27 August 2013

Pemimpin atau rakyat yang perlu bina semangat patriotisma?

‘National Anthem Act’ 1968 akan berkuat kuasa tidak berapa lama lagi didalam pawagam. Semua penonton mesti bangun dan menghormati ‘Negara Ku’ yang akan dimainkan sebelum tayangan sesebuah filem itu.. Sesiapa yang melanggarnya boleh di denda tidak lebih dari seratus ringgit atau dipenjara tidak melebihi satu bulan. Ini adalah kandungan yang ada di dalam Akta itu yang digubal pada tahun 1968 dahulu.

Tujuannya, kata Menteri yang bertanggungjawab ialah untuk membina semangat patriotik terhadap negara dikalangan penonton pawagam itu dan rakyat keseluruhannya. Ramai yang menghubungi saya untuk memberikan komen tentang undang-undang baru ini. Maka saya bersetuju untuk memberikan komen pendek tentang undang-undang baru ini.

Selepas ini akan ramailah orang yang akan masuk penjara sebaik sahaja keluar dari pawagam-pawagam di seluruh negara. Jangan dipersoalkan niat Kementerian Penerangan itu dan Menterinya sekali. Niat mereka baik dan jujur untuk melihat pembangunan semangat patriotisma dikalangan rakyat  Jika dengan Akta baru ini boleh membinanya kita terima dan kita akur dengannya. Lagi pun sememangnya kita wajib berdiri semasa lagu Negara Ku itu dimainkan.  Tetapi kenapa mainkan di dalam pawagam?

Tetapi persoalannya adakah ini cara yang baik dan betul untuk membina semangat patriotisma itu? Jika itu cara yang terbaik adakah terfikir oleh kita apakah elemen-elemen yang akan membantutkan kempen patriotisma ini? Adakah dengan berdiri menghormati Negara Ku itu secara paksa seperti ini akan terbina semangat patriotisma yang di kehendaki kerajaan itu?

Dalam posting saya semalam saya dengan jelas memberikan pandangan yang membina semangat sayangkan negara tidak boleh semata-mata ditempelkan sahaja. Ia perlu datang dari keikhlasan dan kejujuran rakyat dari lubuk hati dan nurani mereka. Cara yang paling baik untuk membinanya ialah dengan kerajaan bersama dengan pimpinan keseluruhannya menunjukkan patrotisma itu dengan jelas.

Pemimpin-pemimpin yang mempunyai patriotisma adalah pemimpin yang komited untuk membina negara dengan jujur dan tidak melakukan jenayah kepada negara. Pemimpin seperti ini tidak akan melakukan kerja rasuah serta menggunakan kedudukan mereka untuk mengaut kepentingan peribadi dan sanggup memecah belahkan rakyat yang dahagakan perpaduan.

Yang terbaik dan terunggul sekali ialah pemimpin yang tidak mahu negara berpecah kerana mereka dan sanggup berkorban dengan meletakkan jawatan yang mereka sandang setelah gagal mentadbir rakyat dan negara dengan baik. Ini lah ciri patriotisma yang tertinggi nilainya.

Nilai ini bukan sahaja sepatutnya ada pada mereka yang sedang berkuasa yang mahu meletakkan jawatan. Ia juga terbabit dengan pemimpin yang ingin mendapatkan jawatan itu. Apabila seseorang itu telah terpalit dengan isu moral peribadi mereka juga tidak sepatutnya menawarkan diri untuk menjadi pemimpin negara.

Mereka yang telah dipersepsikan oleh rakyat sebagai pemimpin yang tidak bermoral juga sepatutnya berkorban dengan membatalkan niat untuk menjadi pemimpin utama negara kerana mereka juga akan membawa negara kepada kehancuran. Justeru pemimpin-pemimpin seperti ini juga boleh menunjukkan semangat patriotisma mereka dengan membatalkan sahaja niat untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Selama ini pemimpinlah yang lebih menunjukkan rasa tidak patriotisma mereka dari rakyat. Rakyat sedar jika pemimpin itu benar-benar seorang yang patriotik, tidak aka nada diantara yang memegang kuasa menggunakan kuasa dan mandat itu dengan mengambil wang rakyat yang berbillion ringgit untuk menyelamatkan perniagaan anaknya.

Jika seseorang itu telah menggunakan pengaruhnya dengan mengambil wang rakyat dalam jumlah yang berbillion untuk menyelamatkan perniagaan anaknya ini, bolehkah, atau layakkah pemimpin seperti ini digulungkan kedalam gulungan yang patriotik? Tetapi itulah yang berlaku di negara kita dan orang yang sama jugalah yang bercakap tentang isu moral kerajaan yang buruk serta menidakkan semua kerja baik orang lain.

Rakyat melihat dan memerhatikan tindakan serta kata-kata mereka samada selari atau pun sebaliknya. Rakyat biasa seperti kita dibawah ini tidak pun mengambil wang berbillion ringgit dari rakyat untuk kepentingan perniagaan anak-anak mereka. Mereka menanggung kerugian sendirian dan ramai yang telah bankrap kerana kerugian mereka dalam perniagaan.

Apa perasaan rakyat yang ramai dibawah ini apabila melihat pemimpin bercakap besar tentang negara sedangkan anak-anak mereka bersandar kepada rakyat untuk membayar kerugian perniagaan mereka dan dalam masa yang sama mendapat keuntungan lagi dalam proses 'bail-out' yang menggunakan wang rakyat itu.

Justeru perihal patriotisma ini tidak perlu dididik terhadap rakyat jelata. Yang sepatutnya menunjukkan sifat patriotisma itu adalah pemimpin-pemimpin sendiri, tidak kira pemimpin kerajaan atau pembangkang. Pemimpin yang patriotik tidak akan tergamak untuk menaikkan harga belian kelengkapan ketenteraan misalnya.

Pemimpin yang patriotik tidak akan tergamak meluluskan pinjaman yang beratus juta ringgit untuk kroni atau keluarga pemimpin yang tidak pun mahir dalam perniagaan seperti peniagaan lembu dan sebagainya.

Pemimpin yang benar-benar patriotik akan mengambil contoh seperti pimpinan masa lalu yang tidak mempunyai apa-apa semasa persaraannya. Tunku Abdul Rahman tidak mempunyai ‘empire’ perniagaan untuk anak-anak beliau.

Pemimpin sezaman itu tidak mempunyai mahligai-mahligai apabila menyentuh kuasa. Pemimpin yang mempunyai nilai patriotik tidak akan berbelanja ratusan juta ringgit untuk lawatan keluar negara.

Justeru tidak usahlah pemimpin hari ini berkempen untuk membina semangat patriotisma itu sedangkan mereka sendiri adalah penjenayah tegar kepada negara yang dicintai rakyat ini.

Kalau rakyat tidak memberontak didalam hati mereka tidak ada sebab kenapa rakyat tidak mengibarkan bendera yang harganya hanya setakat sepuluh dua puluh ringgit itu. Rakyat telah membayar hutang anak pemimpin yang kerugian dalam perniagaan mereka dalam jumlah yang berbillion ringgit sebelum ini.

Tetapi kenapa rakyat berkira dengan harga satu bendera itu? Jawapannya mudah. Ia di sebabkan pemimpin tidak mengira perasaan rakyat yang rata-rata marhaen di bawah ini.  Rakyat sedar dalam kemarhaenan, mereka terpaksa membayar hutang besar yang dilonggokkan oleh pemimpin kepada mereka.

Buat masa ini elok kita meminta pemimpin yang bercakap tentang patriotisma itu hentikan kempen ini. Rakyat lebih arif tentang isu patriotisma itu. Yang sepatutnya membina sifat patriotisma itu adalah barisan pemimpin yang sedang memimpin kita sekarang ini.

Pemimpin-pemimpin yang tidak dapat membezakan diantara hartasendiri dengan harta rakyat jangan sekali-kali bercakap tentang patriotisma kerana barisan pimpinan yang rakus itu sendiri adalah bertentangan dengan patriotisma itu.

11 comments:

Tinta Hitam said...

Pak Aspan Alias,

Skg rakyat sudah sedar.Dgn ledakan informasi melalui internet,maklumat hanya satu klik dari tetikus shj sudah dpt menilai siapa yg bertungkus lumus melawan British memerdekakan negara ini.Mereka tahu bendera Malaysia diciplak dari mana,mereka juga tahu lagu Negara ku diciplak dari lagu jiwang..Sebagai rakyat yg bermaruah dah tentu kami marah dgn segala penipuan ini.Akta takkan dpt merubah persepsi rakyat.

Kenapa mereka masih lagi pura pura tak faham?

Ex-Capt said...

Cukup terang dan jelas..panas lagi berapi..masalahnya bukan pemimpin tak faham..tetapi buat-buta tak faham..kerana kuasa dan media ditangan..semua rakyat yang salah..rakyat yang tak patriotik..rakyat yang tak ikut undang-undang..rakyat tak nak bayar saman..rakyat tak nak bayar duit sekolah dan universiti..rakyat semua nak murah..semua nak mudah..tapi kata pemimpin..ada aku kesah!

Anonymous said...

persediaan untuk filem fiksyen tanda putera la tu.sentimen perkauman tidak akan memajukan negara kita tapi boleh mengekalkan pihak yang gila kuasa.

Anonymous said...

persediaan untuk filem fiksyen tanda putera la tu.sentimen perkauman tidak akan memajukan negara kita tapi boleh mengekalkan pihak yang gila kuasa.

Anonymous said...

apa salahnya jika kita kibarkan jalur gemilang bersama-sama dengan spanduk yang tertulis masaalah diri yang sedang dihadapi? mulakan dengan "selamat hari kemerdekaan dan saya belum merdeka dari hutang ptptn,kos sara hidup,sentimen perkauman dan lain-lain lagi....."saya rasa tentu akan dapat memeriahkan lagi suasana hari merdeka kali ini.

Anonymous said...

Merdeka dan lagu Negaraku ada hubungkait bagi seluruh rakyat Malaysia. Kalau salah satu ditolaknya maka kedua2nya ditolak untuk menjadi "self belonging forever and ever"di saat2 seperti ini.

Usaha pemerintah terutama menteri2 berkaitan dan pegawai khas kerajaan kearah sayangkan negara tidak akan berhasil kerana yang menyuara itu adalah dari gulungan yang juga tidak bermaruah dan bersuara pula bagi pihak pemimpin2 yang "rusak".

Oleh itu yang boleh memulihkan "kebencian" yang nyata ialah gabongan kelompok pemimpin politik pemerintah dan pembangkang, ngo bebas, para cendikiawan yg tidak pro kerajaan, dll. Usaha ini hendaklah bermula awal tahun dengan satu formula mudah iaitu bukan kerajaan. Tetapi kerajaan hendaklah beri sokongan. Ini kerja perpaduan kaum dan rakyat. Bukan kerja parti BN pemerintah majoriti yang ditolak.

Anonymous said...

rakyat boleh dikategorikan sebagai "orang gila" jika gagal memberi keuntungan kepada mereka.mereka tidak akan dilabelkan sebagai gila kerana mereka masih boleh mengelak daripada berjiran dengan warga afrika.Inilah malaysia yang merdekanya cuma di bendera yang dikibar dan bukan dalam jiwa sebenar.

Anonymous said...

mungkin suatu masa nanti sejarah yg sebenar-benarnya perlu ditulis semula dengan pengiktirafan kepada semua pejuang terdahulu yg menumpah peluh dan darah utk negara
itu pun kalau parti politik pemerintah umno jujur utk melakukannya..kalau tidak hingga ke kiamatlah merdeka ni tak ubah macam hari umno syok sendiri

Anonymous said...

Apabila Hari Kemerdekaan dan Kibaran Jalur Gemilang sudah di lihat sebagai menyambut hari ulang tahun umnobn maka inilah jadi nya.

Jika hendak berlaku jujur, jemput semua pemimpin2 parti di Negera ini untuk berdiri bersama2 di atas pentas ketika menyambut perarakan Hari Menyambut Kemerdekaan. Pastinya rakyat akan turun dan berbangga menyambut Hari Kemerdekaan dengan kibaran jalur gemilang.

Mohd Zuki

Anonymous said...

Dato
Benar sekali hujjah Dato. Rakyat Malaysia yang berjiwa patriotis adalah yang mengamal rukun2 semua"M" saperti berikut:
1. merompak
2. menipu
3. menyamum
4. membunuh
5. menyalah guna kuasa
6. membelit

Ahli UMNO Baru yang Patriotik

Anonymous said...

Pan,

Bab ini saya sangat setuju dengan pandangan tulus yang diberi. Inilah haikikat yang wajib diterima oleh para pemimpin yang tidak ikhlas, tidak jujur dan korup. Ini adalah silent protest dari kami.