Tanggal 31 Januari akan sampai
dan itulah tarikhnya 1MDB perlu membayar hutang RM2 billion kepada tiga buah
bank di Malaysia. Pembayaran itu sepatutnya diselesaikan pada penghujung tahun
2013 lagi tetapi telah diberikan tempoh setahun lagi untuk membayarnya, iaitu
pada penghujung tahun 2014 yang lalu. Tetapi 1MDB masih gagal untuk membayarnya
dan telah dipanjangkan lagi tempoh pembayaran itu kepada 31hb Januari yang
hampir tiba.
Sejak setahun yang lepas 1MDB
telah pergi ke merata-rata memohon pinjaman untuk mengembalikan wang yang
sepatutnya dibayar kepada tiga buah institusi kewangan negara tetapi telah
gagal untuk mendapatkannya. 1MDB sampai
ke hari ini masih lagi belum dapat melunaskan hutang yang tertangguh sebanyak
RM2 billion itu dan ini memaksa Bank Negara Malaysia untuk melakukan sesuatu.
Apakah bentuk tindakan BNM
terhadap 1MDB itu tidak pasti lagi tetapi isu pinjaman 1MDB yang tidak berbayar
ini sudah pasti menjejaskan badan-badan kewangan negara dan BNM
bertanggungjawab untuk mencari penyelesaiannya. Isu ini bukannya isu yang kecil
kerana ia boleh melumpuhkan sistem kewangan negara dalam situasi negara sedang
menghadapi krisis ekonomi dan kepimpinan yang amat genting sekarang ini.
Kejatuhan harga minyak mentah
yang begitu teruk dan ditambah pula dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding
dengan banyak matawang antarabangsa ini tetap akan menjejaskan ekonomi negara
dengan kadar yang amat mengeri dan menakutkan. Kepimpinan negara sedang
menghadapi krisis dalam semua bidang dan ini merupakan keadaan yang akan
memaksa rakyat dan negara terutamanya kepada pimpinan semua pihak mencari jalan
penyelesaiannya secepat yang mungkin.
Yang pastinya pembaik pulihan ini
tentunya memerlukan pemimpin yang memahami keadaan ekonomi dan memahami cara
penyelesaiannya yang betul. Ia memerlukan seorang pemimpin yang 'berstature' seorang ‘planner’ yang berpengalaman dan ini sahajalah caranya bagi kita boleh
mencari penyelesaian dan menjadikan masalah yang kita hadapi ini menjadi
sejarah.
Jika 1MDB tidak dapat membayar
kembali hutang dari tiga buah institusi kewangan di negara ini, maka yang
terbeban dengan masalah salah pengurusan 1MDB ini ialah bank-bank yang
memberikan pinjaman dahulu, iaitu Maybank, CIMB dan RHB. Kerugian yang bakal
di alami oleh bank-bank tersebut sudah tentunya memberikan impak besar terhadap
pertumbuhan ekonomi negara dan ini adalah satu kesilapan yang sangat
‘unnecessary’ yang kita semua hadapi.
Penubuhan 1MDB ini dari awal lagi
telah dipersoalkan oleh ramai. Tetapi pimpinan Najib terlalu angkuh dan tidak
memikirkan pandangan pakar-pakar bidang ini kerana Najib lebih berusaha untuk
menunjukkan kelainan dari pemimpin yang terdahulu dalam bidang ini, bidang yang
telah jelas merupakan bidang yang beliau terlalu kecil pengetahuannya.
Rakyat ramai sedang menunggu
tindakan susulan yang bakal diambil oleh BNM dalam usaha penyelesaian hutang
1MDB ini. Yang jelas kini kita mesti akui yang persetujuan mana-mana pihak
untuk memberikan pinjaman kepada syarikat ini adalah didasarkan kepada prestasi
pengurusannya dan bukannya dari kekuatan pengaruh politiknya. 1MDB telah pergi
ke merata pelusuk dunia untuk mendapatkan pinjaman bagi membayar apa yang
sepatutnya dibayar kepada bank-bank tempatan yang telah tertambat dengan
masalah 1MDB ini.
Bagi sebuah syarikat sebesar 1MDB
ini, mendapatkan pinjaman sebanyak RM2 billion ini sepatutnya tidak menghadapi
masalah. Tetapi kenapa semua institusi kewangan antarabangsa tidak mahu
memberikan pinjaman kepada syarikat ini, tentulah semua tahu jawapannya yang
sebenar. Reputasi dan prestasi syarikat ini telah dipersoalkan bukan sahaja
oleh masyarakat korporat tempatan tetapi juga oleh pihak ‘investment bank”
tetapi juga oleh seluruh masyarakat korporat yang professional.
Masalah yang dihadapi oleh 1MDB
ini pada pandangan ramai merupakan katalis kepada kejatuhan barisan pimpinan
hari ini, bukan setakat Najib seorang, kerana semua tindakan ini adalah
keputusan bersama oleh jemaah kabinet negara kita. Untuk menjawab persoalan
yang sedang dihadapi oleh kerajaan pimpinan hari ini, ia tidak boleh diberikan
tanggungjawab menjawabnya hanya kepada seorang Timbalan Menteri seperti Ahmad
Maslan. Memberikan Ahmad Maslan untuk menjawab persoalan ramai itu, hanya akan
menambahkan rasa kurang keyakinan terhadap ketelusan pengurusan syarikat ini.
Kita juga tidak kurang ramainya
sedang menunggu jawapan dari Menteri-Menteri yang dikatakan mempunyai latar
belakang sebagai ‘investment banker’ seperti Khairy Jamaludin. Tetapi Ketua
Pemuda itu masih senyap dan sunyi berhubung dengan isu ini. Minggu lepas Bank
Negara telah berjanji untuk membuat pengumuman penting tentang isu 1MDB dengan
hutangnya ini, tetapi sehingga hari ini BNM masih lagi belum membuat apa-apa
pengumuman dan rakyat masih tertanya-tanya kepada keadaan yang sangat meruncing
ini.
Kerugian ini merupakan kerugian
yang lebih besar dari kerugian yang dialami oleh Bank Negara pada tahun sembilan
puluhan dahulu dalam perniagaan pertukaran wang asing. Dalam isu itu Bank
Negara telah kerugian ‘operational’ sebanyak RM36 billion dalam mana Bank Negara
telah menjual banyak aset untuk mengumumkan pengurang kerugian kepada RM9
billion sahaja semasa itu.
Negara telah beberapa kali
mengalami kerugian yang melibatkan puluhan billion ringgit dan sekarang ini
kerugian sebesar itu sudah menjadi perkara biasa bagi kerajaan yang mentadbir
kita pada hari ini.
Itu sebabnya saranan berbagai
pihak untuk Najib dan barisannya meletakkan jawatan dan berundur sejak dari dulu
adalah saranan yang sangat tepat kerana sekarang sememangnya sudah tidak ada
sebab kenapa mereka tidak berundur lagi. Tenyata segala-gala yang mereka lakukan semuanya menghadapi masalah yang akhirnya rakyat ramai yang membayar
semua kerugian ini.
Sampai bila kita perlu menahan
kesabaran menghadapi isu-isu seperti ini?
7 comments:
salam Tuan.
Mengharapkan penjelasan dari kerajaan 47% yang tiada moral memerintah, itulah akibat dari penipuan kerajaan najib.Sri lanka mendapat pm baru dengan hanya undi 51%. Pakatan mendapat undi 51% tapi masih kalah. sebenarnya najib tak peduli sebab mereka bukanlah pemerintah sebenar.Jadi apa yang berlaku dibiarkan rakyat merana akhirnya.inilah perangai sebenar najib.Perangai manusia haramjadah.
Semuanya akan menjadi sejarah ja. Macam kes2 lain juga. Selagi Melayu miskin, selagi itulah mereka berkuasa..
Esok lusa, rakyat akan dikerahkan lagi untuk BEKERJA BERSUNGGUH2 UNTUK mereka habiskan duit rakyat.
Yang paling utama sekarang, berfikir bagaimana nak menangani pilihanraya dan SPR....
Tuan Aspan
The country is definitely going south. We have a clear and danger situation but nothing is being done. Even the 2015 Budget was never revised in the midst of spiraling oil price.
dh tau ..smpai masa sok..depa pangkah jugak...ingat duit BRIM tu ambik mna?...tpi dh buta..pangkah BN mmnjang..dh jdi bodo dh yg memangkah tu...ikut kau la labu..!!!!
Jgn tuduh babi buta..ada fakta sekerat2..trus buat tuduhan..pengerusi PAC Nurjazlan dah pun beritahu..IMDB blum berdepan masalah & dah diaudit firma antarabangsa..so tunggulah lapuran bank negara..jgn terpedaya dgn persepsi!
Belum puas lagi dgn jawapan Gabnor BNM ari ni tadi?..TS Dr. Zeti AA kta.." Kami tak pernah mengulas mengenai entiti individu, namun kami mempunyai aturan utk menanganinya spaya tiada mana2 entiti individu mendatangkan implikasi sistemik ke atas sistem kewangan ke atas ekonomi ngara inilah prinsip asas katanya"..harap sama2 fahamlah!
Mengulas ttg pelaburan yg dibawa balik dpd SPC yg bedaftar di kep. Cayman bliau bkata "kami tidak mbuat ulasan ke atas individu."..dlm kes yg diberikan lanjutan ,ia bukan oleh Bank Ngara, ia dpd peminjam, iaitu bank komersil, mereka yg buat kputusan itu,katanya...maka fahamlah kita..tq TS Dr.Zeti AA!
Post a Comment