17 September 2013

Perbezaan pengganas PKM dengan Perasuah Negara

Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) yang di haramkan, Chin Peng, telah mati di Bangkok pada Hari Malaysia, 16hb September 2013. Kematiannya telah menjadikan ahli politik mengambil kesempatan untuk menunjuk-nunjukkan kesetiaan kepada negara dengan membuat kenyataan yang garang-garang terhadap orang yang telah mati dan tidak bernyawa itu.

Ada pemimpin UMNO dan NGO yang dahagakan isu untuk di sebut menggunakan kematian Chin Peng ini untuk menempelkan rasa sayang dan cintakan negara dengan meminta mayatnya tidak dikebumikan di negara ini kerana tindakan parti itu masuk kehutan dan menjadi pengganas kepada negara.

Saya tidak mahu memberikan komen tentang kematian Chin Peng ini kerana dia telah meninggal dunia dan ramai orang tidak sedar pun yang Chin masih hidup sehingga mendapat berita tentang kematiannya pada 16hb September yang lalu.

Saya lebih cenderung untuk memberikan ulasan tentang kenyataan-kenyataan yang ‘made belief heroes’ dalam UMNO dan beberapa orang pemimpin NGO yang sibuk untuk menunjukkan kesetiaan kepada negara dengan membidas orang yang telah mati itu.

Benar Chin Peng telah membunuh dan menyeksa ramai rakyat yang bertuankan British semasa parti itu masuk kehutan dahulu. Tetapi kita jangan lupa yang keganasan Chin Peng itu tidak ada bezanya dengan parti dan pemimpin yang merosakkan negara melalui tindakan rasuah dan menyalahgunaan kuasa.

Pemberontakan Chin Peng itu menghasilkan kematian banyak tubuh dan jasad manusia tetapi sikap rasuah yang menjahanamkan negara juga telah banyak menindas perasaan dan membunuh jiwa rakyat yang berjuta bilangannya dinegara ini.

Pendeknya Chin Peng telah membunuh tubuh ribuan manusia tetapi sikap rasuah dan salahguna kuasa pemimpin itu telah membunuh keseluruhan sistem kerajaan dan demokrasi negara kita. Rasuah telah membunuh jiwa berjuta rakyat negara ini. Kerajaan yang rasuah dan menggunakan kuasa telah merobohkan segala sistem dan ‘fabric’ politik dan kenegaraan kita dan itu sangat membunuh perasaan rakyat.

Kadang-kadang kita lupa apabila kerajaan itu rasuah ia akan membawa kekecuhan politik dan minda rakyat. Kelemahan dan kesalahan itu telah diperguna oleh pihak parti politik yang bertentangan untuk mendapat simpati rakyat untuk mengambil kuasa yang sesungguhnya belum tentu boleh membaik pulih budaya rasuah itu. Ada tanda-tanda jika pihak yang lain mendapat kuasa pun belum tentu sistem pentadbiran kerajaan serta politik negara itu akan mampu dipulihkan.

Parti Komunis Malaya telah diharamkan dan pimpinannya telah pun mati seorang demi seorang. Tidak perlu kita jadikan sebagai isu untuk mendapat publisiti murahan kerana politik masing-masing. Tidak perlu di ingati peristiwa lama itu.

Kalau pun kita hendak mengingatinya biarlah kita mengingati bagaimana ahli-ahli parti komunis itu keluar untuk memaksa rakyat memberikan makanan untuk mereka didalam hutan dan mencuri makanan rakyat untuk dibawa kedalam hutan di seluruh negara.

Apa yang mereka curi hanyalah makanan untuk menyambung hidup mereka dihutan, tetapi apa yang di curi oleh perasuah negara ini bukan untuk mengalas perut yang lapar tetapi untuk membina ‘empire’ kekayaan untuk mereka sendiri dan keluarga terdekat mereka.

Pengganas komunis semasa itu hanya mencuri beras dan binatang ternakan orang kampung sahaja. Jika dibandingkan jumlah yang dicuri oleh pengganas rasuah negara sekarang ini dan apa yang dicuri oleh pengganas komunis semasa itu adalah terlalu kecil. Lagi pun kecurian makanan dan beras oleh pengganas itu sudah lama berlalu dan tidak berlaku lagi.

Yang kita takuti dan masih merasakan kesakitannya ialah jumlah wang rakyat yang dicuri oleh pengganas rasuah yang belum tentu lagi akan berakhir. Entah bila lagi ia akan berakhir, kita tidak tahu. Ia berlaku dimana-mana dalam skala yang besar dan melibatkan banyak pihak.

Pendeknya kalau di pandang dari sudut nilai dan moral diantara perasuah negara dengan pengganas komunis dahulu, ia tidak lah begitu besar dan jelas perbezaannya. Ia lebih kurang sama tahap nilai dan moralnya.

Cukuplah menjadikan Chin Peng itu modal politik murahan semata-mata. Carilah modal politik yang lain yang boleh menunjukkan perbezaan dengan kita.

Kalau kita masih mahu mengingatinya, kita ingati apa persamaan diantara PKM itu dengan kita untuk dijadikan sempadan dianatar yang baik dan yang salah.

13 comments:

bumi-non-malay said...

pendek kata UMNO-BN tu komunis, terrorist negara malaysia...dari segi moral, etika dan kedaultan undang2....

SETUJU!!

Unknown said...

Saya setuju trhadap pandangn Pak Aspan mengenai rasuah & pengganas PKM. Chin Peng telah mati dan menjadi lipatan sejarah. Org umno dabik dada seolah2 menjadi juara mengahalau penjajah. Tetapi rasuah menjadi parah lagi apabila Najib tak dpat mengawal para mentri & pimpinan bawahan. Kaum lain tidak lg respect pemerintah kerana amalan rasuah oleh pemimpin umno. Lihat bagaimna isa samad membalun duit peneroka utk kempen parti. Isa tak serik2 membina kekayaan melalui kroni kontrak, mendpat berbagai2 kemudahan, sapu kiri kanan, salah kuasa dll. Bapak perasuah ditugaskn menjaga organisasi Melayu yg byak duit...hancur business peneroka. Perniagaan peneroka dlm activity downstrean sudah berkecai atas ketamakan & gelojoh pemimpin umno. Saham fgv tak bole lonjak lg selepas pemimpin mendpat pink form dan kaya sekelip mata. Itu sebenarnya matlamat sykt felda dilisting. Yg jadi mangsa ialah peneroka yg diumpan durian runtuh dan mcm2. Yg jadi pengkhianat bangsa ialah perasuah. Apa lg yg tinggal kalau organisasi hebat spt felda pun akan runtuh?

Unknown said...

Saya setuju trhadap pandangn Pak Aspan mengenai rasuah & pengganas PKM. Chin Peng telah mati dan menjadi lipatan sejarah. Org umno dabik dada seolah2 menjadi juara mengahalau penjajah. Tetapi rasuah menjadi parah lagi apabila Najib tak dpat mengawal para mentri & pimpinan bawahan. Kaum lain tidak lg respect pemerintah kerana amalan rasuah oleh pemimpin umno. Lihat bagaimna isa samad membalun duit peneroka utk kempen parti. Isa tak serik2 membina kekayaan melalui kroni kontrak, mendpat berbagai2 kemudahan, sapu kiri kanan, salah kuasa dll. Bapak perasuah ditugaskn menjaga organisasi Melayu yg byak duit...hancur business peneroka. Perniagaan peneroka dlm activity downstrean sudah berkecai atas ketamakan & gelojoh pemimpin umno. Saham fgv tak bole lonjak lg selepas pemimpin mendpat pink form dan kaya sekelip mata. Itu sebenarnya matlamat sykt felda dilisting. Yg jadi mangsa ialah peneroka yg diumpan durian runtuh dan mcm2. Yg jadi pengkhianat bangsa ialah perasuah. Apa lg yg tinggal kalau organisasi hebat spt felda pun akan runtuh?

Anonymous said...

pemberian kad pengenalan haram lah yang paling menderhaka kan negara.

apo nak di kata?

Anonymous said...

Well said Aspan.

- One fights for a cause, another one fights for money.

- Both are morally wrong to kill or loot no matter how they justify their 'perjuangan'


Anonymous said...

belum lagi... kita juga nak belajar daripada penjajah kejam jepun... musuh penjajah pun di jadikan hero.... "look east policy"... apa la....


ahmadyaniDotCom said...

Mereka yang menjadikan Chen Peng sebagai modal untuk 'menaikkan' diri adalah mereka yang berdarjat rendah.

Anonymous said...

Sila rujuk orang pejuang lama :

http://www.youtube.com/watch?v=2o8qxZNZaJ4

2. Kalaulah heboh sangat puak UMNO tentang perkataan "komunis" ini, kenapa ada hubungan diplomatic dengan Negara fahaman Komunis China?

Saya perhatikan puak UMNO ni akan buat apa sahaja untuk mengekalkan sifat RASUAH mereka untuk selamanya.

UMNO dan rasuah ini macam sedarah daging.

Ini bukan masalah nama UMNO, ini masalah perompak-perompak yang menguasai UMNO.

Bila lihat ucapan PM di Sabah, tak ada apa yang menarik perhatian kita, cuma retorik dan angkat bakul sendiri dan cerita-cerita ekonomi Melayu yang sudah basi.

Anonymous said...

Ramai diantara ahli UMNO Baru cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap Chin Peng agar rakyat membencinya namun tindakan itu tidak akan berjaya kerana bukan semua rakyat Malaysia akan mengiyakan saja apa yang dikatakan.

Sebenarnya ramai rakyat Malaysia tidak mengenali Chin Peng dan tiada siapa yang akan pandang beliau sebagai dewa, tapi pekara melibatkan persoalan ialah penglibatan beliau dalam politik dan memperjuangkan agenda politiknya itu membuatkan kita ingin tahu lebih lanjut apa sebenarnya yang ditakuti oleh pemimpin UMNO Baru, polis pencen, dan juga askar pencen.....

Diantara setia pada penjajah dipanggil barua, dengan gigih menentang penjajah dipanggil pengganas, siapa diantara mereka yang patut disokong dan dipercayai ?

Apakah ketakutan UMNO Baru terhadap Chin Peng adalah kerana beliau tahu bahawa UMNO lama dan UMNO Baru itu adalah klon penjajah British ?

Anonymous said...

Good write up.

At least PKM did not fight to enrich themselves. They fought for an ideology. The members of PKM suffered for their cause, however flawed it might be.

Pejabat Peguam Negara said...

Komunis tidak dapat menghapuskan bangsa melayu dan islam. Tapi umno dan pemimpin umno sanggup menggadai bangsa melayu, tanah air dan bahasa melayu dulu kini dan selamanya.

Anonymous said...

Tuan Aspan!

Memang tepat analogi yang Tuan nukilkan. Pemimpim umno bereriak kesana-kemari untuk menunjukkan yang merekalah pencinta negara, walhal perangai mereka yang rata-rata rasuah dan merembat wang negara tanpa ada hari esoknya adalah manusia-manusia pengkhianat di mata rakyat yang mengadai negara ini dan lebih bahaya dari komunis. Jika komunis membunuh jasad tapi mereka membunuh perasaan rakyat yang tak berdosa dengan mengharungi kemelut sara hidup yang tak menentu dan 60% itu adalah dari umat melayu.

Negara ini hancur dengan sikap mereka yang berpura-pura, melaga-lagakan rakyat demi mengambil masa sementara kuasa yang ada mengaut segala harta khazanah negara tanpa ada perasaan malu dan takut pada Tuhan.

Benarlah kata ramai rakyat negara ini yang pemimpin putarbelit dan perasuah akan menjahanankan dan negara ini dan rakyat mengingatkan mereka jangan berlagak membela negara padahal merekalah musuh negara yang harus di dakwa sama seperti komunis dan kita mesti pastikan semuanya akan tertangkap bila kerajaan yang ada sekarang jatuh menyembah bumi.

Anonymous said...

Tu lah.. ade pak lah yg xcorrupt dl pegi letak jawatan.
Scomi tu bkn anak dia punya.
Share khazanah pun bkn menantu dia yg g jual.
Masjid kristal yg xle smayang jumaat tu pun bkn kroni dia yg buat..
Ni semua fitnah dr org yg mkn rasuah