26 September 2013

Dr Mahathir baru terjumpa pemimpin yang 'smart'

Akta Pencegahan Jenayah (PCA) pula diperkenalkan dan ia nampaknya adalah pengganti kepada ISA yang telah dimansuhkan. Sesungguhnya ia merupakan ISA dengan nama yang berlainan. Ia ibarat menukar nama dari goreng pisang ke pisang goreng. Pisang goreng dan goreng pisang itu sama saja rasanya.Sanusi Joned yang termasyur dengan kepandaiannya pernah menukar nama goreng pisang kepada nama ringkas, iaitu gorpis. Semuanya sama.

Saya bukan hendak menyokong atau menentang pindaan ini. Tetapi saya lebih cenderung untuk menuduh kerajaan sedang cuba untuk membohongi rakyat kerana itu merupakan janji BN dalam pilihanraya yang lalu. Kadangkala kita bukan marah sangat kepada apa-apa akta yang digubal itu atau apa-apa pindaan kepada apa-apa akta. Yang kita kadangkala marah dan merungut itu ialah kerana tindakan mengelirukan rakyat.

Jika kerajaan mahukan perkara yang sama kenapa dimansuhkan ISA dahulu sedangkan penggantinya itu serupa ISA juga? Sebenarnya kita tahu tidak ramai yang tidak setuju dengan ISA itu dahulu kerana ia wujud untuk mejaga keselamatan rakyat dan negara. Yang menjadi isu ialah ISA itu disalah gunakan oleh kerajaan. Tidak ada apa bahayanya pemimpin-pemimpin pembangkang atau kerajaan suatu ketika dahulu tetapi oleh kerana kepentingan politik peribadi maka kerajaan mengambil langkah untuk menangkap pemimpin politik dalam operasi lalang pada 1988 dahulu.

Ramai pemimpin politik pembangkang menjadi mangsa ISA. ISA itu wujud untuk menghapuskan jenayah yang dilakukan oleh pihak komunis yang telah berusaha untuk merampas kuasa dengan membuat kacau bilau. Akta keselamatan dalam negeri itu telah dipergunakan untuk meyelamatkan atau menyambung usia politik pimpinan yang telah mula lemah dan tidak disokong rakyat.

Sesungguhnya UMNO telah selamat begitu lama bukannya oleh kerana keindahan dan kebaikan parti itu tetapi oleh kerana tekanan terhadap rakyat melalui Akta tersebut. Ia bukan kerana kebaikan kepimpinan parti itu.

Mahathir sendiri dua hari yang lepas meminta UMNO memilih pimpinan yang ‘smart’ kerana mengikut beliau UMNO sekarang ini dipenuhi oleh mereka yang bodoh dan tidak pandai. Sekarang Mahathir sudah semakin jelas mengakui hakikat yang UMNO sudah tidak lagi ada pemimpin yang ‘smart’ seperti yang diperlukan oleh parti. Tetapi oleh kerana terlalu banyak bercakap dan bertindak dengan segala ‘intrigue’ beliau dalam parti lebih dari dua dekad, akhirnya UMNO berada di dalam keadaan yang beliau katakan hari ini.

Hanya yang tertinggal sedikit dalam kenyataan Mahathir itu, ialah ayat yang mengakui yang beliaulah yang memulakan budaya mencantas orang yang ‘smart’ dalam UMNO itu. Beliau tidak pernah merasa lega dan selesa semasa UMNO itu dipenuhi oleh orang-orang ‘smart’ semasa itu, lebih-lebih lagi setelah beliau memegang tampuk kuasa.

Di hari pertama beliau mendapat kuasa itu pada 1981 dahulu sudah di cantasnya seorang arkitek pembinaan asas ekonomi negara yang telah banyak jasa kepada negara berserta dengan pengorbanan diri beliau seratus peratus terhadap pembangunan negara. Orang itu tidak lain dari Tengku Razaleigh Hamzah yang sinonim dengan pembangunan dan pengurusan Petronas, Bank Bumiputra, PNB dan banyak lagi bekas tangan dalam pembinaan negara Malaysia ini.

Mahathir mahu menutup apa jasa TR dengan pimpinan lain kerana beliau hanya mahu semua pihak menumpukan kepada beliau sahaja. Mahathir tidak mahu mengakui dan sesiapa pun tahu bagaimana kepimpinan muda negara seperti TR menjadi seorang yang pertama di luar AS yang terpilih menjadi Pengerusi Bank Dunia.

Dalam masa yang sama TR juga merupakan pengerusi kepada IMF, Bank Pembangunan Asia dan Bank Islam Antarabangsa. Keempat-empat jawatan dan tanggungjawab ini dipikul oleh TR dalam masa serentak. Keempat-empat institusi kewangan ini mempunyai fungsi yang berlainan diantara satu dengan yang lain.

Di mana letaknya keikhlasan Dr Mahathir yang kini mahukan pemimpin yang muda untuk menerajui pimpinan negara sedangkan beliau terkenal dengan sikap menutup kebaikan dan jasa orang lain yang benar-benar jitu dan di sebaliknya mencari segala kelemahan untuk menafikan kemampuan orang lain.

Bagaimana sekarang Dr Mahathir pula yang bercakap mengatakan pimpinan UMNO sekarang semuanya pemimpin bodoh dan wajar mengundurkan diri untuk memberi mereka yang lebih muda untuk tampil kehadapan. Adakah apabila Mukhriz anak bongsu beliau sekarang sedang mencuba nasib bertanding Naib Presiden UMNO baru beliau hendak bercakap tentang peranan penting orang muda.

Khairy Jamaludin merupakan anak muda dan beliau merupakan ‘budding leader’ yang kini menjadi perhatian ramai tidak mendapat sokongan Mahathir sedangkan Khairy jauh lebih muda dari anak bongsunya sendiri? Mahathi is Mahathir. Sekarang apabila anak bongsunya mahu mencelah untuk menjadi Naib Presiden parti, maka Zahid Hamidi sudah menjadi pemimpin tua, Shafie Apdal sudah tua dan Hishamudin pun sudah tua. Bagi beliau pemimpin muda yang layak hanyalah anaknya Mukhriz.

Kita tidak menafikan Mukhriz itu ada sedikit kemampuan tetapi tidak payahlah mengata orang itu tua dan orang ini sudah lanjut usia dan sebagainya. Sekarang ini Mahathir baru mengatakan yang UMNO itu di penuhi dengan pemimpin bodoh. Jika itu benar maka kepimpinan yang beliau anggap bodoh itu adalah pemimpin yang beliau gunakan untuk bertepuk tangan menyokong beliau sendiri. Kalau dahulu berguna kenapa sekarang tidak berguna lagi, semata-mata kerana anak kesayangannya hendak mengambil alih.

Bagi Mahathir, jika anak atau ahli keluarganya berkehendakan jawatan dalam UMNO orang lain mesti ketepi dan berikan laluan mudah untuk anaknya sahaja. Apabila anaknya mahukan jawatan, orang lain mesti berundur dan menganggap pemimpin lain itu sebagai ‘Red Indian’ semata-mata. Orang lain itu di ibaratkannya sebagai orang semenda, dipanggil datang di suruh pergi’. Negara ini beliau yang punya.

Setiap pemimpin UMNO telah beliau mangsakan untuk kepentingan beliau. Mahathir berjaya memperbodohkan pimpinan UMNO kerana tidak ada seorang pun yang berani meminta Dr Mahathir untuk menutup mulut seperti beliau lakukan kepada ‘predecessors’ beliau apabila mereka (TUNKU dan Hussein) mengkritik pentadbiran beliau.

Jika benar barisan pimpinan UMNO sekarang adalah barisan yang bodoh, ketahuilah yang membariskan pimpinan bodoh ini adalah beliau sendiri. Kita mesti ingat yang anaknya sendiri itu adalah hasil didikan beliau. Justeru tidak terkejut kita jika anaknya itu adalah dari kategori yang beliau anggap bodoh itu.

Selagi UMNO berada dalam cengkaman pemimpin ini, selagi itulah UMNO tidak akan berubah kerana kelemahan yang beliau wujudkan dalam barisan kepimpinan UMNO itu sememangnya untuk menjadikan anaknya nampak cerdik..…kata perbilangan seorang yang celik dikalangan yang buta.

Puas Dr Mahathir mencari pemimpin yang smart selama ini di mana-mana, rupanya ia berada dalam rumahnya sendiri. Alhamdulillah!

15 comments:

Ddodge said...

aduh,

tu la.. aku cakap...tak payah la panggil orang jgn menyekat orang SMART. jgn cakap umno tuak dan bodoh.

terus jer cakap, "semua mari sokong anak aku. " aku mau anak aku naik menjadi president umno termuda di sejarah malaysia.

macam jer apa berlaku kat kedah, orang tuak tuh terpaksa berundur memberi tahan kpd mukriz sebagao MB. tapi belakang tak tau habuan aper sebagai ganti rugi. hehehe

Anonymous said...

"Puas Dr Mahathir mencari pemimpin yang smart selama ini di mana-mana, rupanya ia berada dalam rumahnya sendiri."

kakakakaka

Thumbs up!

Super like!

tebing tinggi said...


Mana ada Melayu yang smart !,didalam UMNO mahupon diluar UMNO ,malahan dari kalangan PR tidak terdapat.

Yang banyak terdapat jenis Melayu mengata Melayu lain tak smart ,tapi tak pandai mengatakan Cina dan India tak smart .
Kesimpulanya Melayu kenalah pilih pemimpin dari kaum Cina dan India.

Aden memang tak smart ,kadang-kadang kobou Den lebih smart memilih rumput yang baik.

Anonymous said...

Aspan,
Untuk menjadi kenangan bagi anda.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=UWQ6FDjf7H8

bumi-non-malay said...

Makna Tun cari pemimpin Smart sama = cari pemimpin yang boleh di Korupkan tanpa beritahu Rakyat.......ini ciri ciri smart UMNO.....

tapi Allah ada mata....mampuslah bila jumpa Allah....balasan DIA kepada awak yang menghina dan mengZALIMI rakyat adalah untuk selama-lama.......mungkin esok sakit jantung terus mati......

Anonymous said...

Mahathir ni tak takut mati ke? Dia ingat dia xde dosa ke dgn rakyat Malaysia. Sampai nak mati pun masih nak menipu....bila dia nak bertaubat? Apakah ALLAH swt akan menerima taubat org yg berdosa berkait dgn rakyat dan org ramai? WALLAHua'alam

Amuraria said...

bagi kamak kutty kerala mari mangkuk tu kata melayu mudah lupa tak sedar diri & bangang ! pasal angkat semua penyangak & penyamun jadi kapla tapi bukan semua melayu senang dilembukan ,banyak melayu islam ingat sampai mati pengkhianatan mamak kuty ,sikitul & mamak mandaliar, semua geng mamak ! ada reti? moga umat melayu buka mata & minda agar jangan pilih malaun spesis penyangak & penyamun jadi pemimpin negara! ABU jangan lupa !

kayakingworldbiz.com said...

Atas apa pun alasanya, ex-PM ini mau rakyat 1M katakan akuilah aku ni lah yang SMART.. x faham2 lagi ke?. Dan satelah aku pegi tinggalkan UMNO... yg tinggal hanyalah yg TUA TUA LAGI BODOH... Bodoh macam AKU la.. kikkiki

MasyaAllah. Hanya ALLAH yg ketahui segalanya. amin

kayakingworldbiz.com said...

Kini, balasan Allah sedang mencerminkan segala KEBODOHAN dirinya sendiri... lihatlah 1Malaysia & 1Dunia... cerdik kah aku ni...

kambeng said...

pak aspan,


ko juga boleh mem-smartkan anak ko sendiri, buka la portal ajar dier menulis rencana kartoon ker, minion ker, youth blogging...


boleh tahan juger,, lepas umor 20 tahun, ko angkat dier menjadi blogger politik terkenal... SMART blooger.

pun hari hari hantam UMNO juga.

Anonymous said...

tuan,

pendedahan tehadap hapra mahathir yang tuan tulisan tida sediit pun di hirauan oleh ahli2 umno.

saya rasa ota ahli2 umno sudah dibeuan dan sudah tida boleh berfiir lagi.oleh sebab itu umno tetap beruasa hingga hari ini.

Anonymous said...

Dalam tong SHIT mana ada yang tak busuk? Celaka punya worang, sendiri kasi busuk, tuduh orang lain yang busuk!!!

PELUANG HIDUP said...

haru biru dalam umno

PELUANG HIDUP said...

keh keh keh hihihi rupanya ada di rumah jer

Anonymous said...

Dah takdir tuan