05 April 2014

Yang hendak kekalkan atau yang hendak mengambil alih kuasa tidak boleh berbohong

Pemimpin-pemimpin UMNO telah menuduh Anwar menjadikan isu kehilangan MH370 sebagai isu politik untuk mendapatkan perhatian dan sokongan ramai. Mereka membidas Anwar kerana Anwar menuduh kerajaan sekarang sedang menutup dan menyembunyikan sesuatu dari rakyat berhubung dengan kejadian malang bagi pesawat MAS itu pada 8hb Mach yang lalu.

Anwar telah berkata demikian semasa ditemuramah oleh media antarabangsa baru-baru ini. Anwar dengan tegas telah menuduh kerajaan menyembunyikan sesuatu dari rakyat dan ini adalah tindakan yang tidak betul dan mempunyai motif tertentu kerana menyembunyikan beberapa fakta tentang isu MH370 ini.

Sebagai seorang parliamentarian, Anwar berhak untuk bercakap dan membuat tuduhan itu kerana ia melibatkan kredibiliti negara. Tetapi apa yang Anwar perlu lakukan ialah dengan memberikan rakyat penerangan tentang apa yang di sorokan oleh kerajaan dari pengetahuan umum. Jika Anwar bercakap demikian tentunya Anwar boleh memberitahu apa yang beliau tahu tentang apa yang kerajaan sembunyikan itu.

Tetapi setakat ini Anwar belum lagi memberikan butiran tentang isu ini kepada ramai. Beliau hanya setakat memberikan tuduhan itu dan sekarang beliau berhutang kepada rakyat untuk memberitahu apa yang beliau tahu. Jika Anwar berani bercakap sedemikian, tentu sekali Anwar tahu apa yang di sorokan dari rakyat itu.

Rakyat ingin tahu dan Anwar jangan tunggu lama untuk memberikan kita tahu apa yang beliau tahu. Tentu Anwar tidak mahu mengulangi kesilapan seperti yang beliau lakukan selepas sahaja PRU yang lepas. Beliau telah menuduh lebih kurang 40,000 orang rakyat Bangladesh turut mengundi untuk memenangkan BN semasa itu.

Akhirnya beliau menafikan yang beliau telah membuat kenyataan sebegitu sedangkan ramai rakyat telah mendengar dan melihat ucapan itu sendiri baik secara terus mahupun melalui youtube dan sebagainya.

Jika Anwar berjaya memberikan fakta yang jelas tentang tuduhan beliau terhadap kerajaan berhubung dengan isu MH370 ini, ia akan dapat membersihkan imej beliau sebagai pemimpin yang berbohong setelah menuduh puluhan ribu rakyat Bangladesh turut mengundi dalam PRU yang lepas untuk memenangkan BN.

Anwar berwajib untuk memberitahu kita semua, apakah yang dirahsiakan oleh pimpinan negara berhubung dengan isu pesawat malang itu.

Kita tunggu pembongkaran beliau itu. Jangan tunggu lama-lama. Nanti rakyat akan tuduh beliau berbohong lagi. Kalau nak jadi Perdana Menteri tidak boleh berbohong. Itulah sebabnya, jika Anwar boleh menunjukkan yang Najib dan pimpinan berbohong, maka sampailah masanya barisan pimpinan yang ada sekarang berhenti dan bersara.

Anwar pun sama, jika di dapati berbohong ia akan menimbulkan masalah untuk dirinya menjadi Perdana Menteri sebagai yang beliau idamkan itu. Pendeknya yang hendak kekal sebagai Perdana Menteri pun tidak boleh berbohong dan yang ingin dan mengidamkan jawatan PM itu pun tidak boleh berbohong.

11 comments:

Anonymous said...

Tun M banyak kali bohong boleh pun jadi PM... sampai 22 tahun..

Anonymous said...

It is better for him to shut his mouth as whenever he starts talking,only shit will comes out.

Anonymous said...

Itu la tu. Seteruk teruk Dr M dia at least educated. Bercakap mcm orang yg bersekolah kerana dia byk membaca. Tengku Razaleigh pun begitu. Ramai yg nak mengikut kedua dua ni tapi tak menjadi. Mcm bumi dgn pluto. All end up self absorbed and kuat berangan.

Anonymous said...


Orang dah overpoliticking mmg kuat bersilat. Hahaha. Kesian.

Anonymous said...

Anon 5.4.2014 21:20
A short statement but very significant, that's amazing!

Anonymous said...

There is such thing called OSA. Anyway, it's always UMNO/BN's fault when it comes to MH370 incident

Anonymous said...

Pak,
Apakah maksud "sorok"? Kalau dah diketahui orang, buat apa bersusah-susah nak sorok kan?

Anonymous said...

Cantik tulisan tuan.

Anonymous said...

Why Najib avoiding from reporters at a PC? It seemed as there was something to hide. There must be some information categorized as confidential, should it be hidden. He is so weak to handle the situation, would also try to cover own weakness. There were something to hide or covered. True, Anwar can't be labeled as a liar, because hiding activity of some information must be done by our government was really happened.

Anonymous said...

Politikus mesti ada temberag punya kalau tak lebih baik jadi imam.

sobri said...


Anon 23:07,

If Anwar knows what Najib is hiding, why can't he tell it out? It's mere suspicions and Anwar takes it politically.

As AA has said, Anwar must tell what Najib is conceal. Don't just allege blindly.

Anwar has the record of lying by alleging that BN won because of foreigners who came to vote for BN in the last ge.

Anwar is equating others with his dubious characters.