26 March 2008

Undi tidak percaya Muhammad Taib kepada Pak Lah

Muhammad Taib berkata bahawa berpuluh-puluh bahagian menyuarakan pendapat yang pemilihan parti patut ditangguhkan sehingga Jun tahun hadapan untuk meredakan keadaan.

Kononnya jika buat pemilihan sekarang ditakuti akan timbul malapetaka.

Kita nak bertanya kepada Mat Taib, apa malapetakanya, selain daripada kemungkinan pimpinan ditolak oleh perwakilan?

Malapetaka yang mungkin dimaksudkan oleh Mat Taib ialah kekalahan pihaknya dalam pemilihan itu.

Jika pimpinan hari ini ditolak, mereka mesti menerimanya dengan baik dan malapetaka itu tidak akan wujud.

Sebenarnya, Muhammad Taib sudah mula hendak berbohong lagi dan memutarbelitkan isu.

Beliau ini memang terkenal dengan kemahiran berbohong sehinggakan Tuanku Sultan Selangor pun pernah dibohonginya.

Kepada Mat Taib, saya ingin memberi sedikit nasihat.

Jika dia mencadangkan pemilihan di dalam UMNO ini ditangguhkan, ianya membayangkan dia tidak ada keyakinan untuk kekal berkuasa.

Ini bermakna Mat Taib sendiri menzahirkan undi tidak percaya kepada Pak Lah secara langsung.

Saya tidak tahu sama ada Mat Taib sedar atau tidak tindakan beliau ini merupakan tindakan yang dianggap bodoh sebagai seorang pemimpin sebuah parti siasah terbesar negara ini.


Saya sanggup memberikan kursus kepada Mat Taib kerana setakat mengajar ilmu yang sekecil ini tak perlu orang yang bijak pandai.

Cukup sekadar saya yang tidak bijak ini untuk memberi kursus kepadanya.

Sekarang ini kekuatan individu di dalam UMNO tidak ada gunanya sekiranya UMNO itu sendiri ditolak rakyat.

Jika benar Mat Taib ini seorang yang boleh berfikir, beliau tidak akan bercakap seperti orang yang mabuk.

Seseorang yang tidak tahu apa yang dilakukannya adalah tergolong dalam kumpulan orang yang mabuk.

Amalan dan ibadah orang-orang mabuk tidak diterima Tuhan.

Mat Taib mesti sedar jika pemilihan ditangguhkan dan berjaya mengekalkan kepimpinan hari ini, bermakna dia mahu mengekalkan kebencian rakyat kepada barisan pimpinan UMNO seperti apa yang berlaku sekarang.

Jika kebencian ini berlarutan, maka pada pilihanraya yang akan datang UMNO/BN akan ditolak sekali lagi dan kali ini banyak lagi negeri akan hilang ke tangan pembangkang.

Mat Taib perlu faham bahawa pemimpin yang ditolak tidak akan mampu memperbetulkan parti kita ini.

Usaha untuk memperbetulkan UMNO hanya boleh dilakukan oleh pemimpin yang berpengalaman dan yang tidak ada dalam kepimpinan tertinggi pada hari ini

Ketua penerangan kita ini seolah-olah ingin sangat melihat UMNO menghadapi kegagalan lagi dengan membawa cadangan yang mengarut ini untuk diluluskan oleh MT parti.

Saya begitu hairan kenapalah orang-orang seperti Mat Taib ini masih ada lagi dalam barisan kepimpinan kita?

Kenapakah orang yang mempunyai imej yang meragukan ini diberikan lagi tempat?

Bukankah orang seperti ini akan membuatkan kita susah untuk menghidangkan kepada rakyat UMNO yang baik dan ber’dignity’?

Jika cadangan untuk menangguhkan pemilihan dalam parti semata-mata untuk mengekalkan kepimpinan yang telah ditolak rakyat, maka UMNO akan kekal ditolak dan beberapa buah negeri lagi akan jatuh ke tangan pembangkang.

Apa yang cuba dilakukan oleh Mat Taib ini seolah-olah dia sedang menggali liang lahat untuk UMNO pada pilihanraya akan datang.

Nampaknya, bersungguh-sungguh benar Mat Taib dan rakan-rakannya nak kuburkan UMNO ini.

Apabila parti sudah terkubur nanti, kita akan ingat siapa yang menguburkan UMNO kesayangan kita ini!

Tentulah salah seorang yang bertanggung jawab menguburkan UMNO ialah Mat Taib selain daripada Pak Lah, Najib, Tengku Adnan dan lain-lain yang ramai di antaranya kita kenal.

Sekian…………………………………………………………… Aspan Alias.

5 comments:

Anonymous said...

Yang kamu sayang sangat UMNO apa pasal. UMNO adalah sejarah. UMNO adalah sekumpulan manusia. Kalau manusia baik majulah UMNO.

Kalau ada orang bodoh macam mamak Zam, Tidur macam Dollah, Sombong macam Toyol, perogol macam Rahim tambi Chik, Rasuah --terlalu ramai nak sebut....Mike Tyson pelari janda ...apa lagi nak sayang UMNO tu. Bungkus sajalah.

Sesuatu organisasi yang hanya milik pembohong, perompak dan penyangak hanya akan menghancurkan negara. Tak guna nak sentimental dengan UMNO.

Kalau orang yang sama masih lagi dalam organisasi yang dah rosak maka rosak lah . Itu pun nak sayang..

Sayang jadah apa UMNO kalau yang ada cuma nama sedangakan didalamnya hanyalah manusia yang tidak langsung takut pada kekuasaan Tuhan..apa lagi manusia di dunia ni. Jangan anggap manusia semua bodoh...semua orang tahu bahawa UMNO hanya menjadi alat untuk digunakan oleh orang macam Dollah, Najib dan ramai lagi untuk mendapat kuasa merogol rakyat dan negara.

Orang kampung pun dah tahu.

Ismail said...

Hanya orang bodoh saje yang menerima- pakai nasihat dari seorang bodoh.

KRAG said...

Saya bersetuju dengan pandangan Aspan. Cadangan Muhamad Taib nampak klakar. Kalau dulu orang Melayu selalu komplen 'bermain dipadang yang tidak sama rata' sebab itu DEB/NEP diperkenalkan. Kali ini cadangan Muhamad Taib lagi aneh macam 'mengalih-alihkan tiang gol' tatkala pasukan lawan sedang mengatur serangan. Nampaknya rakyat dan ahli-ahli UMNO yang sayangkan UMNO kenalah kerja kuat sikit untuk memikirkan strategi baru bagi menghadapi cabaran baru ini yang nampaknya lebih cemerlang, terbilang dan gemilang!

Anonymous said...

Selalunya orang mabuk ni, dia meluahkan semua rahsia. Kalu bagitu benarlah agendanya.

malique62 said...

ASSALLAMUALAIKUM..
Negara Kita Negara Demokrasi jadi setiap orang berhak untuk memberi apa-apa KOMEN jgn pulak kerana komen YB.Senator Tan Sri Mat Taib tidak sehaluan dgn pendapat kita.Kita terus hemtam beliau.Kita patut berfikir semasak-masaknya baik dan buruk pendapat beliau.Jika kita rasa tak boleh terima maka kita beri alasan-alasan kita dengan berhemah dan bukannya MENGUTUK beliau.Saudara patut TANYA DIRI saudara sendiri yang siapakah sebenarnya saudara disamping beliau dari segi POLITIK terutama (UMNO).Saya bukannya berasal dari Kuala Lumpur @ Selangor tetapi satelah saya berhijrah Ke Kuala Lumpur pd tahun 1994 sehingga sekarang.Saya TABIK kepada beliau ditas SUMBANGAN DAN JASA beliau kepada Negeri Selangor dan UMNO Malaysia.Tak ada pepimpin lain yang yang mempunyai tahap KESABARAN saperti Beliau(BAIK SEMASA MENJADI MB SEHINGGALAH SEKARANG).Bagi saya beliau adalah Pemimpin MELAYU yang sebenarnya(Tulin).Sila saudara tengok track rekod(sebagai MB) KEMAJUAN yang telah dia buat kpd NEGERI SELANGOR dan ORANG-ORANG MELAYU NEGERI SELANGOR(KHUSUSNYA ORANG UMNO).Kita semua bebas membuat komen tapi tolonglah buat dgn BERHEMAH,BERADAB DAN BERIMAN DAN JUGA TERLALU IKUTKAN HASUTAN SYAITAN.
sekian,
wassallam.
ikhals dari
KHERUL MALIK BIN WAZIR KHAN