31 August 2013

Sembuh satu datang satu, yang dah baik pun kembali menanah

Cadangan Anwar supaya Najib jangan bertangguh lagi untuk duduk dengan Pakatan Rakyat untuk duduk berunding di meja bulat mendapat reaksi yang tidak memberangsangkan. Anwar telah meminta BN dan Pakatan Rakyat duduk bersama membincangkan masalah besar negara seperti masalah keselamatan, dan berbagai-bagai lagi isu yang dihadapi negara sekarang ini. Anwar berkata beliau sanggup menerima kekalahan dalam PRU13 yang lalu dan PR dan BN elok bersatu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara.

Saranan Anwar ini dianggap oleh setengah pihak di dalam dan diluar BN sebagai tindakan politik ‘desperate’ Anwar kerana telah gagal memenangi pilihanraya yang lalu. Beliau begitu berkeyakinan sebelum pilihanraya itu yang PR akan pasti memenangi PRU ke13 itu sehinggakan beliau telah memberikan amaran keras kepada SPR dan mana-mana pihak yang bersama BN akan diambil tindakan setelah PR berkuasa dan beliau menjadi Perdana Menteri..

Tidak mungkin Anwar akan mengeluarkan kenyataan sebegitu melulu jika beliau tidak mempunyai keyakinan tinggi untuk memenangi PRU 13 itu. Dalam politik jejak kita di dalam air pun boleh diikuti musuh apatah lagi membaca hati pemimpin yang ghairah kuasa seperti Anwar itu. Bukan satu perkara yang susah untuk ‘menyelami air di dalam tunggak’ apabila membaca kenyataan Anwar itu. Seperti kata ramai yang menghubungi saya, Anwar itu hanya hendak menjadi Perdana Menteri dengan apa jalan sekali pun.

Dengan keadaan negara yang begitu membimbangkan, Anwar menggunakan keadaan ini untuk ‘political expediency’ untuk diri beliau sahaja. Beliau tahu yang Najib sedang berada di dalam kesepian kerana beliau ternyata dan terbukti seorang pemimpin yang gagal dan tidak lagi mendapat penghormatan ramai selepas sahaja pilihanraya selesai pada 5hb Mei yang lalu.

Najib sesungguhnya dalam keadaan ‘desperate’ dan perbincangan diantara beliau dan Anwar ini merupakan tindakan masalah politik dua pemimpin yang ‘desperate’ sahaja. Apabila pemimpin dalam keadaan terdesak, mereka tidak akan membuat keputusan dengan betul dan tidak sempat menarik nafas ke dalam dengan baik. “Jangan sekali-kali mewariskan kepimpinan negara kepada Anwar” kata seorang bekas ahli akademik terkemuka negara.

Jika mereka berdua ini berunding, mereka berdua sahaja yang bersatu tetapi tidak dipihak rakyat yang ramai. Ia akan menyelesaikan satu masalah tetapi akan timbul masalah yang lain pula. Masalah akan tetap wujud malahan akan bertambah besar lagi. Selesai satu masalah akan timbul masalah lain yang lebih besar lagi.

Saya perturunkan satu sms yang saya terima dari seorang rakan secara berseloroh petang semalam berhubung dengan usaha Najib dan Anwar untuk bersatu dan duduk semeja yang bulat atau bersegi itu. Katanya, Najib dan Anwar sama saja. Mereka ibarat dukun atau pawang yang menjampi serapah rakan yang menghidap penyakit kayap.kayap. Jampi itu berbunyi:-


Ulat batu pulang ke batu,
Ulat tanah pulang ke tanah,
Sembuh satu datang satu,
Yang dah baik pun kembali menanah.

Maksud rakan saya itu, tidak akan terjumpa penyelesaian jika Anwar dijadikan pemimpin yang mewarisi kepimpinan kerajaan kita ini. Anwar akan membawa banyak masalah lain untuk rakyat jika beliau mendapat tempat hasil dari rundingannya dengan Najib. Selesai satu masalah timbul pula masalah besar yang lain.

Beberapa orang pemimpin PAS berkata, Anwar sudah kembali kepada karektur lamanya. Bemuka-muka dan berlakon-lakon itu merupakan pakaian beliau. Beliau tidak sepatutnya membawa nama Pakatan Rakyat dalam usahanya itu kerana Pakatan Rakyat tidak pernah diberitahu oleh sesiapa yang parti-parti dalam komponen Pakatan Rakyat itu telah bersetuju untuk ketua mereka itu berbincang dengan BN.

Bagaimana Anwar hendak memberikan alasan perpaduan sebagai penyebab beliau terhegeh-hegeh hendakkan penyatuan itu setelah mahkamah menolak keputusan petisyen pilihanraya yang difailkan diseluruh negara itu. Anwar bertukar ‘stance’ nya setelah ruang untuk beliau menjadi PM semakin menyempit. Keterdesakan beliau itu membuatkan beliau bertindak mengadap seorang pemimpin terdesak yang lain pula.

Jika Anwar mahukan perbincangan itu mungkin beliau boleh membawa hanya nama PKR sahaja, dan bukannya Pakatan Rakyat.

Itulah sebabnya, jangan memasang terlalu banyak jerat, kerana akhirnya kita sendiri akan memijak jerat yang kita pasang itu. Anwar perlu ingat yang di jerat itu tidak mudah melupakan jerat. Hanya pemasang jerat sahaja selalu lupa kepada jerat yang dipasangnya merata-rata.

Sesungguhnya Anwar dan Najib boleh duduk dalam satu kariah kerana masing-masing mempunyai masalah masing-masing. Selesaikan masalah mereka dahulu sebelum cuba untuk menyelesaikan masalah yang mereka ciptakan sendiri.

Ingat kepada kata-kata jampi serapah tadi, ‘sembuh satu datang satu, yang dah baik pun kembali menanah’.

16 comments:

Temuljin said...

Ulat batu pulang ke batu,
Ulat tanah pulang ke tanah,
Sembuh satu datang satu,
Yang dah baik pun kembali menanah.

Belum baik lah tu.Cuma kita sangka da baik, tapi belum pulih.

atuk said...

Why so negative brother?

Anonymous said...

Bila duduk semeja..anwar akan pastikan bila pru..mesti dilakukan dgn adil..padang sama rata serta pengadil tidak berat sebelah...

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Macam ckp kat diri snediri je Pak.

Mintak maaf. (friendly). Nanti ckp kasar kasar bahasa, tak melambangkan budaya pula.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Hilangkan saka dlm badan dulu baru menilai orang lain.

-Peace-

Anonymous said...

Saudara Aspan, Saya tidak bersetuju perundingan diantara Najib dengan Anwar sahaja sedangkan bila bermasalah masing-masing bawak kita ramai-ramai berarak.
UMNO berarak, Anwar pun berarak. Bila kedua-duanya gagal mereka hendak bersatu mengikut nafsu sendiri. Saya ahli Pas. Bila masanya Pas diberitahu atau memandai-mandai mewakili kami? Najib pula kenapa membisu. Orang Umno sendiri teah banyak koyak rabak oleh perlakuan Najib.
Bagaimana kami?

Orang yg patut merundingkan ialah pihak ketiga yg mempunyai kredibiliti tinggi, bukannya Anwar atau Najib.

Akhirnya mereka yang melagakan kita bersatu kita yang dibawah pecah-pecah kepala bak kata saudara itu.

Both Anwar dan Najib tidak ada kredibiliti untuk dipandanglagi

Sekarang kita tidak mahu dengar Anwar mengktik Umno lagi dan Umno mengkritik Anwar.

Lain kali jangan bawa orang ramai berarak.

suhaimi agam, PPinang

Anonymous said...

Yes Sir..dah lebik baru nak berunding. Masa terasa akan menang bukan main lagi sombongnya Anwar tu.
Bila kalah, nak runding.
Anwar menang dimahkamah. Isu moral beliau tetap tewas. Jgn nafikn ini.

Anonymous said...

Anwar tidak dikenali oleh budak2 muda. Mereka tahu Anwar apabila Anwr dipecat. Cerita Anwar sebeumnya ramai yg tahu siapa Anwar ni tuan.

Dia tidak boleh dipercayai. Siapa nak percaya dia itu masing masinglah bro. Time will tell everything.

Anonymous said...

Jangan cakap benar kenapa Anwar tidak boleh jadi PM tuan. kalau cakap yang sebenarnya itu nanti tuan kena saman nanti.

Kita tahu sama tahu ajelah!

wilen said...


Anwar itu dilahirkan dengan pandai berlakon. i can't comprehend how Dap believes in him.

hjd said...

I don't know about politics sir. I don't know any intrigue of politics, but I didn't vote for PR because I thought Anwar Ibrahim would be the Prime Minister.

That's the reason I had to reluctantly voted for BN in the last GE.

I am certain that I made the right decision then. I tried to trust him but just couldn't build up the trust.

Only those who know him well will appreciate what I am saying.

Congrats bro.

Anonymous said...

Kalau dah cop munafik dah nampak kat dahi, buat lah apepun..orang ramai dah tak percaya.

martoiriat said...

Salam Bro Aspan,
Jika diantara Anwar dan Najib tidak layak atau tidak ada keredibiliti memegang jawatan sebagai PM, siapa yg bro Aspan syorkan sebagai PM ..?

Unknown said...

Kalau teori ini benar Bapak Aspan, maka benar lah kata2 Dr.Maza satu ketika dahulu era politik mereka ini sudah luput perlu diganti kan dengan darah2 muda sahaja kini.Kita rakyat tidak kemana kalau mengikuti era orang2 politik yang sudah perlu berada didalam lipatan sejarah sahaja.Rakyat perlu bedepan dengan masa hadapan yg lebih cerah.

Anonymous said...

Dah nama pon ahli politik. Hari ni citer lain esok citer lain. Soal harga diri letak no 2. Isu sekarang ni penumbuk sape yg sampai dulu. Tak kiralah dia ada black belt ka red belt ka kalo white belt tumbuk lg power dialah yg monang!

Anonymous said...

orang yg bijak selalu banyak berfikir
kadang-kadang satu tindakan dari srorang yg bodoh pun sudah cukup utk menyelesaikan satu penyelesaian yg sukar
sekiranya satu srpakatan perlu demi utk menyelamatkan negara maka biarlah org yg bijak laksana ahli politik ini menjadi korban
biarlah rakyat yang terbela akhirnya
pakatan rakyat pun bukan sangat boleh kekal sampai hari kiamat