Semalam saya menulis dengan
bahasa yang sangat mudah tentang isu buku yang yakin menjadi bahan bacaan yang
panas, iaitu, ‘The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia’ yang
bakal berada dipasaran.untuk difahami ramai. Saya memilih selama ini untuk menulis
dalam bahasa yang sangat mudah kerana matlamat sesuatu penulisan itu ialah
untuk memahamkan apa maksud semua yang saya tulis itu.
Setelah memahami apa yang saya
tulis itu terpulang kepada pihak ramai untuk mempercayainya kerana ia merupakan
sustu pemikiran peribadi saya dan sesiapa juga berhak untuk menolaknya dan
tidak bersetuju dengannya. Selama ini pun saya menulis dengan bahasa yang mudah
untuk memudahkan mereka yang baru berjinak-jinak dengan budaya membaca memahami
segala apa yang saya catatkan.
Berhubung dengan isu Abdullah
Badawi dan Dr Mahathir ini saya telah banyak menulis tentangnya beberapa tahun
dahulu dalam blog yang tidak sepertinya ini. Blog ini menulis mengikut apa yang
saya lihat secara peribadi. Saya tidak pernah menulis dari penyelidikan pihak
lain yang dilakukan oleh professor-professor yang duduk di kerusi empuk sambil
membuat komen-komen politik dari bilik berhawa dingin sahaja.
Itu sebabnya saya tidak memilih
untuk membuat ‘cut and paste’ terhadap tulisan dan pemikiran orang lain dalam
blog kecil saya ini. Samada orang suka atau tidak terhadap pandangan peribadi
saya itu terpulang kepada selera masing-masing. Saya tidak pernah memarahi
sesiapa yang tidak bersetuju dengan saya. Hanya saya sedikit terkilan dengan
sikap setengah pengomen yang menggunakan bahasa yang kotor yang melambangkan
mereka tidak mempunyai daya perbahasan yang baik dalamm benak mereka.
Mereka tidak percaya kepada
hakikat bahawa nilai seseorang itu banyak dinilai dari cara percakapan dan bahasa
yang digunakan dalam perbahasan mereka. Mereka kurang sedar bahawa cara kita
bercakap dan memaparkan diri dalam media itu menunjukkan cara dan bagaimana
mereka di besarkan oleh penjaga masing-masing.
Mungkin mereka tidak mahu sedar
bahawa sikap kita itu melambangkan bagaimana ibu dan bapa kita mendidik kita
semasa membesar dahulu. Maksud saya ia melambangkan nilai dan sifat ibu bapa
mereka sendiri. Mereka yang menggunaka bahasa yang ‘abusive’ jelas-jelasnya
tidak menyayangi ibu bapa mereka kerana perlakuan mereka melambangkan sikap dan
sifat ibu bapa ibu bapa mereka sendiri. Kalau tidak kasihan kepada diri sendiri
kesianlah kapada ibu bapa kita yang telah membesarkan kita.
Tulislah nama seseorang itu
dengan betul. Seperti nama bekas PM kita Mahathir, jangan ditukar kepada
Mahadey dan mamak kutty dan nama-nama yang tidak baik. Kalau Lim Kit Siang itu
jangan ditukar dengan nama Lim Babi dan sebagainya. Mereka ada nama yang betul,
maka panggillah mereka dengan nama mereka yang betul. Susah
sangat ke kita hendak berbuat baik ini? Bercakap dan berbahas dengan bahasa
yang baik itu adalah lebih disenangi oleh pembaca.
Saya selalu berkata ‘it does not
cost anyone even 0.5 cents to be nice by not calling names on others’ Berbuat
baik dengan memanggil seseorang itu dengan nama mereka yang betul bukannyanya
mahal harganya.
Saya menyentuh hal ini kerana
saya amat khuatir dengan budaya kasar yang terlalu jauh dari sifat kita sebagai
orang Islam dan Melayu yang penuh dengan adab dan sopan yang tinggi. Kita
jangan sekali-kali menghilangkan identiti kita sebagai orang timur apatah lagi
kita mempunyai Tuhan dan agama.
Banyak bangsa didunia ini telah
hilang dimuka bumi ini dan kehilangan bangsa-bangsa tersebut bermula apabila
bangsa itu kehilangan identiti mereka. Bagaimana hendak kita katakan seseorang
pemimpin itu tidak baik sedangkan kita sendiri menunjukkan sikap tidak
bertanggungjawab terhadap diri kita dengan menzalimi diri kita sendiri dengan
menunjukkan sikap angkuh dengan kata-kata yang kotor? Bagaimana kita hendak
mempengaruhi orang lain dengan bahasa yang tidak senonoh dan menunjukkan sikap
‘arrogant’ bodoh kita?
Sebenarnya mereka yang kita
panggil dengan nama-nama kotor itu tidak ada apa-apa kesan kepada mereka.
Mereka tetap dalam keadaan yang sama. Tetapi kalau kita memanggil mereka dengan
kata-kata kotor, maka kita yang berbeza dengan mereka. Kita telah menunjukkan
kelemahan dan keaiban kita sendiri dengan menunjukkan sikap ganas dalam
pemikiran kita dan tidak ada siapa yang akan mengikut kita.
Siapa yang hendak menimbangkan
pemikiran kita kalau kita sendiri bersikap perongos dan tidak berbahasa?
Bukankah bahasa itu melambangkan bangsa dan budaya sesuatu kaum itu? Tidak usah
menunjukkan samseng dalam blog sesiapa dan berselindung di sebalik ‘anonymous’
dan tidak berani memaparkan wajah dan nama mereka yang betul. Itu menunjukkan
kelemahan kita sendiri yang pengecut sahaja. Itu sebabnya saya menulis dalam
blog saya sendiri dimana nama dan wajah saya dengan terbuka tanpa menggunakan
nama samaran dan sebagainya kerana saya mahu bertanggungjawab diatas apa yang
saya katakan dan tulis dalamnya.
Berkata-katalah dengan bahasa
yang baik sepadan dengan budaya bangsa dan anutan agama kita yang suci ini.
Sebelum kita membuat komen, ingat kepada ibu bapa kita samada yang masih didup
dan lebih-lebih lagi yang telah meninggal dunia.
Ingat kalau kita berkata bahasa
yang kotor ia akan melambangkan ibu bapa yang mendidik kita itu kotor dan tidak
baik. Kalau kita tunjukkan perbahasan yang tidak sekata dengan bahasa yang baik
dan berwibawa ia sekali gus menunjukkan yang kita telah dididik oleh pasangan
ibu bapa kita yang berwibawa dan tinggi moralnya.
Walau bagaimana pun, terpulang
kepada anda untuk memikirkannya. Kalau dengan berbahasa kasar dan busuk itu
menyenangkan semua teruskanlah sikap itu. Kita pun tidak boleh berbuat apa-apa
kerana yang bathil itu amat mudah mempengaruhi seseorang itu. Pemikiran yang
kotor itu adalah tempat yang paling subur bagi syaitan dan iblis untuk
bersarang.
Ikutlah selera masing-masing.
8 comments:
Tuan,walaupun diri saya sudah lama berada dipentas dunia namun prosa nasihat tuan masih lagi saya perlukan untuh mencuci saki baki karat bahasa sembrono yang masih bersemadi di celah celah sudut hati saya.
Tidak salah saya katakana bahawa budaya berbahasa kasar itu terpancar dari orang yang kurang memahami ugama dan malas membaca atau menjauhkan diri dari surat khabar.
Berdampinglah dengan seseorang yang lebih baik dari kita, nescaya suatu masa kebaikan orang itu dapat meresap kedalam diri kita.
Orang padang besar
Betul kata Pak Aspan.Gunakanlah bahasa yg baik baik.Panggil nama org dgn betul.Malahan AlQuran sendiri memanggil Raja Mesir dan Raja Babylon dgn nama glamer mereka Firaun dan Namrud.Dan dia memanggil para Nabi dgn nama mereka sendiri iaitu spt Musa,Isa dll.
Kita tak rapat dgn Tun Mahathir atau, Tun Abdullah Badawi.Jadi panggillah mereka dgn nama yg boleh diterima oleh mereka.Plg kurang pun Ialah Tun M,Pak Lah dan saya lbh suka memanggil Najib sebagai PM Najib.Bkn kah itu lbh terhormat?
pak aspan..masalahnya org umno terutama pemimpin umno tidak suka ditegur cara baik (xjalan)..mereka suka cara bahasa yg nmpak kasar...
Tahniah. Penulisan yang bernas. Saya amat faham akan kehendak dan matlamat tuan dalam penulisan ini. Menulis dengan bahasa yang indah dan mudah difahami tanpa meletakkan gelaran sesama manusia walaupun kita amat marah atau benci pada individu tertentu.
Satu permintaan saya pada tuan, cuba tuan rungkai masalah yang kita hadapi sekarang yang mana ianya juga datang dari masyarakat Melayu kita sendiri iaitu FITNAH. Yang menyedihkan saya ialah FITNAH ni berleluasa walaupun dalam bulan Ramadhan yang mulia. Bukankah nilai Islam lebih baik dari nilai Melayu? Kenapa boleh jadi sebegini? Tambahan lagi menfitnah orang bukan Islam pulak.
Mohon pencerahan dari tuan.
Salam semua,
1.Pak Lah mempunyai hak menerangkan sesuatu satelah terlalu lama berdiam diri.Ini amat menarik sekali.Saya lebih berminat membeli buku Lee Kuan Yu berjodol 'One man's view of the World' dari buku panas Pak Lah.
2.Izinkan saya berkongsi sedikit pendapat apa yang LKY tulis secara 'summary' dalam buku beliau saperti dibawah ini.Maaf ini adalah komen dalam bahasa inggeris saya di blog DAKJ, The Scribe.
"1.Lee Kuan Yew recent book ' One Man's view of the World ' will certainly make an interesting reading as it touches on the reality of Malaysian politics among others.I have not had one yet merely from papers.
2.On Malaysia race relations, LKY in summary said that:
a).It will be impossible for Najib to win Chinese, Indian backing without losing Malay votes.
b) Malaysia cannot count on Najib 1 Malaysia concept or even PR to do the same as it (the concept) is being UNREALISTIC since the ground had not moved in tandem with Najib plan to unite all Malaysians and his push for racial harmony.This is nostalgic of the 50's, 60's and even 70's that I sorely miss - peaceful coexistence and harmony.
c).The chances of PR getting rid of Malay Special treatment are too next to nothing.Even when come to the crunch PR would not be able to do away with Malay Supremacy.Further, even if UMNO were to lose power any party that takes its place would not behave differently.Najib has to relook at his 1Malaysia concept for it to be well accepted by many if not all.
3.On Malaysia brain drain,despite various incentives being offered,the country continues loosing talents with Singapore being the major beneficiary.A recent 2011 World bank report revealed that 20% of Malaysian graduates opt to quit the country and these migrants are being replaced by unskilled and uneducated foreigners.LkY blame the NEP supposedly discriminatory policies for many non-Malays to find an exit.
Well, it is only LKY views from someone who lived outside Malaysia.We should have known better because we live here.He is entitled to his views.The Malaysian education system must be damn good for Malaysians to be well accepted by many countries No ? OR was it something else ?.You tell me.
SELAMAT HARI RAYA.May the celebration brings all Malaysians together.Thank you."
Kita mahukan penulisan yang lebih bertanggong jawab kerana PRU 14 masih jauh lagi dan apa juga penulisan yang anti UMNO dan Tun tidak akan memberi impak apa apa pun pada pandangan saya.
Twrima kasih.
Salam bro Aspan dan rakan,
1.Adalah amat penting kita berbudi bahasa dan berbaik baik kerana ini adalah budaya kita orang Melayu walaupun kita berbeza pandangan dan terlalu membenci sasaorang atau satu satu parti.Dari kecil lagi kita orang Melayu telah diajar dan ditekankan budi bahasa ini.Lihat pada perkataan' SOPAN SANTUN 'sahaja.Ia cukup menggambarkan penekanan pada bukan sahaja SOPAN malah juga SANTUN.Inilah kayanya budi bahasa kita orang Melayu.Begitu juga dengan perkataan 'BUDI BAHASA' dua perkataan ditekankan 'BUDI dan 'BAHASA'.Hebat sekali kita orang Melayu.
2.Tidak salah kita terlebih dahulu memberi salam dan mengakhiri komen kita dengan berterima kasih.Bukankah ini cara baik dan berkhemah pada tuan ampunya blog , pada pengomen dan pengunjung blog walaubagaimana tidak setujunya dan tidak sukanya kita pada satu satu pandangan yang tidak sealiran.Tidak percaya ?.Lihat dan baca kembali komen komen blog bro Aspan pre PRU 13. Penyokong kerajaan akan ditembak jatuh menggunakan AK47.Sekarang ini semua telah reda, alhamdulilah.Malah muka muka lama saperti "Gheng lama" rakan saya dari Melaka sudah lari meninggalkan blog ini dan ramai lagi berbuat demikian. Kemana kah mereka?.Kita masih mampu berdialog jika sudi.
3.Perbezaan pandangan politik sejak pertukaran landscape politik dari PRU 12 dan seterusnya telah banyak menimbulkan banyak KEBENCIAN kerana orang kita Melayu amat TAKSUB pada politik.Kadangkala kita mudah hilang pertimbangan dan melepaskan geram yang kebanyakannya tidak memberi kesan pada keputusan PRU yang diharapkan.
Salah siapa ini semua berlaku ?.
4.Sebagai rakan baik pada bro Aspan saya lebih menghormati bro Aspan kerana saya faham wadah perjuangan beliau dan saya lebih berhati hati dalam komen saya di blog ini walaupun jarang jarang sekali saya mengunjunginya.
5.Akhir kata ,dalam kita meraikan bersama blog ini saya anat setuju dengan bro Aspan pentingnya kita berkata baik dan tidak berperasangka buruk kerana ada hati yang akan terluka dan terguris terutama sekira ianya komen yang bersifat peribadi (personal attack).DAKJ tidak akan melayan 'Ananomous ' dalam blog beliau bagi tujuan 'To maintain a high level of integrity and resonsibility 'dalam komen kita.Wallahwualam
Teruskan penulisan yang baik.Salam dan terima kasih.
Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Lambang Bangsa, Bahasa Kesat Bangsa Bangsat....itu cuma kata2 yang TIDAK lagi relevan sekarang kerana setiap bangsa tidak lihat dan rasa bahawa bahasa itu ada hubungankait dengan bangsa mulia.
Oleh itu dengan memanggil mengelar seseorang pelbagai nama itu sebagai satu rasa marah, benci meluat ke atas seseorang yang ego dan sebagainya.Dan hari ini, itu mainan kebiasaan sahaja. Jangan marah.
Tuan Aspan, cukup menarik komen komen dalam blok ini saya baca pagi ini dengan pelbagai buah fikiran diketengahkan mengenai budi bahasa dan adab sopan.
Orang Melayu Islam usahlah terikut ikut meniru budaya pengunaan bahasa kasar dan berunsur lucah dalam tulisan maupun pertuturan yang kini menjadi budaya politik Negara ini.
Ingatlah kembali kepada ilmu agama Islam yang mengajar manusia untuk mengawal lidah ketika bercakap, faham akan orang yang buat fitnah itu bagai memakan daging mayat dan Rasullah SAW diutuskan untuk membetulkan adab dan kesopanan umat manusia.
Kalau menegur biarlah dengan lembut bahasa tetapi setajam mata pedang. Kesannya kepada manusia bersalah akan terasa hingga ketulang hitam. Kasar bahasa tidak bernilai langsung sebaliknya timbul rasa benci kepada penulisnya.
Terima kasih tuan.Salam.
Orang padang besar
Post a Comment