin untuk jangka panjang dengan melantik mereka yang di harap membawa sokongan juga pandai berkokok tapi ekor bergelumang najis.
Negara Malaysia sampai bila bila tidak akan setabil jika ada kepimpinan yg dalam hatinya tidak amanah dan ikhlas. Lihat situasi sekarang rakyat sudah celaru dlm politiknya, ekonomi yang tidak menentu, sosial yang semakin tidak terjamin keselamatan hidup dan sebagainya lagi.
Pokok utama kita di perlekeh dari dalam dan luar kerana ujud kelemahan ketara dalam organisasi pentadbiran kepimpinan. Sungguh malang.
Sedarlah jika di amati perkara ini dari kacamata hati kita menganalisis pemimpin negara belandas skop ini" lihatlah apa yang di buat jangan lihat apa yang dicakap" maka kenallah kita jenis pemimpin apa yang kita ada.
Menarik di mata, sakit di hati.
Melayu dipersendakan dinegara sendiri,harga ayam tak bolih kawal,Islam dihina pun tak bolih buat apa ,dah nasib melayu begitu nak buat cam na.
najib cuba untuk melakukan seperti mahadey...melantik org TANPA persetujuan org lain...untuk mennunjukkan bahwa sekrg ini beliau org yg berkuasa...
Amaran untuk mahayudin dan pihak yg cuba menentang dia nnti..
PM Najib tahu dan kenal siapa yang boleh buat kerja tapi dia tidak berani memberikan kerja itu pada yang ahlinya. Nanti wibawa anak buah akan melebihinya bila mereka boleh buat kerja dengan sempurna. Di mana dia hendak letak 'air mukanya'.
Post a Comment