“Najib has to immediately retire!” kata seorang pemimpin UMNO yang tidak mengizinkan saya menyebut
namanya. Saya tidak faham kenapa pemimpin ini tidak mahu berkata secara
terbuka. Saya sudah bersedia untuk menulis namanya tetapi oleh kerana
menghormatinya sebagai seorang sahabat yang begitu lama saya mengambil sikap
menghormati kemahuannya.
Inilah yang menjadi masalahnya
dikalangan pemimpin UMNO, takut berkata benar seolah-olah nyawanya akan
melayang jika didapati beliau berkata demikian oleh orang ramai. Ini jugalah
masalahnya yang menyebabkan pemimpin yang sepatutnya pergi dan bersara masih
kekal memegang kuasa tanpa pegangan yang kuat.
Tetapi bukan rakan Dato’ saya ini
sahaja yang bersikap demikian, ramai lagi yang terkemut-kemut untuk berkata
benar sedangkan mereka sendiri sengsara melihat perlakuan Najib dan keluarganya
melakukan jenayah politik dan moral kepada negara. Sesungguhnya yang membuat
banyak masalah ialah Najib, kerana masalah dari orang ramai itu boleh
diselesaikan apabila mendapat gantian kepada Najib itu adalah pemimpin yang
benar-benar pemimpin.
Untuk membetulkan kerosakan yang
dilakukan oleh Najib bukan setakat boleh membiarkan apa kemampuan yang ada
kepada Muhyiddin atau sesiapa dikalangan Naib-Naib Presiden parti. Seperti yang
selalu disebutkan oleh blog ini, kali ini negara perlu memulakan dan membentuk
‘ambience’ politik yang baru, jangan lagi terlekat dengan budaya politik yang
kita sedang lalui sekarang. Ia sentiasa membuatkan kehidupan rasa tidak
berkeyakinan terhadap negara. Kita tidak ada negara atau wilayah lain untuk
tinggal. Dimana bumi di pijak di situ langit di junjung.
Najib patut merasakan yang beliau
sudah tidak dapat lagi menguasai sebuah kerajaan yang ‘viable’ untuk rakyatnya
hidup dalam aman dan makmur. Najib perlu buktikan yang beliau sebenar-benarnya
sayangkan negara dan tidak mahu rakyatnya menderita. Tumpukan tenaga melihat
ke dalam dan berilah rakyat peluang untuk hidup tenang dan mempunyai pemimpin
yang boleh meyakinkan mereka.
“I hope PM Najib will give the rakyat
a break” kata seorang guru yang sangat prihatin terhadap apa yang sedang
berlaku di negara ini. Najib boleh menutupi kegagalannya dengan bersara bersama
barisan yang beliau lantik. Tindakan bersara itu sendiri adalah bukti yang
beliau benar dan serius dalam mengambil hati rakyat. Tindakan Najib bersara
akan dikenang oleh rakyat sebagai pengorbanan besar terhadap mereka dan sekali
gus Najib akan dikenang juga sebagai seorang pemimpin yang mengutamakan rakyat
lebih dari dirinya sendiri.
Seperti yang selalu disebut oleh
blog ini berkorban untuk rakyat bukan sahaja dengan memegang jawatan tetapi
bersara dari jawatan pun adalah pengorbanan. Bagi setengah pemimpin mereka
memberikan pengorbanan kepada rakyat dengan memegang jawatan dengan penuh
tanggungjawab dan setengahnya pula ialah dengan berhenti dan memberikan laluan
untuk rakyat membetulkan sendiri dengan memilih pemimpin yang boleh memperbaiki
keadaan ekonomi dan politik negara, berserta dengan budaya dan cara hidup
mereka.
Kata perbilangan, harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan jasa. Jasa yang boleh
ditinggalkan Najib ialah dengan bersara dan membantu mencari jalan untuk
memperbetulkan apa yang tidak betul dalam negara ini.
Bersara dari jawatan itu
merupakan tindakan lazim yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin yang
bertanggungjawab terutamanya pemimpin-pemimpin dari negara maju dan berbudaya.
Jepun menghadapi tindakan ramai perdana menterinya yang bersara setelah gagal
untuk membetulkan kesilapan yang mereka lakukan. Di Korea beberapa orang
Perdana Menteri nya berhenti dan bersara semata-mata untuk menjaga kepentingan
negara yang mereka sayangi.
Justeru itu, jika PM Najib
bertindakan drastik dan bersara semata-mata untuk negara, maka itu merupakan
jasa yang amat sukar dilupakan rakyat dan akan terpahat dihati semua penulis
sejarah negara untuk dibaca dan dihormati oleh generasi yang akan datang.
Seperti yang disebutkan dalam
posting saya yang lepas, Hussein Onn sanggup berhenti, semata-mata kerana
sebilangan kecil ahli-ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan beliau dalam
beberapa isu. Beliau bukan tidak boleh meneruskan pimpinannya kerana yang tidak
bersetuju hanya segelintiran dari perwakilan UMNO sahaja yang bertindak
memberikan sokongan kepada pencabarnya, Sulaiman Palestin.
Semasa Dr Mahathir mengambil alih
jawatan dari Hussein Onn beliau sendiri telah berjanji akan bersara secara
terhormat dalam perhimpunan agung 1981, tetapi malangnya beliau tidak berdaya
untuk memenuhi janji-janji beliau itu walaupun pada suatu ketika beliau hanya
mempunyai sokongan yang tipis sahaja.
Beliau terus sahaja memerintah
sehingga 22 tahun lamanya dan bermula dari masa itulah budaya mempertahankan
jawatan ‘at all costs’ itu mula bersemi di dalam parti UMNO itu. Inilah hasil
yang kita dapati dari perubahan sikap dan budaya dalam kepimpinan parti itu.
Tetapi Najib mungkin boleh
kembali memperkayakan budaya berhenti untuk rakyat itu seperti apa yang
dilakukan oleh Hussein Onn dan sebelumnya oleh Tunku Abdul Rahman Putra-Alhaj.
Dalam situasi sekarang, Najib lah
pemimpin yang paling luas peluangnya untuk disanjung oleh rakyat dengan cara
bersara, terutamanya kepada generasi yang akan datang.
5 comments:
Kenapa nama Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh tertinggal pula, bukankah dia juga berundur ketika masih menyandang jawatan PM?
salam tok,
saya sekarang ni dah pun terasa bahang gst macam tsunami dah nak melanda. walaupun saya mampu bertahan saya rasa gst tak diperlukan oleh sebuah negara seperti malaysia.saya cuma nak lihat reaksi manusia yang memangkah najib masa pru13.
akibat dari gst ni akan menyebabkan najib dan bn tak boleh diselamatkan lagi.ingat kerusi sabah dan sarawak tak semestinya kekal selamanya dengan kerana pendapatan rakyat kedua negeri tersebut agak rendah dari semenanjung.satu cara yang terbaik untuk rakyat sekarang ialah menghidupkan kembali suasana 16 sept, sepaya mp-mp mereka lompat katak.malaysia boleh diselamatkan dari cengkaman rakus pemimpin bn.
Tun Daim & Tun Mahathir adalah DUA Perompak, Penyangak, Penipu, Pemutar Belit yang telah menzalimi seluruh Rakyat Malaysia dgn membawa keluar BERBILLION-BILLION Wang Rakyat. Kalau Penyangak Daim membawa lari ke berbagai bank di Eropah dan Afrika, Mahazalim, MahaFiraun Mahathir membawanya ke Guam. Oleh kerana jumlah banyak, maka mudahlah bagi mereka memiliki Bank-Bank dinegara tersebut, dgn proksi-proksi terpilih, khususnya Pedagang Matawang yang dilantik oleh KeDUA-DUA Penyanggak Terbesar dlm sejarah Malaysia Moden.
Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang di era Kegemilangan Kerajaan BN/UMNO 2/3, telah membawa topic “THE BANK NEGARA RM30 BILLION LOSSES SCANDAL” di Parlimen sekitar tahun 1994, namun keunggulan 2/3 Majoriti, skandal tersebut lenyap begitu saja, Lim Kit Siang tidak lagi mengungkitkan sehngga ke hari ini.
Hansard Parlimen Skandal lapor pd tahun 1989 Bank Negara telah dikritik hebat oleh Pihak Berkuasa Kewangan Barat kerana berspekulasi KETERLALUAN ke atas matawang Yen dan US Dollar di mana Group 7 Negara Maju cuba menstabilkan pasaran kewangan ketika itu. 1991, Reuter melaporkan Bank Negara memiliki suatu kuasa dominan ke atas pasaran kewangan & digelar sbg “PEMBULI PASARAN KEWANGAN”.
Kapasiti Bank Negara lakukan spekulasi US50 Million satu lot berbanding pasaran normal berkapasiti US5 Million, Jepun saja yg memiliki kapasiti tersebut dan hanya spekulasi satu atau dua kali dalam masa satu tahun. Berbanding Bank Negara melakukan BERBILLION dalam masa satu hari.
Teknik spekulasi pada US50 Million pada 2 Bank Ternama dan kemudian mengulangi spekulasi dengan kadar sama 10 minit kemudian. Kemudian Namk Negara bertukar tempat dan melakukan spekulasi lagi 24 jam sehari dengan jumlah wang BERBILLION-BILION.
SOALNYA JIKA KERUGIAN YANG DICATAT HANYA RM30 BILLION, kemana wang-wang Rakyat BERBILLION-BILLION yang lainnya pergi? Sedangkan Rezab Bank Negara ketika itu hanyalah US20 Billion dan Tidak berubah spt lapor DS Anwar di Parlimen?
Kejadian berlaku di zaman Penyanggak Daim sbg MENTERI KEWANGAN dan Mahazalim Mahathir sbg PERDANA MENTERI, manakala Ketua Spekulasi Kewangan di Bank Negara ialah Nor Mohamad Yaacob. Nor Nohammad Yaakob masih di dlm Kerajaan, menutup rapat Rahsia Besar ini, di Bank Negara, Mahazalim MahaFiraun Mahathir arah Zeti Aziz, simpannya dlm peti besi. Zeti Aziz, bukannya cekap & pandai manapon mengendalikan urusan Kewangan/Bank Negara, tapi TIADA SESIAPA PON yang mampu mengugat kedudukkannya. Mahazalim Mahathir akan cepat memintas/memotong sesiapa saja yang berani kacau “CARETAKER GUNDEK” utk jaga Rahsia Besarnya.
Hanya Penyanggak Perompak, Lanun Daim dan Mahazalim MahaFiraun Mahathir sahaja yang mampu menjawab persoalan ini. Sila rujuk artikel “the bank negara rm30 billion forex losses scandal”.
http://www.limkitsiang.com/archive/2004/jan04/lks2837.htm
https://wtfreport.wordpress.com/2011/12/12/the-forex-scandal-in-early-90s/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/03/nor-the-main-culprit-behind-forex-scandal/
http://www.limkitsiang.com/archive/2006/july06/lks3966.htm
http://blog.limkitsiang.com/publication/
https://akupeduliapa.wordpress.com/2012/06/06/rm30-billion-bank-negaras-forex-losses-in-1992/
http://www.tindakmalaysia.com/showthread.php/5067-Finance-Bank-Negara-Forex-Loss-Mahathir-has-to-answer-Lim-Kit-Siang
Lim Kit Siang, DS Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli desak di siasat Penyanggak Daim, Mahazalim Mahathir, dari mana kekayaan yg mereka dapat asalnya dari mana?,Bawa kpd World Bank, IMF, ICC, Bank Of England, FSA, Federal Reserve. “SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA AKAN JATUH KE TANAH JUA” akhirnya terbongkar jua.
Hish!!!
Terlajak & gelojoh.Rakyat selamanya bkn blh diperbodohkan lg....
Post a Comment