01 August 2013

Yang pandai membangkang, teruskan membangkang, jangan jadi kerajaan

Setiap negara ada ciri-ciri dan ‘attribute’ politik masing-masing. Ia berbeza diantara satu negara dengan negara yang lain. Ia mungkin bergantung kepada elemen sejarah yang juga berbeza diantara satu negara dan jajahan yang lain. Kita terus sahaja kepada keadaan dan situasi politik negara kita.

Politik negara kita adalah politik yang agak unik, kerana politik kita dimainkan oleh rakyat yang berbilang kaum dan struktur asas politik kita adalah di dasarkan kepada sistem demokrasi yang agak unik kerana ia di ubahsuai mengikut keadaan dan infra-strukturnya yang berbeza dengan yang lain.

Pertamanya kita adalah sebuah negara Persekutuan dalam mana ia dianggotai oleh negeri-negeri yang berdaulat dan merdeka. Ada empat belas negeri-negeri semuanya di dalam negara kita termasuk Wilayah Persekutuan yang mana ia ditadbir terus oleh kerajaan Persekutuan itu. Kita bukannya sebuah negara ‘unitary’ seperti negara Thailand atau Indonesia.

Negara kita adalah seperti negara AS dan Australia dalam mana negara-negara itu mempunyai negeri-negeri di dalamnya yang ditadbir oleh negeri-negeri itu sendiri. Negeri-negeri dinegara Persekutuan seperti kita mempunyai Dewan Legislatifnya sendiri serta kerajaan nya sendiri.

Malahan ada negara Persekutuan seperti AS, mereka mempunyai undang-undangnya yang berbeza diantara satu negeri dengan negeri yang lain yang berada dalam Persekutuan itu. Malahan diantara satu negeri dengan negeri dalam Persekutuan itu mempunyai struktur percukaian yang berbeza dari satu negeri ke satu negeri dalam AS itu.

Selain dari demokrasi, Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk berbagai kaum dan politiknya adalah pegangan kuasa oleh orang Melayu. Melayu menjadi nadi politik Malaysia dan kesemua jenis dan kaedah politik yang terlaksana tidak akan berjaya tanpa bekerjasama dengan orang Melayu serta partinya. Tanpa sokongan Melayu mana-mana parti di negara ini tidak akan sampai hajat untuk menjadi pemegang kuasa kerajaan.

Itu sebabnya parti DAP terpaksa bekerjasama dengan kumpulan politik Melayu dan memilih PAS sebagai gandingan untuk menyaingi BN yang ditunjangi oleh UMNO, sebuah parti Melayu terbesar dinegara ini. DAP terpaksa menelan pahit maungnya dengan menerima PAS sebuah parti yang terdasar diatas perjuangan Islam.

Walaupun banyak perbezaan diantara perjuangan dan ‘attribute’ diantara kedua parti itu, mereka terpaksa bekerjasama diantara satu dengan lain menghadapi BN yang sedang berkuasa sejak merdeka. Oleh kerana perbezaan diantara kedua-dua parti itu begitu besar maka kita terdengar acapkali pemimpin kedua-dua parti itu bertelagah diatas beberapa isu pokok yang diperlukan oleh orang Melayu dan Islam.

Kita mendengar pemimpin kedua-dua parti telah berlaga 'idea' dan pandangan terhadap beberapa isu seperti isu nama ‘Allah’ yang telah menjadikan PAS terpaksa defensif kerana kenyataan Setiausaha Agong DAP meminta kerajaan memperakui yang sesiapa dan apa agama sekali pun dibenarkan menggunakan nama 'Allah’ sebagai nama Tuhan masing-masing.

Walaupun DAP tahu kenyataan itu akan membawa bencana kepada ikatan Pakatan Rakyat itu tetapi parti itu masih menimbulkan isu itu untuk kepentingan individu parti itu. Akhirnya PAS menjadi mangsa kerana orang Melayu Islam terutamanya diluar-luar bandar tidak dapat menerima apa yang dituntut oleh DAP itu. Maka PAS menjadi mangsa. PAS yang dijangka memenangi banyak kerusi akhirnya hanya mampu mendapat 21 kerusi, satu kerusi kurang dari pilihanraya sebelumnya.

Justeru cita-cita Pakatan Rakyat gagal untuk mengatasi BN dalam pilihanraya 13 yang lalu dan memilih isu penipuan kononnya berlaku secara berluas-luasa dalam PRU itu yang dilakukan oleh BN sebagai isu untuk menutup kekecewaan mereka gagal menempatkan BN dipetak pembangkang.

Sebelum pilihanraya DAP berkata yang Pakatan akan memenangi 125 kerusi, 49 DAP, 40 PAS dan selebihnya PKR untuk mencukupi angka 125 yang parti itu unjurkan. Jika dipandang dari sudut angka dan berjaya Pakatan untuk menempah 125 kerusi itu, saya berpendapat UMNO akan tetap menjadi sebuah parti yang akan menang kerusi yang terbanyak walaupun kemungkinan BN itu kalah dalam PRU itu.

Akhirnya jangkaan saya dan ramai yang lain ternyata benar dan UMNO telah mendapat 89 kerusi. Seandainya parti-parti lain dalam BN menghadapi kekalahan UMNO tetap mempunyai kerusi terbanyak dalam Parlimen. Bagaimana mungkin Pakatan boleh menubuhkan kerajaan dalam 'procedure' pembentukan kerajaan parti yang terbesar akan diberikan keistimewaan untuk membentuk kerajaan dengan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang memenangi PRU itu.

Dalam keadaan itu jika UMNO bekerjasama dengan PAS maka akan berlaku kerajaan campuran diantara UMNO dengan PAS yang mencukupi bilangan untuk membentuk kerajaan. Jika UMNO memilih untuk berunding dengan PKR maka kerajaan tajaan UMNO itu akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PKR. Begitu juga jika UMNO bekerjasama dengan DAP.

Pendeknya UMNO tetap parti penting dalam usaha menubuhkan kerajaan alternatif itu. Itu sebabnya adalah tidak adil jika UMNO tidak mahu atau tidak tahu bagaimana hendak memperbaiki parti itu agar tidak ada pihak yang tertekan semata-mata kerana kepentingannya dalam politik negara.

Itu sebab saya pernah berkata yang DAP serta PKR akan hanya menjadi parti pembangkang yang baik buat beberapa lama lagi. Sememangnya keadaan ini adalah kebenaran. Sememangnya parti-parti DAP dan PKR itu selayaknya menjadi pembangkang yang baik dan ia akan memakan masa yang agak lama untuk berkelayakan untuk menjadi parti pemerintah.

Kita mesti menjadi pihak yang boleh melakukan tanggungjawab dengan baik, dan jika menjadi pembangkang itu menjadi tugasan yang baik mereka lakukan maka jadilah pembangkang sampai bila-bila atau sampai berkelayakan untuk menjadi pembangkang. Sememangnya banyak terjadi dimana mereka menjadi pembangkang yang baik tetapi apabila menjadi kerajaan ia bertukar menjadi pentadbir yang buruk dan tidak sebaik semasa mereka menjadi pembangkang.

Sememangnya setengah dari pemimpin dan parti itu hanya ‘effective’ sebagai pembangkang sahaja. ‘They are very good servants but bad masters’.

17 comments:

Kampong man said...

Salam bro Aspan,

1.Apa yang bro Aspan tulis adalah kebenaran dan kenyataan.Saya tidak pernah ragu keupayaan UMNO memenangi PRU dari dulu lagi walaupun berbagai persepsi dilakukan di media sosial dan alternatif sebelum PRU 13 lepas. Keputusan saya menjadi ahli biasa UMNO adalah pada masa yang sama bro Aspan dan Sakmongkol menjadi ahli DAP, Jan 2012.Tak salah tukar selera.


2.Parti parti pembangkang terutamanya DAP akan tetap menjadi pembangkang buat dua tiga lagi pru sekira mereka terus gagal dengan pendekatan multiracial mereka dan gagal mendapat sambutan dari orang Melayu kerana masih mahukan ianya menjadi satu parti didomisaikan kaum Cina berterusan.

3.Adalah amat penting PR bergabong sebagai satu coalition berdaftar saperti BN sekira Malaysia mahukan sistem dua parti yang berkesan.Untuk ini DAP harus berkompromi dengan melenturkan perjuangan Malaysian Malaysia dan meritokrasi yang lebih realistik.Saya tidak dan belum nampak lagi ini akan berlaku kerana DAP sedang dilamun kegembiraan dengan kemenangan terbesar dan bersejarah mereka di PRU 13 diatas sokongan 90% kaum Cina dibelakang mereka menidakan MCA/Gerakan like never before.Ini adalah pilihan kaum ini bagi menumbangkan UMNO parti keramat orang Melayu.Kaum Cina perlukan Melayu sekira mahukan perpaduan, keharmonian dan kestabilan.Tanpa ini Malaysia tidak kemana dan kita akan terus berpolitik berterusan.Pilihlah.

4.Bagi PRU 14 scenario begini mungkin berubah dimana MCA dan Gerajan kini sedang memperbaiki kelemahan parti dari dalam bagi mengembalikan keyakinan pengundi kaum Cina pada mereka.Benar, buat ketika ini biarlah PR menjadi pembangkang yang baik dan jujur. Umpamanya meneruskan Langat 2,ayer satu satunya kemudahan asas untuk rakyat Selangor yang amat diperlukan.Lihat di Pulau Pinang walaupun kerajaan DAP/PR yang nenang dan memerintah kerajaan UMNO/BN tetap meneruskan projek Jambatan kedua bagi kemudahan rakyat.Apakah P.Pinang masih perlukan underwater tunnel pulak ?. Siapa yang jujur dan siapa yang berpolitik?. Buat kata anak muda sekarang 'Sendiri mahu tahu lah.. '.Wallahwuaalam.

5.Pembetulan : UMNO berjaya perolehi 88 kerusi.89 kerusi adalah jumlah kesemua parti pembangkang(DAP 38, PKR 30 dan Pas 21).This is just about the best for DAP and PR in my view and analysis.

Selamat berpuasa , semoga menemui Lailatulkadar di malam malam terakhir ini.PEACE.

Terima kasih.

ayeob said...

Bro Aspan...you are very realistic man and the good impression towards Khairy is not at all wrong and misadventure on your part.

I have never met Khairy in person until I shook hands with him when he attended your kenduri kahwin anak di Seri Menenti over 2 years ago.

I was very impressed by his relaxed and simple exposure bro and what you commented on him is entirely the truth.

I began to support him since then.

chuah said...

Aspan Alias...why is that Loke and Dato Kamarul Baharin are seldom together now? I thought there are good friends and close conspirators in NS Pakatan.

shahrin said...

Sdr Aspan,

Apa benar yang ADUN Ampangan, YB Abu Ubaidah was your classmate suatu ketika dahulu? Kalau tidak salah semasa di UiTM.

Org kuat di berkata yang dia menang sedikit kerana sokongan ramai dari penyokong tuan dalam PRU yang lalu.

Maaf kalau saya tidak bertanya perkara betul. Tetapi itulah yang saya dapat tahu semasa majlis berbuka puasa minggu lepas?

Anonymous said...

Kampong man,

Kamu tak jujur...
kenapa tak tengok apa UMNO buat kat Kelantan..
Itu Melayu beb.

Melayu makan melayu ke?

Pembangunam di P Pinang kerana ada unsur2 Masuuukkkkk...

Betul tak bro..

Ramu said...

Encik Aspan, you remember me?..Ramu? You were our good neighbour in Jalan Keyser at one time, way back in 1968?69.
I am retired teacher and do come to our home in Rasah. I wrote an invitation and please look at your email Encik Aspan.
I have been following your writings for the past 3 years..everyday.

Anonymous said...

True, in this case let us all agree that Dap is a very good opposition. Now let us put Dap as an opposition in perpetuity.

Dap will fumble if given the chance to be in Putrajaya.

hanifah, p Oinang said...

Pak Aspan, Selamat Hari Raya pak. Semoga Pak Aspan sentiasa mendapat perlindungan Allah swt.

Saya tahu kejujuran Pak Aspan memberikan komen susah hendak diprsoalkan oleh pembaca.

Salam Pak Aspan

Anonymous said...

selagi adalagi mahadey dan macai macai dia dlm umno baru...umno baru akan rosak..org melayu akan lemah.. tidak tau smpai bila org melayu dlm umno baru akan sedar siapa dia mahadey?? adakah mahadey menguntungkan melayu atau merugikan melayu di tanah air sendiri..

cara mahadey dlm umno...jika org melayu tidak sokong umno...dia dan konco konco dia akan cipta suasana yg nmpk merugikan melayu...

Anonymous said...

Anon 16.11,

Komen dan Cerita kutuk Mahadey dalam blog Pak Aspan ini sudah sampai tahap meluat dan menjijikan untuk didengar dan tidak mberu apa apa jesan pun.Ironinya Mahathir terus disayangi dan relevan.UMNO terus berjaya dan menang.Tak kisahlah UMNO lama ke baru ke, UMNO terus juara.Padan muka PR !!!.

Betul tu, jadi saja lah pembangkang yang baik.hu..hu..

Anonymous said...

I don't agree with the writer. PAS is the victim of their ideology besides, 5 years down the road, PKR would win the next GE-14 as a ruling Govt as there reflected the Malaysian pluralist society based on multiculturalism. PAS have to become more religious progressive like PKR and DAP progressive ideology.

I LOVE ISLAM said...

Pak Aspan,

Rasanya ramai yang tidak tahu apa itu umno baru dan umno lama.

Ramai masih tak tau bahawa umno yang ada pada masakini tidak sama dengan umno yang mula2 ditubuhkan.

Dah banyak kali aku nampak orang bagitau benda neh tapi ramai masih blur.

Pada tahun 1988, umno yang diasaskan oleh onn jaafar telah berkubur. Ia telah diharamkan oleh mahkamah. Segala lambang, logo dan harta umno dirampas. Namun yang heran nya, selepas dirampas ia bukan jadi hak milik kerajaan, cuma ia berpindah milik dari umno lama kepada umno baru.

Maksudnya disini melalui undang2, mahathir berhasil merampas harta2 dari umno lama dan menjadi hak milik umno baru. Bukan setakat harta je, logo, lambang, perlembagaan dan lain2 hal yang babitkan umno seme nya dihijack dan dimilikkan kepada umno baru dengan guna nama persendirian.

Dan tindakan mahkamah itu juga pernah dicabar oleh dua bekas perdana menteri malaysia yang masih hidup ketika itu. Andai umno lama diharamkan dan umno baru ditubuhkan bagi menganti semula umno lama yang diharamkan, so tidak perlu lah dua bekas pm neh nak berbantah-bantahan. Kan? Kan?

Dalam bahasa mudah nya, beginilah...

1. UMNO lama dihijack melalui mahkamah. Ibarat syarikat yang stabil dan dikenali dirampas melalui pegangan saham.

2. Segala harta bagai logo lambang diberikan kepada umno baru selaku pemilik baru umno lama.

3. Nama umno baru di ubah menjadi umno je. Mungkin sebab nak raih sokongan.

4. Akhirnya umno asal, hilang begitu sahaja.

5. Segala usaha umno lama hilang dan terkubur. Yang ada hanya sedikit2 kebaikan, tapi lebih banyak kisah mahathir berbanding sejarah dan kisah silam.

Dan mahathir bukan lah orang yang ... aku tak sanggup cakap kerana aku berpuasa. Aku siyes tak percaya selama aku lahir dan hidup bawah pemerintahan dia, segala pandangan tinggi aku terhadap dia adalah sesuatu yang dibentuk dengan persepsi akhbar.

Dia bukan seseorang seperti yang aku pernah bayangkan. Aku dah lama tertipu rupanya. Walaupun dah condong ke pr, aku sebenarnya ada respect terhadap dia tapi mungkin aku patut nilai semula pandangan aku terhadap dia selama neh. Bai.

I LOVE ISLAM said...

Pak Aspan,

Tun Hussein bin Dato' Onn pernah berkata,

"Persoalan saya…dimanakah Umno Asal itu? Umno yang disayangi oleh orang Melayu, yang telah menyatupadukan umat Melayu dengan bangsa-bangsa yang lain, yang mana telah membawa kesejahteraan dan keamanan kepada negara ini dan rakyatnya dan telah dengan jayanya berjuang untuk kemerdekaan?

Umno itu sudah tidak lagi wujud! Ianya telah diisytiharkan haram dan terbubar oleh Dr. Mahathir dan rakan-rakannya dan digantikan dengan satu parti lain yang dinamakan Umno Baru.

Sekiranya kita membandingkan bentuk dan struktur Umno baru dengan Umno Asal, sama ada dari sudut perlembagaan ataupun prinsip, dimanakah persamaanya?

Penubuhan Umno Baru adalah satu tindakan pengkhianatan yang tidak boleh diampun, sama ada oleh ahli-ahli Umno Asal ataupun Umno baru.

Walaupun kesihatan saya tidak begitu memuaskan termasuk serangan jantung, saya berjanji bahawa saya akan berjuang untuk menentang pengkhianat-pengkhianat ini sehingga akhir."

Anonymous said...

Sdra I love Islam,

Pada saya dan ramai ahli UMNO, UMNO baru dan UMNO lama adalah sama. Perubahan tetap berlaku dari masa kesemasa mengikut kehendak semasa.Saya salahkan permasaalahan dalam UMNO dan Semangat 46 dalam isu pembubaran UMNO.Sejarahnya kita semua tahu.

Perjuangan nya tetap sama dan ahlinya juga adalah ramai juga dari yang lama termasoklah Ku Li ,MP Gua Musang pengasas S 46.Nak salahkan siapa ?.Kenapa Tun yang menerima cemuhan ?.Kenapa ahli UMNO mahukan beliau menjadi Presiden UMNO dan tidak yang lain begitu lama?.Kalau anda bukan ahli UMNO komen anda hanya baik untuk anda.

Saya langsong tak terasa tertipu pada UMNO.Pada aku UMNO kini terbaik bagi ahli nya.Kau mahu condong kearah mana, itu hak kau.Aku tak suka minoriti yang memburukan dan menghianati UMNO kerana aku ahli UMNO dan tetap dibelakangnya dahulu,kini dan selama nya.Ingat, ini tidak bermakna UMNO tak cinta Islam.Harap maklum.

pak yeh said...

Wahai anon 11:50

Bezanya "UMNO Baru" ialah kerana mereka telah murtad ke Melayuannya dan juga keIslamannya.

Murtadnya parti Melayu bernama UMNO Baru adalah kerana mereka di rasok nafsu syaitan yang merupakan ideology Kapitalism yang tamak, beralatan riba berbentok duit kertas mudahtipu dan menguntongkan Bankers serta golongan pemerintah.

Ekonomi duit kertas dan Bankers atau lebeh tepat "Kafirnomics" telah hancurkan ideology Socialist,Communist dan juga Islam yang mesra rakyat. Ketahuilah bahawa Sistem Welfare State dan Sadakah Islamiah di hancuri ideology tamak Kapitalis dan duit kertas mudahtipu dan mudahcetak!

Ideology "UMNO Lama" yang berasaskan visi menolong bangsa Melayu khasnya, telah di kaburi nafu syaitan dan tamak haloba. UMNO Lama yang dulu visinya menolong rakyat menjadi kaya, telah di matikan dan tersadai visinya di gantikan dengan Visi 2020 yang perkayakan hanya golongan kaya/bogoise daripada Melayu,Cina dan India, Yahudi dan di samping itu memiskinkan rakyat Melaysian yang miskin dan daif.

Kenapa UMNO Baru salah urus ekonomi adalah kerana sifat TAMAK pemimpinnya dan juga sifat bodoh rakyatnya yang buta politik dan telah lupa visi asal UMNO lama.

DEB ciptaan Tun Razak dari UMNO Lama adalah memperkayakan rakyat dengan skim 10 ekar kelapa sawit untok tiap perserta FELDA, Mara dan sebagainya. Malangnya DEB UMNO Baru hanya memperkayakan kerajaan dan kroni2nya dengan beribu2 ekar kelapa sawit dan concept Privatization dan Globalization dan Liberalization yang membolehkan asset negara di jual pada negara asing.

UMNO Lama memperjuangkan hak semua rakyat Melayu.

UMNO Baru memperjuangkan poket mereka sendiri.

UMNO Lama maseh Nationaliskan Institusi Kerajaan, seperti Hospital,Ayer, Letrik dan Jalan Raya.

UMNO Baru telah swastakan/Privatiz segala macam institusi dan bisness termasuk bisnes beras,gula,AP kereta,jalan raya dan Toll, hospital, Universti, dan sebagainya bukan untok kayakan rakyat,tetapi untok kayakan ahli2 UMNO Baru/BN dan kroni2nya.

Anonymous said...

Sdra anonymous 3 August 2013 11:50:00 GMT+8;

Kau ketinggalan zamanlah! Memanglah kau tak terasa tertipu. Hakikatnya kau penipu!

Dalam tulisan Tun bertajuk ‘Umno dahulu dan sekarang’ yang disiarkan dalam blognya www.chedet.cc, beliau sendiri mengakui bahawa ramai orang Melayu sekarang ini meluat dengan Umno dan parti Umno baru sekarang dianggap tidak lagi relevan dan perlu ditolak.

Menurut beliau, perkara ini terjadi kerana Umno baru sekarang tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. Umno baru sekarang ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja.

Katanya, berbeza dengan Umno lama enam puluh lebih tahun dahulu. Umno lama disanjung, didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu.

Menurutnya, perjuangan pemimpin dan ahli pengasas Umno lama, yang ditubuhkan pada tahun 1946 itu, ialah untuk bangsa, agama dan tanahair.

Tetapi Umno baru menurut beliau, kesannya ialah ahli tidak bertambah dalam Umno baru sekarang selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk Umno baru lagi.

Anonymous said...

Anon 13.55,

Terima kasih kerana masih berpaut pada Mahathir dari UMNO baru.Tak perlu beretorik.Awak pergilah buka dan jadi ahli UMNO lama.Dalam PRU 13 UMNO baru terus relevan dan menang terbesar darmana mana parti lain dan tidak pun di tolak. Kenapa eikk ?.Sebab UMNO tetap UMNO lah ngok.


Penyokong UMNO(Baru dan lama)