28 August 2013

MCA menjadi mangsa keadaan, mengalami 'double jeopardy'

MCA telah menjadi korban keadaan setelah BN memenangi pilihanraya dengan kehilangan majoriti 2/3 dalam pilihanraya ke12 yang lalu. MCA hanya memenangi 15 kerusi di Parlimen dan keadaan itu terus menjadi runcing dalam pilihanraya ke13 lalu.

MCA bukanlah melakukan kesalahan yang begitu buruk tetapi oleh kerana MCA itu rakan kongsi kepada UMNO, MCA telah menerima bahangnya dan menjadi korban keadaan apabila kawasan Cina DAP telah mendapat tempat dihati pengundi kaum Cina dalam pilihanraya yang lalu.

Jika di imbas kembali kenyataan pemimpin-pemimpin MCA selepas pilihanraya ke12 dahulu, kita akan teringat bagaimana pemimpin-pemimpin MCA membidas kelemahan UMNO sehinggakan parti itu sendiri menghadapi malang kerana bersekongkol dengan kelemahan UMNO semasa itu.

Kita bukan tidak ingat MCA memperjuangkan kaumnya dan meminta serta mendesak agar perkara-perkara penting wajar diperbaiki dan mengelakkan negara kita terperangkap dengan ‘middle income trap’ dan sebagainya. Keadaan itu adalah di sebabkan dasar keistimewaan orang Melayu yang berpanjangan. MCA telah mendesak BN supaya memperbaiki dasarnya agar pembangunan negara tidak terbantut semata-mata kerana dasar yang mementingkan kepentingan Melayu yang keterlaluan.

Tetapi apabila pilihanraya ke13 menghampiri masanya, MCA terpaksa berjuang mengikut cara lain iaitu dengan berbincang dan berbahas didalam BN tanpa diketahui ramai untuk menjaga imej BN yang kian lemah menghadapi tekanan pihak pembangkang dari Pakatan Rakyat.

Apabila MCA memperjuangkan bangsanya dari dalam dan secara kekeluargaan dengan UMNO dan lain-lain, DAP mengambil kesempatan untuk mengambil alih laungan perjuangan untuk bangsanya seolah-olah pada pandangan ramai MCA dianggap sebagai parti yang menjadi ‘kaldai’ kepada UMNO rakan kongsi terbesar dalam BN itu.

Sebenarnya apa yang di desak oleh MCA terhadap UMNO lebih dahsyat lagi dari desakan DAP, tetapi tindakan MCA itu tidak menampakkan ‘aggressiveness’ nya, maka DAP mengambil tempat kononnya memperjuangkan untuk bangsanya, kaum Cina. MCA terperangkap dengan situasi menjaga keharmonian BN dan perjuangan terbuka untuk bangsanya.

Malahan banyak dari umpan dan pertolongan kepada kaum Cina oleh PM Najib sebelum pilihanraya itu adalah hasil perjuangan MCA bagi mengambil hati kaum Cina dan menyokong MCA dalam pilihanraya yang lalu. Tetapi oleh kerana ‘mood’ yang berlainan telah wujud hasil dari kebijaksanaan DAP mengambil alih kasih dan sayang kaum Cina itu, maka MCA menjadi korban keadaan politik semasa itu.

Beberapa pemimpin MCA yang saya kenali secara peribadi bercakap hal ini apabila mereka terjumpa saya dimana-mana. Katanya MCA menjadi mangsa keadaan dan kaum Cina telah melupakan segala jasa-jasa parti itu dalam membentuk kaum Cina yang ‘dynamic’ dalam semua bidang sehingga keadaan kaum Cina begitu stabil dan maju jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain dinegara ini.

Mereka merasakan kaum Cina telah melupakan usaha gigih partinya membina kekuatan pendidikan dan pelajaran untuk kaum Cina. Tiada mana-mana parti pun kata mereka dikalangan kaum Cina yang telah berjaya menubuhkan beberapa buah institusi pendidikan tinggi yang dipelopori MCA seperti Universiti Tunku Abdul Rahman, dan TAR College yang telah menambah daya saingan kaum Cina dalam bidang pelajaran.

Pemimpin MCA itu dengan terang memberi tahu saya semasa terjumpa mereka, yang kaum Cina tidak akan mencapai keadaan dan kemajuan yang mereka ada pada hari ini jika tidak kerana MCA.

Saya yang mendengar keluhan itu hanya berdiam diri sahaja sambil berfikir alasan yang mereka ucapkan kepada saya. Saya juga mahu sahaja mengakui yang kaum Cina yang bijak-bijak memberikan sokongan kepada DAP sekarang ini mendapat pendidikan dari kolej dan Universiti anjuran MCA. Malahan tidak salah jika dikatakan yang kaum Cina begitu maju kehadapan dalam bidang pelajaran dengan usaha gigih MCA memperjuangkan bangsanya untuk maju dalam semua bidang kehidupan.

Saya tidak memberikan reaksi yang banyak tentang komen seperti ini, hanya memberikan jawapan yang boleh menyenangkan mereka mendengarnya. Saya hanya memberikan kenyataan yang setiap parti ada pasang surutnya. MCA pernah ketinggalan dalam pilihanraya 1969 tetapi kembali pulih selepas pilihanraya 1974 dahulu. DAP pernah kalah dalam hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan kecuali dikawasan-kawasan yang sememangnya menjadi kubunya.

Semasa MCA jatuh pada pilihanraya 1969 dahulu ia di nilai dari beberapa kelemahan parti itu pada masa itu. Oleh yang demikian DAP juga tidak boleh lari dari menghadapi isu yang sama, apa tah lagi sekarang DAP memenangi kerusi dalam kadar yang optima dan sudah tidak ada banyak lagi kerusi yang mereka akan menang untuk menambah bilangan kerusi mereka. Itu sebabnya DAP sedang berusaha untuk mengembangkan sayapnya ke Sabah dan Sarawak kerana DAP sedang menghadapi ‘saturation’ di Semenanjung ini.

Bagi saya MCA telah menghadapi ‘double jeopardy’ dalam pilihanraya yang lalu. Parti itu kehilangan sokongan kaum Cina dan juga hilang sokongan kaum Melayu kerana UMNO sedang menghadapi masalah dengan kaum Melayu juga. Oleh kerana MCA bertanding dikawasan-kawasan yang bilangan Melayu yang agak besar maka parti itu menghadapi situasi yang sangat sulit dan akhirnya menjadi mangsa keadaan semata-mata.

Tetapi itulah politik, ada masa pasang surutnya. DAP yang begitu dorminan di kawasan-kawasan pengundi Cina sekarang pun sudah mula menghadapi masalah sokongan dari semua kaum, tetapi tidak dapat di ukur sejauh mana seriusnya keadaan yang dihadapi DAP.

Keghairahan DAP semasa pilihanraya yang lalu juga sudah menampakkan kelemahan yang sangat nyata. DAP tidak melunaskan banyak janji-janji seperti yang mereka laungkan semasa kempen pilihanraya yang lalu dan ini sedang dalam pemerhatian rakyat ramai. DAP begitu popular dalam pilihanraya yang lalu tetapi apa yang dikhuatiri ia hanya merupakan populariti seperti populariti lagu pop sahaja, tidak kekal lama.

Laungan DAP sebagai parti berbilang kaum tidak nampak kebenarannya kerana tidak ada satu elemen pun dalam parti itu yang menunjukkan parti itu serius dalam janji-janjinya. Ia tetap sebuah parti untuk kaum Cina dan tidak ada bezanya dengan MCA yang telah banyak berkerjasama kepada bangsanya itu.

Jika ada pun seorang dua Melayu didalamnya ia hanyalah merupakan ‘window dressing’ untuk mengelirukan bangsa Melayu yang sedikit memberikan sokongan kepada parti itu dalam pilihanraya yang lalu.

Sesungguhnya sememangnya tidak ada yang bercakap benar dalam parti-parti samada dalam BN atau pun di dalam Pakatan Rakyat. Saya yakin jika tidak ada persepsi rasuah yang dikaitkan dengan UMNO dan BN, Pakatan Rakyat tidak akan kemana-mana dalam pilihanraya yang lalu.

Selagi tidak ada perubahan dalam struktur politik negara ini, keadaan ini akan terus berlarutan dan semua pihak akan berhadapan dengan masalah yang tidak akan terungkai sampai bila-bila.

9 comments:

seymore brant said...

We must be loyal to UMNO and not to the country. That's what our leaders wish to see.

If one is loyal to the country, he has to dish out UMNO forever bro. Do they want to see that to happen? Certainly not.

Anonymous said...

The chinese voters have been made to believe PR will be the next government after last election but far from it.
They must be seen to vote and be loyal to DAP and abandon MCA/Gerakan.

They care not about the proven BN formula of power sharing all this while because DAP will be the dominant party in PR should the opposition win.They were misled by DAP.Look at DAP Penang is enough.Good for Malaysians?.Ask LGE. CAT?.I have my reservation.

ahmadyaniDotCom said...

Boleh diumpamakan parti politik seperti fesyen pakaian. Sampai masanya, fesyen itu akan ditinggalkan walaupun ia masih boleh dipakai.

ahmad syahdu said...


AA, yang kuat sekali semangat kebangsaannya ialah parti Dap. Tetapi semangat kebangsaannya itu ialah semangat kebangsaan bangsanya, CINA. mengata parti lain main isu rasis, tetapi Dap itu sendiri sangat rasis walaupun tak bercakap isu rasis. Tak boleh salahkan Dap bro, dah Cina tu Cina jugak. Mana ada multiracialism dalam Dap. Semuanya temberang kosong sahaja.
Bersetuju tak AA?

Mohd Jan, seremban said...

ahmad syahdu...busuk-busuk mca kita melayu sudah lama dengannya. Mca sudah lama dengan orang melayu, begitu juga melayu sudah lama dengan mca bekerjasama. Bak kata Dr M, busuk-busuk mca ada bau melayunya.

Dap is impregnated with deceits and cheats. Imagine if that party had won and becomes a government. Mati melayu di kelentongnya.

Anonymous said...

So many comments, but people keeps on misding that what we want is an electoral system that is fair, so that the rakyat is free to make their choice. By all means, UMNO can be the government, but UMNO can also be kicked out if they do not perform. Same with PR.

No political party is perfect, but let us rakyat be the judge!!! And in a free and fair environment. Only when these politicians realize that their arse depends on the rakyat will they start to perform for us, and only then the political parties be as perfect as it can be.

Bottom line: Jangan tipu rakyat. Pulangkan kuasa rakyat kepada rakyat. Why is that so difficult to comprehend?

Anonymous said...

'Tanda Putra' has been banned in all panggung wayang in Penang by LGE.The film has been viewed as a non patriotic by DAP.See how arrogant DAP is.Hope to see more Malays in the coming CEC.Don't be too hopeful.It will never happen knowing DAP.

Anonymous said...

sebab dah berkawan lama dgn umno la jadi perangai buruk umno dah melekat kat mca...

Anonymous said...

MCA dan DAP sama saja, walaupun dapat memenangi semua kerusi 100% belum tentu dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negara sekalipun dengan gabungan parti-parti lain yang ada dalam negara malaysia ini.ini fakta bukan auta dan termaktub dalam perlembagaan tidak seperti yang umno jaja sana dan sini.Kalaupun MCA dan DAP racist sekalipun mereka tidak akan dapat melepasi perlembagaan malaysia.Sekarang mereka cuma mengikut rentak umno yang sedang berkuasa saja.