Negara kita sesungguhnya sedang
berada dalam krisis yang amat genting sekali. Dalam semua bidang kita dalam
krisis. Dalam bidang pentadbiran negara kita masih terbelenggu dengan isu
rasuah yang semakin menjadi-jadi dan tidak nampak tanda-tanda ia akan terlerai.
Laporan Ketua Audit Negara bagi 2013 masih menunjukkan betapa lemahnya kerajaan
kita ditadbir oleh pemimpin-pemimpin lemah yang ada pada hari ini.
Kita masih di dalam sebuah
kerajaan yang rasuah dan salah tadbir yang amat serius. Inventory barangan dan
kelengkapan yang tidak diselaras dengan betul kerana terlalu banyak barangan
yang telah dibelanjakan masih berada dalam setor kerajaan sejak bertahun yang
lalu yang sudah lusuh tidak digunakan dan ini semuanya pembaziran yang sangat
mahal harganya.
Masih banyak projek kerajaan yang
terlalu tinggi harganya dari yang sepatutnya dan ini adalah bayangan yang
rasuah masih terlalu besar dan tiada penyelesaiannya. Ini sahaja sudah
menunjukkan yang pegawai kerjaan masih tidak serius dalam usaha berjimat cermat sedangkan
negara sedang menghadapi krisis kewangan yang begitu mendesak dan sangat perlu
penyelesaiannya dengan deras dan cepat.
Keselamatan negara juga dalam
krisis. Pencolekan terhadap pelancong dari Cina baru-baru ini merupakan
manifestasi jelas yang keselamatan negara kita begitu ‘porous’ dan ia amat
membimbangkan. Sesiapa sahaja boleh mencolek sesiapa dalam negara kita ini dan
ia memakan masa dan tenaga yang begitu besar untuk penyelesaiannya. Kerajaan
telah berbelanja tidak kurang dari RM300 juta dengan penubuhan Esscom yang
sepatutnya memelihara keselamatan negara di Timor Sabah dan ini bukannya kali
pertama kejadian ini berlaku.
Kemasukan pendatang asing dalam
jumlah jutaan orang masih menjadi masalah besar dan kehadiran pendatang asing
ini telah menjadi masalah kepada keselamatan rakyat ramai di setiap pelosok
tanah air. Rompakan dan pecah rumah berlaku hampir setiap hari dan bukan
sedikit jumlah jiwa yang terkorban dengan kehadiran mereka dari negara asing
tanpa kebenaran ini. Kita masih tidak sedar yang sebagai sebuah negara maritime
seperti negara kita ini pengawalan sempadan di laut itu amatlah diperlukan
berada diperingkat dan tahap yang tinggi dan semua masalah seperti ini tidak
berlaku suatu ketika dahulu.
Jika kita mahu melihat dan
mengetahui bagaimana seriusnya penaklukan pemimpin-pemimpin UMNO terhadap
negara kita, boleh kita baca dengan teliti ucapan Tengku Razaleigh Hamzah dalam
pelancaran buku ‘Rich Malaysia and poor Malaysians’ yang ditulis oleh Anas Alam
Faizli baru-baru ini. Apa yang disebutkan oleh Tengku Razaleigh dalam ucapan
beliau itu hanya secebis dari perlakuan salah guna kuasa dan rasuah yang
melibatkan pimpinan UMNO sekarang ini.
Tengku Razaleigh merupakan
pemimpin UMNO yang telah diketepikan secara sistematik oleh pimpinan rakus UMNO
yang takut dengan pengaruh dan kemampuan UMNO memimpin negara jika beliau
menjadi Perdana Menteri. Ada
pemimpin yang tidak mahu TR menjadi pemimpin negara kerana TR bukanlah orang
yang mudah untuk menghalalkan segala perbuatan yang tidak direlakan rakyat.
Maka beliau tidak henti-henti di permainkan oleh pemimpin rakus negara.
Sikapnya yang gentleman
menjadikan beliau tidak sesuai dengan kehendak dan budaya politik pimpinan
rakus negara semasa itu. Maka itulah sebabnya beliau tidak terlibat dengan
segala perbuatan keji yang dilakukan oleh pimpinan negara kerana beliau sudah
tiada dalam kabinet sejurus selepas beliau tewas dalam usaha beliau untuk
menyekat apa yang berlaku hari ini dari berlaku.
Sekarang Tengku Razaleigh boleh
bercakap tanpa halangan dan telah memberikan pandangan yang akhirnya bermaksud
UMNO merupakan parti yang bermusuh dengan orang Melayu sendiri dalam ucapan
pelancaran buku tulisan Anas Alam Faizli itu. Pandangan Tengku Razaleigh itu
amat pedih di dengar tetapi itu adalah kenyataan. ‘The truth is always painful
to hear’ dan jika kita mahu melihat perubahan apa yang di sebut oleh Tengku
Razaleigh dalam ucapan beliau itu perlu diambil perhatian.
Dalam catatan sejarah, Tengku
Razaleigh merupakan satu-satunya pemimpin dari luar Amerika Syarikat yang telah dipilih
untuk mempengerusikan Lembaga Pengarah Bank Dunia dari 1977 hingga ke 1981. Dalam masa yang sama beliau mempengerusikan IMF serta dua lagi institusi
kewangan yang berlainan fungsinya iaitu Bank Pembangunan Islam yang berpusat di
Jeddah dan Bank Pembangunan Asia yang berpusat di Manila dan ini merupakan
rekod cemerlang yang belum di alami oleh mana-mana pemimpin bukan sahaja di
negara kita malahan di dunia ini.
Beliau merupakan ‘authority’
yang paling kuat untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku di negara ini. Beliau merupakan bekas Menteri Kewangan Negara kita dan merupakan batang tubuh
yang telah menubuhkan Petronas yang menjadi isi ucapan beliau dalam pelancaran
buku yang di sebutkan tadi.
Petronas yang beliau tubuhkan dengan
risiko keselamatan peribadi beliau sendiri sekarang telah diperguna oleh
pimpinan negara untuk kepentingan politik parti dan peribadi pimpinan hari ini.
TR tentu merasakan kesedihan kerana beliau telah menubuhkan syarikat petroleum
nasional ini dengan peluh dan keringat tanpa bayaran. Alih-alih pemimpin yang
mengambil kuasa negara mempergunakan untuk politik peribadi mereka dengan
sewenang-wenangnya.
Saya mencadangkan kepada
mana-mana pertubuhan supaya diadakan seminar khas tentang Petronas ini kerana syarikat
petroleum nasional ini adalah syarikat milik rakyat dan bukannya syarikat milik
pemimpin tertentu yag telah menggunakannya untuk menyelamatkan perniagaan anak
beranak beliau sahaja.
Kesabaran TR berdiri sendirian
dipinggiran politik kotor negara agaknya sudah sampai ketahap kehilangan
kesabaran beliau. Itu sebabnya apa yang beliau perkatakan itu tidak dapat
disambut oleh mana-mana pemimpin UMNO samada yang sedang berkuasa atau pada
siapa yang sudah bersara.
Apa yang telah diperkatakan oleh TR
dalam pelancaran buku yang disebutkan tadi tidak mendapat apa-apa reaksi dari
pimpinan hari ini terutamanya dari Perdana Menteri mahu pun bekas-bekas Perdana
Menteri kita.
Pendeknya apa yang diperkatakan
oleh TR itu merupakan isu yang sebenarnya dan jika tiada siapa yang menjawabnya
maka ia adalah pengakuan dipihak kerajaan hari ini bahawa mereka adalah pihak
yang bertanggung jawab terhadap kecelaruan politik dan ekonomi negara pada hari
ini.
Benar kata Anas Alam Faizli,
negara kita kaya tetapi rakyatnya miskin. Apa sebabnya? Jawablah sendiri. Siapa
yang patut melakukan perubahan negara? Itu pun jawablah sendiri kerana
jawapannya sudah berada di depan mata. Hanya mungkin ia terselindung disebalik
yang terang.
20 comments:
Alaaaa....TR pun penakut gak..mana berani lawan Najis dln pilihanraya Umno baru2 nie..we were looking for him to initiate the change..tapi tinggal harapan saje...
Parti yg dipenuhi anai2 serta dipenuhi dgn makhluk perosak yg lain, tiada siapa lagi mampu memulihkannya.
TR pun sama juga. dulu masa tubuh Semangat 46 hangat2 taik ayam. Lepas tu bubar, ikut kata Mamak Kutty. Jika Semangat 46 masih ada, gua rasa PR akan lebih cemerlang.
maaf cakap la. rakyat miskin sebab rakyat yg pilih untuk jadi miskin. rakyat miskin ni pulak jenis rasa diaprang ni kaya... sbb tu bila cadangan hapus tol, diaorang marah! nak turun petrol, diaorang ni mengamuk! belajar percuma pun diaorang tolak! GST diaorang sokong bagai nak rak, siap kenduri lagi bila GST diluluskan... amat bersyukur sbb budu,kicap,belacan,cencalok tak kena GST! jenis 'kais pagi makan ptg, kais ptg makan malam... tinggal sikit untuk mkn pagi esok sebelum kais lagi...' tak akan berusaha untuk maju; nak dpt BR1M tiap tahun!
Politic of Poverty.
Middle-class people raise poverty issues by writing; poor people do it by either grumbling or rioting.What's next? The high order thinkers apply Pavlov Principle to tame the forgetful grumbling poor. RD5
Kebodohan politik rakyat luarbandar menyebabkan mereka mudah ditipu oleh penyangak dan penyamun tarbus yang songlap harta negara(harta,rakyat) habis-habisan. Sejak tahun 1982 rakyat diperbodohkan dgn retorik-retorik yg dicanang oleh pemimpin umno-bn.
Soalnya sampai bila rakyat mahu menjual maruahdiri kpd gerombolan penyamun umno-bn ni?
Apalagi yg umno-bn mahu?
Saya pun hairan mengapa ada individu-individu yang dibenarkan membina rakit dan kelong jauh di tengah laut, jauh dari "radar" kawalan keselamatan dan menjadikannya sebagai pusat pelancungan persendirian,apabila dirompak lanun kerajaan pulak yang disalahkan .
Adakah pihak keselamatan perlu membelanjakan jutaan wang rakyat untuk menyediakan kawalan khas dan istimewa kepada tuanpunya kelong-kelong ini? anda semua tahu berapa kos minyak petrol sejam untuk keluar kelaut menggunakan enjin 50 kk sahaja?
Tuan aspan alias sepatutnya memberi cadangan-cadangan penyelesaian bukan hanya membuat komen-komen negative kepada kerajaan.
Saya pohon tuan aspan alias beri cadangan-cadangan yang praktikal bagaimana kita boleh mengelakkan lanun-lanun dari memasuki sabah dan menculik rakyat kita?
Adakah kerajaan akan dikatakan zalim jika mengarah ditutup saja kelong-kelong ini ?
Siapa yang untung dari operasi kelong ditengah laut ini?
Siapa yang terpaksa pulak tanggung kos keselamatan mereka?
Adakah mereka sanggup mengupah pengawal keselatan sendiri seperti mana premis-premis lain di darat?
Dan agak-agak kita berapa jumlah cukai pendapatan atau cukai korporat yang dibayar oleh tauke tauke kelong ini agaknya sehingga mereka perlu mendapat layanan istimewa ?Ataupun berapa orang rakyat kita mendapat pekerjaan dari operasi kelong-kelong ini?
aS salam pak Aspan,
Boleh tak pak aspan namakan siapakah
batang tubuh yg di maksudkan terlindung di sebalik yang terang itu.
Yang ingin tahu.
harap pak aspan komen.
terima kasih.
Dulu segala masalah yang tidak melibatkan antarabangsa, kerajaan dapat berselindung dan selamat. Kini masalah berlaku yang melibatkan antarabangsa, nampaknya kerajaan tidak dapat lagi berselidung disebalik ketidak kompetennya serta tidak berintergriti. Saya sebagai rakyat Malaysia amat terkilan dengan apa yang berlaku di mana para pemimpinnya adalah melayu sendiri.
Buat Anon 9:51
Bukan masalah adanya kelong atau rakit itu, tapi kerajaan berkewajipan menjaga kedaulatan perairan negara juga. Bukan setakat menjaga daratan dan ruang udara shj. Tetapi semuanya itu berjaya dibolosi oleh pihak luar tanpa kebenaran, dimana silapnya selain dari lemahnya pemantauan?
navy ada , maritine ada, PGA ada, tentera darat ada, airforce ada dan polis biasa termasuk SB bersepah...tapi lanun tetap ada.
so what is really going on....
Anon 14 : 13
Ya memeng kerajaan bertanggongjawab menjaga keselamatan negara...namun setiap tanggongjawab ada limit nya juga...apa perlu belanja jutaan wang rakyat hanya untuk mengawal beberapa kelong ditengah laut? apa istimewanya kah pemilik-pemilik kelong ini?
Ramai rakyat kita masih tinggal dirumah-rumah atas air yang serba daif, bukan saja di Sabah malah di Semenanjung seperti di kuala-kuala sungai pantai barat.
Elok pemilik tekong berpindah saja mengusahakan resort di darat yang lebih selamat dan terjamin dari membebankan kerajaan dengan kos yang tinggi untuk menjaga keselamatan mereka. Negara besar yang kaya raya seperti USA pun tidak dapat mengawal pantai/sempadan negara mereka daripada di ceroboh oleh penyeludup dan imigrant dari selatan benua amarika.
Macamana kerajaan nak menghalang lanun dari menceroboh hartabenda rakyat negara ini kalau yang memegang kuasa pemerintahan negara adalah juga terdiri dari gerombolan lanun dan geng songlap hartabenda dan wang rakyat???
Semua aset Esscon..di ambil di setiap agrnsi atm, pdrm d seluruh negara...bukan baget rm 300 juta tu..dasar tu buat agensi negeri tersebut keurang aset..yg tinggal hsnya kapal buruk..bot buruk..kenderaan buruk..
Teruaskan perjuangan dgn umno. Selamat sikit.Nanti kalau pakatan memerintah ramai pengarah2 badan kerajaan akan kena buang kerja pulak... Hidup umno. Sebenarnya melayu di bawah umno hanya NATO (no action talk only). Banyak nak cerito,nantilah tunggu pak datang ke ipoh minum teh..
Kata anonymous 11 April, 2014 12:10, t/jawab kerajaan ada limit, tapi pemborosan, penipuan, pembodohan minda, kezaliman dan fitnah yg dibuat, tidak pula ada limitnya.
Manusia ni memang akan tercabar dengan 'nemesis' nya kerana 'nemesis' boleh membaca gerak gerinya dan ada capability untuk 'sabotage' kalau hendak. Itulah UMNO, dan serpihan serpihan UMNO. Akan senantiasa merasa tercabar dengan orang yang ada kebolehan memimpin seperti mereka dan akan merasa tidak senang dengan kehadiran 'nemesis' nya itu. Justeru, ia akan 'membeli' dan 'memegang' siap siap orang yang boleh dipengaruhi oleh nemesisnya itu kerana tidak mahu kehilangan orang yang lemah yang boleh dipakai bagi tujuan menaikkan imej atau tujuan tujuan yang ada kepentingan peribadi di dalam hati. Better still, untuk sebagai defence untuk mengeluarkan true colours 'nemesis'nya yang secara tak langsung akan menjatuhkan martabat lawannya di mata orang yang 'dipakai' itu. Seperti Mahathirisme
-Wallahualam-
Saya pernah bercuti d P Mabul & Sipadan. Kebanyakan pekerjanya d Pulau tersebut terdiri dari Tokey Cina dan pekerjanya adalah org Filipina. Orang Melayu samaada cikgu atau Polis.
One for the master, One for the master, one for the
school in shape. After tea time we're getting ready to paint your
baby's nursery, what type of plants they received and if they were painted
professionally for a fraction of the cost. Many people don't know that these are available in variety of forms przedszkole warszawa on the Internet.
Benar,
Dalam satu kelompok sememangnya takde yang maksum walaupun dalam kelompok orang orang baik. Tetapi selalunya based on pemerhatian peribadi, dalam satu kelompok semua nak tunjuk yang mereka benar tetapi yang nampak paling gila dan paling terbalik itulah yang paling benar pada hakikatnya.
Post a Comment