Tekanan terhadap Najib untuk
berundur semakin kuat kedengaran. Jika kita buat tinjaun di peringkat akar umbi
amat susah mencari orang yang tidak bersetuju untuk Najib berhenti. Dikalangan
‘warlords’ dalam UMNO kini teraba-raba seolah-olah tidak mempunyai jalan lain
selain dari memaksa Najib untuk bersara sahaja. Seboleh-bolehnya Najib tidak
mahu bersara kerana bersara untuk kepentingan negara sudah tidak menjadi budaya
dalam kepimpinan UMNO lagi.
Berlainan dari kepimpinan pra
Mahathir di mana pemimpin mengutamakan perpaduan ahli-ahli parti dan rakyat.
Jika pucuk pimpinan merasakan yang rakyat dan negara akan berpecah kerananya,
pemimpin utama itu dengan senang hati mengundurkan diri. Semasa itu keutamaan
niat dan matlamat seorang pucuk pimpinan itu ialah untuk mengekalkan negara
berada dalam kesejahteraan.
Hussein Onn telah mengumumkan
tidak mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan 1981 selepas sahaja beliau
ditentang oleh Sulaiman Palestin pada tahun 1978. Dalam pertandingan itu
Hussein telah mendapat kemenangan besar dan Sulaiman Palestin hanya mendapat
lebih sedikit dari seratus undi sahaja dari 1200 orang perwakilan.
Tetapi apakah yang menyebabkan
Hussein bertindak mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO
dan Perdana Menteri pada tahun 1981 dahulu? Sebabnya ialah beliau tidak mahu
UMNO itu pecah belah dan beliau telah merasakan walaupun hanya segelintiran
yang tidak bersetuju dengan beliau sokongan terhadap beliau tetap tidak bulat
untuk membolehkan pengekalan perpaduan dalam parti semasa itu.
Hussein mendapat tekanan dari
Pemuda UMNO untuk bersara kerana isu Dato Harun Idris yang dianggap oleh ramai
ahli UMNO khususnya pemuda telah sebagai satu penganiayaan terhadap Harun
semasa itu. Pemuda berkeras untuk membela Dato Harun dan telah memutuskan untuk
menandingi Hussein dalam pemilihan pada tahun 1978, tahun mana Husein sedang
mendapatkan ‘endorsement’ sebagai Presiden parti itu setelah memangku jawatan
itu sejak Januari 1976 selepas kematian Tun A Razak.
Usaha Pemuda semasa itu mendapat
sokongan Timbalan Presiden secara senyap-senyap semasa itu, iaitu Dr Mahathir
Mohamed yang tatkala itu sudah mahukan jawatan Presiden parti itu untuk beliau
sendiri. Oleh itu pertandingan Sulaiman Palestin dengan Hussein Onn itu
membuatkan Dr Mahathir berjaya mendapatkan jawatan Presiden itu lebih mudah
setelah Hussein mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya
sebagai Presiden parti dalam pemilihan berikutnya iaitu pada tahun 1981 dahulu.
Persoalannya ialah kenapa begitu
mudah Hussein mengalah dan memberikan laluan kepada Dr Mahathir begitu senang
tanpa sebarang masalah yang membawa UMNO itu kepada perpecahan? Jawapannya
mudah kerana pemimpin semasa itu hanya mahu melihat negara aman melalui
perpaduan kepada parti yang memerintah, UMNO ketika itu. Hussein mahu pun Tun
Razak sebelum itu tidak menganggap meletakan jawatan itu sebagai perkara yang
payah untuk dilakukan kerana yang hanya ada dalam jiwa dan benak mereka
hanyalah keamanan dan perpaduan rakyat dan tidak mahu melihat negara dibawa
kepada arah tuju yang boleh membawa perpecahan negara.
Pemimpin semasa itu tidak
memikirkan masalah keluarga dan menganggap bersara dari jawatan itu sendiri
adalah pengorbanan terhadap rakyat dan negara. Mereka lebih menumpukan usaha
untuk meninggalkan nama yang baik dan tidak mahu sejarah membaca mereka sebagai seorang
pembawa masalah kepada negara. Kenapa mereka mampu untuk menjiwai nilai ini?
Sebabnya mudah kerana mereka tidak memikirkan laba dan keuntungan peribadi dan
keluarga atau harta benda yang berbillion ringgit.
Apabila mereka berjaya menyatukan
rakyat berbilang kaum di negara ini, mereka mengambilnya sebagai kejayaan
peribadi yang sangat berharga untuk dibawa mati, tanpa sebarang persoalan dan
persepsi buruk semasa meninggalkan dunia ini. Mereka mengambil mencapai
‘ultimate perpaduan nasional’ itu sebagai ibadah yang dituntut agama dan
bangsanya. Lagi pula mereka mahukan kehidupan yang tenang semasa waktu-waktu
sisa-sisa hidup didunia ini. Mereka takutkan kepada generasi yang akan datang
yang akan membaca sejarah buruk untuk mereka.
Semuanya ini sudah hilang dan
tidak lagi wujud elemen mulia ini dalam kepimpinan negara. Kepimpinan sekarang
dari semua pihak sarat dengan kepimpinan yang berpandukan kepada kemahuan peribadi
dan kepimpinan negara begitu sarata dengan mereka yang hanya menumpukan tenaga
mereka untuk menjadi ‘social climbers’ semata-mata. Mereka adalah dari gulungan yang terlalu
banyak kekurangan dalam diri mereka. Mereka tidak lebih dari orang ramai
dibawah ini, termasuk diri saya sendiri yang hanya layaknya hanya menjadi
pendukung perjuangan dan bukannya untuk menjadi pemimpin.
Itu sebabnya diantara mereka atau
ahli keluarga mereka apabila sampai kepuncak mereka mengambil kesempatan untuk
menggunakan apa yang ada dihadapan mereka untuk diperguna dengan habis-habisan
tanpa menimbangkan moral terhadap tindakan mereka. Yang berangan selama ini
untuk menjadi ‘jet setters’ akan menggunakan kesempatan untuk terbang kemerata
dan seantero dunia dengan jet-jet kerajaan dan semuanya ini dibayar oleh
rakyat.
Pimpinan seperti ini juga tidak
mahu mengambil segala ‘accountability’ di atas segala kesalahan dalam
menggunakan wang kepunyaan rakyat terhadap kononnya pelaburan untuk negara.
Kerugian yang melibatkan kerugian berpuluh-puluh billion ringgit di dalam
setiap kes ‘misadventure’ sudah menjadi lazim dan tidak dianggap sebagai
bersalah lagi.
Mereka masih selamba melekat
kepada kerusi dan jawatan yang penting negara itu. Yang masih menjadi Perdana Menteri tidak mahu dialih dan dianjak, yang menjadi Menteri Dalam Negeri tetap
memberikan alasan ‘cock and bull stories’ dalam mempertahankan kesalahan moral
dan politik yang mereka lakukan. Tidak ada bentuk kesalahan yang boleh
membuatkan mereka mengambil ‘accountability’ dan berhenti sahaja dari jawatan
sandangan mereka.
Selalunya pemimpin yang tidak
berkemampuan dan lemah tetapi masih ingin untuk berjawatan penting itu adalah
mereka dari jenis yang tebal kulit mukanya. Itulah ‘attribute’ penting dalam
kepimpinan hari ini baik dari pihak kerajaan mahupun dari pihak yang
membangkang.
Tidak ada lagi pimpinan yang
terasa yang mereka perlu meletakan jawatan kerana kekal dengan jawatan mereka
itu akan memecah dan merosakan negara sehingga ia tidak dapat diperbetulkan
lagi.
Mengikut dan mencontohi
Hussein Onn tidak menyelerakan bagi pemimpin hari ini kerana tidak dapat
kepentingan dan laba yang bertimbun. Kadangkala hendak salahkan orang lain pun
susah juga, kerana anak kepada Hussein itu sendiri pun tidak mahu menghargai
jiwa dan semangat bapanya itu.
2 comments:
Tuan AA,
Kalaulah Najib turun sebagai PM, maka ramailah pembodek-pembodek atau dalam ertikata lain "hantu raya, toyol, pelesit dan semua jenis hantu " yang bergayut dengan Najib akan mencari tuan baru untuk di hisap darahnya.Orang yang bergantung hidup dengan "jin-jin" penasihat ini merupakan orang-orang yang tak yakin dengan diri sendiri. Berapa ramai yang menjadi penasihat media, politik, ekonomi dan entah apa-apa lagi jawatan yang diwujudkan di bawah JPM untuk "tolong" Najib?
Dibawah Najib , bajet JPM merupakan bajet terbesar yang pernah diperuntukkan dan ia melebihi cantuman 5 PM terdahulu walaupun Tun M metadbir negara selama 22 tahun. Najib mengambil alih jawatan PM pada 2009 tetapi membelanjakan utk kementerian yang di kawalnya berkali ganda lebih tinggi dari 5 PM sebelum beliau.Hutang negara berkali ganda lebih banyak sewaktu Tun M meninggalkan jawatan PM. Hampir mencecah RM 600 billion dan sekiranya diagihkan kepada rakyat Malaysia yang berjumlah hampir 29 juta ianya adalah berjumlah RM 21,000 setiap rakyat malaysia menanggung hutang untuk Najib.
Najib umpama bukan tikus membaiki labu tetapi umpama kera mendapat bunga, hancur di buat kera .
Sekiranya Najib terus memimpin Malaysia, kita akan menuju kemuflisan.
Kita hanya boleh katakan " 47 % pilihan rakyat Malaysia merupakan pilihan yang amat bijak".
Mangsa Banjir.
Tun Daim memiliki kekayaan MELAMPAU dan SOALnya dari mana datangnya sumber kekayaan beliau? Akhir tahun 1969 selepas Peristiwa 13 Mei , Daim bersara drp dunia guaman buat selama-lamanya,bekerjasama dgn Low Kiok Boo &n Thamby Chik buka bisnes garam, tapi kurang ilmu DAIM GAGAL.Daim buka pula bisnes buat plastik &n alami kerugian kerosakan jentera akibat mogok yang dilancarkan oleh pekerja yang tidak puas hati. Kilang terpaksa ditutup dan pinjaman permulaan yang tidak berbayar daripada Bank Bumiputera dengan ugutan untuk mengisytiharkan Daim muflis.DAIM GAGAL LAGI.
Pada tahun 1971, Daim buka Syarikat Maluri Sdn Bhd. Menjelang awal 1970, Daim baru tahu cara yang mudah dan cepat untuk menjadi tokoh peniagaan Malaysia ialah mendapatkan kontrak perniagaan yang sudah pasti dalam genggaman melalui jaringan politik. Daim telah membeli tanah lombong di sekitar Maluri drp kerajaan dengan harga yang sangat murah dan membangunkan kawasan tersebut dan sebahagian di jual kpd Kerajaan. DAIM MULA BERJAYA.
PD tahun 1979 bila dia membeli Malaysian French Bank. 1984, ambil alih United Malayan Banking Corporation Bhd dan sempena perlantikkan sebagai Menteri Kewangan pada tahun yang sama Daim menjual kembali saham perbankan tersebut. Sebelum bersara, Daim Zainuddin membeli saham dalam Hock Hua Bank (Sabah) Bhd pd 1997 dan sekali lagi menjual kepentingan di dalam bank selepas sekali lagi dilantik menjadi Menteri Kewangan.
Pada 1997, Langkah Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Mohd Nasir Ali umum beliau bertindak bagi pihak Daim. Hock Hua Bank ditukar nama jadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG.
Setelah ditamatkan riwayat sebagai Menteri Kewangan, dikhabarkan, Daim telah membawa sejumlah Wang yang disimpan diluar negara PULUHAN BILLION US DOLLAR dan melabur di dalam sektor perbankan. Daim dikatakan memiliki International Bank of Commerce (ICB) 59 cawangan di Indonesia, 23 cawangan di Africa dan 9 cawangan di Eastern Europe. Daim menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur. Daim kini memiliki sebanyak 151,844,00 unit saham dalam ICB yang mewakili kepentingan 84.4 peratus.
Mungkin DS Anwar berkata benar BUAT PERTAMA KALINYA (Sebelum beliau dihumban ke Penjara). Dari mana Daim mendapat PULUHAN BILLION US DOLLAR? Tun Daim "the small man" juga dikenali sebagai Pembuli Pasaran Kewangan bilamana Bank Negara mengasak hampir kesemua matawang di pasaran kewangan antarabangsa di antaranya Pound Sterling, US Dollar dsbnya. Lim Kit Siang telah membawa permainan buli matawang oleh Bank Negara sewaktu Daim menjadi Menteri Kewangan di Parlimen - tetapi dijawab dan diSELINDUNGKAN oleh DS Anwar sebagai TIADA APA PERUBAHAN ASET BANK NEGARA. Mungkinkah sewaktu itu DS Anwar tidak tahu atau sama-sama mencuba menaruh harapan akan wang gelap pasaran kewangan dikongsi bersama? Apakah DS Anwar dituduh meliwat kerana Daim tidak mahu berkongsi wang gelap hasi drp buli pasaran matawang?
Jika sekiranya Daim memiliki Bank dan kepentingan besar dalam Industri perbankkan ICB, Tun Mahathir juga memiliki Bank di Guam. Tapi tak banyak yang mengetahui Kekayaan Tun Mahathir berganda-ganda drp Daim yang sebhg dilaburkan kembali di Malaysia. Macammana anank-anak Tun Mahathir semuanya kaya raya? sebut saja Mokhzani...Tokey Minyak, Mukhriz..laa pon Tokey Judi, Kapal, Arak dan Minyak, Mukhriz Tokey Fibre optik? Cuma Marina Mahathir miskin papa kedana kerana selalu lawan Tun Mahathir, jadi dia tak dapat apa2..nak kahwin jadi bini no. 2 Nazri Aziz pon Tun M larang...kesiannya Marina...sampai matilah melawan Bapak?
Apakah Kekayaan Melampau Tun Daim dan Tun Mahathir ini sebenarnya Wang Rakyat yang dirompak keluar oleh kedua2 Tokoh Negarawan yang merupakan Lanun dan Perompak yg Merompak melaui batasan? Adalah diharap DS Anwar mampu mencerahkan suasanan dengan penyerahan bukti-bukti?
Post a Comment