25 July 2013

Tahniah kepada BN dan juga PAS di Kuala Besut

BN menang dalam pilihanraya kecil Kuala Besut dengan majoriti yang lebih sedikit dari majoriti yang diperolehi BN dalam PRU yang lalu. Tengku Zaihan memperolehi 8288 undi dan calon PAS Che Long mendapat 5696 undi. Ia memberi makna BN memenangani kerusi Kuala Besut dengan majoriti 2592 undi kali ini berbanding dengan 2434 dalam pilihanraya umum lepas.

Kalau dikaji dari keputusan itu kita sekali gus menerima hakikat yang BN memenangi PRK Kuala Besut betul-betul kerana kedudukan BN sebagai pihak ‘incumbent’ di peringkat negeri dan Persekutuan. Kita ucapkan tahniah kepada kedua-dua orang calon kerana telah memperolehi jumlah undi yang besar. Demokrasi telah terlaksana dan keputusan telah pun kita ketahui.

Seperkara yang nyata BN memenangi PRK ini, tidak boleh mendabik dada kerana dalam pada keseluruhan jentera BN ke Besut sejak hampir sebulan lalu. Ditambah pula dengan kuasa ‘incumbency’ yang diperguna habis-habisan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri, tambahan undi untuk BN hanya sebanyak 171 undi sahaja. Kos dalam bentuk pengumuman projek pembangunan Kuala Besut juga begitu besar, ia itu hampir RM3/4 billion.

Pilihanraya kecil ini merupakan pilihanraya kecil yang sangat mahal bagi menentukan kemenangannya untuk mengelak kecelakaan yang mungkin dihadapi oleh BN jika kalah dalam PRK ini.  Begitulah tingginya kos penyelenggaraaan UMNO sekarang ini. Ia ibarat kos penyelenggaraan perubatan seorang tua yang menghadapi penyakit terminal yang serius. Apa yang dicapai oleh BN di Kuala Besut ibarat kata perpatah, ‘mahal rantai dari beruk’.

Kepada PAS, marilah kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana berjaya mempertahankan jumlah undi yang hanya kekurangan sebanyak 171 undi majoritinya walaupun berhadapan dengan kuasa ‘incumbency’ UMNO yang begitu kuat. PAS mempunyai ‘formidable force’ di Besut. Jika PAS diyakini selepas ini sebagai sebuah parti yang berkemampuan untuk menunjukkan imej dan persepsi sebagai sebuah parti yang mampu mengurus kejayaannya, parti ini akan menjadi pilihan rakyat tidak berapa lama lagi.

Kita juga berharap rakyat Besut, khususnya di Kuala Besut akan menikmati nikmat hari raya hasil dari duit raya yang agak ramai yang mendapatnya dalam PRK ini. Tidak tahu pula duit raya yang mereka dapati dalam PRK kali ini akan mereka dapati semasa hari raya tahun hadapan. Diharapkan agar duit raya yang didapati dalam PRK itu akan dapat menampung perbelanjaan hidup sampai ke penghujung hayat mereka.

Pengundi Kuala Besut telah membuat keputusan dan dari saat ini kita terimalah keadaan ini sehingga menghadapi pilihanraya yang akan datang tanpa apa-apa masalah lagi.

Blog ini juga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pengundi-pengundi diKuala Besut dan belanjakanlah duit-duit raya yang telah diterima semasa pilihanraya yang baru selesai itu. Hari raya hanya tinggal 14 hari sahaja dari hari ini.

8 comments:

Dian said...

Pak Aspan,

Singaporean Detained for not paying BRIBE

Anonymous said...

Harap ada banyak lagi prk secepat mungkin. Dengan cara ni sahaja umno akan bangkrap walaupun rakyat keseluruhannya akan terkena balanya. Bila dah tak ada duit, barulah penyokongnya sedor..Eh..aku bukan minta yb2 tue mati...Tapi mungkin dengan cara letak jawatan(tekanan atau muflis) ker atau lain2...kah..kah..kah..

Anonymous said...

Salam AA,

UMNO/BN menang dengan majoriti lebih baik kerana UMNO lah yang akan terus berjuang untuk orang Melayu bukan Pas dan bukam PKR.Bunga bunga kemenangan UMNO/BN amat meyakinkan.Takhniah UMNO.

Zaidi said...

Salam Pak Aspan
Kematangan berpolitik terserlah di kala mendapat kemenangan dan juga diwaktu kekalahan. Semuga rahmat Allah melimpahi sekelian umat Islam pada bulan mulia. Maka kemenangan kepada pihak yang bercakap benar, berakhlak mulia dan mendirikan solat dan menunaikan zakat. Jika Allt swt tidak memberikan kemenangan maka itu ada hikmahnya. Tidak semua orang boleh menerima kejujuran dan keikhlasan- seperti tidak semua ikan boleh hidup di air yang jernih

Anonymous said...

2952 - 2434 = 158 -> pertambahan undi majoriti.

Anonymous said...

"UMNO/BN menang dengan majoriti lebih baik kerana UMNO lah yang akan terus berjuang untuk orang Melayu bukan Pas dan bukam PKR.Bunga bunga kemenangan UMNO/BN amat meyakinkan.Takhniah UMNO." *****UMNO menang ke, PAS menang ke, PKR menang ke, nasib melayu tidak akan berubah kepada yang lebih baik sekiranya mereka sendiri tidak mahu berusaha untuk berubah bagi meningkatkan daya saing mereka dangan bangsa2 lain yang lebih maju di peringkat global. Kenyataan "hanya UMNO yang boleh berjuang untuk orang melayu" hanyalah retorik semata2. Masa zaman UMNO lah tanah2 rezab melayu banyak bertukar tangan kepada lain2 bangsa2.

Mns said...

UMNO lah punca tanah Melayu berkurangan. Aku dah besara dan dapat duit KWSP tak juga mampu nak beli rumah kedai yg harganya begitu tinggi. Kalau beginilah, org Melayu hanya boleh sewa saja utk berniaga atau buka gerai d tepi jalan.

Anonymous said...

tahniah bn mng d k besut.menang tp tk shor.....dgn janji projek lebih setengah bilion d kb tu tk bebaloi skdar pertambagan undi 158 sja.tpi satu undi pun menangkan. sebenarnya umno tidak kuat. yg kkuat guna pitih sja. kota tunggu saja pembangunan di kb ini jgn runtuh sudahlah.