18 April 2017

Umno berniaga bermodalkan negara PAS berniaga bermodalkan agama dan serbannya

Malaysia adalah satu-satunya negara  dalam mana sebahagian besar rakyat yang bercakap politik setiap masa dan di mana-mana. Tidak kira di mana, di rumah ibadah, di majlis kenduri, di kedai-kedai dan warung-warung kopi dan di setiap pelosok negara.  Mereka yang bercakap dan berdebat politik itu terdiri dari setiap golongan masyarakat, sama-ada penyokong-penyokong parti-parti politik, penggerak-penggerak NGO, anak-anak dara dan janda-janda, yang tua dan yang muda atau yang masih bergigi atau yang sudah rongak, malahan semua nya bercakap dan berdebat hal politik yang tidak berkesudahan.

Di tambah pula dengan kejatuhan ekonomi negara sekarang ini dalam mana yang berniaga sudah ramai yang tutup kedai dan gulung tikar dan sudah mempunyai banyak masa untuk bercakap tentang politik untuk menghabiskan masa sebelum pulang kerumah untuk tidur. Besok sambung lagi kerana malam sebelumnya sudah cukup tidur dan sudah mempunyai tenaga baru untuk bercakap politik laghi.

Tetapi tidak kurang ramainya rakyat yang sudah jemu dan mual dengan keadaan ini. Gulungan ini menumpukan masa mereka untuk duduk diam diri dan hanya mendengar setakat yang mereka mampu mendengarnya dan kembali juga kerumah dan mereka ini tidak ada siapa yang tahu apa yang mereka lakukan dirumah. Gulungan ini selalu amat membenci dengan keadaan dan situasi yang membosankan mereka ini.

Mereka dari gulungan ini sentiasa memerhatikan gelagat penggiat politik dan pemimpin-pemimpin mereka, tidak kira mereka dari parti kerajaan mahu pun dari parti-parti pembangkang. Dalam waktu yang sama mereka melihat secara ‘parallel’ nya banyak NGO bercambah dengan melakukan kegiatan-kegiatan yang berbaur politik dan mengtahakik isu-isu ekonomi dan social negara serta menyelitkan elemen keakuan dikalangan mereka untuk mendapat perhatian ramai.

Apabila sampai situasi di tahap ini kita melihat dengan jelas yang parti kerajaan sekarang begitu terdesak dan pemimpin-pemimpinnya terutamanya Perdana Menteri Yang bercakap tidak berpandukan kepada sifat kepimpinan yang sepatutnya berciri ‘magnanimity’ yang tinggi tetapi sebaliknya membuat kenyataan yang dibenci rakyat dan di selangi yang berbentuk komedi yang menggelikan hati mereka yang sentiasa berfikir dan memerhati tindak tanduk mereka.

Perdana Menteri pun tidak bercakap tentang kepentingan rakyat terbesar tetapi hanya memberikan tumpuan kepada mereka yang menyokong mereka sahaja dan ini menunjukkan betapa terdesak nya mereka ini untuk terus di beri mandate memimpin bagi mereka terus bercakap dan menunjukkan kelucuan mereka dihadapan khalayak ramai dan di media-media letronik milik mereka.

Akhirnya situasi sekarang sudah sampai ketahap yang amat memalukan rakyat dan mereka sudah tidak lagi mampu untuk memilih yang mana satu yang betul dan mana yang salah.

Bayangkan sahajalah yang melakukan rasuah dan rompakan sekarang bercakap tentang agama dan adat serta budaya. Yang telah merompak hasil negara untuk kepentingan isteri dan keluarga mereka bercakap tentang dosa pahala serta berbicara tentang isu-isu memajukan negara dan kesetiaan kepada Raja dan Rakyat. Mereka tidak menyedari yang perasuah yang tidak tahu berhenti melakukan nya adalah penderhaka (treason) kepada negara.

Parti yang berlandaskan agama tidak lagi mahu menentang keaiban pemimpin-pemimpin yang berkuasa yang sedang begitu ghairah berasuah malah mereka bekerja sama untuk mempertahankan penggiat rasuah dan mereka yang menyalahgunakan kuasa sekarang ini. Dulu mereka menganggap Umno itu kafir sekarang sudah disucikan mereka. Umno pula dulu menganggap PAS itu parti ‘terrorist’ tetapi sekarang parti itu parti yang baik untuk orang Melayu dan Islam.

Landskap politik sudah berubah begitu jelas kerana DAP yang dianggap sebagai parti komunis oleh sesetengah pihak sekarang sudah menjadi rakan ‘seperjuangan’. DAP pula yang menganggap Umno itu juga parti rasis dan sekarang Umno sedang berlembut dan mencari rakan yang boleh dianggap sebagai pengganti Umno itu, dan membawa obor

Justru PAS yang berlandaskan kepada agama dan syariat yang sedang melanggar syariah dan undang-undang agama dengan mempertahankan kerosakan yang dibawa oleh ‘rakan baru’ nya Umno. Umno sedang merudum sokongan rakyat terhadapnya dan PAS dalam waktu yang sama sedang menghadapi krisis keyakinan ramai dikalangan orang Islam sendiri kerana lidah pemimpin yang bercabang itu. Tiada apa yang diharapkan dari PAS lagi dan jika ada pun tuntutan kita terhadap PAS itu ialah untuk meminta mereka membuka mulut mereka luas-luas untuk melihat apakah jenis lidah yang mereka ada di dalam mulut mereka itu.

Jadi kerjasama Umno dan PAS ini sesungguhnya adalah kerjasama antara dua parti yang sedang kehilangan sokongan dari rakyat ramai. Kedua-dua parti ini sedang menlaungkan sentiment perkauman dan agama dan menakut-nakutkan rakyat yang jika mereka dianjak dan dialih maka rakyat akan mengorbankan agama dan bangsanya kerana kononnya DAP akan berkuasa di negara ini. Laungan ini tentunya merupakan laungan yang menunjukkan sifat desperado UMNO dan rasa cemas parti agama yang entah mana agama yang diperjuangkan mereka.

Akhirnya agama entah kemana, kerana Islam tidak pernah memerintahkan penganutnya membenci dan mengkhianati bangsa-bangsa dan agama lain kerana mereka wujud itu juga kerana kehendak dan kejadian dari Allah tuhan semesta alam ini. Di sogok sahaja dengan wang ringgit luruh segala iman yang dilakukan mereka.

Dalam kata yang pendek Umno dan pimpinan nya berniaga dengan negara nya nya  dan dan PAS pula pemimpinnya berniaga dengan bermodalkan agama dan serbannya. Tiada langsung tindakan hasil dari gerakan Qalbi yang suci dan luhur.


Bersambung.

1 comment:

Anonymous said...

Now survival jadi yang haram dicari dalil dan dihalalkan maklumlah mereka control media. Orang kampung yang jadi fixed deposit UMNO anggap apa yang keluar dalam akhbar nasional dan keluar tv itulah yang betul.
Orang dah mula beri keyakinan kepada Pas semasa PRU 13 tetapi sejak mereka macam nak rujuk dengan Umno kini dah ramai tinggalkan Pas. Modal Pas melalui ugama orang dah mula persoalkan jadi Umno dan Pas cari modal dan business model baru untuk pertahankan kedudukan. Ini kerja berat kerana semua putar belit dah terbongkar....