Sekarang ini terlalu hebat
spekulasi yang didebatkan di tempat-tempat awam: di kedai kopi, di masjid,
di surau-surau dan di mana-mana tentang perlantikan Hishamuddin sebagai Menteri
tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini. Ada yang berpendapat
yang itu merupakan satu tindakan yang lakukan untuk ‘circumvent’ Ahmad Zahid
Hamidi untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Najib. Katanya Hisham
akan menjadi Perdana Menteri selepas Najib dan sebagainya.
Ramai yang berkata yang tindakan
Najib ini telah membantutkan tindakan beberapa orang pemimpin yang bercita-cita
besar untuk menjadi Naib Presiden dan di antara yang disebut-sebut di khalayak
ramai sekarang ialah Ismail Sabri Yaacob, Khairy Jamaluddin dan Mahadzir
Khalid. Yang kesemuanya adalah dari kumpulan Zahid yang akan menonjolkan Zahid
sebagai Timbalan Presiden yang kekosongan dan sebagainya.
Bagi saya itu tidak mempunyai
apa-apa ‘consequence’ yang besar kerana siapa pun di kalangan menteri-menteri kabinet
yang akan mengambil alih Najib Umno tetap akan menghadapi cabaran yang paling
getir dalam pilihanraya yang akan datang ini. Ahmad Zahid amat kuat di kalangan
Umno tetapi beliau tidak mampu untuk menaikkan sokongan ramai terhadap beliau
dan ia akan membawa padah kepada Umno dan BN itu. Jaguh kampung hanya berjaya
menjadi kuat di kampungnya sendiri sahaja.
Hishamudin pula tidaklah
mempunyai kekuatan di kalangan Umno dan tidak juga mempunyai pandangan yang
tinggi dari masyarakat awam yang besar. Tetapi seperti yang saya sebutkan
dalam posting saya yang lepas pimpinan Umno dan negara ini ditentukan oleh
beberapa kerat ‘warlords’ dalam negara ini sahaja. Yang kuat dalam parti tidak
semestinya mengambil tempat yang utama negara itu.
Sejarah telah melengkapkan
pandangan ini. Hussein Onn merupakan Naib Presiden nombor tiga dalam kepimpinan
parti seketika dahulu tetapi beliau akhirnya dilantik menjadi Timbalan kepada
birasnya Tun Razak. Lama sebelum itu Tun Dr Ismail merupakan pemimpin yang
lebih berpengaruh dari Tun Razak tetapi Tunku telah melantik Dato’ Abdul Razak
untuk memberitahu Umno yang selepas beliau Razak lah yang akan mengganti beliau.
Jika terjadi pertandingan yang
telah diura-urakan di antara Tun Razak dengan Tun Dr Ismail pada perhimpunan
Agong 1952 dahulu ramai yang berpendapat yang Tun Ismail akan menang dalam
pemilihan itu. Tetapi Tunku yang baru mengambil alih kepimpinan dari Onn Jaafar
sebagai Presiden Umno telah memainkan peranan untuk tidak ada pertandingan dan
akhirnya tiada lah pertandingan yang diura-urakan itu.
Dr Mahathir juga merupakan Naib
Presiden yang berkedudukan yang ketiga telah dilantik oleh Hussein sebagai
Timbalannya pada tahun 1976 dahulu. Begitu jua Musa Hitam merupakan Naib
Presiden yang nombor tiga apabila beliau dihantukan oleh Dr Mahathir untuk
bertanding dengan Tengku Razaleigh pada tahun 1981 dahulu.
Kedudukan nombor tiga di antara
Naib Presiden ini, adalah satu kedudukan yang telah menjadikan seseorang itu
menjadi Perdana Menteri. Abdul Gahfar Baba dan Tengku Razaleigh merupakan Naib
Presiden yang popular. Ghafar dan Tengku merupakan Najib Presdiden yang nombor
satu dan kedua begitu lama.
Apabila Ghaffar Baba jatuh
ke tahap ketiga pada perhimpunan agong 1984 dahulu maka beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri apabila Musa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada
tahun 1986 dahulu kerana tidak bersefahaman dengan Perdana Menteri Mahathir.
Apa yang hendak dihujahkan
kerana samada tempat dan kedudukan yang pertama atau ketiga tidak menjadi
masalah jika Perdana Menteri mahukan mana-mana di kalangan Naib Presiden untuk
menggantikan beliau.
Sekarang ini jika Hishamudin
dirasakan perlu untuk kepentingan PM Najib untuk menjadi Timbalan Perdana
Menteri itu bukan masalahnya. Jika Zahid akhirnya tidak terus menjadi Timbalan
Perdana Menteri itu buka perkara yang pelik dalam sejarah Umno samada Umno asal
atau pun Umno Dr Mahathir yang kini beliau tinggalkan itu.
Tetapi yang harus diingat keadaan
sekarang bukan lagi seperti dahulu. Umno tidak lagi parti yang dihormati oleh
masyarakat pengundi. Umno sudah dianggap sebagai musuh kepada orang Melayu
kerana parti itu sentiasa memilih atau melantik pemimpin yang tidak semenggah
untuk memimpin kita. Rakyat sudah jemu dan sudah meluat dengan tahap dan nilai
kepimpinan Umno itu setiap peringkat di negara ini.
“Umno is already a pest to the
country!” kata seorang pemimpin Umno sendiri yang memanggil saya untuk minum
kopi di sebuah kedai mamak baru-baru ini. “If Umno is still led by the current
chunk of leaders like Zahid and Hisham alike I am not going to continue on with
the party. I am watching who leads the coming election first. At best I want UMNO to
survive but not with Zahid, Hisham or anyone among the current Majlis Tertinggi.
I am sick and fed-up with this incurable Umno.” Kata nya terus.
Saya bertanya tentang PAS dia
lantas menjawab “Ok bro.. PAS promised everyone heaven, but that stupid party
is driving us fast to hell now.”
4 comments:
Bersihkan UMNO dari sampah M01 dulu baru nampak UMNO bersih !
Assalamualaikum Sdr Aspan
Amat benar seperti apa yang dikatakan oleh pemerhati UMNO tersebut, baik UMNO/BN mahupun PAS kedua-dua parti itu sudah tidak relevan lagi untuk politik tanah air kita. Better send them to the dumping ground cos they are unable to be recycled anymore, buat menyusahkan rakyat sahaja selama ini.
Saya d Penang baru baru ni. Ketika minum teh tarik opposite Masjid depan Perangin Mall, saya berkenalan dgn dua org Melayu.
Perbualan menjurus kepada pemimpin teratas umno yg penuh dgn skandal.
These were educated Malays who hv grown desperate with umno. If this momentus continues, guess umno is due for hard time.
It's disgusting political environment in this country bro. When and how it's going to end is an everybody's speculations.
We are deep in between the devil and the deep blue sea. Celaka punya pemimpin-pemimpin the government and opposition alike.
Post a Comment