22 January 2015

Kembali kepada tempat kita mula melakukan kesalahan dahulu, insyaallah jumpa penyelesaiannya

Ramai yang meminta saya memberikan komen tentang tuduhan atau pandangan setengah pihak yang Najib dan Anwar akan berkompromi dan kompromi itu adalah semata-mata untuk menyelamatkan tengkok masing-masing. Saya bukan orangnya yang pandai menelah dan membuat andaian yang betul dan tepat seperti setengah orang lain, tetapi di dunia ini tidak ada yang mustahil, apatah lagi apabila bercakap tentang kuasa dalam kerajaan negara dan negeri.

Anwar sememangnya ketagih untuk menjadi pemimpin. Jika Najib selalu berkata, ‘at all costs we must retain Putrajaya’, Anwar juga begitu. Anwar akan buat apa sahaja untuk mendapatkan kuasa. Perhubungan di antara beliau dengan Pakatan Rakyat itu adalah ‘marriage of convenience’ dan beliau sanggup bersama parti-parti dan pemimpin yang beliau musuhi dengan kuat semasa lampau. Bagi politik baru ini, ia adalah satu situasi yang realistik. Berkawan hari ini bermusuh esok hari.

Najib pula sedang berada dalam keadaan yang sangat susah kerana beliau bukan sahaja mempunyai terlalu banyak ‘perkara’ yang beliau hendak tutupi, beliau juga tidak mempunyai kekuatan sokongan ramai lagi sedangkan beliau belum puas untuk berkuasa lebih lama. Mahu tidak mahu Najib tidak lagi dihormati oleh pemimpin dalam BN dan UMNO, beliau juga bukanlah pemimpin yang disayangi oleh rakyat yang ramai.

Banyak tanda-tanda yang menunjukan yang beliau sudah hilang segala sokongan, yang hanya tinggal kepada beliau hanyalah kuasa eksekutif yang diperguna habis-habisan untuk mengekalkan kuasa. Secara ‘conclusive’ nya Najib sudah hilang segala-gala yang perlu bagi seorang pemimpin Persekutuan Malaysia ini.

Kita wajar memahami yang jawatan Perdana Menteri Malaysia adalah jawatan yang boleh memasukkan ke dalam dan mengeluarkan seseorang dari penjara. PM Malaysia mempunyai kuasa yang lebih besar dari seorang Presiden Amerika Syarikat (AS). Mahu tidak mahu kita sedang memerhati dan mencari sebab kenapa keputusan Mahkamah Persekutuan tentang rayuan Anwar dalam kes Sodomi 2 masih tidak dilakukan oleh Mahkamah Persekutuan itu.

Kedua-dua Najib dan Anwar pendeknya adalah dua orang pemimpin ‘desperado’ dan kebarangkalian mereka untuk berkompromi semata-mata untuk kepentingan mereka berdua itu tetap ada. Hanya samada mereka berjaya untuk berbuat demikian sahaja yang menjadi persoalan sekarang. Mereka bukan mahu memikirkan apakah ‘consequence’ nya terhadap nasib siasah dan kerajaan negara ini. Yang penting bagi mereka ialah kuasa dan cara berpolitik sebegini sememangnya ‘attribute’ kepimpinan yang sangat tidak bermoral.

Kalau benar mereka adalah dari gulungan pemimpin yang bermoral, takkanlah seorang mengalami ‘dipatuk ular dua kali dari lubang yang sama’, dan seorang lagi sudah menjadi bahan cacian rakyat di merata-rata tempat. Tetapi tolak lah isu ini ke tepi dahulu.

Bagi saya tidak akan ada persefahaman di antara Najib dengan Anwar tetapi ramai yang suka untuk melihat dan mengkaji apakah implikasinya jika teori kompromi Anwar/Najib oleh beberapa orang pemerhati politik tanahair itu benar? Jika ia benar, maka apa yang blog ini telah selama ini sudah menjadi kenyataan. Sekarang sudah lengkap masing-masing pihak ada masalah untuk di tutupi dan masing-masing menggunakan isu yang sama di antara satu pihak dengan satu pihak yang lain. Apa yang kita lakukan yang tidak baik ia akan akhirnya timbul kerana jika kesalahan itu besar tidak ada apa yang boleh menutupinya. Bagaimana 'bangkai gajah hendak di tutupi dengan nyiru'?

Kalau kita mempunyai pengalaman tidur di padang pasir kita akan mendengar dentuman kuat di mana-mana pada tengah malam kerana batu-batu pejal itu pecah oleh kerana perbezaan dan perubahan suhu yang mendadak di antara siang hari dengan malam hari. Ia merupakan ‘physic and geographical principle’ yang sangat mudah difahami Apa yang berlaku sekarang ini 'ibarat batu-batu pejal yang pecah ditengah padang pasir'. Apabila batu-batu pejal itu pecah maka apa-apa kesalahan yang kita sangka boleh ditutupi oleh batu-batu pejal itu akan terbongkar akhirnya.

Masing-masing mempunyai pengetahuan yang luas tentang diri-diri di antara mereka. Masing-masing boleh berkata kepada pihak yang bertentangan. “I know what you did last summer”. Seperti yang saya selalu katakan mereka ini adalah hasil dari acuan yang sama. Bentuknya sama, rasanya sama, nilainya sama dan isinya pun sama. Kalau tidak sama masakan mereka berbalah di antara satu dengan lain dengan melemparkan tuduhan yang masing-masing penyumbang kepada masalah yang negara hadapi sekarang.

Kata orang 'keruh di hulu, keruh di hilir'. Kalau tidak ada kesalahan yang dahulu masakan ada kesalahan yang sekarang. Apa yang berlaku di antara kedua-dua belah yang berperang sekarang ini bukan tidak pernah dijangkakan. Kita boleh membaca dan mentelaah apa yang mereka lakukan dengan sengaja, maksud saya kerana politik peribadi yang mendahului politik bangsa dan tanah airnya.

Apabila telah merasakan bahana dari politik tidak jujur dahulu maka masing-masing menyalahkan pihak yang lain sedangkan apa yang dilakukan oleh mereka yang sedang mentadbir poilitik dan negara sekarang adalah hasil dari acuan yang telah mereka bentuk sejak tiga dekad dahulu. Tidak adalah yang salah dan yang benar di antara kedua-dua belah pihak yang sedang ‘berperang’ sekarang ini. Mereka adalah dari kelompok dan budaya yang sama dan mereka hanya mementingkan apa yang diperlukan oleh pihak masing-masing.

Itu sebabnya negara perlukan perubahan drastikdan kita perlu memulakan politik baru dengan situasi yang baru. Kita terpaksa memulakan negara yang baru, dan jika kurang dari itu kita tidak akan berjumpa jalan penyelesaiannya.

Kita berkata demikian kerana tiada apa yang akan kita jumpai yang baik selagi kita terbalut dengan elemen-elemen ‘greed, anger and foolishness’ seperti yang selalu saya sebutkan itu.

Kita perlu lepaskan diri kita dari pengaruh-pengaruh negatif yang saya sebutkan tadi yang telah menguasai diri pimpinan kita selama ini. Sekarang semua sudah merasakan akibah jika pucuk lalai dalam membentuk kepimpinan pelapis yang mempunyai roh perjuangan seperti yang telah dibentuk oleh pimpinan terdahulu. Suara-suara seperti ini telah diluahkan oleh ramai di antara yang insaf tentang kelalaian ini, tetapi pihak ini sentiasa diketepikan secara sistematik semata-mata kerana kepentingan jangka pendek peribadi yang tidak menguntungkan negara.

Akhirnya yang lalai ini jugalah yang sedang merasakan bahang dari permainan politik peribadi sejak puluhan tahun dahulu. Blog ini tidak jemu-jemu menyebut isu ini kerana ia adalah isu yang sebenarnya yang telah melanda kita semua sejak itu.

Jika kita benar-benar serius untuk melihat pembetulan maka caranya hanyalah untuk kembali ke tempat yang kita mula-mula melakukan kesilapan ini dan kembali kepada ‘basic’ perjuangan parti pemerintah dahulu.

5 comments:

Naza said...

Tikus yang telah merosakkan labu pendidikan Malaysia tahun 1995-1999 kini cuba membaiki labu ekonomi... Tikus yang sama tentu hasilnya sama.

Mujur Najib bukan Tok Batin. Jika tidak habis orang asli Malaysia kena jual...hahaha

betty grable said...

Kalau guru kencing berdiri...anak muridnya kencing sambil menari. Cita2 untuk membentuk dinasti kodi nampaknya masih kelam...alahai mahatir!!!!!

Anonymous said...

Saya cukup setuju mrk dari acuan yg sama. . Mahathir kata kebusukan umno dh sampai ke usus. . Nah sekarang umno sarat dgn barah sampah sarap. Mrk seolah2 mampu monitor mahkamah dan kuasa trojan boleh buat itu ini. releven lgi kah umno?

Anonymous said...

kes kapal terbang kes jual lahat datu pada amerika kes altantuya kes kapal selam kes 1mdb kes cicin kes baju kes filem kes sapu dana negara semua ada ini nak jadi pemerintah.lakhanatullah punya najib bini serta zuriat nye dan juga lupa lakhanatullah pada kroni serta kakkitangan kerajaan semoga kamu dilakhanat oleh allah amin

Mohd Salleh said...

Malaysia semuanya boleh. Jadi APA nak dihairankan.Tidakada yang mustahil bagi orang politik.Ini termasuk undang undang boleh dipiuh ikut kehendak politik iaitu kehendak pihak berkuasa. Inilah yg berlaku di Malaysia..